COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAHAYA MAKAN SATAY TELALU BANYAK

Persoalan ini muncul di kepala saya apabila nafsu saya nak makan satay melonjak tiba-tiba apabila diserang demam selsema. Saya merayau satu hari kerana nak merasa semua satay di sekitar Kuching. Apa yang sadisnya semua satay yang saya makan tidak ada rasa apa-apa. Ini kerana lidah saya rasa payau akibat demam.

Satay adalah salah satu daripada makanan yang amat digemari ramai. Aroma dan rasanya amat berbeza. Pandang sahaja dah dapat merasakannya sampai ke anak tekak. Tak lama lagi bulan puasa, maka banyak lagilah jualan satay di bulan puasa. Sedap.. hmmmmmmmmmmmmmm sampai menjilat jari kaki....

Menurut beberapa sumber, terlalu banyak makan satay boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan antaranya ianya boleh mencetus kanser dan mengganggu sistem darah kita. Ini berlaku menurut sumber kerana satay menggandungi karbon dan beberapa elemen lain dari pertukaran bahan kimia semasa pembakaran satay.

Bahan organik seperi minyak, arang dan gas menghasilkan satu bahan lain yang membahayakan kesihatan manusia. Bahan tersebut melekat pada satay dan kemudian di makan oleh kita.

Mungkin anda rasa tak nak dah makan satay lepas ini kecuali satay yang dipanggang menggunakan dapor gas. Usah risau, terdapat satu bahan yang diletakkan semasa menghidangkan satay iaitu timun.

Timun berfungsi untuk menutralkan semula karbon yang terdapat dalam satay. Zat-zat dalam timun mampu menghalang berlakunya kanser dan kesan-kesan lain akibat daripada bahan yang di hasilkan oleh bahan-bahan pembakar. 

Kepada peminat satay, usah risau dan ragu apabila makan satay yaaa... makan lah satay untuk negara dan jangan lupa bawa saya sekali. Apa yang paling penting adalah jangan lupa makan timunnya.


Reactions:

1 comments:

  1. Bahan organik seperi minyak, arang dan gas menghasilkan satu bahan lain yang membahayakan kesihatan manusia. Bahan tersebut melekat pada satay dan kemudian di makan oleh kita.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.