اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BELUM ADA BUKTI VAPE BAHAYA DAN ISU VAPE

Isu vape semakin panas dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Isu ini dilihat adalah peperangan daripada penentang dan pengguna Vape. Pengguna Vape terdiri daripada pengusaha vape, pengusaha cecair vape dan pengguna vape. Isu ini lebih panas apabila kelihatan jualan daripada syarikat tembako menurun secara drastik. Jualan ini mewakili pendapatan negara kerana setiap jualan adalah cukai.

Menurut pemahaman mereka. Vape tidak membahayakan kesihatan kerana kandungan yang ada di dalam cecair vape adalah terdiri daripada bahan-bahan makanan seperti minyak sayur-sayuran, bahan untuk membuat kek dan nikotin adalah pilihan.

Disarankan kedai-kedai vape mulai pada saat ini MENGUBAH STRATEGI jualan cecair vape. Iaitu menjual cecair vape tanpa nikotin. Letak papan tanda besar-besar di luar premis cecair tanpa nikotin serta label-label pada botol cecair vape. Untuk pelanggan mendapatkan nicotin. Mereka boleh menambahnya sendiri di luar yang mungkin boleh didapati dari pasaran gelap atau pasaran terang. Alasan kerajaan merampas cecair adalah NIKOTIN. Itu sahaja.

Negara-negara lain seperti England dan Brunei setakat ini membenarkan vape malah menggalakkan rakyatnya untuk beralih kepada vape daripada menghisap rokok.

Vaper-vaper Malaysia tidak puas hati dengan tindakkan kerajaan kerana merampas cecair vape tidak kira memiliki nikotin ataupun tidak memiliki nikotin. Malah pihak kerajaan terlalu drastik membuat rampasan tanpa menhantar notis ke kedai-kedai yang menjual cecair vape.

Belum ada lagi kajian menunjukkan vape bahaya kepada manusia. Tetapi kerajaan seringkali memberi prospektif yang lain iaitu "belum ada bukti vape tidak bahaya". Ayat ini memberi persepsi lain kepada masyarakat.

Ini bukanlah fenomena biasa tapi ini adalah peperangan antara syarikat tembako dan pengusaha vape. Manakala pengguna vape amat menyokong pengusaha vape kerana bagi mereka ini adalah fenomena yang baik iaitu berubah dari rokok biasa kepada vape.

Fatwa-fatwa pengharaman Vape juga ada dikeluarkan oleh mufti-mufti negeri dan ianya tidak disokong oleh hujah-hujah yang kuat. Pada masa yang sama ada mufti-mufti menyatakan vape tidak haram kerana tidak ada kajian tepat mengenai bahaya Vape. Bagi mufti-mufti yang gelojoh mengeluarkan fatwa pada pendapat vapor adalah mufti yang tidak beribawa dan tidak layak menjadi mufti.

Berikut adalah gambaran antara vape dan rokok biasa

ini pula wajah subramaniam

ini lambang kerajaan yang memerintah sekarang.


apa-apa pun saya masih menyokong Pak Nan.

Reactions:

1 comments:

  1. Disarankan kedai-kedai vape mulai pada saat ini MENGUBAH STRATEGI jualan cecair vape. Iaitu menjual cecair vape tanpa nikotin. Letak papan tanda besar-besar di luar premis cecair tanpa nikotin serta label-label pada botol cecair vape. Untuk pelanggan mendapatkan nicotin. Mereka boleh menambahnya sendiri di luar yang mungkin boleh didapati dari pasaran gelap atau pasaran terang. Alasan kerajaan merampas cecair adalah NIKOTIN. Itu sahaja.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.