اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BELOYA2U DAN KAMU DAN MEREKA DAN SEMUA



Anda pernah berjumpa atau terjumpa dengan kereta atau motosikal yang menggunakan pelekat beloya2u.com? pernah anda bertanya mengapa mereka menggunakan stiker tersebut? Tahukah anda bahawa jumlah kenderaan yang menggunakan pelekat tersebut lebih kurang 63 buah kereta motosikal dan mereka menggunakan pelekat tersebut sebagai tanda sokongan kepada usahawan bumiputera, sokongan kepada idea anak muda, sokongan kepada perkara-perkara unik di Sarawak, mempunyai bahagian dalam laman beloya2u.com dan pelbagai lagi sebab. Tak kenal maka tak cinta, ingin sekali saya berjumpa dengan pembaca beloya2u.com.

Bermula dari sebuah blog yang memaparkan satu perniagaan telco. Beloya2u.com melangkah setapak dengan melangkaui isinya dengan ilmu-ilmu yang menafaat. Selain itu, menjadi salah satu media yang mempromosikan Sarawak.

Kepada sesiapa nak mempromosikan idea ataupun tempat menarik di Sarawak. Boleh hubungi admin ya. Nak hubungi admin senang sahaja. Hanya isi borang hubungan pelanggan di atas laman ini. Tak susah kan.

Kalau usahawan-usawan memerlukan admin untuk promosi produk kat sini pun boleh. Tak jadi masalah. Caj? tak ada caj.. cuma ada terma dan syarat jer.. he he..

INSIDEN PESAWAT TERHEMPAS DI BRUNEI (ADA JUAK BENDA BODO)



. Pengelaman dari insiden pesawat Air Asia. .. 
Dalam kapal terbang berkenaan ada 3 orang penumpang perempuan 
(orang Indonesia, China dan Negro) yang berhajat melancong ke Brunei seperti sudah mengetahui insiden berkenaan akan berlaku... 
Dalam keadaan cemas tiba2 perempuan Indonesia tadi mengambil bedak dan gincu justeru berdandan cantik sekali, 
penumpang China dan Negro menjadi hairan, lalu bertanya “kenapa berdandan?” Perempuan Indonesia menjawab “Biasanya kalau pesawat terhempas orang yang pertama sekali ditolong kan yang paling cantik.” 
Perempuan China disebelahnya menjadi bingung kerana tidak membawa bedak dan gincu , lalu dia mengangkat skirtnya sampai paras pinggang. p
erempuan Negro disebelahnya bertanya, “Kenapa awak angkat skirt awak sampai tinggi begitu?” Dia menjawab, “Biasanya kalau pesawat terhempas yang pertama sekali ditolong kan yang paha putih seperti saya. 
“ huhuhu...perempuan Negro menjadi tertekan mendengar kata perempuan Indonesia dan China itu. Lalu perempuan Negro tersebut membuka pakaian dan telanjang bulattt….. 
semuanya kelihatan hitam legam. perempuan Indonesia dan China terkejut seraya bertanya, 
“Kenapa telanjang bulat?” 
Dengan selamba perempuan Negro itu menjawab.. 
“Biasanya kalau pesawat terhempas yang paling pertama dicari kan KOTAK HITAM.”

JAWAPAN AIR LAUT DAN AIR TAWAR TIDAK BERCAMPUR (DUHAL GIA~~~)

Pakar Kajian Laut Dalam Perancis, Mr Jacues Yves Cousteau, seorang yang telah menghabiskan sepanjang hidupnya mengkaji penghidupan dibawah Laut, dan beliau merupakan seorang yang berotoriti didalam bidang eksplorasi Laut Dalam telah memeluk agama Islam setelah menemui satu penemuan yang menakjubkan dan disahkan oleh al-Quran, Kitab yang telah diturunkan kepada Manusia dan Jin.

Suatu hari didalam melakukan kajian Laut Dalam, Mr Jacues Yves Cousteau telah mendapati bahawa terdapat kesan-kesan Air tawar dari mata air berada didalam Air Laut masin. Apa yang menakjubkan beliau adalah air tawar dari mata air tersebut tidak bercampur dengan air Laut masin itu. Agak lama juga beliau mencari sebab kenapa fenomena ini berlaku, dan beliau tidak menemui sebarang jawapan.

