COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

EKONOMI DAN SILATURAHIM TAZKIRAH KALAM SIRI 5 (2015)

Assalamualaikum pembaca beloya2u.com

Coretan ini adalah rakaman pesanan saya kepada adik-adik dan rakan-rakan serta diri saya sendiri pada pertemuan siri 5 Kalam

Silaturahim dan ekonomi adalah matlamat saya dalam menubuhkan satu pasukan yang kuat. Pasukan yang boleh diharapkan untuk membantu umat lain pada masa-masa akan datang. 

Penerangan saya ringkas dan padat serta harapan saya para pendengar faham dan menjiwai apa yang saya sampaikan.



Pesanan yang saya sampaikan adalah menjaga silaturahim sesama ahli Kalam, menjaga nama baik kalam, mementingkan diplomasi daripada pergaduhan dan perkara pokok adalah menghormati ibu bapa.

Dua matlamat saya dalam menubuhkan gelanggang ini dan untuk mencapai matlamat tersebut perkara asas yang harus dijaga adalah silaturahim. Jangan letih menjaga silaturahim kerana kita tidak akan pernah berehat untuk menjaga silaturahim kecuali kita mati dan pada masa itu adalah waktu yang tidak dapat di elak untuk kita berehat dengan kerenah silaturahim. Jaga adik kakak. Jika mereka memerlukan pertolongan maka hulurkanlah setakat yang mampu dan maklumkan kepada guru-guru.


Proses pembelajaran setiap hari ada 3 bahagian iaitu fitness (bina badan), langkah kalam dan tazkirah. Setiap yang dirancang ada maksud yang tersirat. Harapan saya adik-adik dan rakan-rakan ikhlas dalam memberi komitmen dalam gelanggan.

Mengenai ekonomi pula, saya kongsikan pengalaman saya mengenai maksud tidak sombong dengan ilmu. Dahulu saya bekerja sebagai eksekutif akaun dan suatu hari, bos saya arahkan saya untuk mengendali program (event). Jika saya sombong, maka saya akan berdolak dalih dan mengatakan itu bukan tugas saya. Tetapi atas dasar ingin belajar sesuatu yang baru dan peluang yang diberikan. Saya telah mengambil tugas itu dan melakukan dengan ikhlas hati. Kesannya sekarang, saya mampu mengendalikan mana-mana program (event) jika diserahkan kepada saya dan saya sendiri boleh mencipta event saya sendiri. 

Jadi adik-adik dan rakan-rakan sekalian. Janganlah kita sombong dengan ilmu. Untuk permulaan, bagi mencetuskan peribadi dan melibatkan diri dalam bidang ekonomi. Bermulalah dari rumah. Langkah awal adalah membantu ibu bapa di rumah. Percayalah setiap yang dilakukan akan mendapat barakah dari Allah swt. Tanpa anda sedari, anda akan memperolehi sesuatu dan beberapa orang adik-adik di sini telah melakukan apa yang saya nasihatkan. Apa yang diperolehinya amat menyeronokkan.

Ingatlah rukun-rukun kita, beradapan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa, Guru-guru yang mengajar kebaikan, abang kakak, sesama ahli kalam dan sesama insan.

HIDUP BERSAMA MENGEMBANG DAN MENYATU

In sya Allah, minggu depan kita akan berjumpa dan berkumput di sini dan meneruskan aktiviti kita serta menambah saf-saf kita. amin.


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.