اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BELAJAR BAHASA IBAN SARAWAK



DIKEMASKINI PADA :12 FEB 2015 12:00 PAGI

Berkongsi mengenai bahasa Iban Sarawak. Semoga memberi mafaat kepada anda semua..


  1. Bercakap = Berjakok
  2. Awak = Nuan
  3. Selamat petang = Selamat lemai
  4. Aduh = Apuh
  5. Awak faham tak? = Nemu Dek?
  6. Pulang = Pulai
  7. Selamat datang = Selamat datai
  8. Bukan lah = Ukai lah
  9. Belum berkahwin = Bedau berkahwin
  10. Rasa berangin je = Berangin ja asai
  11. Bawa anak makan roti = Ngulu ba anak makai roti
  12. Sikit-sikit = Mit-mit
  13. Boleh = Ulih
  14. Bajik = Cantik
  15. Banyak orang = Mayuh orang
  16. Saudara = bala
  17. Awak ada? = Dek bisik?
  18. Tidur = Tinduk
  19. Seorang = Siko
  20. Di sini = Dituk



IDEA MENGGANDAKAN PENDAPATAN

Bermula dengan kaedah biasa tetapi dengan niat kerana hendak menolong kerana Allah maka kini saya mempunyai 3 pecahan idea mampu buat. Sudah menjadi prinsip perniagaan saya, apabila saya menceburi apa-apa perniagaan maka saya akan menetapkan matlamat berniaga sambil membantu orang lain kerana Allah.

Bermula dengan pendapatan yang pertama RM20.00 dengan kaedah biasa. Saya telah menggandakan pendapatan saya sebanyak 6 ke 10 kali ganda pada bulan kedua dengan teknik pertama ini. Idea datang hasil dari sikap keterbukaan saya untuk mendengar. Saya sendiri tidak akan menolak mana-mana individu untuk membuat pembentangan mana-mana perniagaan. Telinga adalah nikmat dan harus di syukuri.

Teknik kedua adalah teknik rahsia dan bagi saya ianya adalah teknik yang mampu mengandakan pendapatan sehingga 10 ke 20 kali ganda. Idea teknik kedua ini adalah hasil dari perbincangan dengan rakan-rakan. Semasa saya mendapat ilham teknik kedua ini, jiwa saya meronta bagai nak lakukan dengan segera. Dengan mengambil kira kekuatan, kekurangan, peluang dan ancaman maka rangka teknik kedua ini agak sempurna. 

Teknik ketiga pula adalah teknik rahsia orang lama. Jarang dibentangkan kepada ahli biasa. Mungkin rasa percaya dari pucuk pimpinan maka ilmu ini dikongsi. Bagi saya teknik ini bukanlah rahsia sangat tetapi rata-rata rakan lain di tanya tidak tahu mengenai perkara ini.

Saya teruja menganalisis beberapa teknik lain untuk menggandakan pendapatan. Antaranya teknik santai dan teknik gerilla. Apa yang menarik perhatian saya mengenai perniagaan ini adalah gandaan tanpa batasan dan pasif tanpa kekanganan. Dengan kekuatan pemegang syer dari Air Asia dan Celcom mengukuhkan lain kekuatan syarikat. Malah ahli-ahli dilindungi oleh Persatuan Pengguna Malaysia.

Rakan saya menunjukkan pergerakkan pendapatan nya bermula dari awal dia menceburi bidang ini.
Dengan pendapatan pertama RM9.40 dan kedua sebanyak RM113.60 dan ketiga sebanyak RM458.70. Saya telah melangkaui pendapatan pertamanya dan pendapatan keduanya. Di jangka implementasi teknik kedua mampu mengatasi pendapatan ke tiganya.

Tidak selamanya saya menjadi penonton dan saya harus menjadi pemainnya juga.

Jika berminat menyertai kumpulan kami anda boleh KLIK SINI dan isi borang atas talian.

WASIAT AYAHDA UNTUK ANAKDA ANDAI AYAHDA DIJEMPUT DIA (1)

Ayahda selalu ingat satu pesanan rasul kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasul junjungan kita kata lebih kurang berbunyi "Jika kita ingat mati maka kita adalah antara orang yang bijak". Perkataan ini pada pendapat ayahda adalah ayat menyeluruh merangkumi kehidupan dunia dan akhirat. Di dunia, kita bersedia untuk meninggalkan kebaikan dan kekuatan kepada keturunan serta ummah. Manakala di akhirat, kita bersedia untuk berhadapan dengan janji Allah swt. Penerangan ini hanya 1/1000 maksud yang tersirat. Terdapat banyak lagi maksud yang merangkumi agama, ekonomi, undang-undang, ilmuan dan pelbagai lagi.

