اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ORANG SARAWAK KENA BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI BELAH

Selamat berpuasa kepada musmin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini memberi makna kepada anda semua. Bulan ramadhan adalah bulan untuk melawan nafsu makan. Tetapi melihat pesta jualan makanan di Bazaar ramadhan telah memberi impak yang lain. Kalau kita lihat, berpusu-pusu orang membeli makanan di sewaktu masa hampir berbuka. Malah, bukan orang muslim sahaja menikmati kepelbagaian makanan yang dijual tetapi juga dari pelbagai kaum.

Tajuk di atas adalah dari pemerhatian saya dari pengalaman yang lepas dan kisah malam tadi. Banyak betul kutu rayau yang mencurigakan. Mungkin ada yang telah di aniaya tetapi tidak membuat laporan polis. Terlalu banyak kes-kes yang tidak direkodkan di balai polis. Rata-rata memberi alasan, polis tak mampu buat apa-apa. Bukan dapat balik duit pun kalau report kat polis.

Malam tadi saya perasan di E-Mart Matang Jaya. Terdapat sekumpulan remaja merayau di dalam mall tersebut. Didapati mereka menggunakan bahasa isyarat. Saya hanya menggunakan hujung mata sahaja memerhati mereka. Mereka mengekori beberapa orang individu apabila sasaran sudah dikenal pasti. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana berjalan bersama keluarga. Hanya yang saya mampu buat adalah menjaga ahli keluarga saya.

Kenderaan di jalan raya jangan cakaplah. Berpusu-pusu keluar membeli juadah puasa dan ada juga membuat persiapan raya. Banyak udang banyak garam, makanya banyak orang banyak ragam. Pelbagai ragam manusia membawa kenderaan. Eloklah gandakan sikap hati-hati bagi mengelak kemalangan.

Tak banyak saya dapat kongsikan dengan pembaca. Banyak tugas hakiki kena disiapkan. Moga coretan seterusnya tidak mengambil masa yang lama.. kekekekekekek

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.