اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENYAKIT MODEN ORANG KITA (JAIK ATI NGENANG)

Kita di Malaysia amat beruntung sebab mudah untuk mendapatkan makanan. Rata-rata harga makanan mampu untuk dimiliki oleh masyarakat kita. Disebabkan itu ramai antara kita mati kerana makan. Berlainan pula dengan saudara kita seperti di afrika yang mati kerana kurang makanan.

Faktor makanan adalah faktor yang besar yang saya lihat pada masa sekarang yang mampu mengganggu gugat kesihatan orang kita selain menyembabkan perkara lain yang tersebunyi. Tahukah anda bahawa makanan juga memberi faktor kepada sikap dan tingkah laku kita. Makanan yang baik akan memberi kecerdikan kepada pemakannya dan makanan yang buruk akan memberi kekurangan akal kepada pemakannya. Kita sendiri boleh bezakan sikap orang cerdik dan orang bodoh.

Jangan sesekali mengecilkan pandangan anda tentang dunia. Pada masa sekarang, kebanyak orang muda yang berumur 20 tahun sudah terkena penyakit yang selalunya berlaku kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas. Antaranya sakit jantung dan darah tinggi. Memang mengejutkan penyakit ini semakin ketara berlaku pada masa sekarang. Semuanya adalah kerana faktor cara hidup dan lebih jelas lagi kerana faktor pemakanan.

Tahukah anda bahawa penyakit-penyakit yang saya sebut adalah penyakit kritikal. Kebanyakkan orang kita muflis dan bankrup kerana menanggong kos penyakit yang tinggi. Mungkin dengan kepala hotak yang mudah, kita semua menunding jari ke hospital kerajaan yang kini semakin sesak dengan pesakit dek kerana percuma dan dikawal selia oleh beberapa orang doktor sahaja.

Tak banyak kawan-kawan teman dan saudara yang berkongsi cerita duka mereka mengenai kos perubatan yang mereka tanggung. Kalau kongsi cerita pun bukannya kamu nak bantu. Tolong dengar boleh lah kan. Kos-kos yang saya biasa dengar yang ringan-ringan berkaitan dengan kanser ialah RM10.000.00, Dialisis RM400.00 ke RM2,000.00 seminggu, Sakit jantung RM60,000.00 dan pelbagai lagi.

Kebanyakkannya tekorban kerana bodoh sombong untuk mendengar ilmu-ilmu dan peluang-peluang yang wujud yang sudah dijamin kemampuan untuk mengurangkan resiko serta diperakui oleh Bank Negara Malaysia. 

Kalau dilihat sudut bangsa pula, kita dapat menjawab dengan terang dan jujur bahawa ekonomi dikuasai oleh bangsa cina. Bukan kerana mereka kejam atau rakus, tetapi kerana mereka bijak dan tahu menilai. Manakala kita bumiputra masih merasakan diri dalam zon selesa dibelai oleh pemerintah, padahal kita ni umpama terjatuh di dalam lubang dan pemerintah menghulurkan tali untuk memberi bantuan padahal tangga ada tetapi disebunyi tidak mahu diguna. Hanya orang bijak sahaja dapat melihatnya.

Musim bulan puasa ini, banyak bazaar ramadhan dibuka dan bulan ini seolah pesta makanan. Berbondong-bondong orang puteh, orang hitam, orang coklat, orang kuning langsat dan orang minyak datang untuk merasa makanan. Banyak makanan yang wujud pada bulan puasa tidak wujud pada hari biasa. Berhati-hati ketika makan dan jagalah pemakanan anda.

Gunalah kebijaksanaan anda untuk merancang masa depan yang lebih baik. Jangan susahkan ahli keluarga dan orang yang tersayang. Sayangin diri anda dengan memiliki plan kewangan yang terbaik.

Reactions:

1 comments:

  1. Jangan sesekali mengecilkan pandangan anda tentang dunia. Pada masa sekarang, kebanyak orang muda yang berumur 20 tahun sudah terkena penyakit yang selalunya berlaku kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas. Antaranya sakit jantung dan darah tinggi.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.