Pada suatu hari, beliau telah menemui seorang Professor yang memberitahu beliau bahawa fenomena yang berlaku itu adalah merupakan satu perintah dari Allah swt sebagaimana firmannya :

“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya “ [Surah Al-Furqan : 53].

“Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui” [Surah An-Naml : 61].)

“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya” [Surah al-Rahman : 9:20]

Mendengar keterangan ini, Mr Jacques Yves Cousteau menjadi yakin akan kebenaran al-Quran, lantas memeluk agama Islam.

KISAH BURUNG MEMADAM API MENYELAMATKAN NABI IBRAHIM A.S

Dikisahkan tatkala Nabi Ibrahim A.S. di bakar oleh Namrud di dalam api yang marak membara, datanglah seekor burung yang kerdil dan lemah untuk membantu memadamkan api yang marak itu (ada sesetengah menyebut ianya adalah burung layang-layang dan ada juga kisah menyatakan ianya burung pipit-Wallahu'alam).

Bagaimana seekor burung yang kerdil lagi lemah ini mampu untuk memadamkan api yang marak itu?

Burung yang kerdil ini pergi mendapatkan air dengan menggunakan paruhnya yang kecil. Diambilnya air dan dititiskannya ke atas api yang marak membakar Nabi Ibrahim A.S. Burung ini berulang-alik melakukan perbuatan yang sama. Mengikut logik akal, masakan setitis air dari paruh burung kerdil ini mampu memadamkan api yang marak membara itu?

Maka haiwan yang lain pun berkata padanya: "Wahai kawanku, berhentilah kamu melakukan perkara yang sia-sia ini. Masakan usahamu itu mendatangkan kejayaan". Maka berkatalah pula burung yang kerdil itu: "Aku tahu bahawasanya kudrat aku ini tidak akan mampu untuk memadamkan api itu dan menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S. Namun aku akan terus berusaha melakukan apa yang aku terdaya daripada aku hanya melihat kehancuran terus berlaku. Sekiranya Allah menyoalku kelak, apakah yang aku lakukan tatkala Nabi Ibrahim A.S. menghadapi dugaan dan cabaran, aku boleh menjawab bahawasanya aku telah melakukan mengikut kudratku. Sekiranya Allah bertanyakan kepada kamu wahai kawan-kawanku, apakah pula jawapan kamu?"

Ada juga riwayat menyatakan bahawa sekalian haiwan yang beriman kepada Allah S.W.T. dan Nabi Ibrahim A.S. telah cuba berikhtiar untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S. kecuali cicak. Sesungguhnya cicak telah meniupkan api kepada Nabi Ibrahim A.S.

Maka, pilihlah kamu untuk menjadi dikalangan yang beriman ataupun dikalangan cicak.

Sediakanlah akan kamu jawapan-jawapan apabila Tuhanmu menyoalmu kelak. Apakah yang kamu lakukan tatkala saudara-saudara kamu dizalimi?

Adakah jawapan kamu:

Saya hanya mampu melihat wahai tuhanku. Sesungguhnya mereka amat jauh dariku dan apalah daya aku untuk membantu, atau,

Kiranya aku melakukan sesuatu pun, ia hanyalah sia-sia wahai tuhanku. Biarkanlah pemimpin-peminpin sahaja yang melakukan tugas mereka, atau,

Aku ingin membantu, tetapi rakan-rakanku yang lain hanya berdiam diri. Masakan ia memberikan kesan. Ianya hanya sekadar membuang masaku sahaja, atau,

Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menadahkan tanganku memohon doa ke hadratmu agar saudara-saudaraku dilindungi Ya Allah, dan menjahanamkan orang-orang yang menzalimi mereka, atau,

Sesungguhnya tuhanku, aku telah berusaha untuk tidak menyokong ekonomi mereka yang menzalimi orang lain, walaupun yang lain mencemuh tindakan ini dan menyatakan bahawa ianya hanyalah sia-sia.

Meskipun kita lihat tindakan ataupun kudrat kita itu sebagai tidak dapat membantu merungkaikan sesuatu konflik atau masalah, percayalah bahawa ianya adalah lebih baik daripada hanya melihat. Sesungguhnya melakukan sesuatu (walaupun kecil) adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jika sesuatu yang kecil itu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan sejagat, pastinya ia akan menghasilkan kejayaan.

