اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENGURUSAN MASA YANG BAIK (BOH EMPENGO JAK)

Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. 

1) Set Matlamat dan strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2) Fokus matlamat .

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.


3) Buat Jadual masa.

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4) Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5) Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6) Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7) Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing

8) Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.

9) Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10)Selesaikan tugas hari ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.

Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.

TEKNIK MENANAM TAUGE (BOLEH COBO TOK)

Tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina. Kajian menunjukkan penghasilan tauge merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan tauge perlu diberi pengamalan dan dilihat pada setiap peringkat proses pengeluaran.
Kaedah dan Pemerhatian:

Walaupun proses penghasilan tauge nampak mudah, hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada penghasilan. Pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air dan luang pasaran adalah untuk memastikan projek yang berterusan. Bahan mentah terutama benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik dan diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.

Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam. Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesaran Sontoso sudah memadai dan menggaul dengan Siako (selepas mengetos) sebelum peringkat mencambah, boleh memberikan hasil yang paling tinggi di mana 11 kg. benih menghasilkan 8.7 kg. tauge dan keperluan air siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon.

Untuk percambahan, penggunaan tong-tong plastik yang telah digunakan atau recycle container yang tebal dan tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan lasak dan memberi lindungan yang secukupnya pada tauge untuk bercambah.


Proses Pengeluaran Tauge
Menyediakan persekitaran dan lokasi
|
Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau / kacang hitam)
|
Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)
|
Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)
|
Merendam (6-8 jam menggunakan larutan hormon jika mahu, 1.5% Sontoso)
|
Mengetos (digaul dengan 1% Siako)
|
Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian)
|
Menyiram (2-4 jam sekali)
|
Mengasingkan kulit
|
Membungkus
|
Menjual

Pertambahan jarak masa siraman dan pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebabkan hasil tauge rendah. Pemerhatian yang dijalankan di PKT Serdang menunjukkan jarak antara siraman 3 dan 4 jam memberikan hasil tauge 6.4 kg dan 5.3 kg berbandingan dengan 8.7 kg. tauge pada jarak masa siraman 2 jam.

Tauge yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan tauge yang dituai hendaklah terus ditoskan selama satu hari sebelum dibungkus supaya kering kerana tauge lebih tahan dijual secara kering. Tauge yang hendak dijual hendaklah dipastikan supaya sampai kepada pengguna dalam keadaan segar.

PENGHASILAN TAUGE CARA AUTOMATIK
Sumber: Dipetik dari Akhbar Tani Bil. 1/2001


Dalam pengeluaran tauge, antara masalah yang dihadapi ialah ketidak seragaman waktu penyiraman, isipadu air siraman yang tidak konsisten, kegagalan menyiram pada waktu malam, penggunaan buruh yang intensif, hasil tidak konsisten, tempoh pengeluaran yang lebih panjang dan pengasingan kulit biji daripada tauge.

Hasil tauge kurang berkualiti iaitu tauge yang halus, akar panjang, akar pendek, kulit atau testa terlekat pada tauge dan tidak tahan disimpan lama. Kualiti tauge yang dikeluarkan secara manual berubah kerana suhu dalam tong percambahan tidak menentu. Suhu dipengaruhi oleh kekerapan siraman dan kuantiti air.

Bagi memudahkan kerja menyiram tauge serta meningkatkan hasil dan kualiti tauge, sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Amat Khri bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor telah merekacipta Set Pengeluaran Tauge Automatik (SepTA) yang membolehkan siraman dijalankan secara automatik dengan kos sebanyak RM500.00.

Sistem Pengairan

SepTA terdiri daripada tiga (3) komponen asas iaitu sistem pengairan, pelaras masa Galcon (timer) dan tong penanaman. Sistem pengairan ini digunakan bagi memudahkan kerja siraman air secara berjadual dan kuantiti air siraman yang sekata dapat dilakukan secara automatis. Secara umumnya, bahagian dan peralatan bagi sistem ini ialah PVC tubing, injap kawalan (control valves) dan nozel kabus. Punca air diperolehi daripada paip air rumah.

Setiap unit asas sistem ini mengandungi empat (4) cabang aliran air keluar di mana setiap satunya mempunyai injap kawalan. Empat aliran air keluar diselaraskan dengan tempoh pengeluaran tauge di dalam tong percambahan iaitu selama 4 hari. Susunan boleh diubahsuai tetapi untuk pengeluaran berterusan (harian) mesti mempunyai 4 arah aliran air keluar.

Nozel yang digunakan ialah jenis ‘spray jet’ dan bersambung kepada ‘rigid riser’. Pada tekanan 10-15 psi, nozel ini menghasilkan semburan berbentuk kabus (mist) dan menyiram air dengan kadar 50 liter/jam. Nozel jenis ini amat sesuai untuk siraman tauge kerana siramannya sekata, kadar aliran yang tetap dan isipadu siraman yang rendah. Siraman selama 5 minit dengan kekerapan 90 minit sekali, selama 4 hari hanya menggunakan sebanyak 270 liter air sahaja.

Pelarasan Masa Galcon (Timer)

Pelaras masa (Timer) jenis Galcon ialah alat yang mengawal masa bagi membolehkan sistem pengairan dapat membuat siraman secara automatik. Dengan berbekal kuasa dua biji bateri 9V, pelaras masa Galcon mempunyai kawalan masa minimum sehingga 5 minit. Jangka hayat minimum bateri ialah 15 bulan. Kuasa bateri hanya diperlukan untuk membuka ‘solonoid valve’ sahaja. Penutupan semula berlaku dengan tolakan spring. Alat kawalan ini amat mudah digunakan. Hanya 2 pelarasan sahaja perlu dibuat iaitu tempoh siraman dan kekerapan siraman.

