اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SELAMAT HARI RAYA 2014

Selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u.com. Kemeriahan aidilfitri tahun ini mungkin amat berbeza kepada yang memiliki maklumat terkini mengenai kejadian di sekeliling kita. Antaranya kejadian MH370, MH17 dan lebih-lebih lagi kisah-kisah menyayat hati yang terjadi di Palestin.

Saya sendiri yakin bahawa sekiranya kejadian menyayat hati yang terjadi di Palestin tidak dibela dan di biarkan begitu sahaja. Kita di sini juga akan menjadi mangsa yang sama yang lebih halus racun nya. Mungkin ianya bukan berlaku sekarang. Apa yang saya perkatakan ini adalah memandang 10 ke 30 tahun akan datang.

Kekejaman yang berlaku di sana jelas dan nyata tetapi UN hanya pejam sebelah mata dan negara-negara arab yang lain kembung perut makan makanan tanpa menghiraukan mereka. Apakah yang akan berlaku dengan kita pada masa akan datang.

Benarlah salah satu hadis nabi yang berbunyi. Suatu masa nanti yang hampir dengan kiamat, maka jumlah umat islam amat ramai tetapi mereka umpama buih-buih di lautan. Tidak bersatu dan hina. 

Kita di sini di hidangkan dengan hiburan nyanyian, muzik dan sebagainya. Tetapi di Palestin, mereka dihidangkan dengan bunyi-bunyian bedilan dan letupan serta suarat-suara anak kecil yang menangis kesakitan. Kita di sini, dihidangkan dengan makanan yang enak-enak. Tetapi di Palestin, mereka hanya ada sedikit makanan sementara menanti giliran mereka untuk dibedil. Kita di sini, berjumpa sanak saudara dengan kemanisan riuh rendah. Tetapi di Palestin, mereka menangisi pemergian sanak saudara.

Sukar untuk digambarkan syawal kali ini. Keluarga MH370 masih menanti berita yang tidak pasti nasib keluarga. Manakala, keluarga MH17 merayakan syawal ini dengan kehadiran jenazah-jenazah sanak saudara. Kesedihan menyelubungi rakyat Malaysia.

Semoga amalan-amalan umat islam sepanjang ramadhan diterima oleh Allah swt. Tiada yang lebih beharga dari doa-doa yang baik-baik. Hargailah rakan-rakan, sanak saudara dan ibu bapa sementara mereka masih ada. Hargailah nikmat tuhan sementara masih dapat dirasa.

Munkin kita bukan orang yang baik, tetapi berusahalah untuk jadi yang terbaik.

Akhir sekali dari saya, semoga syawal kali ini memberi suntikkan baru makna ukhwah.

Reactions:

1 comments:

  1. Semoga amalan-amalan umat islam sepanjang ramadhan diterima oleh Allah swt. Tiada yang lebih beharga dari doa-doa yang baik-baik. Hargailah rakan-rakan, sanak saudara dan ibu bapa sementara mereka masih ada. Hargailah nikmat tuhan sementara masih dapat dirasa.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.