COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAHAYA MAKAN SATAY TELALU BANYAK

Persoalan ini muncul di kepala saya apabila nafsu saya nak makan satay melonjak tiba-tiba apabila diserang demam selsema. Saya merayau satu hari kerana nak merasa semua satay di sekitar Kuching. Apa yang sadisnya semua satay yang saya makan tidak ada rasa apa-apa. Ini kerana lidah saya rasa payau akibat demam.

Satay adalah salah satu daripada makanan yang amat digemari ramai. Aroma dan rasanya amat berbeza. Pandang sahaja dah dapat merasakannya sampai ke anak tekak. Tak lama lagi bulan puasa, maka banyak lagilah jualan satay di bulan puasa. Sedap.. hmmmmmmmmmmmmmm sampai menjilat jari kaki....

Menurut beberapa sumber, terlalu banyak makan satay boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan antaranya ianya boleh mencetus kanser dan mengganggu sistem darah kita. Ini berlaku menurut sumber kerana satay menggandungi karbon dan beberapa elemen lain dari pertukaran bahan kimia semasa pembakaran satay.

Bahan organik seperi minyak, arang dan gas menghasilkan satu bahan lain yang membahayakan kesihatan manusia. Bahan tersebut melekat pada satay dan kemudian di makan oleh kita.

Mungkin anda rasa tak nak dah makan satay lepas ini kecuali satay yang dipanggang menggunakan dapor gas. Usah risau, terdapat satu bahan yang diletakkan semasa menghidangkan satay iaitu timun.

Timun berfungsi untuk menutralkan semula karbon yang terdapat dalam satay. Zat-zat dalam timun mampu menghalang berlakunya kanser dan kesan-kesan lain akibat daripada bahan yang di hasilkan oleh bahan-bahan pembakar. 

Kepada peminat satay, usah risau dan ragu apabila makan satay yaaa... makan lah satay untuk negara dan jangan lupa bawa saya sekali. Apa yang paling penting adalah jangan lupa makan timunnya.


KES BULI DI SAMARAHAN SARAWAK

Sudah menjadi viral dalam laman sosial di kalangan penduduk Sarawak. Siapakah mereka? Siapakah ibu bapa mereka? Apakah yang akan terjadi dengan mereka?

Pastinya kes ini akan mengakibatkan ibu bapanya nya pening kepala selain guru besar jenuh menjawab soalan dari wartawan dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah terpaksa membuat laporan penuh. Hairan? ini betul-betul dan bukan cobaan.





“Kes ini berlaku bulan lalu tetapi baru dimuat naik di Youtube dan tersebar,” katanya.

 Menurut sumber pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini itu dibelasah tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama.

 Difahamkan, mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama. Baca selanjutnya di HM


NAK TENGOK VIDEO KLIK SINI


TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI


TANGGUNGJAWAB SUAMI  (Hak Isteri)

  1. Memberi nafkah zahir dan batin
  2. Membayar mas kahwin kepada isteri
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Menjaga maruah isteri
  5. Memberi didikan agama
  6. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
  7. Menjaga dari sebarang ancaman
  8. Adil terhadap semua isteri

TANGGUNGJAWAB ISTERI (Hak Suami)

  1. Taat dan hormat kepada suami
  2. Menjaga maruah suami
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
  5. Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
  6. Tidak keluar rumah tanpa izin
  7. Tidak mendedahkan kelemahan suami


TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  1. Mengekalkan kerukunan rumahtangga
  2. Memelihara dan menjaga anak-anak
  3. Memberi pendidikan yang sempurna
  4. Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
  5. Menyediakan rawatan dan perubatan
  6. Menjamin keselamatan


ISTERI BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH
Antaranya ialah:

  1. Sentiasa taat kepada Allah.
  2. Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya.
  3. Menyenangkan hati suami.
  4. Pergi ke mana-mana setelah mendapat keizinan suami.
  5. Tidak mudah menerima tetamu tanpa keizinan suami.
  6. Pandai melayani suaminya dan anak-anaknya.
  7. Tidak suka mengomel.
  8. Suka hidup sederhana.
  9. Tidak boros berbelanja.
  10. Tidak suka berhutang.
  11. Tidak suka mengumpat.
  12. Memelihara kehormatan diri dan keturunannya


MERANCANG KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

  1. Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
  2. Mencari tempat tinggal yang selesa.
  3. Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menang­gung nafkah isteri dan anak-anak dan masa depan keluarga.
  4. Berbincang suami isteri tentang perjalanan hidup berumahtangga dan rancangan pembangunan keluarga.
  5. Mengenal pasti kerja-kerja dalam rumahtangga dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas suami atau isteri atau tugas bersama.
  6. Mengatur waktu untuk bekerj a dan untuk melaksana­kan tugas-tugas di rumah dan dalam masyarakat dan waktu untuk bermesra.
  7. Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi dan harmoni antara suami isteri.
  8. Mengenal pasti perkara yang digemari dan tidak di­gemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.
  9. Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga dan merancang masa hadapan mereka.
  10. Membina daya kreatif untuk mengekalkan ke­mesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga.
  11. Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat “Rumahku Syurgaku.”

TANDA-TANDA KERETAKAN RUMAHTANGGA



Suami sudah jarang sentuh isteri. Isteri juga sudah tidak berminat untuk bermanja-manja dengan suami. Sentuhan kasih sayang antara suami dan isteri semakin hari semakin kurang. Kurang sentuhan ni termasuk juga kurangnya hubungan kelamin. Kemesraan semakin menghilang.


Suami sudah malas nak bercakap dengan isteri. Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangngan. Hubungan menjadi hambar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran atau kawan.

Suami asyik kritik isteri sahaja. Pujian langsung tak diberi. Isteri pula memandang rendah pada suami. Isteri mula hilang rasa hormat pada suami.

Pertengkaran berlaku setiap hari. Pertembungan antara suami dan isteri tidak dapat dibendung lagi. Suami tunjuk ego, isteri keras kepala. Tiada langsung kata sepakat. Masing-masing nak tunjuk hebat.

Suami tak suka balik ke rumah. Kalau balik pun, muka masam mencuka. Tiada lagi senyum ceria. Komunikasi dah out. Isteri pula lebih senang suami tak pulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.