Tong Penanaman

Tong yang digunakan ialah tong plastik berwarna hitam berukuran 30 liter dengan ketinggian 60 cm (seperti tong sampah). Bahagian penutup tong ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur. Bahagian bawah tong, dibuat 20-30 lubang bergaris pusat 4-5 mm. Lubang ini bertujuan mengalir air siraman keluar.

Tong yang digunakan mesti berwarna hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.Dengan tong ini, kuantiti benih kacang yang boleh dimasukkan ialah 1.5 – 2.0 kg dan kapasiti pengeluaran tauge ialah 10 – 15 kg setiap tong. (Setiap 1 kg. benih kacang boleh menghasilkan 7-9 kg. tauge).

Operasi SePTA

Secara ringkasnya, operasi SePTA adalah seperti berikut:-


  1. Sambungkan sistem pengairan SePTA kepada paip bekalan air rumah.
  2. Laraskan kekerapan dan ulang siraman (watering time No. 1, waterring cycle No. 2 (maksudnya: Siraman selama 5 minit setiap 90 minit).
  3. Pasangkan 2 biji bateri 9V
  4. Tekan butang operasi (di bahagian bawah ‘timer’) Pastikan penunjuk kawalan berada di tengah (auto)
  5. Siraman berlaku mengikut pelarasan (tempoh menyiram: 5 minit setiap 2.0 kg. kacang)

Set model pengeluaran tauge automatik memudahkan pengeluaran taugeh secara komersil, murah dan menguntungkan. Penggunaan alat pelaras masa Galcon mengurangkan penggunaan air untuk siraman. Dengan rekacipta SePTA, penjimatan masa dilihat daripada aspek menyiram air, membersihkan tauge daripada kulit benih dan pusingan pengeluaran.





Perhatian !
Alat ini telah dicipta oleh sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Ahmat Khir bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Pertanian Ayer Hitam Johor pada bulan April 1999 dengan kos (bahan dan upah penyediaan) sebanyak RM500.00 seunit. Hasil Meningkat

Inovasi SePTA berjaya meningkatkan hasil tauge daripada 6 kg purata kepada 9 kg. purata bagi setiap kilogram benih kacang, iaitu peningkatan sebanyak 3 kg. atau 50%.

Kepuasan Hati Pelanggan

Selain daripada aspek pengurangkan kos, penjimatan masa dan peningkatan hasil, rekacipta SePTA sebagai teknologi tinggi, modal yang rendah, kos operasi yang rendah serta mudah dikendalikan. Pengeluaran tauge boleh dikawal berdasarkan permintaan pasaran. Inovasi yang diperkenalkan ini menyebabkan pengusaha dapat menjimatkan masa yang amat banyak untuk kerja-kerja penyiraman. Pengusaha juga tidak terikat dengan waktu atau kekerapan siraman berbanding secara manual.

Kapasiti Pengeluaran Boleh Ditingkatkan

Pengeluaran boleh ditingkatkan sehingga mencapai 60-160 kg. tauge sehari dengan menambah bilangan saiz tong yang sama atau menukar saiz tong yang lebih besar. Penukaran saiz tong adalah dari segi garispusatnya. Ketinggian optimum yang disyorkan tidak melebihi 80 tan.

Tempoh Pulangan Modal Yang Singkat

Dengan SePTA, pengusaha boleh mendapat kembali modal yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh 2 tahun atau dengan menanam 100 kg benih kacang.

Kualiti Hasil Yang Tinggi dan Konsisten

Kualiti tauge yang dihasilkan oleh SePTA lebih tinggi serta konsisten, iaitu tauge yang gemuk, putih dan berakar pendek serta tahan disimpan. Keberkesanan SePTA telah mendapat pengiktirafan Jabatan Pertanian apabila inovasi ini memenangani Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian 2000. Inovasi ini juga diterima sebagai salah satu teknologi yang akan disebarkan kepada para petani untuk diterima pakai.

sumber

PENYESALAN SEORANG ISTERI (EMPERNA KIT PERANGE)

Suamiku kini telah tiada tetapi penyesalanku akan terus mengharu jiwaku, Ini adalah kisah benar di dalam hidupku. Seorang suami yang kucintai, kini telah tiada. Begitu besar pengorbanan suamiku pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anak-anakku. Suamiku adalah seorang yang bekerja keras. Dia bersungguh-sungguh berusaha membina kehidupan yang sebaiknya untuk kami sekeluarga. Kehidupan yang kami tempuh akhirnya adalah suatu yang lebih baik dari kebanyakan orang lain. Ianya adalah suatu yang kami rasa sudah lebih dari cukup.

Hari ini, setelah suamiku tiada, aku kembali mengingatinya. Aku malah tidak dapat melupakannya. Aku merasa sangat berdosa ketika teringatkan bagaimana satu hari, suamiku pulang dari tempat kerjanya dan aku menyambutnya dengan keadaan yang amat marah. Ianya suatu yang tidak sepatutnya. Mengenangkannya aku jadi malu sendiri. Aku tidak dapat maafkan diriku yang berkelakuan begitu terhadap seorang suami yang sangat baik. Bukan sekali dua sebaliknya itulah watakku terhadap suamiku. Panas baran, mengherdik, meleter dan memarahi suami adalah kebiasaaanku.

Aku masih ingat betapa aku memarahi suami malah menengkingnya hanya kerana dia lambat pulang untuk membawaku ke rumah ibuku yang mahu berangkat ke tanah suci. Aku sedar, suamiku pada hari itu - seperti kebiasaaannya lambat pulang kerana urusan kerja. Dan aku pun tidak perlu tergesa-gesa sebab ibuku hanya akan ke tanah suci 5 hari lagi.

