اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MENGHALANG INDUSTRI VAPE UMPAMA MENYOKONG TEMBAKAU



Vape adalah satu teknik berhenti merokok yg mempunyai 4000 lebih bahan kimia. Manakala Vape adalah terdiri dari bahan untuk membuat kek atau bahan-bahan seperti minyak sayur-sayuran. Nikotin adalah pilihan. Banyak di kalangan vapor sudah mengurangkan nikotin dalam pengambilan liquid mereka dan saya sendiri sudah mengurangkan nikotin dari 6mg kepada 0mg.  Sila haramkan pembuatan kek jika mengharamkan vape.

Laporan media dahulu dengan sekarang jauh berubah dan perubahannya bermula apabila didapati jualan tembakau secara drastik menurun. Laporan berat sebelah dan fitnah mengeneai industri vape semakin berleluasa. Kita kena beringat bahasa pada akhir zaman akan ada perkara yang baik akan nampak buruk dan yang buruk akan nampak baik.

Budak sekolah yang menggunakan vape peratusannya lebih rendah berbanding rokok sebab set pertama untuk beli mod bukan murah.

Mungkin orang benci vapor sebab sikap sesetengah vapor yg hisap vape tidak beretika. Itu adalah sebab sikap tapi bukan vape. Kalau org makan kek sambil mulut penuh sambil bercakap itu juga sikap.

Halang industri vape umpama memberi peluang kepada syarikat tembakau untuk meningkatkan jualan mereka. Kalau jualan meningkat.. Siapa yg beli. Sekarang jualan syarikat tembakau menjunam antara 30% ke 60%. Itu petanda vape berkesan menghalang dan mengurangkan perokok.

Kesimpulannya.. Penghalang vape adalah penyokong syarikat tembakau dalam sedar atau tidak sedar.

FENOMENA VAPOR MALAYSIA VS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

VAPER MALAYSIA.

  1. Berjaya merekacipta mod/device yang digilai masyarakat antarabangsa tampa bantuan ahli politik mahu pun dari kerajaan.
  2. Berjaya mengadun antara eliquid terbaik dunia dan mendapat tempat dipasaran antarabangsa.
  3. Berjaya mencipta peluang pekerjaan dan menaikan ekonomi terutamanya anak muda tampa bantuan tabung kerajaan.
  4. Berjaya mengurangkan ketagihan merokok yang telah selama ini gagal dilakukan oleh kerajaan melalui KKM walau pun KKM mendapat berjuta budget untuk tabung kempen anti merokok.


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

  1. Berjaya membuktikannya mereka tidak pernah melakukan kajian terperinci dan mendalam tentang bahaya vape berbanding rokok.
  2. Berjaya membuktikan dimata anak2 muda malaysia dan dunia bahawa mereka seolah-olah menjadi dungu tiap kali mereka mengeluarkan fakta berkenaan vape.
  3. Setiap fakta yang dikeluarkan oleh KKM di akui adalah sesuatu yg tidak pernah di cuba oleh para vapers :


  • Sebotol eliquid mengandungi 40mg/100mg nikotin-sapa yg boleh vape 18mg & ke atas?
  • Vape device melebihi 5V.-All vape device max 3.7V
  • Vape sebotol eliquid boleh menyebabkan kematian serta merta.-Boleh buktikan?
  • Cecair vape bertukar menjadi pengawet mayat-no wonder vaper semua awet muda. 


Saranan saya kepada KKM

  1. Banyakan membaca fakta buruk dan baik vape berbanding rokok. Banyak kertas kajian diluar sana sebelum anda mengeluarkan sebarang pandangan supaya x nampak bodoh di pandangan generasi muda.
  2. Anda mempunyai fasiliti berteknologi tinggi. Sila buat kajian sendiri menggunakan eliquid Malaysia. Dan publish your results. Xkan tu pun malas?!
  3. Hentikan pengambilan rasuah dan berbincang untuk menyelesaikan masaalah.
(Artikel from one of the group whatapp VapeFriend)
sumber : MOVE

RAMPASAN CECAIR VAPE TIDAK HORMATI KABINET

Tertarik saya bila lihat Kementerian kesihatan menbuat sidang akhbar yang dilakukan oleh YBhg Datuk Dr Lokman Hakim dan YBhg Dato Dr Abdul Razak mewakili bagi pihak Ds Subramaniam Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyatan akhbar dalam isu kawalan tembakau, E-rokok dan vaping dilihat lebih kepada ada sesuatu yang tersirat dan gerakan tangan2 ajaib.

