COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

HAIWAN ANEH DI BINTANGOR SIBU SARAWAK


AKHBAR The Borneo Post melaporkan, satu makhluk aneh telah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di jalan Bitangor-Sibu, pada pagi Jumaat.

Penemuan tersebut dibuat oleh sekumpulan pekerja warga Indonesia yang tiba-tiba terserempak dengan makhluk tersebut ketika sedang bekerja.

Menurut salah seorang saksi, haiwan pelik itu muncul dan cuba menerkam mereka yang tengah melakukan tugas kira-kira jam 10 pagi.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, seorang pekerja kemudiannya bertindak berani dengan memukul haiwan berkuku runcing itu sehingga pengsan.

“Kami terkejut. Tak ada orang yang pernah nampak makhluk seperti ini. Ia mungkin spesies beruang yang jarang ditemui.

“Apabila sedar, kami halau ia kembali ke dalam hutan,” ujarnya yang mengakui kes tersebut tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ramai pengguna yang menonton video dirakam mereka bagaimanapun mendakwa haiwan tersebut merupakan beruang matahari yang berada dalam kondisi kritikal.

-MYNEWSHUB.CC

PERKHIDMATAN DAN ALATAN RAJA SEHARI

PELAMIN RUMAH

PAKEJ A RM400++
Mini Pelamin

PAKEJ B RM600++
Pelamin 1 panel
Bekas tepung tawar
Bekas bunga telur
FREE props selfie

PAKEJ C RM1,400++
Pelamin
Bekas tepung tawar
Bekas bunga telur
Baju sanding 1 pasang
Makaup sanding
FREE props selfie

PAKEJ D RM1,650++
Pelamin
Bekas tepung tawar
Bekas bunga telur
Baju sanding 1 pasang
Baju berlulut 2 pasang
Makeup sanding + belulut
Free props selfie


PELAMIN KANOPI

PAKEJ A RM900
Pelamin Sahaja

PAKEJ B RM1,200
Pelamin
Arch
Red Karpet

PAKEJ C RM2,500
Pelamin
Arch
Red karpet
Deco kanopi
Meja pengantin


PAKEJ D RM2,800
Pelamin
Arch
Red karpet
Deco kanopi
Meja pengantin
Dome kanopi


PELAMIN DEWAN

PAKEJ A RM2,400++
Pelamin
Arch
Walkaway
Bekas tepung tawar
Bekas bunga telur
FREE wedding banner
FREE props selfie

PAKEJ B RM3,000++
Pelamin
Arch
Walkaway
Bekas tepung tawar
Bekas bunga telur
Baju sanding 1 pasang
Makeup sanding
FREE wedding banner
FREE props selfie
FREE 1x facial session


ADD ON SERVICES

Baju sanding 1 pasang dan acc = RM350
Baju belulut 1 set dan acc = RM350
Makuep akad = RM150
Makeup sanding = RM250
Makeup belulut = RM250
SPA penganting =RM240 (3x session)
Photographer = RM400++


MAKLUMAT LANJUT
ANDA BOLEH HUBUNGI

0109648532 MISS SYA

TONE EXCEL JIMAT DAN PENDAPATAN PASIF

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH TONE EXCEL

Adakah anda seorang penguna telefon bimbit?
Adakah telifon bimbit anda membebankan atau memberi manafaat kepada anda
Pernahkan anda terfikir untuk untuk membuat pendapatan sampingan dengan telifon anda


..SILA JAWAB SENDIRI..

Sudah berapa lama anda mengunakantelifon
Sampai bilakah anda akan mengunakan telifon
pernahkah telifon anda memberi pulangan kepada anda



PELUANG UNTUK DIRI SENDIRI
perniagaan yg hanya bermodalkan telifon
yuran pendaftaran hanya RM90
dapat dijalankan secara santai mahupun agresif
bukan bisnes mlm,skim piramid mahupun jual reload



KELEBIHAN TONE EXCEL
Bila ahli keluarga anda sertai anda dibayar
bila rakan anda sertai anda dibayar
bila jiran dan taulan anda sertai anda dibayar
DAN bila mereka top up anda dibayar seumur hidup


RANTAIAN PERNIAGAAN ANDA
bila ahli keluarga anda memperkenalkan kepada rakan mereka anda dibayar
bila rakan anda memperkenalkan kepada rakan mereka pun anda dibayar
bila jiran dan taulan anda memperkenalkan kepada rakan mereka anda juga dibayar
dan rantaian ini berterusan sampai ke level 3

CONTOHNYA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT 
ANDA BOLEH HUBUNGI

01115801090 Neo @ 01115417329 Khalifah



MENGAPA BURUNG BERKICAU DI WAKTU PAGI (PADU HAL TEK)

Sekumpulan Ilmuwan melakukan penelitian terhadap burung-burung yang hidup di Philadelphia untuk mengembangkan khazanah Pengetahuan Perguruan Tinggi Amerika. Penelitian tersebut sebenarnya telah lama selesai iaitu pada tahun 1993 dan menghasilkan beberapa kesimpulan, diantaranya :

Mengenai kesalahan pandangan manusia yang menganggap bahawa berkicaunya burung adalah untuk menghibur manusia di pagi hari. Sesungguhnya kombinasi kicauan yang beragam ketika musim mengawan adalah merupakan kicauan burung jantan yang sedang berupaya untuk menarik perhatin burung betina. Kicauan dengan beranekaragam irama itu sangat indah hingga mencapai ukuran yang disukai oleh telinga manusia.