Tetapi itulah watak diriku. Aku selalu menempelak suamiku bahawa dia lebih mementingkan kerjanya berbanding diriku sedangkan aku sangat yakin suamiku tidak melakukan apa pun melainkn demi untuk membahagiakan kami sekeluarga.Sepatutnya aku boleh bertolak ansur walaupun aku sudah berjanji dengan ibuku. Inikan suami ku. Dia lebih patut dan wajib aku utamakan dari ibuku!!

Apapun aku sebenarnya dilanda cemburu. Aku bimbang suamiku dipikat oleh wanita lain di tempat kerjanya atau oleh kenalannya atau oleh siapa saja. Ianya berasas kerana suamiku kacak dan menarik sedangkan aku sendiri terasa sudah mula berusia dan semakin tidak menarik. Wajahku pun bukanlah cantik.

Hakikatnya aku tidak rela dimadukan. Aku tidak sanggup berdepan dengan situasi suamiku berkahwin lain. Aku lebih rela diceraikan daripada berkongsi suami dengan orang lain. Itulah akibatnya bila aku didorong nafsu untuk bertindak sebegitu terhadap suamiku.

Tapi kini aku tahu. Semua ucapan dan tindakanku selama ini salah dan hanya menjadi penyesalanku karena suamiku telah tiada. Setelah 2 hari kematiannya, seorang rakan kerjanya mengatakan padaku bahawa rupanya suamiku selalu membanggakan aku - isterinya dan anak-anaknya di depan rakan-rakan sekerjanya. Tidak ada yang negatif tentang diriku dan anak-anak melainkan semuanya hal-hal yang baik dan yang sangat dihargainya terhadap keluarganya.

En Ramli, rakan sekerja suamiku itu berkata, “Abang Halim sangat positif orangnya. Beliau selalu menyebut bahawa keluarganya adalah suatu yang amat bermakna di dalam hidupnya. Sebab itu kami tengok dia sanggup bersusah payah demi kebahagiaan keluarganya".

Aku sedar, itulah diri suamiku. Aku memang mengenalinya begitu tetapi aku tidak mampu bermujahadah melawan nafsu. Akibatnya aku selalu menyakitkan hatinya. Ada saja yang aku bebelkan di depannya. Kadang-kadang ketika bersama jiran atau di depan keluarga pun, aku masih sanggup mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatinya. Teruknya aku!!

Kata En Ramli lagi' "Abang Halim bukan jenis orang biasa. Jiwanya sangat kuat dengan Tuhan. Ibadahnya sangat dijaga. Dia merupakan seorang pemimpin di tempat kerja yang berwibawa. Kata-katanya dituruti, pandangannya dan buah fikirannya selalunya tepat dan dapat memberi penyelesaian atas apa saja masalah syarikat. Begitu juga, kami selalu mendapatkan nasihatnya kalau kami menghadapi masalah peribadi atau keluarga".

Aku pun tertegun, memang aku sepatutnya menghargai suamiku sepenuh hati melebihi orang lain. Tetapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah pergi buat selama-lamanya. Aku menahan air mataku karena aku tidak ingin menangis di hadapan En Ramli. Aku sedih kerana penyesalanku sudah tidak bermakna.

Jenis isteri apakah aku ini sebenarnya?

Aku sesungguhnya hairan dengan sikap penyabar suamiku. Sabarnya luar biasa. Apa yang aku pasti, suamiku banyak menghabiskan malamnya dengan solat dan menangis. Cuma hatiku yang masih keras. Aku tidak berubah dari terus membentak dan memarahinya. Mungkin jiwaku yang sangat sensitif menjadikan aku tidak berupaya menahan rasa marah kalau hajatku tidak dilayan oleh suami. Pernah dengan kasar aku menyuruh suamiku membancuh air minumnya sendiri. Aku malas, itulah alasanku.

Sekarang, aku teringat betapa hancurnya perasaan suamiku ketika itu. Tapi dia memang manusia luar biasa. Dia hanya diam saja. Malah sambil tersenyum dia pergi ke dapur membuat teh atau kopi yang dihajatkannya sendiri. Sedangkan aku sendiri sedar, sebagai ketua keluarga, aku tidak sepatutnya melayan suamiku sedemikian.

Aku teringat kerapnya aku memarahi suamiku, dengan hamburan kata-kata bahawa dia selalu menyibukkan diri dengan pekerjaannya - sehingga tidak peduli dengan anak-anak. Namun itu semua salah. Ianya hanya sangkaan jahat dari seorang isteri yang jahat sepertiku. Mengejutkan bila En Ramli meninggalkanku dengan beberapa dokumen peribadi suamiku yang ada di dalam laci meja kerjanya. Ketika membacanya, aku tidak dapat menahan tangis.

"Ke hadapan isteriku yang tersayang!
abang telah disahkan mengidap sakit darah tinggi.
Itulah penyebab abang selalu pening dan rasa hendak pitam.
Abang bimbang dengan keadaan abang sebegini.....
apapun kepada Tuhan abang berserah..
Abang akan berusaha menjaga kesihatan.


Apa yang abang ingin sampaikan di dalam catatan ini ialah
abang sangat mencintai sayang. Abang doakan sayang berubah
menjadi isteri yang lebih baik dan solehah.
Perjalanan kita masih panjang dalam mendapatkan kasih sayang Tuhan.
Kita begitu memerlukan Tuhan. Keluh kesah, merungut dan mengeluh
adalah tanda hati kita masih jauh dengan Tuhan.
Sepatutnya sebagai hamba Allah, kita sangat merendah diri
dan tahu untuk bersyukur atas segala nikmat Tuhan kepada kita.
Bersikap redhalah dengan apa jua ketentuanNya.
Itulah kebahagiaan kita yang hakiki.


