اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

WASIAT AYAHDA UNTUK ANAKDA ANDAI AYAHDA DIJEMPUT DIA (1)

Ayahda selalu ingat satu pesanan rasul kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasul junjungan kita kata lebih kurang berbunyi "Jika kita ingat mati maka kita adalah antara orang yang bijak". Perkataan ini pada pendapat ayahda adalah ayat menyeluruh merangkumi kehidupan dunia dan akhirat. Di dunia, kita bersedia untuk meninggalkan kebaikan dan kekuatan kepada keturunan serta ummah. Manakala di akhirat, kita bersedia untuk berhadapan dengan janji Allah swt. Penerangan ini hanya 1/1000 maksud yang tersirat. Terdapat banyak lagi maksud yang merangkumi agama, ekonomi, undang-undang, ilmuan dan pelbagai lagi.

Jika ayahda tidak lagi melihat matahari pada esok hari. Ayahda mahu anakda tahu bahawa betapa ayahda amat bersyukur atas kelahiran anakda dan ini adalah anugerah yang sukar digambarkan. Anakda adalah waris perjuangan ayahda. Betapa ayahda sayangkan anakda dan anakda akan faham maksud ayahda apabila anakda sudah menjadi ayahda suatu masa nanti dengan izin Allah.

Nenekda selalu berpesan kepada ayahda, bahawa "jika kita berada di suatu tempat, maka tinggalkan kebaikan di sana dan semoga kita dirahmati Allah serta di sayangi orang di sekeliling kita". Ayahda berharap anakda memiliki sikap ini. Segala yang ayahda terangkan di atas adalah prinsip asas hidup ayahda dan semoga memberi mafaat kepada anakda.

Sebelum segalanya bermula. Permulaan setiap tingkah laku anakda hendaklah dengan hati dan jiwa yang bersih. Hati yang bersih akan memberi ketenangan kepada anakda sekaligus memberi inspirasi lebih jauh dan matang. Ayahda bukanlah orang bijak pandai mengenai agama, tetapi ayahda sentiasa cuba mempelajarinya. Antara hadis-hadis nabi junjungan kita yang suka ayahda sampaikan kepada anakda, lebih kurang berbunyi begini "terdapat seketul darah di dalam diri manusia yang akan menentukan syurga atau neraka tempatnya". Ayahda yakin bahawa itu adalah hati dan jiwa manusia.

Hati yang bersih akan menentukan akal yang sihat. Jika hati kotor maka akal kita akan rosak. Segala yang kita lakukan dengan hati yang kotor adalah sia-sia. Sesungguhnya demi masa manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman. Untuk mendapat iman yang optimum maka jagalah dan didiklah hati untuk bersangka baik. Bersederhanalah dalam apa jua perkara.

Dunia yang anakda kunjungi hari ini bukanlah pentas yang mudah. Segala yang ada di langit dan di bumi hampir tidak jelas kebenarannya. Nabi pernah berkata bahawa di zaman ini dan apalagi zaman dewasa anakda, segala nya umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. Untuk melihat jelas tentang kebenaran maka kembalikan kepada al-quran dan sunnah.

Anakda bayangkan pilihan jalan yang kita perlu selidiki. Terdapat 73 jalan. 72 jalan adalah jalan kesesatan dan hanya 1 jalan sahaja kebenaran. Setiap kali anakda melakukan kerja dan usaha, malah setiap permulaan maka bacalah "bismillah hirahma nirahhim" yang bermaksud "Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang". Dalam sedar tidak sedar, segala yang kita lakukan, Allah telah ajar kita untuk berkasih sayang. Lakukan apa sahaja dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Tetapi ingatlah wahai anakda, bahawa berlebihan dalam sesuatu perkara akan membuat kita tersasar. Kasih sayang ada hadnya dan jika kita melampaui batas maka ianya akan bertukar menjadi dosa. 

Anakda suatu masa nanti akan menjadi pemimpin dan amanah yang anakda kena pegang adalah memimpin diri sendiri dan seterusnya keluarga dan seterusnya sahabat dan seterusnya masyarakat dan seterusnya negeri dan seterusnya negara dan seterusnya dunia. Dimanapun kedudukan kepimpinan anakda. Ingatlah bahawa sentiasalah berlaku adil. Jangan sesekali tidak berlaku adil dengan musuh. Jangan sesekali membuat keputusan kerana kebencian. Jangan biarkan kebencian menyebabkan anakda menjadi seorang yang tidak adil.

Ayahda selalu mendoakan anakda menjadi seorang pemimpin yang adil pada masa akan datang. Disebabkan itulah nama anakda diberi maksud "pemimpin yang berwaspada". Ayahda jangkakan pada zaman kedewasaan anakda nanti, ujian akan lebih berat menanti dan fitnah di sana-sini. Segala semakin kabur dan kelam. Anakda berwaspadalah ya. Segala yang ayahda jangkakan ini sudah tercatat lebih kurang 1436 tahun dahulu.

Ini adalah wasiat ayahda yang pertama untuk anakda. Ayahda suka ingatkan anakda, bahawa jagalah dan didiklah hati anakda, mulakan segala amalan kehidupaan anakda dengan kasih sayang serta keikhlasan dan sentiasa cuba berlaku adil dalam setiap perkara.


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.