Marilah kita membantu/bertindak dari segi yang kita mampu lakukan.

Renungkanlah. Hidup kamu adalah pilihan kamu. Namun disesetengah tempat, hidup bukanlah pilihan mereka. Semoga ALLAH merahmati kita semua. Amin!!!

sumber : fb.com

IKAN PELIK DI MIRI SARAWAK

Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.

Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.

Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.

Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.

Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.

Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.

Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.

Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan.


SUMBER :
-Dailymail

ALAT MAINAN MURAH KANAK-KANAK (BOH SEBARANG!!)

Sedikit masa dulu, pernah heboh tentang isu bahaya alat mainan murah kanak-kanak yang mengandungi banyak bahan berbahaya terutama alat mainan murah yang diimport secara besar-besaran dari negara China. Kemudian ia senyap seketika sebelum menjadi hangat semula apabila ia disiarkan oleh akhbar , Harian Metro pada minggu ini. Nampaknya cabaran ibu bapa era ini semakin besar dan semakin mencabar dalam mendidik dan melindungi anak-anak berbanding para ibu bapa zaman dahulu.
Sayangilah anak anda
Lambakan pelbagai jenis alat mainan murah yang tidak menepati standard atau piawaian dari negara asalnya iaitu China dikatakan mengandungi pelbagai bahan kimia beracun seperti kadmium, arsenik dan plumbum yang mampu meresap ke dalam tubuh kanak-kanak bukan saja apabila ia digigit atau dimasukkan ke dalam mulut, malah boleh memberikan kesan buruk sebaik sahaja disentuh.

Mainan yang tidak diluluskan penjualannya serta tidak memiliki tanda pengesahan Malaysian Conformity ( MC ) mengikut Peraturan Standard Keselamatan Mainan Kanak-kanak ini khabarnya boleh menyebabkan perkembangan IQ kanak-kanak terbantut, kerencatan proses tumbesaran fizikal dan pertumbuhan mental, kerosakan saraf pada otak, serta berupaya mencetuskan kanser pada awal usia.

Jenis bahan kimia berbahaya yang dipercayai terdapat pada alat mainan kanak-kanak ( alat mainan murah ) ialah :

Bromin ( Br 35 )

Sangat berbahaya. Mampu menyebabkan kerengsaan mata, paru-paru dan kulit kerana cecair nya beracun dan memiliki sifat menghakis. Ia boleh mencetuskan gejala batuk, loya, muntah-muntah, sakit kepala, sesak nafas , edema kelopak mata dan sawan.

Terdapat juga laporan mengatakan bahawa bahan ini mampu menjadi penyebab penyakit asma, bronkitis atau pneumonia.

Plumbum ( Pb 82)

Mampu meresap ke dalam tubuh dan kekal lama di dalamnya. Turut merencatkan pertumbuhan tulang dan otot, perkembangan fizikal dan mental, kerosakan saraf otak, penurunan tahap kecerdasan ( IQ ), masalah disleksia dan autisme, penyebab gejala anemia dan kemungkinan koma.

Kadmium ( Cd 48 )

Sejenis bahan kimia yang sangat beracun, biasanya digunakan sebagai bahan ‘ plastisizer’ iaitu sejenis bahan bagi meningkatkan kualiti plastik permainan agar warnanya tidak luntur walaupun setelah lama digunakan. Kandungan bahan ini boleh memasuki tubuh melalui pengendalian alat mainan itu sendiri secara tidak langsung yang menyebabkan gejala seperti loya, muntah-muntah, sakit kepala, cirit-birit, sakit tekak @ tekak kering selain menjadi punca kanser, masalah jantung dan hati.

Klorin ( Cl 17)

Bahan kimia ini boleh mendatangkan kerengsaan sistem pernafasan dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Ia sangat efektif sebagai ejen pengoksidaan, pelunturan dan nyahjangkitan. Pendedahan jangka panjang terhadap kanak-kanak boleh mencetuskan masalah paru-paru.

