اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TERUSKAN SEBAR BERITA DARI PALESTIN WALAU DI HINA (ADA KU KESAH)

Setiap daripada kita pasti melalui pengalaman di mana apabila kita berbuat baik tetapi orang memandang kita sejahat-jahat manusia. Itu biasa. Ada antara kita memberi pertolongan di anggap menunjuk-nunjuk dan ada agenda lain. Itu juga biasa. Ada antara kita mengerah kudrat untuk membantu saudara kita tetapi digelar dajal. Itu juga biasa. Ada antara kita berusaha untuk menjadi baik tetapi di hina. Itu juga biasa.

Mulut dan hati manusia tidak akan pernah senang melihat orang lain melakukan kebaikan. Tidak semua begitu tetapi memang tetap wujud di dalam dunia ini.

Apa yang saya nak coretkan di sini ialah berkaitan dengan kempen kesedaran mengenai keadaan saudara di Palestin di mana wanita dan anak kecil di bunuh dengan kejam. Banyak sahabat di dalam laman facebook memberi komitmen untuk menyebarkan maklumat keadaan di Gaza. Malah ada yang hilang kerana termakan dengan suara-suara dajal yang memberi komen bangkangan. Padalah suara-suara itu tidak melakukan apa-apa iaitu berpeluk tubuh.

Sehinggakan ada yang menggelar sahabat-sahabat yang memberi komitmen untuk menyebarkan berita dari tanah Palestin sebagai ejen fitnah dajal. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin terdapat berita yang dikongsikan tidak benar atau salah dan bukanlah dengan cara menegur mereka dengan melebelkan mereka dajal tetapi tegurlah mereka mengenai maklumat tersebut salah dan betulkan mereka. Kalau setakat menggelar mereka ajen dajal itu adalah kerja dajal.

Bagi hati yang lemah akan menghentikan aktiviti menyebarkan maklumat mengenai saudara di Palestin. Tetapi saya tidak akan pernah mundur dan tidak akan berhenti untuk melakukannya. Jika saya atau rakan saya melakukan kesilapan menyebarkan maklumat yang salah. Dengan hati terbuka tegurlah dengan sopan dan dengan berhikmah. Jangan berselindung mendabik dada dengan bangga sombong dan bongkak menyelar tidakkan saya dan sahabat-sahabat saya. Itu lah sikap dajal sebenarnya.

Sebelum ini pun saya ada menulis artikel menyelar tindakkan segelintir penulis di dalam maya yang befikiran sempit mengenai aktiviti saya dan sahabat-sahabat saya di laman sosial. Sikapnya yang tidak matang memberi gambaran buruk mengenai prinsipnya sendiri. Tidak perlu saya ulas panjang mengenai perkara ini kerana saya sudah menulis panjang mengenainya. (rujuk sini)

MATLAMAT KAMI IALAH MENYEDARKAN RAKAN-RAKAN LAMAN SOSIAL MENGENAI KEKEJAMAN ISRAEL. MEMBERI DERIA RASA KEPADA MEREKA KESENGSARAN YANG DI HADAPI OLEH RAKYAT PALESTIN. MENDIDIK JIWA MEREKA SUPAYA LEBIH PEKA DENGAN KEADAAN DI SEKELILING. MENJADIKAN MEREKA DUTA KEMANUSIAAN DENGAN MEMBAWA RAKAN LAIN UNTUK MENDERMA.

Ini adalah cara kami dan kami yakin keberkesanannya. Ada juga pemikiran cetek menyelar tindakan kempen boikot produk israel. Saya sesekali tidak marah dan berharap mereka lebih banyak membuat analisa dan faham mengenainya. Syukur ke hadrat ilahi kerana ada antara mereka kini menjadi duta untuk memboikot produk israel. Kami yakin bahawa setiap kebaikan akan dibantu oleh sang pencipta.

SAYA DAN SAHABAT-SAHABAT SAYA MENYERU KEPADA PEMBACA DAN PENGGUNA LAMAN SOSIAL UNTUK MENJADI DUTA KEAMANAN DAN MENGEMBALIKAN HAK ANAK-ANAK PALESTIN. USAH GENTAR DENGAN SUARA SUMBANG DAN TERUSKAN USAHA MENYEBAR BERITA DARI TANAH PALESTIN. KITA TIDAK AKAN SESEKALI BERPELUK TUBUH. KITA AKAN TERUS MENGGUNAKAN SEGALA KEMAMPUAN YANG ADA UNTUK MEMBANTU.

SAHABAT-SAHABAT.. BANYAK BERSABAR.. DAN TERUSKAN BANTUAN KITA SEKECIL ZARAH INI.. INSYALLAH JIKA KITA BERSATU IA AKAN MEMBERI IMPAK YANG BESAR





Reactions:

1 comments:

  1. Apa yang saya nak coretkan di sini ialah berkaitan dengan kempen kesedaran mengenai keadaan saudara di Palestin di mana wanita dan anak kecil di bunuh dengan kejam. Banyak sahabat di dalam laman facebook memberi komitmen untuk menyebarkan maklumat keadaan di Gaza. Malah ada yang hilang kerana termakan dengan suara-suara dajal yang memberi komen bangkangan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.