Sukalah abang nyatakan di sini:
Apapun yang sayang lakukan terhadap abang,
abang telah maafkan. Kalaupun abang tidak dapat berikan semua hajat
dan hasrat yang diminta oleh sayang selama ini, tetapi abang hadiahkan
keampunan dan keredaan dunia akhirat dari abang terhadap sayang.
Jika abang pergi terlebih dahulu, sayang pasti tahu, tidak mudah bertemu
dengan orang seperti abang di dunia ini!
Mohon ampunkan abang dan redhalah dengan apa jua
kelemahan serta kekurangan abang!! - suamimu Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahim.


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!! Aku hanya mampu membiarkan air mataku mengalir semahu-mahunya. Aku menyesal tapi apakah lagi yang mampu aku berbuat melainkan sebanyak-banyaknya meminta ampun dengan Allah swt. Tidak ada lagi kebahagiaan atau keceriaan di dalam hidupku kini dan selamanya. Moga Tuhan ampunkan aku dan moga benar-benarlah aku berpeluang mendapat redha suamiku.

Akhirnya aku berpesan kepada anda semua para isteri dan para suami;

Untuk para suami, Jadilah seperti suamiku! Teruslah bersabar dengan karenah isteri. Kami memang dilahirkan tidak sempurna. Watak kami lemah dan mudah tunduk dengan godaan nafsu dan syaitan. Jiwa kami mudah mengalah dengan kesempitan dan kesulitan walaupun ramai wanita pilihan yang berjaya menjadi wanita solehah atau wanita contoh. Kami hanya orang biasa. Sukarnya kami untuk merendah diri. Ampunkanlah kami dan teruslah pimpin kami. Didiklah kami dengan iman dan Islam. Bantulah kami untuk merasai kebesaran Allah swt. Kami perlukan suami yang tidak mudah putus asa dalam mendidik kami. Kami akan sanggup bersusah payah untuk membahagiakan suami jika nafsu kami berjaya dijinakkan oleh suami. Jadilah model seperti suamiku di dalam rumah tangga kami (walaupun aku sendiri tidak menghargainya sepanjang hidupnya) dan..... memang benar kata-kata suamiku, aku memang sukar mencari seorang lelaki sehebatnya di dunia ini!!

Untuk para isteri, berubahlah apabila anda membaca kisah sedih aku ini. Kita para isteri yang kurang ajar dan menderhakai suami kita memang patut menerima keperitan dan kesakitan. Tuhan pasti akan menghukum kita dengan berbagai cara. Yang pastinya ianya perit untuk kita tanggung jika kita belum mampu mendidik nafsu kita. Bayangkan hukuman Tuhan di dalam kubur dan di akhirat!! Bagi yang masih ada suami, jadikanlah suami anda benar-benar sebagai pemimpin anda. Jadikan beliau tempat anda merujuk dan bertanyakan panduan serta meminta pimpinan. Buanglah ego sejauh-jauhnya untuk tunduk berkhidmat setulus hati terhadap suami anda. Banggalah dengan suami anda kerana itulah jodoh yang telah disusun Tuhan untuk anda. Terimalah suami seadanya. Mungkin dia ada kelemahan tetapi kelemahan kita sebagai isteri berganda-ganda lagi banyaknya. Jadikanlah suami sebagai jambatan mendapatkan Tuhan menuju keselamatan dunia dan akhirat

Aku sebenarnya malu menyampaikan nasihat ini tetapi aku rasa didorong-dorong untuk menuliskan sebagai tatapan orang lain. Semoga penyesalanku menjadi iktibar untuk orang lain. Tuhan ampunkanlah aku!!!!

PETUA IMAM AL-GHAZALI MEMILIH KAWAN (CARIK KAWAN PALAT MENGAREEE)

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Nabi Muhammad s.a.w pun ada pesan :
Daripada hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


sumber

CARA MEMILIH SAYURAN (MELI SAYO PANDE.. TAPI NAMA SAYO SIK TAUK)

Sayuran adalah bahan makanan wajib untuk kesehatan. Sebelum diolah, pastikan Anda telah memilih sayuran yang baik agar kandungan gizinya tetap terjaga. Memilihnya pun mudah jika Anda tahu caranya. Tidak perlu waktu yang lama untuk mengenali sayuran segar, yang dapat segera Anda masukan ke keranjang belanja. Simak caranya berikut ini!

Sayuran Daun
Contohnya: kangkung, sawi, selada, bayam, dan daun singkong.
Cara memilih sayuran jenis ini:


  • Daunnya berwarna segar atau tidak tampak layu: hijau segar atau putih segar. Belum menguning, kecoklatan, atau kehitaman.Tekstur tulang daunnya masih tampak jelas.
  • Batang daunnya mudah dipatahkan, tidak kenyal atau lembek.
  • Daunnya utuh, tanpa bercak, sobek, dan tidak berlubang. Daun berlubang memang terlihat kurang menarik, tapi baik bila berlubang akibat dimakan ulat (tidak seluruhnya rusak), sebab dengan adanya ulat itu, menandakan bahwa sayuran tersebut tidak menggunakan pestisida/insektisida. Meski demikian, pendapat ini belum tentu benar, karena penggunaan pelbagai jenis racun pada tempo yang lama menyebabkan hama menjadi kebal.


Kacang-kacangan
Contohnya: kacang panjang, kacang kapri, dan buncis.
Cara memilih sayuran jenis ini:


  • Berwarna hijau tua.
  • Tidak berlubang atau berbintik di bagian batangnya.
  • Batas antar biji belum terlihat jelas.
  • Mudah dipatahkan, tidak kenyal, tidak berlendir dan berkeriput.



Sayuran Buah
Contohnya: tomat, terong, dan ketimun.
Cara memilih sayuran jenis ini:


  • Bentuknya masih utuh, tidak pecah, penyok, memar, keriput atau tergores.
  • Kondisinya masih keras, tidak terlalu berair atau lunak.
  • Tidak berlubang.
  • Warnanya masih cerah, tidak kusam.
  • Berbau segar.