Arsenik ( As 33)

Bahan kimia ini biasanya terdapat dalam racun rumpai, pengawet kayu-kayan, rodentisid dan ejen pengeras dalam aloi logam. Ia berupaya menyebabkan kerengsaan pada kulit, membran mukous, saluran pernafasan dan gastrousus. Kesan tindak balas bahan ini boleh dilihat apabila kanak-kanak kelihatan lesu, kurang selera makan, loya, muntah-muntah, hepatitis, rasa kebas dan rambut gugur.

Raksa / Merkuri ( Hg 80 )

Bahan yang sangat beracun ini mampu menyebabkan kerosakan saraf otak dan hati jika dimakan, disentuh atau dihidu. Ia juga menjadi salah satu penyebab kepada kegagalan buah pinggang dan sistem saraf.

Ia juga mampu memberi kesan kepada bayi atau janin dalam kandungan.

Pendedahan atau penggunaan berterusan berupaya menyebabkan ruam, iritasi dan masalah lain pada kulit. Terdapat juga kajian ke atas kanak-kanak disleksia yang mendapati kandungan merkuri yang tinggi dalam tubuh mereka selepas menjalani analisis.

Simptom akibat tingginya kandungan merkuri dalam tubuh kanak-kanak boleh dilihat apabila mereka hilang selera makan, keletihan , ketidakstabilan emosi, kurang daya tumpuan atau kemerosotan memori.

Plastik Polyvinyl Chloride ( PVC )

Bahan ini digunakan secara meluas dalam proses pembuatan alat mainan kanak-kanak, perabot dan tidak terkecuali botol minuman. Ia mengandungi ‘ phthalates’ dan unsur kimia ‘ Vinyl Cloride Monomer ( VCM ) yang boleh menyebabkan barah .

Apabila kanak-kanak menghisap, mengunyah ataupun tertelan bahan ini , ia boleh menjejaskan kesihatan seperti menjadi penyebab masalah buah pinggang dan paru-paru.

Semua bahan yang tersenarai di atas adalah bahan yang disenaraikan seperti dalam laporan akhbar Harian Metro, Khamis 5 Jun 2014.

Sebagai ibu bapa, kenyataan sebegini tentu menyebabkan kebimbangan. Hendak disekat tentulah tidak munasabah kerana kita sendiri sedia maklum akan kepentingan alat mainan untuk kanak-kanak. Jadi dalam menangani masalah ini, mungkin kita sebagai ibu bapa perlu mengambil pendekatan sesuai seperti meneliti dahulu maklumat pelabelan pada bungkusan atau plastik mainan sama ada terdapat pengesahan kelulusan daripada badan berkaitan atau tidak, kandungan atau sumber pembuatannya, , memilih alat mainan yang diyakini lebih selamat biarpun terpaksa berbelanja lebih sedikit atau mencari alternatif lain sendiri secara kreatif dalam memberi hiburan dan membangunkan perkembangan jiwa dan fizikal anak-anak.

ANJING DAN MASYARAKAT (SAYANG ASUK BAH)

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.
SEKADAR GAMBAR.. 
Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi. Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli. Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176). Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan? Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’. Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari). Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

PENGALAMAN DI HINA PERNIAGA JUALAN LANGSUNG MLM

Setiap orang dari kita diberi tugas dan fungsi di muka bumi. Setiap dari kita juga mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri. Apa yang kita ada pada hari ini adalah atas usaha orang-orang yang lalu. Setiap kerjaya terutamanya berkaitan bidang perniagaan haruslah memiliki integriti bagi memastikan perniagaan boleh dijalankan lebih lama.

Pengalaman ini adalah pengalaman rakan saya di mana beliau mengadu mengenai penghinaan yang dilempar oleh sesetengah pengusaha jualan lansung. Tidak semua begitu, tetapi ada antara mereka bagai hilang punca, taksub dan hilang maruah diri apabila terlalu mengagungkan perniagaan jualan langsung mereka. Menghina pekerjaan orang lain bukanlah jalan yang terbaik untuk menarik minat orang ramai untuk menyertai organisasi jualan langsung tetapi tunjukkanlah kebaikan dan bagaimana mencipta wang dari perniagaan tersebut.