Bagi saya melihat pihak mereka lebih kearah nak mencari kesalahan secara terus tanpa membuat kajian serta cadangan kabinet utk kawal selia industri vape ini. Mereka menyatakan akan serbu dan rampas perisa2 yang menpunyai kandungan nikotin.

Persoalan saya, sudahkah pihak kementerian kesihatan mengeluarkan garis panduan dalam penyediaan cecair perisa vape ini sejak awal? Jawapannya sudah pasti tiada. Sepatutnya pihak kementerian dibawah Ds Subramaniam melakukan ujian dan kajian terhadap perisa ini serta tetapkan garis panduan bagi kelulusan pihak kementerian kesihatan.

Ini keputusan paling kelakar oleh pihak Ds Subramaniam bila tiada diberikan garis panduan penyediaan perisa vape, terus nak dirampas drpd peniaga2. Pelik juga bila keputusan kabinet mengeluarkan keputusan utk tiada pengharaman tapi utk mencari satu garis panduan kawal-selia tapi pihak beliau ibarat cacing kepanasan mengeluarkan arahan untuk rampas.

Saya baru dimaklumkan kini pihak Ds Subramaniam Kementerian Kesihatan bukan sahaja merampas perisa vape dikedai2 malah dikenakan denda rm500 satu botol ini satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Adakah tangan2 ajaib dalam gerak kerja ini? Siapa tangan ajaib ini , yang boleh menbelakangi keputusan Kabinet? Siapa yang mengerakan arahan rampasan ini?

Kenapa pihak kementerian kesihatan dilihat ibarat mengistiharkan perang secara terbuka pada industri vape ini? Adakah Syarikat2 Gergasi Rokok yang jadi tangan ajaib?

Kenapa pihak kementerian tidak buat sessi bersama pengerak industri vape bagi mencari titik penyelesaian? Saya menunggu jawapan pihak Ds Subramanian dalam soalan yang saya berikan.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

sumber : MOVE

KAJIAN VAPE DAN DOKTOR CAKAP TIDAK MERBAHAYA MEH?


Berikut adalah video yang di ambil dari TV saluran perdana sebelum kejatuhan jualan tembako di Malaysia. Apabila kejatuhan jualan tembako di Malaysia berlaku dan hasilnya adalah hari ini. Maka contohi syarikat tembako convince kerajaan ok!!

video

BELUM ADA BUKTI VAPE BAHAYA DAN ISU VAPE

Isu vape semakin panas dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Isu ini dilihat adalah peperangan daripada penentang dan pengguna Vape. Pengguna Vape terdiri daripada pengusaha vape, pengusaha cecair vape dan pengguna vape. Isu ini lebih panas apabila kelihatan jualan daripada syarikat tembako menurun secara drastik. Jualan ini mewakili pendapatan negara kerana setiap jualan adalah cukai.

Menurut pemahaman mereka. Vape tidak membahayakan kesihatan kerana kandungan yang ada di dalam cecair vape adalah terdiri daripada bahan-bahan makanan seperti minyak sayur-sayuran, bahan untuk membuat kek dan nikotin adalah pilihan.

Disarankan kedai-kedai vape mulai pada saat ini MENGUBAH STRATEGI jualan cecair vape. Iaitu menjual cecair vape tanpa nikotin. Letak papan tanda besar-besar di luar premis cecair tanpa nikotin serta label-label pada botol cecair vape. Untuk pelanggan mendapatkan nicotin. Mereka boleh menambahnya sendiri di luar yang mungkin boleh didapati dari pasaran gelap atau pasaran terang. Alasan kerajaan merampas cecair adalah NIKOTIN. Itu sahaja.

Negara-negara lain seperti England dan Brunei setakat ini membenarkan vape malah menggalakkan rakyatnya untuk beralih kepada vape daripada menghisap rokok.

Vaper-vaper Malaysia tidak puas hati dengan tindakkan kerajaan kerana merampas cecair vape tidak kira memiliki nikotin ataupun tidak memiliki nikotin. Malah pihak kerajaan terlalu drastik membuat rampasan tanpa menhantar notis ke kedai-kedai yang menjual cecair vape.

Belum ada lagi kajian menunjukkan vape bahaya kepada manusia. Tetapi kerajaan seringkali memberi prospektif yang lain iaitu "belum ada bukti vape tidak bahaya". Ayat ini memberi persepsi lain kepada masyarakat.

Ini bukanlah fenomena biasa tapi ini adalah peperangan antara syarikat tembako dan pengusaha vape. Manakala pengguna vape amat menyokong pengusaha vape kerana bagi mereka ini adalah fenomena yang baik iaitu berubah dari rokok biasa kepada vape.

