اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEPIMPINAN KINEK TOK YANG SUKA DENGAN SIK DISUKA (VERSI SARAWAK)

Selamat sejahtera pembaca beloya2u.com
Sapa maca artikel tok mesti madah kedak bunyi orang ngepak.. keh keh keh...

Senyum sorang dirik ada juak kali baca artikel bahasa Sarawak.. Bena ndak? Bagi yang masih belajar bahasa Sarawak boleh KLIK SITOK.

Setiap orang yang lahir di dunia tok adalah pemimpin. Benda pertama yang dipimpin ialah memimpin dirik pun. Mun dah suka mimpin dirik pun ke tempat yang sik patut nang la jadi sik patut lah nya. Nabi dah madah, mun kitak orang pegi ke tempat orang jual minyak wangi nakkah terpalit juak minyak wangi rah badan kitak orang. Camya juak lah sebaliknya. Lewat juak sik paham. Ndak ku pande madah gik eh. 

Sebagai pemimpin, kitak orang boleh pilih samada mok jadi pemimpin yang ditakuti atau disayangi. Mun bagi kami pemimpin yang disayangi lebih bagus gik. Tapi sik juak nak medo pemimpin ditakuti sik bagus. Ada pro dengan kontra nya bah.

Kamek suka pemimpin yang di sayangi sebab ayat pertama yang diturunkan masa Nabi kita di Gua Hiraq. Ayatnya adalah "Bacalah dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang" sebelum surah Iqra di baca. Paham maksud pengasih dengan penyayang ya ka? Ndak patut sik tauk. Mun sik tauk belajarlah dengan orang tauk. Iboh empengo camya ajak.

Pemimpin yang disayangi tok pada pendapat kamek adalah seorang yang penyayang tetapi tegas serta memahami. Mampu mendalami yang tersurat dengan yang tersirat walaupun sik sedalam tuhan faham kita. Bertanggungjawab serta mampu berbincang dengan bagus dengan orang lain mun ada masalah. Bukanlah dengan sumpah seranah ndak tentu pasal.

Sorang pemimpin yang di sayangi mampu berada di zon apa sekali pun. Zon susah, zon sedang senang, zon senang, zon boleh la senang dengan zon senang lenang. Zon nembiak bagus dengan zon nembiak sik bagus. Di sia kita boleh faham sidaknya.

Mun ekot trend nektok, Sik berapa gilak orang nak nangga pangkat dengan darjat. Asal kurang ajar sik hormat orang alu keciklah ditangga orang. Ilmu tinggi melangit tapi kelakar bagus-bagus hormat orang lain,, kompom orang suka. Tapi yalah tek. Sik juak kita dapat jaga hati semua orang ndak?. Apa yang penting kita amal makruf nahi mungkar. Bertindak dengan berhikmah bukan dengan nafsu lemah.

Contoh kita boleh tangga nektok, Pakcik Adenan Satem.. you you... Kejawak ada jak.. Nya boleh kamek madah zuhud juak. Nya menjiwai hati rakyat Sarawak walaupun sik semua. Nya manusia juak bah. Nya molah yang terbaik. Bagi kamek, nya seorang pemimpin yang di sayangi. Sokonglah nya molah benda bagus daripada kitak orang ngerepak ndak tentu pasal nak nganok orang jak kerja. Sikda paedah.

Pemimpin yang di suka orang.. sik pelu kamek nyebut siapa.. tapi kitak orang tauk bah.. pemimpin yang suka bermuka-muka.. Sik ikhlas.. ngeluar kenyataan yang sik masok akal.. kenyataan k tetak nembiak kata kita. Dah ngeluar kenyataan salah, sik juak nak mintak maaf.. adeh eh.. nindak orang kin sik suka.. Boleh dikatakan mejoriti sik suka..

Pemimpin yang orang suka juak cam Khairi Jamaludin atau KJ.. ehhhh.. Menteri belia dan sukan ya bah.. lewat juak sik kenal bah.. Nya ada pendirian yang bagus.. Berfikiran kehadapan.. Nya boleh berada di mana-mana zon bah..

Pemimpin lain yang orang suka cam Rafizi.. Mun nya ngeluar kata-kata.. memang bersandarkan fakta. Yala orang suka dengar.. bukan kelaka ndak tentu pasal.. 

Selain dari ya.. Arwah tok guru Nik Aziz.. Perjuangannya jelas.. cuma yala tedah orang tua ya.. mala kenak fitnah ajak-ajak. Sampe kamek pun keliru oleh nya. Tapi berdasarkan pemerhatian cara hidupnya. Persepsi kamek. Nya memang orang yang baik malah yang terbaik.

Apa-apa pun.. kitak orang pilih lah.. kitak orang maok jadi PEMIMPIN YANG DISAYANGI ATAU DITAKUTI.. duak-duak ada kelebihan dengan kekurangan. Terpulang kepada kitak orang untuk menilainya. Nemu nuan?




Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.