Kicauan burung menjadi semakin menarik ketika pagi hari di musim mengawan, di mana kicauan burung tersebut merupakan tanda bahawa burung jantan sedang membuat sarang. Mereka berkicau dengan cara yang mengagumkan dan kuat untuk menunjukkan kewujudannya di tempat itu. Mereka berkicau nyaring dilangit sebelum dan ketika musim mengawan.

Kemudian kicauan tersebut akan berkurang sedikit demi sedikit ketika dalam tahap menetaskan telur, dan perlahan akan menjadi tenang. Ketika anak burung sudah mula meninggalkan sarangnya. Kicauan burung jantan akan semakin menjadi luar biasa selama musim pengawan. Perkara ini ditunjukkan oleh para peneliti burung ketika meneliti kebiasaan mereka dalam berkicau. Satu burung akan dapat berkicau lebih banyak dari 2300 jenis dalam sehari.

Mereka tidak akan berhenti katika sarangnya belum sempurna, hingga burung betina yang diinginkan datang. Ketika itulah burung jantan mulai mengarahkan suaranya dan badannya untuk memuaskan dan meyakinkan burung betina yang tertarik kepadanya. Tahap seperti ini terus berlangsung berhari-hari sebelum burung betina betul-betul menerima da memulai mengawan, dan kadang berlaku secara kekerasan untuk mengusir saingannya dari sarangnya.

Ikatan seperti ini akan terus berlangsung selama satu musim bagi sebahagian burung, sedangkan sebahagian lainnya, terutama burung undan ( al-Baj’) dengan pasangannya akan melangsungkannya selama hidupnya.

Para ilmuan menyebutkan bahwa 90% burung berkicau melepasi tempoh mengawan hanya satu kali saja, tetapi sebahagian lainnya memiliki banyak pasangan yang mana satu burung jantan akan mengawan lebih dari dua betina. Atau sebaliknya satu burung betina akan kawin dengan dua atau lebih burung jantan. Pembahasan dalam penelitian tersebut menunjukkan keindahan kicauan burung di pagi hari dan burung yang bermigrasi pada musim mengawan sangat sedikit.

Ketika burung jantan sendirian dia berkicau mencari pasangannya. Dia akan berkicau lama dan tenang. Begitu ia merasakan kehadiran sang betina dia akan berkicau dengan kidung cinta dan pembelaan terhadap sarangnya. Kicauan-kicauan itu sangat singkat dan pendek. Hanya saja pada burung yang memiliki banyak pasangan, ketika dia akan menarik burung betina yang lain, dia akan bergerak sejauh mungkin untuk menghindari sarang betinanya yang pertama. Kemudian ia akan berkicau agak panjang sekali lagi, sehingga betina yang lain akan mengira kalau burung jantan itu masih sendiri dan memiliki sarang yang bagus. Akan tetapi akibat keadaan seperti ini boleh jadi tidak menguntungkan, sebab boleh jadi semasa ia kembali ke sarangnya yang pertama ia sudah mendapati betinanya sudah bersama jantan yang lainnya.

MENANGANI AMARAH (BOH NAK PEMANAS GILAK BAH)

Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.

Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut:

1. BERTENANG

Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN

Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.

3. SELESAIKAN MASALAH

Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4. KOMUNIKASI YANG BAIK

Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

5. BERTUKAR ANGIN

Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

6. MARAHLAH SECARA SIHAT

Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.

7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK

Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL

Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.

9. MENGUCAPKAN TA’AWUZ

Iaitu membaca : “A’uzu billahi minassyaithanirrajim.”

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan (jalan masuk hasutan syaitan kepada diri manusia). Maka berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya.

10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH

Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dengan melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang). Sabda Rasul s.a.w. :

“Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang).” (Hadis Riwayat Abu Daud.)

“Sesiapa yang menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dengan keamanan dan keimanan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)


TATACARA MENDIDIK ANAK MENGIKUT UMUR (GIA BAH)

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

Umur anak-anak 0-6 tahun. 
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

Umur anak-anak 7-14 tahun. 
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

Umur anak-anak 15- 21 tahun. 
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

Umur anak 21 tahun dan ke atas. 
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka

Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W
seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.

Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.

Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…

Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini, “Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.

KAPAL TERBANG NYARIS MENGHADAPI NAHAS (ATUT TAMEK)

Kompilasi Kapal Terbang hampir  berhadapan dengan nahas. Pelbagai sebab dan musabab dari seluruh dunia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.