Tindakan-tindakkan yang tidak berakal ini memberi pandangan negatif orang lain terhadap perniagaan ini. Menggunakan contoh-contoh yang tidak releven dan tepu hanya menonjolkan imej tidak matang. Perniagaan yang diceburi oleh individu-individu profesional seperti doktor atau peguam bukanlah ukuran bahawa perniagaan tersebut profesional kerana pada masa kini, individu-individu profesional ini juga terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti kepercayaan karut yang menyimpang jauh dari norma masyarakat.

Memberi kenyataan bahawa hanya perniagaan itu sahaja yang mampu mengubah atau meningkatkan tahap kehidupan adalah suatu kenyataan keanak-anakkan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kenyataan itu bagai tiada agama dan pegangan hidup. Rezeki tuhan tidak terbatas di dunia ini. Asalkan kita berusaha, dengan izinnya kita akan memilikinya dan jika dia tidak mengizinkannya maka sekuat mana sekalipun kita berusaha, kita tidak akan memilikinya.

Hujah-hujah yang baik pasti akan diterima orang dan hujah-hujah yang kurang ajar pasti akan dicemuh. Itu perkara biasa. Pandangan seorang yang biasa melakukan perniagaan dengan seorang doktor pasti berbeza. Jangan sesekali samakan mereka. Ada orang percaya bahawa dengan modal yang besar mampu menjana pendapatan yang besar tetapi bagi saya itu bukan ukuran. Modal yang besar belum tentu mampu menjana pendapatan yang besar tetapi akal yang tajam iaitu modal insan yang tinggi mampu menjana pendapatan walaupun bermula dengan modal tunai RM100.

Memberi contoh kejayaan orang lain adalah perkara yang terbaik dalam mendapat dan memujuk ahli baru dalam bidang perniagaan jualan langsung. Tetapi pada masa kini, maklumat hanya di hujung jari. Banyak ralat dan penipuan yang dilakukan. Mata dikaburi oleh kereta-kereta mewah. Berjumpa dengan pelanggan dengan kereta mewah fairlady contohnya tetapi rupa-rupanya menyewa dengan orang lain. Pengikut-pengikutnya pula, berbangga dengan kejayaan upline dengan memberi ulasan-ulasan yang tidak kuat dan tepu hanya memberi pandangan sinis orang lain

Nama-nama dan pangkat begitu gah tetapi kosong. Nilai pendapatan ditayangkan meriah tetapi itu hanyalah himpunan pendapatan 2 tahun yang di omong-omong sebulan. Kalau orang lain, mungkin tidak bertanya apakah pendapatan itu pendapatan sebulan atau pendapatan setahun atau pendapatan dua tahun. Usah hipokrit atau pejam mata dalam menunjukkan fakta. Tidak semua tutup mata untuk melihat kebenaran.

Cerita-cerita bahagia penuh dengan kelipan bintang dan bulan. Begitu terang sekali matahari di siang hari menyinari lautan. Tiada satu pun cerita derita atau sengsara yang dibincangkan. Kalau bercakap dengan budak-budak, kamu boleh berimejinasi seperti itu. Setiap perniagaan pasti memiliki cabarannya tersendiri dan tidak ada sesiapa pun terlepas dari perkara tersebut. Tiada perniagaan yang tiada resiko. Kita hanya mampu mengurangkan resiko perniagaan tetapi kita tidak akan mampu menghapuskan resiko tersebut. Semakin besar modal maka tanggungan resiko juga semakin besar.

Oleh itu, saya berpesan kepada usahawan-usahawan di luar sana. Berbincanglah guna akal bukan guna hati. Jangan terlalu buta dalam menilai orang lain. Jangan sehingga menghina orang lain. Apabila kamu melakukan perniagaan sehingga menghina orang lain maka martabat kamu di bawah telapak kaki saya. he he..

Setakat ini, bidang jualan langsung yang saya suka adalah seperti Tone Excel, Boss Venture dan U-fun. Saya tidak menyertai mereka tetapi saya mendengar.



TEKNOLOGI MENJAUHKAN KAU DAN AKU (TEBALIT)

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah telefon pintar

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar. Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar...

Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah dan ibu... Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa meliha saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar. Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang.

Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya. Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata 'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

'Abang, itu karangan anak kita!'

Berapa banyak masa kita luangkan bersama keluarga. Anak-anak mengeja kasih sayang dengan M.A.S.A. Salam ceria dan bahagia kepada semua.

sumber

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.