Jika ayahda tidak lagi melihat matahari pada esok hari. Ayahda mahu anakda tahu bahawa betapa ayahda amat bersyukur atas kelahiran anakda dan ini adalah anugerah yang sukar digambarkan. Anakda adalah waris perjuangan ayahda. Betapa ayahda sayangkan anakda dan anakda akan faham maksud ayahda apabila anakda sudah menjadi ayahda suatu masa nanti dengan izin Allah.

Nenekda selalu berpesan kepada ayahda, bahawa "jika kita berada di suatu tempat, maka tinggalkan kebaikan di sana dan semoga kita dirahmati Allah serta di sayangi orang di sekeliling kita". Ayahda berharap anakda memiliki sikap ini. Segala yang ayahda terangkan di atas adalah prinsip asas hidup ayahda dan semoga memberi mafaat kepada anakda.

Sebelum segalanya bermula. Permulaan setiap tingkah laku anakda hendaklah dengan hati dan jiwa yang bersih. Hati yang bersih akan memberi ketenangan kepada anakda sekaligus memberi inspirasi lebih jauh dan matang. Ayahda bukanlah orang bijak pandai mengenai agama, tetapi ayahda sentiasa cuba mempelajarinya. Antara hadis-hadis nabi junjungan kita yang suka ayahda sampaikan kepada anakda, lebih kurang berbunyi begini "terdapat seketul darah di dalam diri manusia yang akan menentukan syurga atau neraka tempatnya". Ayahda yakin bahawa itu adalah hati dan jiwa manusia.

Hati yang bersih akan menentukan akal yang sihat. Jika hati kotor maka akal kita akan rosak. Segala yang kita lakukan dengan hati yang kotor adalah sia-sia. Sesungguhnya demi masa manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman. Untuk mendapat iman yang optimum maka jagalah dan didiklah hati untuk bersangka baik. Bersederhanalah dalam apa jua perkara.

Dunia yang anakda kunjungi hari ini bukanlah pentas yang mudah. Segala yang ada di langit dan di bumi hampir tidak jelas kebenarannya. Nabi pernah berkata bahawa di zaman ini dan apalagi zaman dewasa anakda, segala nya umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. Untuk melihat jelas tentang kebenaran maka kembalikan kepada al-quran dan sunnah.

Anakda bayangkan pilihan jalan yang kita perlu selidiki. Terdapat 73 jalan. 72 jalan adalah jalan kesesatan dan hanya 1 jalan sahaja kebenaran. Setiap kali anakda melakukan kerja dan usaha, malah setiap permulaan maka bacalah "bismillah hirahma nirahhim" yang bermaksud "Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang". Dalam sedar tidak sedar, segala yang kita lakukan, Allah telah ajar kita untuk berkasih sayang. Lakukan apa sahaja dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Tetapi ingatlah wahai anakda, bahawa berlebihan dalam sesuatu perkara akan membuat kita tersasar. Kasih sayang ada hadnya dan jika kita melampaui batas maka ianya akan bertukar menjadi dosa. 

Anakda suatu masa nanti akan menjadi pemimpin dan amanah yang anakda kena pegang adalah memimpin diri sendiri dan seterusnya keluarga dan seterusnya sahabat dan seterusnya masyarakat dan seterusnya negeri dan seterusnya negara dan seterusnya dunia. Dimanapun kedudukan kepimpinan anakda. Ingatlah bahawa sentiasalah berlaku adil. Jangan sesekali tidak berlaku adil dengan musuh. Jangan sesekali membuat keputusan kerana kebencian. Jangan biarkan kebencian menyebabkan anakda menjadi seorang yang tidak adil.

Ayahda selalu mendoakan anakda menjadi seorang pemimpin yang adil pada masa akan datang. Disebabkan itulah nama anakda diberi maksud "pemimpin yang berwaspada". Ayahda jangkakan pada zaman kedewasaan anakda nanti, ujian akan lebih berat menanti dan fitnah di sana-sini. Segala semakin kabur dan kelam. Anakda berwaspadalah ya. Segala yang ayahda jangkakan ini sudah tercatat lebih kurang 1436 tahun dahulu.

Ini adalah wasiat ayahda yang pertama untuk anakda. Ayahda suka ingatkan anakda, bahawa jagalah dan didiklah hati anakda, mulakan segala amalan kehidupaan anakda dengan kasih sayang serta keikhlasan dan sentiasa cuba berlaku adil dalam setiap perkara.


BAIAH FISABILILLAH DAN 313

Tentang 313 dan baiah fisabilillah
Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 Maksud surah Al-Imran ayat 13 amat sesuai sekali dengan isu semasa di Malaysia ini.

Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah ringkas baiah tentera fi sabilillah:

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :
Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.

Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.

Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.

Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA
Tiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :
“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.

3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)
Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:
Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).” Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....

Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.

sumber

JADUAL PROGRAM MAKTAB KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK 2015

JADUAL AKTIVITI
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
CAWANGAN SARAWAK
2015

JADUAL DI BAWAH INI ADALAH RINGKASAN SAHAJA
sila hubungi MKM untuk maklumat lebih tepat
sebarang perubahan jadual adalah tertakluk kepada pihak MKM


BIL
NAMA KURSUS
TARIKH
TEMPAT
JANUARI 2015
1
BICARA PROFESIONAL
8
MIRI
2
BICARA PROFESIONAL
KUCHING
3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
19-20
KUCHING
4
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
27-28
SRI AMAN
5
PENGURUSAN STRATEGIK
27-28
MARUDI
FEBRUARI 2015
1
PENGURUSAN STRATEGIK
2-3
2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
9-10
KUCHING
3
BENGKEL MEMBANGUNKAN VIDEO KORPORAT KOPERASI
9-12
KUCHING
4
PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI
10-11
SRI AMAN
5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
23-24
SARIKEI
6
TATACARA PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN KOPERASI
23-24
7
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
24-25
MUKAH
8
PENGURUSAN STRATEGIK
25-26
SARIKEI
MARCH 2015
1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
2-3
KUCHING
2
PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI
9-10
KUCHING
3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
10-11
4
TATACARA PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN KOPERASI
24-25
KUCHING
5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
24-25
SIBU
6
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
30-31
APRIL 2015
1
PENGURUSAN PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT MODEN
7-10
2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
7-8
SERIAN
3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
13-14
KUCHING
4
BENGKEL PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN PERNIAGAAN KOPERASI
20-22
KUCHING
5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
28-29
MEI 2015
1
BENGKEL MEMBANGUNKAN VIDEO KORPORAT KOPERASI
4-7
KUCHING
2
PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI
5-6
BINTULU
3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
5-6
LIMBANG
4
BICARA PROFESIONAL
8
5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
11-12
KUCHING
6
PELUANG PERNIAGAAN AR-RAHNU
18-20
KUCHING
7
PENGEDITAN IMEJ KREATIF ADOBE PHOTOSHOP
25-28
KUCHING
8
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
26-27
9
PENGURUSAN STRATEGIK
26-27
MUKAH
10
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI
26-28
MIRI
JUN 2015
1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
8-9
KUCHING
2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
9-10
MIRI
3
TATACARA PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN KOPERASI
9-10
SERIAN
4
BICARA PROFESIONAL
16
JULAI 2015
1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
27-28
KUCHING
2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
28-29
OGOS 2015
1
PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI
3-4
KUCHING
2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
4-5
SARATOK
3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
17-18
KUCHING
4
PENGURUSAN STRATEGIK
24-25
KUCHING
5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
25-26
SIBU
6
KESETIAUSAHAAN KOPERASI BERKESAN
25-27
SRI AMAN
SEPTEMBER 2015
1
PENGEDITAN IMEJ KREATIF ADOBE PHOTOSHOP
(LANJUTAN)
2-5
MUKAH
2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
2-3
3
KESETIAUSAHAAN KOPERASI BERKESAN
8-10
MUKAH
4
PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI
8-9
SARIKEI
5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
14-15
6
SEMINAR
21-22
KUCHING
7
28/9 – 1/10
KUCHING
8
PENGURSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
29-30
OKTOBER  2015
1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
5-6
KUCHING
2
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
6-7
SARIKEI
3
PERSEMBAHAN BERKESAN : MICROSOFT POWER POINT
6-8
KUCHING
4
TATACARA PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN KOPERASI
19-20
KUCHING
5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
20-21
SERIAN
6
BICARA PROFESIONAL
23
SRI AMAN
7
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
26-27
KUCHING
NOVEMBER 2015
1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
3-4
MUKAH
2
TATACARA PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN KOPERASI
3-4
3
PADANAN PENGALAMAN PERNIAGAAN
9-11
KUCHING
4
BENGKEL MEMBANGUNKAN SISTEM PINJAMAN KOPERASI –MS EXCEL
10-13
SARIKEI
5
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
17-18
SRI AMAN
6
BICARA PROFESIONAL
20
SIBU
7
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
23-24
KUCHING
8
BENGKEL MEMBANGUNKAN SISTEM KEANGGOTAAN KOPERASI –MS ACCESS
24-27
SRI AMAN
DISEMBER 2015
1
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI
1-2
BETONG


COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.