COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

RAWAT HATI DAN KEPIMPINAN DIRI TAZKIRAH KALAM SIRI 6 (2015)

Alhamdulillah.

Dari minggu ke minggu, adik-adik kalam semakin mahir menguasai kalam. Silaturahim semakin rapat. Apa yang merisaukan saya adalah semakin rapat kita maka semakin nampak kekurangan masing-masing dan di situ timbul pula sengketa akibat daripada angkuh dengan kelebihan.

Seperti minggu lalu, Saya memang menekankan mengenai ekonomi dan silaturahim. Matlamat saya mewujudkan gelanggan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim selain daripada mengajak anak muda mencipta peluang kerja sendiri dan silaturahim.

Pesanan saya kali ini adalah berkaitan dengan hati. Kekuatan hati bergantung kepada berapa kuat kita mampu melawan nafsu kita. Untuk mendidik hati hendaklah kita bersangka baik dengan sesama insan. Hormati guru-guru yang mengajar kebaikan.

Kadang-kadang perkara yang kita anggap buruk sebenarnya baik dan yang baik adalah buruk. Disebabkan itu, bertawakal dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ingin saya kongsikan cerita ini dan bagaimana persepsi adik-adik kalam?

Begini, Ada seorang anak kecil memegang dua biji epal. Datanglah si ibu dan melihat dua biji epal tersebut. Si ibu pun meminta sebiji epal dari anak kecil tersebut. Tiba-tiba anak kecil mengigit dua biji epal yang dipegangnya.

Saya diam sebentar melihat riaksi adik-adik kalam. Ada yang cakap, kurang ajar budak itu dan saya hanya tersenyum sahaja. Ada yang tercengang dan geram mendengar cerita ini.

Saya kemudian menyambung... Anak kecil tersebut kemudian memberi sebiji epal kepada ibunya dan berkata "Nah ibu.. yang ini lebih manis untuk ibu". Rupa-rupanya anak kecil tersebut memastikan epal lebih manis layak diberi kepada ibunya.

Masing-masing tersenyum dengan cerita saya. Ini adalah salah satu pelajaran yang patut kamu ingat. Hati kita ini belum betul-betul boleh berbaik sangka bukan?. Untuk mendidik hati, mulakan dari rumah. Bantulah ibu bapa.. hormatilah mereka.. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk membalas budi mereka.

Minggu hadapa ada cerita lebih menarik untuk dikongsi.

Setiap adik-adik kalam di sini adalah pemimpin dan keutamaan dalam kepimpinan adalah memimpin diri sendiri. Pimpinlah diri kita ke arah jalan yang betul dan untuk menjadi pemimpin yang baik, maka bermulalah dari rumah iaitu hormati ibu bapa.

Hari ini saya memberi tugasan kepada adik-adik kalam. Setiap yang hadir hari ini perlu melakukan tugasan ini. Tugasan ini amat mudah jika kita biasa dan sukar bagi yang tidak biasa. Tugasan ini adalah adik-adik kalam dikehendaki membantu ibu bapa di rumah. Tidak kira apa jua pekerjaan yang mampu dibantu.

Dulu waktu saya meningkat dewasa, pelbaga kerja yang saya buat.. Dari laut sehinggalah ke darat.. Pernah suatu ketika, saya ingin merasa bagaimana ayah menebas rumput menggunakan mesin rumput.. dan saya mencuba melakukannya. Keputusannya, saya demam keesokkan harinya. Saya melakukan kerja tersebut lebih setengah hari. Banyak pelajaran yang saya perolehi selepas membantu ayah dan saya harap tugasan kali ini dilakukan dengan ikhlas dan adik-adik kalam pasti akan merasa hikmah serta kemanisannya nanti.

Minggu depan saya akan pilih antara adik-adik kalam di sini untuk memberi pengalaman yang menarik apabila membantu ibu bapa.

Sekian..

alhamdulillah..

KEPIMPINAN KINEK TOK YANG SUKA DENGAN SIK DISUKA (VERSI SARAWAK)

Selamat sejahtera pembaca beloya2u.com
Sapa maca artikel tok mesti madah kedak bunyi orang ngepak.. keh keh keh...

Senyum sorang dirik ada juak kali baca artikel bahasa Sarawak.. Bena ndak? Bagi yang masih belajar bahasa Sarawak boleh KLIK SITOK.

Setiap orang yang lahir di dunia tok adalah pemimpin. Benda pertama yang dipimpin ialah memimpin dirik pun. Mun dah suka mimpin dirik pun ke tempat yang sik patut nang la jadi sik patut lah nya. Nabi dah madah, mun kitak orang pegi ke tempat orang jual minyak wangi nakkah terpalit juak minyak wangi rah badan kitak orang. Camya juak lah sebaliknya. Lewat juak sik paham. Ndak ku pande madah gik eh. 