Sayuran Umbi-umbian
Contohnya: kentang, wortel, dan singkong.
Cara memilih sayuran jenis ini:


  • Umbinya tidak berlubang, tidak lunak atau berair, dan tidak keriput.
  • Kulit umbinya tidak bergores.
  • Bentuknya utuh dan tidak ada bagian yang penyok.
  • Warnanya cerah tidak berbintik.


!

KHASIAT TEH BUNGA (SALU NGODE TEH BUNGA LAK)

khasiat teh bunga kekwa Bunga kekwa mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik dan anti demam. Ia juga mengandungi alkaloid, minyak meruap, seskuiterpan, flavonoid, adenin, colin, stakidrin, krisentemin dan vitamin B1

Bunga kekwa adalah herba menyejukkan dan bagi mereka yang mengalami demam panas, panas badan, sakit telinga dan sakit tekak disyorkan untuk minum air teh bunga untuk melegakan masalah tersebut.

Air rebusan teh bunga kekwa boleh digunakan sebagai losyen mencuci kulit , merawat pelbagai jenis kulit seperti bisul, bengkak di leher akibat tibi. Bunga yang ditumbuk halus pula bole ditampal pada luka. Wap dari bunga kekwa boleh digunakan untuk merawat mata yang sakit atau kabur.

Bagi mereka yang bekerja mengadap komputer, boleh meminum air teh bunga yg direbus sendiri bagi mengurangkn kesan sampingan radiasi tahap rendah dari skrin komputer. Air rebusan bunga kekwa boleh merawat hati yang lemah,membaiki daya penglihatan,merangsang pengedaran dan kualiti darah, masalah penghadaman, sistem saraf, haid, buta malam, menghalang rambut beruban,ubat bronkitis,reutisme, sakit kepala,selsema, pening kepala, telinga berdesing, tekanan darah tinggi dan sebagai tonik. Masih banyak khasiat teh bunga kekwa untuk meringankan mahupun menyembuhkan penyakit.

Walaupun demikian, bunga kekwa tidak disarankan untuk ibu hamil, menurut penelitian ada khasiat yang akan memberi efek buruk bagi kehamilan. Apakah Anda tertarik pada khasiat teh bunga kekwa? Caranya sangat mudah, tambahkan dua sudu teh bunga kekwa ke dalam secawan air suam (hindari penggunaan air panas/mendidih kerana ini akan merosakkan khasiatnya), kemudian kacau and tutup dan biarkan dlm 5 minit.

Anda boleh menambahkan sedikit gula untuk menambah rasa manisnya (sebaiknya memang dinikmati tanpa gula kerana rasanya akan lebih special), secawan teh bunga kekwa sgt bagus untuk meringankan stres yang membebani Anda.

sumber

TANDA-TANDA KANSER (BESAR KOS TOK WAI.. JEGA2 JAK)

Kanser merupakan salah satu penyakit maut dan ditakuti ramai orang. Tetapi sebenarnya kanser boleh ditangani jika dikenalpasti sejak awal. Untuk itu, ada beberapa tanda-tanda kanser yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan.

Gejala-gejala awal kanser sering diabaikan oleh pesakit kerana dianggap boleh hilang dengan sendirinya. Padahal semakin awal kanser dikesan, maka semakin besar harapan hidup pesakit.

1. Berat badan turun secara tidak dijangka
Ramai wanita ingin sekali menurunkan berat badan tanpa senaman atau diet yang ketat, tetapi ini mungkin berubah menjadi gejala kanser kecuali bukan disebabkan oleh kelenjar tiroid hiperaktif. Oleh kerana itu, penurunan berat badan yang tak dijangka dan tidak sengaja tidak boleh diabaikan.

2. Kembung
Kembung begitu umumnya dirasakan oleh ramai orang, tetapi jika anda sentiasa merasa kembung untuk tempoh masa yang lebih panjang, maka itu adalah sesuatu yang tidak harus diabaikan. Berhati-hati dengan gejala lain seperti sakit gout, masalah kencing, masalah lemah kawalan kencing (ketidakupayaan untuk mengawal pergerakan usus) dan walaupun rasa kenyang tanpa makan banyak. Gejala-gejala ini mungkin menunjukkan tanda-tanda kanser ovari.

3. Perubahan pada payudara
Mereka biasanya mencari ketulan-ketulan, tetapi ini bukan satu-satunya simptom itu. Wanita juga mesti berhati-hati dengan kemerahan dan penebalan kulit payudara. Jika terdapat ruam untuk beberapa minggu ianya memerlukan rawatan perubatan.

4. Pendarahan luar biasa
Jika anda mengalami pendarahan luar biasa antara kitaran haid, maka ia tidak patut terlepas perhatian. Malangnya, banyak wanita pramenopaus cenderung untuk mengabaikan ini. Ini boleh jadi satu gejala kanser uterus, endometrium atau kolorektal. Jika darah muncul dalam air kencing atau najis boleh jadi lebih daripada hanya buasir. Ini boleh menunjukkan kanser kolon, pundi atau buah pinggang.

5. Perubahan kulit
Berhati-hati pada perubahan-perubahan kulit seperti jeragat berlebihan, pendarahan atau pembentukan tahi lalat baru. Ini boleh jadi satu gejala barah kulit.

6. kesulitan menelan
Kesulitan dalam menelan makanan atau tidak selesa selepas menelan makanan, jika terus berlaku selama beberapa hari, maka harus mendapat perhatian doktor. Ini mungkin menunjukkan kanser kerongkong.

