اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

USAH MALU DENGAN KEMATIAN KERANA DIA MENGINTAI KAMU (TERUSKAN SHARING)

Tidak dapat dinafikan setiap orang punya ideologi sendiri. Mungkin di Malaysia atau di tempat saya khasnya tidak suka mayat keluarganya di siarkan di mana-mana ruangan media. Tetapi pendekatan saya dari dulu hingga sekarang amat berbeza sekali. Sekalipun mayat saya berkecai, saya tidak kisah mayat saya disiarkan di mana-mana media supaya menjadi pedoman kepada orang lain.

Ideologi dan budaya kita dan luar sana berbeza sekali dan janganlah kita samakan dengan pemikiran kita. Terdapat penulis blog menyelar tindakkan pengguna laman sosial kerana membuat "sharing" terhadap gambar-gambar mayat yang bergelimpangan akibat kekejaman rejim zionis. Tidak ada satu ayat pun melarang tindakkan tersebut malah pada waktu ini amat perlu kerana dengan imej-imej tersebut mampu membangunkan umat yang sedar lena tidur dan merasakan diri di dalam zon selesa.

Tidak mustahil kita akan berkeadaan begitu jika sampai masa kita nanti. Masa kita akan sampai jika leka, lupa, lalai dengan kekejaman rejim israel. Bagaimana mereka membantai anak-anak Palestin tanpa belas kasihan. Anak-anak palestin yang tidak tahu memegang senjata di bom dengan rakus.

Tidak seksa mayat tersebut sekalipun dipaparkan di mana-mana media masa melainkan mayat tersebut dibiarkan mereput dan dilambatkan pengebumiannya. 

Berjihad bukan sekadar dengan hati tetapi juga menggunakan segala pancaindera. Selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati. Tidak cukup dengan doa dan airmata menadah tangan dengan yang maha esa tanpa melakukan apa-apa. Gunakan segala kebijaksanaan dan kemampuan untuk membantu mereka di sana.

Antara ayat-ayat penulis blogger tersebut  :
Tapi masalahnya aku tengok ramai betul yang berjihad dalam Facebook.
Masalah bagi dia apabila banyak rakan-rakan yang berjihad melalui facebook.  Setiap kali rakan-rakan membuat "sharing" di dalam facebook maka dia akan bermasalah. Kesimpulannya di sini ialah dia bermasalah.

Teruskan "sharing" keadaan di Palestin dan teruskan boikot setakat yang mampu. Jangan melalak membangkang tindakkan orang lain sedangkan kita berpeluk tubuh.

Tidak perlu saya menyertakan link laman blog dia. Jika anda bertemu laman tersebut, sampaikan salam kepadanya. Gunakan kemampuan yang ada dan jangan pernah berhenti dan jangan boikot bermusim. Peringatan untuk saya dan anda semua.

Reactions:

1 comments:

  1. Teruskan "sharing" keadaan di Palestin dan teruskan boikot setakat yang mampu. Jangan melalak membangkang tindakkan orang lain sedangkan kita berpeluk tubuh. Jangan bersangka buruk dengan orang lain kerana keburukkan tersebut akan kembali kepada mu.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.