Sebagai pemimpin, kitak orang boleh pilih samada mok jadi pemimpin yang ditakuti atau disayangi. Mun bagi kami pemimpin yang disayangi lebih bagus gik. Tapi sik juak nak medo pemimpin ditakuti sik bagus. Ada pro dengan kontra nya bah.

Kamek suka pemimpin yang di sayangi sebab ayat pertama yang diturunkan masa Nabi kita di Gua Hiraq. Ayatnya adalah "Bacalah dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang" sebelum surah Iqra di baca. Paham maksud pengasih dengan penyayang ya ka? Ndak patut sik tauk. Mun sik tauk belajarlah dengan orang tauk. Iboh empengo camya ajak.

Pemimpin yang disayangi tok pada pendapat kamek adalah seorang yang penyayang tetapi tegas serta memahami. Mampu mendalami yang tersurat dengan yang tersirat walaupun sik sedalam tuhan faham kita. Bertanggungjawab serta mampu berbincang dengan bagus dengan orang lain mun ada masalah. Bukanlah dengan sumpah seranah ndak tentu pasal.

Sorang pemimpin yang di sayangi mampu berada di zon apa sekali pun. Zon susah, zon sedang senang, zon senang, zon boleh la senang dengan zon senang lenang. Zon nembiak bagus dengan zon nembiak sik bagus. Di sia kita boleh faham sidaknya.

Mun ekot trend nektok, Sik berapa gilak orang nak nangga pangkat dengan darjat. Asal kurang ajar sik hormat orang alu keciklah ditangga orang. Ilmu tinggi melangit tapi kelakar bagus-bagus hormat orang lain,, kompom orang suka. Tapi yalah tek. Sik juak kita dapat jaga hati semua orang ndak?. Apa yang penting kita amal makruf nahi mungkar. Bertindak dengan berhikmah bukan dengan nafsu lemah.

Contoh kita boleh tangga nektok, Pakcik Adenan Satem.. you you... Kejawak ada jak.. Nya boleh kamek madah zuhud juak. Nya menjiwai hati rakyat Sarawak walaupun sik semua. Nya manusia juak bah. Nya molah yang terbaik. Bagi kamek, nya seorang pemimpin yang di sayangi. Sokonglah nya molah benda bagus daripada kitak orang ngerepak ndak tentu pasal nak nganok orang jak kerja. Sikda paedah.

Pemimpin yang di suka orang.. sik pelu kamek nyebut siapa.. tapi kitak orang tauk bah.. pemimpin yang suka bermuka-muka.. Sik ikhlas.. ngeluar kenyataan yang sik masok akal.. kenyataan k tetak nembiak kata kita. Dah ngeluar kenyataan salah, sik juak nak mintak maaf.. adeh eh.. nindak orang kin sik suka.. Boleh dikatakan mejoriti sik suka..

Pemimpin yang orang suka juak cam Khairi Jamaludin atau KJ.. ehhhh.. Menteri belia dan sukan ya bah.. lewat juak sik kenal bah.. Nya ada pendirian yang bagus.. Berfikiran kehadapan.. Nya boleh berada di mana-mana zon bah..

Pemimpin lain yang orang suka cam Rafizi.. Mun nya ngeluar kata-kata.. memang bersandarkan fakta. Yala orang suka dengar.. bukan kelaka ndak tentu pasal.. 

Selain dari ya.. Arwah tok guru Nik Aziz.. Perjuangannya jelas.. cuma yala tedah orang tua ya.. mala kenak fitnah ajak-ajak. Sampe kamek pun keliru oleh nya. Tapi berdasarkan pemerhatian cara hidupnya. Persepsi kamek. Nya memang orang yang baik malah yang terbaik.

Apa-apa pun.. kitak orang pilih lah.. kitak orang maok jadi PEMIMPIN YANG DISAYANGI ATAU DITAKUTI.. duak-duak ada kelebihan dengan kekurangan. Terpulang kepada kitak orang untuk menilainya. Nemu nuan?




SEMANGAT PASUKAN PENGAWAL PERIBADI SARAWAK (BGS)

Pengalaman menyertai Pengawal Peribadi Sarawak (BGS) amat menyeronokkan dengan sokongan semua ahli yang tidak berbelah bahagi. Semua bagai terpukau dengan aktiviti menembak.

Acara yang dijalankan sepanjang hari memberi banyak pengalaman dalam mengendalikan senjata. Kebanyakkan ahli-ahli teruja untuk mencuba dan ingin mencuba berkali-kali dalam mengendalikan senjata.