7. Perubahan di dalam mulut
Jika anda seorang perokok atau mengambil segala bentuk tembakau, maka anda akan perlu memeriksa setiap tompok putih di lidah dan bahagian dalam mulut. Ini boleh menjadi tanda kanser mulut atau leukoplakia.

8. Sakit berterusan
The American Cancer Society menyatakan bahawa setiap rasa sakit terus-menerus atau sakit di dalam badan perlu diperiksa sebagai gejala kanser, walaupun semua rasa sakit tidak selalu menunjukkan perkembangan kanser.

9.Perubahan dalam kelenjar limfa
Jika terdapat pembesaran kelenjar limfa di leher atau ketiak dan berterusan selama lebih daripada sebulan, adalah perlu untuk menerima rawatan perubatan.

10. Demam dan batuk berpanjangan
Bila demam dan batuk berlaku secara berterusan tetapi bukan disebabkan oleh selesema atau jangkitan lain, maka ia mungkin satu gejala leukemia atau limfoma. Batuk boleh disertakan bersama selsema dan demam, tetapi jika batuk berterusan selama lebih dari 3 minggu, maka ia tidak harus terlepas pandang.

11. perubahan pada buah zakar
Kanser testis lebih lazim pada lelaki dalam kumpulan umur 20 hingga 39 tahun. Pemeriksaan sendiri testis secara tetap perlu dilakukan dan apa-apa perubahan dalam penampilan tidak harus diabaikan. Pembentukan tahi lalat baru. Ini boleh menjadi tanda-tanda kanser kulit. ~ Detik

sumber

ISLAM DAN SAINS DAN TEKNOLOGI (BOH MALAS NAK MIKIR)

Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sains wujud daripada perasaan ingin tahu manusia terhadap alam sekelilingnya dan merupakan salah satu cabang utama ilmu pengetahuan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keimanan. Sungguhpun Islam telah memberikan garis kasar terhadap kaedah dan jawapan kepada banyak persoalan sains, namun ianya masih memerlukan pengkajian yang mendalam untuk membuktikan kebenarannya. Atas sebab inilah maka Islam sangat menuntut umatnya mencari, mengembang dan menguasai ilmu pengetahaun.

PENCAPAIAN DAN REALITI

Sejarah telah membuktikan bahawa suatu masa dahulu, umat Islam adalah umat yang sangat dihormati kerana ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Rush, Al Khawarizmi, Al Biruni adalah di antara tokoh-tokoh yang tidak asing lagi samada di dunia Timur ataupun Barat. Penghormatan yang diterima ini adalah melalui pencapaian mereka di bidang sains dan teknologi serta pegangan yang kukuh terhadap Al Quran dan Hadis.

Sungguhpun umat Islam telah menunjukkan kehebatan yang tiada tandingnya pada masa lampau, tetapi kini suasana yang wujud adalah jauh berbeza. Umat Islam sekarang tidak lagi menguasai bidang sains dan teknologi, sebaliknya ilmu tersebut telah berpindah dan dikuasai oleh masyarakat Barat dan Timur Jauh. Apa yang lebih malang lagi ialah bilamana umat Islam itu sendiri sudah hilang identiti Islamnya dan tidak lagi dihormati.

ANUGERAH AKAL

Islam yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada baginda junjungan nabi Muhammad s.a.w. adalah lengkap dan sempurna serta sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Sementara kejadian manusia yang serba indah ini pula dihiasi dengan anugerah akal oleh Allah kepada manusia untuk berfikir.

Oleh itu peranan akal yang telah dianugerahkan ini sangatlah besar. Ianya bukan sahaja dapat digunakan untuk kepentingan mencari ilmu tetapi juga untuk "melihat" kebenaran. Dengan sebab itulah Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menggunakan akal demi untuk mencari kebenaran. Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang diakhiri dengan Allah bertanya kepada manusia seperti, "Tidakkah kamu menggunakan akal" dan "Tidakkah kamu memikirkan".

SAINS DAN TEKNOLOGI

Islam telah menetapkan bahawa setiap perkara itu adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Nabinya, dan tidak terkecuali juga ilmu sains dan teknologi. Oleh itu ilmu sains dan teknologi yang diterima oleh Islam adalah ilmu yang dipimpin dan disuluh oleh Nur Ilahi, kerana hanya dengan itu ilmu tersebut tidak akan bersifat menindas dan menganiaya makhluk lain.

Sebenarnya, di dalam Al Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka yang memahami dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan makna yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab Al Quran adalah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Jika tidak mutiara Al Quran itu tidak akan menyerlah dan memancarkan cahayanya untuk menyinari kehidupan umat manusia.

Berdasarkan kepada hakikat inilah maka umat Islam perlu mengambil manfaat daripadanya dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk menjalankan pengkajian yang bersifat empirikal dan saintifik. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, maka tidak syak lagi zaman kegemilangan Islam dapat dikembalikan dan Islam sekali akan menjadi sumber inspirasi kepada kemajuan tamadun dan kekuatan ummah.

KEPENTINGAN ISLAM

Ilmu sains dan teknologi tanpa Islam adalah seperti sebilah pedang di tangan seorang yang mabuk, atau cahaya api di tangan seorang pencuri yang memungkin dia mencuri barang-barang yang terbaik. Atas sebab inilah pemisahan antara Islam dengan sains dan teknologi hanya akan membawa kepada kemusnahan kerana mereka yang menguasai ilmu tanpa pimpinan agama akan dipimpin oleh nafsu haloba.

Oleh itu peranan agama adalah sangat penting dalam memastikan segala ilmu termasuk sains dan teknologi tidak disalahgunakan untuk kepentingan individu ataupun golongan tertentu. Senario dunia masakini juga seolah-olah menuntut umat Islam untuk kembali untuk menguasai ilmu sains dan teknologi sebagai saluran untuk mencapai kemajuan dan pemodenan.