Fatwa-fatwa pengharaman Vape juga ada dikeluarkan oleh mufti-mufti negeri dan ianya tidak disokong oleh hujah-hujah yang kuat. Pada masa yang sama ada mufti-mufti menyatakan vape tidak haram kerana tidak ada kajian tepat mengenai bahaya Vape. Bagi mufti-mufti yang gelojoh mengeluarkan fatwa pada pendapat vapor adalah mufti yang tidak beribawa dan tidak layak menjadi mufti.

Berikut adalah gambaran antara vape dan rokok biasa

ini pula wajah subramaniam

ini lambang kerajaan yang memerintah sekarang.


apa-apa pun saya masih menyokong Pak Nan.

BAGAIMANA MEMILIH SISTEM RELOAD/TOPUP?

Banyak tawaran sistem reload/topup di pasaran. Dibimbangi tawaran-tawaran tidak munasabah akan merosak sekmen pasaran sistem reload/topup origin di pasaran. Di sini saya sediakan tips-tips untuk memilih sistem reload/topup yang ada di pasaran

1. Berapa % marjin keuntungan yang diberikan?
Pada dasarnya memang kita mencari marjin keuntungan yang tinggi tetapi kita kena tahu marjin realistik yang ada di pasaran. Jika marjin keuntungan yang diberi di luar realistik, maka ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tersebut. Umpamanya anda membeli Iphone dengan harga RM600. Adakah itu realistik?. Jika harga tersebut ditawarkan, adakah anda akan terus membelinya?. Tawaran marjin keuntungan realistik di pasaran adalah sekitar 3% ke 7.5% di pasaran. Jika tawaran marjin keuntungan melebihi 7% maka anda nilai sendiri program yang disediakan.

2. Berapa syarat minimum atau maksimum menambah stok jualan sebulan?
Kebiasaannya syarat minumum untuk menambah stok jualan ialah RM100 dan maksimum adalah infiniti. Kebanyakkan rakan-rakan yang saya jumpa, jarang sekali mereka bertanya hal ini. Saya sendiri pernah berjumpa dengan satu sistem yang membuat had maksimum menambah stok sebulan RM200 sahaja. Jika ini berlaku maka anda mempunyai had keuntungan sebulan. Misalnya marjin keuntungan anda 7% maka sebulan anda hanya boleh membuat keuntungan RM14 sebulan. Adakah ini berbaloi?

3. Berapakah syarat minimum atau maksimun jualan sebulan?
Kebiasaannya tiada had jualan dalam sistem normal. Jika had diberikan kepada anda maka anda kena lebih banyak membuat kira-kira untuk melihat lebih jelas potensi tawaran sistem yang diberikan.

4. Apakah medium yang boleh digunakan untuk membuat jualan?
Kebiasaannya medium yang ada di pasaran adalah menggunakan sistem SMS dan sistem Laman web. Anda harus mencari sistem yang memberi pilihan lebih banyak misalnya sistem android apps atau sistem lain yang lebih mudah dan fleksibel.

5. Berapakah nilai pendaftaran dan sejajar atau tidak dengan nilai pulangan yang diberikan?
Bahagian ini, anda kena rajin membuat kira-kira. Anda perlu menilai tawaran perkhidmatan dan produk yang diberikan semasa pendaftaran. Adakah ianya logik atau realistik?

6. Dimanakah lokasi sistem server reload/topup?
Anda harus betanya lokasi sama ada ianya di dalam kawasan atau di luar kawasan. Jika ianya di luar kawasan misalnya anda di Sarawak dan sistem di Semenanjung, jika berlaku masalah sistem maka akan menjadi kesukaran untuk anda membuat rujukan. Ini juga melibatkan individu yang menawarkan sistem kepada anda.

7. Apakah kemudahan menambah stok yang ditawarkan?
Soalan ini harus anda ajukan bagi memudahkan anda membuat transaksi akan datang. Antaranya tempoh antara bayaran stok dan kemasukkan stok, medium untuk menambah stok dan jika berlaku ralat penambahan stok. Sistem yang terkini adalah sistem tambahan stok auto, dimana anda sendiri boleh menambah stok melalui sistem auto respon. Pilihan lain adalah melalui individu yang memperkenalkan anda tentang sistem.


Maklumat tips-tips di atas adalah sebahagian daripada cara-cara untuk memilih sistem reload jika anda berhasrat untuk menjadi usahawan reload. Anda boleh hubungi pengurus beloya2u.com jika terdapat kebimbangan tawaran sistem reload/topup di pasaran. In sya Allah.. kamek sedia membantu.

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.