Sorakkan dan sokongan memberi semangat dalam berpasukan. Lebih seronok lagi adalah perkongsian dari ahli yang berpengalaman. Masing-masing memasang telinga dan mendengar dengan teliti setiap pesanan.

Sekarang keahlian BGS masih dibuka dan anda semua dijemput untuk menyertainya.

Hari itu bagaikan hari yang bersejarah kepada semua ahli.  Berikut adalah gambar-gambar aktiviti hari tersebut.


LOGO BGS












EKONOMI DAN SILATURAHIM TAZKIRAH KALAM SIRI 5 (2015)

Assalamualaikum pembaca beloya2u.com

Coretan ini adalah rakaman pesanan saya kepada adik-adik dan rakan-rakan serta diri saya sendiri pada pertemuan siri 5 Kalam

Silaturahim dan ekonomi adalah matlamat saya dalam menubuhkan satu pasukan yang kuat. Pasukan yang boleh diharapkan untuk membantu umat lain pada masa-masa akan datang. 

Penerangan saya ringkas dan padat serta harapan saya para pendengar faham dan menjiwai apa yang saya sampaikan.



Pesanan yang saya sampaikan adalah menjaga silaturahim sesama ahli Kalam, menjaga nama baik kalam, mementingkan diplomasi daripada pergaduhan dan perkara pokok adalah menghormati ibu bapa.

Dua matlamat saya dalam menubuhkan gelanggang ini dan untuk mencapai matlamat tersebut perkara asas yang harus dijaga adalah silaturahim. Jangan letih menjaga silaturahim kerana kita tidak akan pernah berehat untuk menjaga silaturahim kecuali kita mati dan pada masa itu adalah waktu yang tidak dapat di elak untuk kita berehat dengan kerenah silaturahim. Jaga adik kakak. Jika mereka memerlukan pertolongan maka hulurkanlah setakat yang mampu dan maklumkan kepada guru-guru.


Proses pembelajaran setiap hari ada 3 bahagian iaitu fitness (bina badan), langkah kalam dan tazkirah. Setiap yang dirancang ada maksud yang tersirat. Harapan saya adik-adik dan rakan-rakan ikhlas dalam memberi komitmen dalam gelanggan.

Mengenai ekonomi pula, saya kongsikan pengalaman saya mengenai maksud tidak sombong dengan ilmu. Dahulu saya bekerja sebagai eksekutif akaun dan suatu hari, bos saya arahkan saya untuk mengendali program (event). Jika saya sombong, maka saya akan berdolak dalih dan mengatakan itu bukan tugas saya. Tetapi atas dasar ingin belajar sesuatu yang baru dan peluang yang diberikan. Saya telah mengambil tugas itu dan melakukan dengan ikhlas hati. Kesannya sekarang, saya mampu mengendalikan mana-mana program (event) jika diserahkan kepada saya dan saya sendiri boleh mencipta event saya sendiri. 

Jadi adik-adik dan rakan-rakan sekalian. Janganlah kita sombong dengan ilmu. Untuk permulaan, bagi mencetuskan peribadi dan melibatkan diri dalam bidang ekonomi. Bermulalah dari rumah. Langkah awal adalah membantu ibu bapa di rumah. Percayalah setiap yang dilakukan akan mendapat barakah dari Allah swt. Tanpa anda sedari, anda akan memperolehi sesuatu dan beberapa orang adik-adik di sini telah melakukan apa yang saya nasihatkan. Apa yang diperolehinya amat menyeronokkan.

Ingatlah rukun-rukun kita, beradapan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa, Guru-guru yang mengajar kebaikan, abang kakak, sesama ahli kalam dan sesama insan.

HIDUP BERSAMA MENGEMBANG DAN MENYATU

In sya Allah, minggu depan kita akan berjumpa dan berkumput di sini dan meneruskan aktiviti kita serta menambah saf-saf kita. amin.


CARA MENDAFTAR AHLI TONE EXCEL

update 11/05/2015

BAGAIMANA NAK MENDAFTARKAN 
AHLI BARU TONE EXCEL?

JIKA ANDA BELUM MENDAFTAR MAKA 
ANDA BELUM BOLEH MENDAFTAR ORANG LAIN
untuk mendaftar sila KLIK SINI jika anda belum ahli

CARA PENDAFTARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

Anda hanya perlu SMS  atau melalui aplikasi Whatsapp sahaja untuk melakukan pendaftaran dan semasa melakukan pendaftaran sila semak semula sms sebelum menghantar 

______________________________________________________________

DAFTAR PENGGUNA MYKAD

pergi ke mesej dan taip

AD [NAMA] [SN] [PUK] [KP] [ALAMAT] [POSKOD] IDP [NO ID]

contoh:

AD KHALIFAH NABHAN 8012350 40549338 851110134456 NO 20 JALAN SULTAN TENGAH TAMAN PUTERI PETRA JAYA SARAWAK 93050 IDP 698867