PERANAN UMAT

Sebagai umat Islam yang bijak, agama itu tidak seharusnya dilihat hanya sebagai ibadat ditikar sembahyang sahaja, tetapi ianya perlu dilihat dari perpektif yang lebih luas dan menyeluruh. Hubungan manusia bukan hanya terhad dengan Allah sahaja tetapi juga dengan manusia yang lain dan alam sekelilingnya.

Oleh itu, tanggungjawab-tanggungjawab ini perlulah disempurnakan dengan sebaik-baiknya, kerana Islam bukanlah hanya sekadar slogan untuk dilaungkan tetapi menuntut supaya dilaksanakan. Agama tanpa sokongan sains dan teknologi akan mudah pincang dan meletakkan umatnya dalam keadaan serba lemah dan kekurangan. Oleh itu umat Islam perlulah menjadikan dirinya seorang Muslim yang berilmu dan bertaqwa.

Gabungan ilmu, iman dan taqwa serta akhlak yang mulia adalah faktor yang utama untuk memungkinkan Islam kembali diterima sebagai agama yang universal dan progresif.

TIPS JIMAT ELEKTRIK (KAREN KIN MAHAL NEKTOK)

Apakah anda rasa terbeban dan sering mengeluh dengan bil elektrik yang tinggi setiap bulan? Amalkan langkah mudah dibawah ini untuk anda mula menjimatkan elektrik lantas akan mengurangkan bil elektrik anda setiap bulan.



Tip Jimat Elektrik 1:

Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.

Tip Jimat Elektrik 2:

Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.

Tip Jimat Elektrik 3:

Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

Tip Jimat Elektrik 4:

Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

Tip Jimat Elektrik 5:

Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.

Tip Jimat Elektrik 6:

Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.

Tip Jimat Elektrik 7:

Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

Tip Jimat Elektrik 8:

Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

Tip Jimat Elektrik 9:

Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.

Tip Jimat Elektrik 10:

Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

Tip Jimat Elektrik 11:

Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.

Tip Jimat Elektrik 12:

Jika menggunakan mesin basuh, sebaiknya keluarkan pakaian yang perlu digosok dari alat pengering ketika ia masih agak lembap. Ini bertujuan supaya ia tidak terlalu berkedut dan memudahkan untuk menggosok pakaian tersebut.

Tip Jimat Elektrik 13:

Elakkan 'over dry' pakaian anda.

Kenapa agaknya tu?

Semestinya agar ia tidak membazirkan tenaga letrik dan berkemungkinan besar menyebabkan pakaian anda mudah rosak. Contohnya- benang jahitan lebih mudah tertetas.

Tip Jimat Elektrik 14:

Seelok-eloknya pilih lampu dan warna yang 'reflective' untuk 'ceiling' serta dinding sesuatu ruang di rumah anda.

Tip Jimat Elektrik 15:

Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda.

Tip Jimat Elektrik 16:

Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.

Tip Jimat Elektrik 17:

Fikir dulu sebelum nak buka peti ais. Apa yang ingin anda ambil? Elakkan dah buka peti ais baru terpinga-pinga apa benda yang nak diambil. He...he...Ia agak remeh tetapi tanpa anda sedari ia juga melibatkan penggunaan tenaga.

Tip Jimat Elektrik 18:

Pastikan mentol atau lampu tidak diselaputi habuk. Habuk terutamanya jika tebal akan memberi kesan kepada tahap pengcahayaan lampu tersebut.

Pssst...Jangan pula anda merungut apasal malap semacam je ni?

Terutamanya mase nak baca suratkhabar waktu malam:(

Tip Jimat Elektrik 19:

Tanam pokok atau pohon yang rendang supaya keadaan di rumah anda tidak terlalu panas.

Tip Jimat Elektrik 20:

Anda bercadang nak membeli peti ais kedua? Fikir masak-masak adakah ia perlu.

Tip Jimat Elektrik 21:

Rancang pembelian perkakas elektrik dan elektronik. Pastikan anda membeli perkakas yang tahan lama serta mudah diselenggara. Jangan lupa mengambilkira kos pembaikannya apabila ia rosak kelak.

Pssst...Sebaiknya tanya dulu pada jurujual apa masalah yang sering dihadapi pelanggan terdahulu, berapa purata kos pembaikan dan bagaimana cara penggunaan yang terbaik.

Tip Jimat Elektrik 22:

Apabila hendak membeli pakaian, pilih fabrik yang tidak perlu atau mudah digosok.

Tip Jimat Elektrik 23:

Apabila memilih cadar, sarung bantal, kain langsir atau lain-lain fabrik, utamakan fabrik yang tidak perlu digosok. Jadi anda tidak perlu menggosok. Jimat elektrik dan tenaga gitu. Betul tak?

Tip Jimat Elektrik 24:

Sekiranya anda ingin bertukang sama ada menggantung 'frame' gambar atau lain-lain kerja pertukangan yang tidak mengerah tenaga yang banyak, gunakan saja alatan tangan biasa.

Tip Jimat Elektrik 25:

Jika anda menggunakan penghawa dingin, pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya. Ia bertujuan menjimatkan tenaga.

Pssst..Nanti jangan pula anda mengeluh bilik tak sejuk-sejuk, walhal dah berjam-jam 'air-cond' di'on' kan.

Tip Jimat Elektrik 26:

Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau 'microwave' sebenarnya menjimatkan tenaga. Ia juga mengurangkan masa memasak anda sebanyak 15 hingga 20 peratus.

