COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAGAIMANA MEMILIH SISTEM RELOAD/TOPUP?

Banyak tawaran sistem reload/topup di pasaran. Dibimbangi tawaran-tawaran tidak munasabah akan merosak sekmen pasaran sistem reload/topup origin di pasaran. Di sini saya sediakan tips-tips untuk memilih sistem reload/topup yang ada di pasaran

1. Berapa % marjin keuntungan yang diberikan?
Pada dasarnya memang kita mencari marjin keuntungan yang tinggi tetapi kita kena tahu marjin realistik yang ada di pasaran. Jika marjin keuntungan yang diberi di luar realistik, maka ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tersebut. Umpamanya anda membeli Iphone dengan harga RM600. Adakah itu realistik?. Jika harga tersebut ditawarkan, adakah anda akan terus membelinya?. Tawaran marjin keuntungan realistik di pasaran adalah sekitar 3% ke 7.5% di pasaran. Jika tawaran marjin keuntungan melebihi 7% maka anda nilai sendiri program yang disediakan.

2. Berapa syarat minimum atau maksimum menambah stok jualan sebulan?
Kebiasaannya syarat minumum untuk menambah stok jualan ialah RM100 dan maksimum adalah infiniti. Kebanyakkan rakan-rakan yang saya jumpa, jarang sekali mereka bertanya hal ini. Saya sendiri pernah berjumpa dengan satu sistem yang membuat had maksimum menambah stok sebulan RM200 sahaja. Jika ini berlaku maka anda mempunyai had keuntungan sebulan. Misalnya marjin keuntungan anda 7% maka sebulan anda hanya boleh membuat keuntungan RM14 sebulan. Adakah ini berbaloi?

3. Berapakah syarat minimum atau maksimun jualan sebulan?
Kebiasaannya tiada had jualan dalam sistem normal. Jika had diberikan kepada anda maka anda kena lebih banyak membuat kira-kira untuk melihat lebih jelas potensi tawaran sistem yang diberikan.

4. Apakah medium yang boleh digunakan untuk membuat jualan?
Kebiasaannya medium yang ada di pasaran adalah menggunakan sistem SMS dan sistem Laman web. Anda harus mencari sistem yang memberi pilihan lebih banyak misalnya sistem android apps atau sistem lain yang lebih mudah dan fleksibel.

5. Berapakah nilai pendaftaran dan sejajar atau tidak dengan nilai pulangan yang diberikan?
Bahagian ini, anda kena rajin membuat kira-kira. Anda perlu menilai tawaran perkhidmatan dan produk yang diberikan semasa pendaftaran. Adakah ianya logik atau realistik?

6. Dimanakah lokasi sistem server reload/topup?
Anda harus betanya lokasi sama ada ianya di dalam kawasan atau di luar kawasan. Jika ianya di luar kawasan misalnya anda di Sarawak dan sistem di Semenanjung, jika berlaku masalah sistem maka akan menjadi kesukaran untuk anda membuat rujukan. Ini juga melibatkan individu yang menawarkan sistem kepada anda.

7. Apakah kemudahan menambah stok yang ditawarkan?
Soalan ini harus anda ajukan bagi memudahkan anda membuat transaksi akan datang. Antaranya tempoh antara bayaran stok dan kemasukkan stok, medium untuk menambah stok dan jika berlaku ralat penambahan stok. Sistem yang terkini adalah sistem tambahan stok auto, dimana anda sendiri boleh menambah stok melalui sistem auto respon. Pilihan lain adalah melalui individu yang memperkenalkan anda tentang sistem.


Maklumat tips-tips di atas adalah sebahagian daripada cara-cara untuk memilih sistem reload jika anda berhasrat untuk menjadi usahawan reload. Anda boleh hubungi pengurus beloya2u.com jika terdapat kebimbangan tawaran sistem reload/topup di pasaran. In sya Allah.. kamek sedia membantu.

Reactions:

1 comments:

  1. Banyak tawaran sistem reload/topup di pasaran. Dibimbangi tawaran-tawaran tidak munasabah akan merosak sekmen pasaran sistem reload/topup origin di pasaran. Di sini saya sediakan tips-tips untuk memilih sistem reload/topup yang ada di pasaran

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.