اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

RAMPASAN CECAIR VAPE TIDAK HORMATI KABINET

Tertarik saya bila lihat Kementerian kesihatan menbuat sidang akhbar yang dilakukan oleh YBhg Datuk Dr Lokman Hakim dan YBhg Dato Dr Abdul Razak mewakili bagi pihak Ds Subramaniam Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyatan akhbar dalam isu kawalan tembakau, E-rokok dan vaping dilihat lebih kepada ada sesuatu yang tersirat dan gerakan tangan2 ajaib.

Bagi saya melihat pihak mereka lebih kearah nak mencari kesalahan secara terus tanpa membuat kajian serta cadangan kabinet utk kawal selia industri vape ini. Mereka menyatakan akan serbu dan rampas perisa2 yang menpunyai kandungan nikotin.

Persoalan saya, sudahkah pihak kementerian kesihatan mengeluarkan garis panduan dalam penyediaan cecair perisa vape ini sejak awal? Jawapannya sudah pasti tiada. Sepatutnya pihak kementerian dibawah Ds Subramaniam melakukan ujian dan kajian terhadap perisa ini serta tetapkan garis panduan bagi kelulusan pihak kementerian kesihatan.

Ini keputusan paling kelakar oleh pihak Ds Subramaniam bila tiada diberikan garis panduan penyediaan perisa vape, terus nak dirampas drpd peniaga2. Pelik juga bila keputusan kabinet mengeluarkan keputusan utk tiada pengharaman tapi utk mencari satu garis panduan kawal-selia tapi pihak beliau ibarat cacing kepanasan mengeluarkan arahan untuk rampas.

Saya baru dimaklumkan kini pihak Ds Subramaniam Kementerian Kesihatan bukan sahaja merampas perisa vape dikedai2 malah dikenakan denda rm500 satu botol ini satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Adakah tangan2 ajaib dalam gerak kerja ini? Siapa tangan ajaib ini , yang boleh menbelakangi keputusan Kabinet? Siapa yang mengerakan arahan rampasan ini?

Kenapa pihak kementerian kesihatan dilihat ibarat mengistiharkan perang secara terbuka pada industri vape ini? Adakah Syarikat2 Gergasi Rokok yang jadi tangan ajaib?

Kenapa pihak kementerian tidak buat sessi bersama pengerak industri vape bagi mencari titik penyelesaian? Saya menunggu jawapan pihak Ds Subramanian dalam soalan yang saya berikan.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

sumber : MOVE

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.