Tip Jimat Elektrik 27:

Sekiranya anda bercadang membeli alatan atau gadjet terbaru di pasaran, pertimbangkan dan pilih model yang menjimatkan tenaga. Nanti anda tak perlulah nak bimbang pasal nak selalu cas bateri atau sekurang-kurangnya dapat membantu menjimatkan elektrik. :p

Tip Jimat Elektrik 28:

Semak bil letrik bulanan anda. Pantau dari semasa ke semasa dan adakah ia konsisten, turun atau naik. Jika meningkat cuba tips yang telah diberikan. Analisa juga sama ada anda ada membeli peralatan elektik atau elektronik yang baru. Jika ada gunakannya secara bijak dan kawal penggunaannya.

Tip Jimat Elektrik 29:

Lampu berteknologi led juga mengunakan tenaga yang sangat minima disamping kurang radiasi dan baik untuk kesihatan.

Tip Jimat Elektrik 30:

Gunakan alat penjimatan elektrik. Ia membantu anda menjimatkan letrik dengan mudah. Ia sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga.


sumber

SYAITAN JILAT AIR MAYAT (ORANG ALUS)

Sebagai seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.admin ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya.

Suausana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful.

Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setiap hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan.

Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya.

Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meregui kemampuannya.

Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu.

Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat.

Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan.

Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di kampong seberang untuk membantu masalah itu.

“Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya.

“Adalah lima bulan,” balasnya sayu.

“Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo.

Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan.

Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo. “Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga.

Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin sambil duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo.

Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia.

“Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang.

Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut.

Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.

Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat.

Mak Tija mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya.

Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang ke rumahnya.

Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya.

Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. A’uzubillah…

sumber-http://melayukini.net

PEMILIK KELDAI YANG GELISAH (IBOH SEKOH GILAK GIA)

Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik.

Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.

Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.

"Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.

"Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"

Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."

Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.

Moral:
Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan datang kepadamu dengan mudah. .

KISAH KODOK (BAIT2 NAK NGELAKA NGAN ORANG)

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.


Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.

Renungan :

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.

KISAH MEMILULKAN, PENGORBANAN SEORANG ISTERI (SEDIH NYO)

gambar hiasan



Pengajaran memilukan buat diriku dan kita untuk nilai diri ..

Seorang lelaki terjumpa saya di masjid. Allah ingin memberi satu pengajaran besar buat diri saya dan saya teringin kongsi dengan tuan puan di luar sana.

Dia peluk saya dari belakang. Ustaz ebit lew, saya sayang ustaz kerana Allah. Saya pusing dan kata padanya, pasti Allah lebih menyayangi abang lebih dari abang sayang saya. Kerana abang sayang kerana Allah…Kerana dia.

Dia menangis teramat sangat. Saya ingin minta nasihat ustaz..saya dah buntu. Dah seminggu saya tak balik rumah. Saya tidur masjid dan berdoa…Saya tak boleh tengok rumah saya. Saya datang rindu isteri saya teramat sangat..

Saya pandang mukanya kerana ingin tahu. Wajahnya dengan air mata yang bergenang dan akhirnya menangis.

saya sedih. dia menangis..Saya banyak salah isteri saya…..

Dulu saya susah.. Kami hidup susah bersama-sama. Benar-benar tiada harta. Satu hari Allah beri saya kesenangan dan kekayaan melimpah ruah. Tidak berhenti rezeki saya. Saya belajar agama tapi saya dah lupa semua dan mula hidup dengan dosa dan kejahilan. Saya cari pelacur setiap malam. Saya sanggup pergi jauh cari pelacur kerana kononnya tiada kepuasan di rumah..setiap hari balik lewat.

Isteri saya sayang dan percaya saya. Dia banyak korban buat saya. Dia bersabar mendoakan saya. Pernah dia kata, abang baik kuat bekerja untuk saya. Terima kasih abang..Dia kuat solat dan berdoa. Kami tiada anak ustaz walaupun sudah lama kahwin.

Satu malam saya balik lewat. Isteri saya sedang berdoa malam tu ustaz. Malam Ramadhan baru ni. Saya pergi ke tempat jahat. Balik dia picit kepala saya. Dia peluk saya. Tapi saya tolak dia. Saya kata pergilah tidur. Sebenanrya badan saya kotor kerana buat dosa dan maksiat. Saya cuba tidur.

Isteri saya solat dan mengaji. Saya tengah fikir nak marah suruh dia mengaji perlahan. Saya baran dan pemarah. Saya pun tidur tak sedar-sedar. Saya sedar pukul 1 tengah hari kerana hari ahad. Saya tak solat dah lama. Saya kejut isteri saya. Dia baring sebelah saya…saya tiba-tiba terasa nak peluk dan teramat rindu padanya kerana sudah lama kami tidak bersama. Macam biasa saya kejut. Saya panik….rupan-rupanya isteri saya sudah tiada ustaz. Isteri saya dah tinggalkan saya ustaz…dia terus menangis…dan menangis…saya pun tak boleh tahan dan turut menangis..macam tak percaya sebab dia sihat sahaja..

Dia menangis dan menangis sepanjang cakap. Isterinya sudah tiada. Isterinya yang baik dan setia berbuat baik padanya…dia kata saya teramat sedih. Saya bertaubat ustaz. Saya cuma nak tanya ustaz boleh tak saya doakannnya. Sampai tak padanya..

Jawab saya, Allah sayang abang. Seluruh kebaikan yang abang buat dalam hidup ini akan buat Allah sayang abang dan arwah isteri abang. Kerana dengan doa dan nasihatnya dan kesabarannya,akhirnya Allah beri hidayat pada abang. Dia benar-benar isteri sejati. InsyaAllah dia dalam syurga atas kerana berkat kesabarannya…

Bagaimana kita boleh lupa orang yang pernah lapar bersama..Menangis bersama. Susah bersama. Saat kita berduit kita khianat pada mereka..Lupakan nikmat yang Allah kurniakan pada kita…..

Hargailah isteri yang kita sayang kerana Allah… Setiap anak adam buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun pada Allah-ebit lew


COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.