HANTAR KE +60147057769 (SMS)
HANTAR KE +60105335793 (APLIKASI WHATSAPP)

______________________________________________________________

DAFTAR PENGGUNA PASSPORT

pergi ke mesej dan taip

AD [NAMA] [SN] [PUK] [NO PASSPORT] [NEGARA] [TARIKH LAHIR] [ALAMAT] [POSKOD] IDP [NO ID]

contoh:

AD GUNWA AKAPPU PALA 8012350 40549338 A167890 INDONESIA 13/11/1965 JALAN SULTAN TENGAH TAMAN PUTERI PETRA JAYA SARAWAK 93050 IDP 698867

HANTAR KE +60147057769 (SMS)
HANTAR KE +60105335793 (APLIKASI WHATSAPP)

______________________________________________________________

DAFTAR PENGGUNA KAD TENTERA/POLIS

pergi ke sms dan taip

AD [NAMA] [SN] [PUK] [KP] [NO POLIS/TENTERA] [TARIKH LAHIR] [ALAMAT] [POSKOD] IDP [NO ID]

contoh:

AD KHALIFAH NABHAN 8012350 40549338 T10138465 13/11/85 NO 20 JALAN SULTAN TENGAH TAMAN PUTERI PETRA JAYA SARAWAK 93050 IDP 698867

HANTAR KE +60147057769 (SMS)
HANTAR KE +60105335793 (APLIKASI WHATSAPP)

______________________________________________________________

BAGAIMANA HENDAK MENGEKALKAN NOMBOR LAMA?

AD [NAMA] [SN] [PUK] [KP] [ALAMAT] [POSKOD] [NAMA TELCO] [NO TEL LAMA] IDP [NO ID]

contoh:

AD KHALIFAH NABHAN 8012350 40549338 851110134456 NO 20 JALAN SULTAN TENGAH TAMAN PUTERI PETRA JAYA SARAWAK 93050 DIGI 0123456789 IDP 698867

HANTAR KE +60147057769 (SMS)
HANTAR KE +60105335793 (APLIKASI WHATSAPP)

NOTA : 
anda hanya perlu masukan data nama telco lama dengan nombor telco lama antara poskod dengan idp dari semua teknik di atas.


______________________________________________________________



MEMBEKAL SIM WOW TONE EXCEL KUCHING SARAWAK



| cara daftar ahli | link portal TE | jana 20k dalam setahun | plan pemasaran | internet murah |

KAMI MEMBEKAL SIM WOW TONE EXCEL

ANDA SUDAH AHLI ATAU BELUM AHLI?
ANDA BOLEH BELI DARI KAMI


MENGAPA PILIH TONE EXCEL
  1. Mudah untuk mendapat reload/topup.
  2. Prestasi yang mantap dalam sejarahnya.
  3. Bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Malaysia.
  4. Airtime percuma : panggilan , sms, Internet dan rebat.
  5. PA Insurans RM100,000 Percuma
  6. Percuma mata ganjaran setiap kali reload/topup
  7. Diskaun hebat penginapan di Tune Hotel.
  8. Menyertai cabutan bertuah Mingguan, Bulanan dan Tahunan.
  9. Menyertai pertandingan hebat dan pakej Perlancongan ke luar negara.
  10. Peluang membuat pendapatan pasif setiap bulan.
WOW!!
RELOAD RM30 KREDIT PERCUMA RM10
RELOAD RM50 KREDIT PERCUMA RM20

SEKARANG ANDA SENARAIKAN KELEBIHAN SIM ANDA

INILAH SEBAB MENGAPA PENGGUNA SIM WOW TONE EXCEL DIGELAR
PENGGUNA BIJAK DAN BUKAN PENGGUNA BIASA

ANDA KUAT MENGGUNAKAN INTERNET?
Pengguna sim TE hanya menanggung kos RM2.00 untuk data 1GB dan RM59.00 untuk data 3 GB. Malah ada yang sudah menikmati internet PERCUMA

ANDA KUAT MEMBUAT PANGGILAN TELEFON ATAU SMS?
Kos penggilan untuk pengguna sim TE rendah sehingga boleh mencapai RM0.20/minit,
Malah ada yang sudah menikmati panggilan/sms PERCUMA ke semua rangkaian.

ANDA PERLUKAN STOK SIMKAD WOW TONE EXCEL?

KAMI SERAP GST

ANDA PERLUKAN MAKLUMAT LANJUT?

HUBUNGI KAMI DI TALIAN BERIKUT

016-850 3160 (EMA) -whatsapp 
-atau-
010-7956581 (NABHAN) -whatsapp


ATAU

ISI BORANG DI BAWAH INI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.