اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MENGAPA PERLU ADA LAMAN WEB SENDIRI

Semoga sejahtera ke atas kamu.

Banyak orang berpandangan laman web bertujuan untuk mempromosi produk mereka dan untuk meningkatkan jualan mereka. Jika anda berfikiran demikian maka itu adalah tidak tepat.

Laman web adalah satu ruang simpanan maklumat mengenai sesuatu tentang anda, sesuatu tentang perniagaan anda, sesuatu tentang produk dan perkhidmatan anda. Ianya menggantikan kertas. Ianya memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengenali syarikat anda tanpa perlu anda mencetak berulang kali profile atau katalog anda.

Ianya menjimatkan masa anda dan menjimatkan masa pelanggan anda. Anda hanya perlu memaklumkan kepada pelanggan anda alamat laman web anda dan mereka boleh bila-bila masa mendapatkan maklumat tentang syarikat serta produk dan perkhidmatan anda.

Jika anda ingin menjadikan laman web anda sebagai platfom untuk meningkatkan jualan anda. Maka anda perlu melakukan promosi. Konsep ini sama juga dengan kedai yang dibuka di alam realiti. Jika kedai alam realiti tidak dipromosi. Maka tidak banyak orang yang akan tahu kewujudan kedai anda. Bezanya laman web adalah kedai alam maya anda dan ianya juga perlu promosi.

Untuk perniagaan kecil sederhana. Cukuplah laman ini sebagai platfom kemudahan pelanggan-pelanggan anda mendapatkan maklumat tentang perniagaan anda. Jimatkan masa anda dan jimatkan masa pelanggan anda. Jimatkan kertas serta wang atau kos anda untuk membeli kertas, ink pencetak, elektrik dan kos-kos yang berkaitan.

Selain daripada itu, perniagaan anda akan lebih nampak profesional apabila memiliki laman web sendiri. Perniagaan anda akan lebih nampak mengikut peredaran zaman. Ini akan manambah keyakinan pelanggan tentang kekuatan perniagaan anda.

Anggaplah laman web anda sebagai tempat "one stop centre" untuk pelanggan anda mendapatkan maklumat tentang perniagaan anda. Terdapat berjuta-juta laman web seluruh dunia. Untuk menarik lebih ramai orang mengenali laman web anda. Anda perlu melakukan PROMOSI.

Hubungi kami. Kami boleh membantu anda untuk meningkan trafik manusia ke laman web anda. Jika tiada laman web, kami boleh membinanya untuk anda.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.