COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

RAWAT HATI DAN KEPIMPINAN DIRI TAZKIRAH KALAM SIRI 6 (2015)

Alhamdulillah.

Dari minggu ke minggu, adik-adik kalam semakin mahir menguasai kalam. Silaturahim semakin rapat. Apa yang merisaukan saya adalah semakin rapat kita maka semakin nampak kekurangan masing-masing dan di situ timbul pula sengketa akibat daripada angkuh dengan kelebihan.

Seperti minggu lalu, Saya memang menekankan mengenai ekonomi dan silaturahim. Matlamat saya mewujudkan gelanggan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim selain daripada mengajak anak muda mencipta peluang kerja sendiri dan silaturahim.

Pesanan saya kali ini adalah berkaitan dengan hati. Kekuatan hati bergantung kepada berapa kuat kita mampu melawan nafsu kita. Untuk mendidik hati hendaklah kita bersangka baik dengan sesama insan. Hormati guru-guru yang mengajar kebaikan.

Kadang-kadang perkara yang kita anggap buruk sebenarnya baik dan yang baik adalah buruk. Disebabkan itu, bertawakal dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ingin saya kongsikan cerita ini dan bagaimana persepsi adik-adik kalam?

Begini, Ada seorang anak kecil memegang dua biji epal. Datanglah si ibu dan melihat dua biji epal tersebut. Si ibu pun meminta sebiji epal dari anak kecil tersebut. Tiba-tiba anak kecil mengigit dua biji epal yang dipegangnya.

Saya diam sebentar melihat riaksi adik-adik kalam. Ada yang cakap, kurang ajar budak itu dan saya hanya tersenyum sahaja. Ada yang tercengang dan geram mendengar cerita ini.

Saya kemudian menyambung... Anak kecil tersebut kemudian memberi sebiji epal kepada ibunya dan berkata "Nah ibu.. yang ini lebih manis untuk ibu". Rupa-rupanya anak kecil tersebut memastikan epal lebih manis layak diberi kepada ibunya.

Masing-masing tersenyum dengan cerita saya. Ini adalah salah satu pelajaran yang patut kamu ingat. Hati kita ini belum betul-betul boleh berbaik sangka bukan?. Untuk mendidik hati, mulakan dari rumah. Bantulah ibu bapa.. hormatilah mereka.. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk membalas budi mereka.

Minggu hadapa ada cerita lebih menarik untuk dikongsi.

Setiap adik-adik kalam di sini adalah pemimpin dan keutamaan dalam kepimpinan adalah memimpin diri sendiri. Pimpinlah diri kita ke arah jalan yang betul dan untuk menjadi pemimpin yang baik, maka bermulalah dari rumah iaitu hormati ibu bapa.

Hari ini saya memberi tugasan kepada adik-adik kalam. Setiap yang hadir hari ini perlu melakukan tugasan ini. Tugasan ini amat mudah jika kita biasa dan sukar bagi yang tidak biasa. Tugasan ini adalah adik-adik kalam dikehendaki membantu ibu bapa di rumah. Tidak kira apa jua pekerjaan yang mampu dibantu.

Dulu waktu saya meningkat dewasa, pelbaga kerja yang saya buat.. Dari laut sehinggalah ke darat.. Pernah suatu ketika, saya ingin merasa bagaimana ayah menebas rumput menggunakan mesin rumput.. dan saya mencuba melakukannya. Keputusannya, saya demam keesokkan harinya. Saya melakukan kerja tersebut lebih setengah hari. Banyak pelajaran yang saya perolehi selepas membantu ayah dan saya harap tugasan kali ini dilakukan dengan ikhlas dan adik-adik kalam pasti akan merasa hikmah serta kemanisannya nanti.

Minggu depan saya akan pilih antara adik-adik kalam di sini untuk memberi pengalaman yang menarik apabila membantu ibu bapa.

Sekian..

alhamdulillah..

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.