COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MEMUTUS HUBUNGAN PERSAUDARAAN JIWA TIDAK TENTERAM

Selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u. Semoga kamu yang membaca ini dipermudahkan urusan dan baik-baik sahaja. Segala yang terjadi di langit dan di bumi terlalu banyak rahsia yang tersebunyi dan kita hanya mengetahui setitis dari seluas air di lautan.

Setiap insan yang mempunyai jiwa tidak sempurna dan setiap jiwa mengejar kesempurnaan walaupun kadang-kadang tersesat jalan. Tajuk ini adalah hasil dari perbincangan kedai kopi bersama kawan-kawan saya petang tadi. Melihat kepada beberapa prinsip-prinsip seseorang yang tidak boleh diterima. Nampak tegas tetapi sia-sia.

Apa pun yang anda lakukan sama ada berniaga atau bekerja. Anda akan berjumpa ramai orang dan setiapnya mempunyai sikap masing-masing. Hormati orang lain maka anda akan dihormati juga dan begitu juga sebaliknya. Jaga bicara dan jaga peribadi.


Ada yang berkata bahawa lebih baik jaga hati diri sendiri dari menjaga hati orang lain. Maksud yang biasa orang faham ialah lebih baik mementingkan (menjaga) diri sendiri daripada mementingkan diri orang lain. Manakala maksud luarbiasa yang orang jarang fahami ialah mendidik (menjaga) hati sendiri daripada meracun hati orang lain. Didiklah hati untuk tidak bersangka buruk dengan orang lain supaya kita dapat menjaga hubungan kita dan sikap itu kan diredhai Allah.

Ada antara kita memegang perinsip tidak takut putus kawan malah tidak takut kehilangan kawan. Itu semua poyo apabila prinsip itu terguna hanya kerana perkara kecil dan remeh melainkan melibatkan perkara-perkara yang besar. Kebiasaannya orang yang mempunyai perinsip ini adalah orang yang kurang kasih sayang dan selalu sendirian serta ditinggalkan.

Jika anda merasa diri kurang kasih sayang, sendirian dan selalu ditinggalkan. Maka berkawanlan dengan banyak orang dan belajarlah untuk memahami segala tingkah laku mereka. Tidak semuanya tidak memandang anda bermaksud untuk melakukannya tetapi mungkin anda adalah puncanya. Rujuk sikap anda dan muhasarawak diri sendiri.

Mungkin secara teorinya orang yang memegang prinsip ini cuba menafikan situasinya yang sendirian (lonely) dengan menyatakan bahawa dia tidak takut kehilangan kawan atau suka memutuskan hubungan.  Padahal memutuskan hubungan adalah perkara yang tidak mententeramkan jiwanya sampai bila-bila kerana bumi ini bulat. Bergerak ke timur atau utara pun kita akan berjumpa.

Islam menyarankan untuk manusia menjaga hubungan sesama manusia maka secara automatik anda akan mendapat rahmat Allah. Janganlah kamu bersifat ujub, takabur, ria, sum'ah, dendam dan iri hati. Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada kita untuk lebih maju dan mencapai rangkaian persaudaraan yang maksimum. Ini kerana bidang perniagaan terutamanya dan pekerjaan memerlukan persaudaraan yang luas dan tidak terbatas berdasarkan garis panduan kitab akhir zaman.

Rasulullah s.a.w menjelaskan menerusi sabda baginda yang bermaksud:
Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari)

Bagaimana jika seseorang sangat baik hubungannya dengan Allah, tetapi sebaliknya dengan manusia? Ini menunjukkan bahawa amalannya itu tidak diterima Allah kerana ibadatnya tidak dapat membentuk akhlaknya dengan manusia lain. Dalam beribadat perlu ada ilmu dan keikhlasan. Tanpa kedua-duanya, ibadat itu tidak berkualiti dan mungkin tidak diterima Allah.




PESTA BENAK HARI PERTAMA DI SRI AMAN

Tahun 2014.

Banyak aktiviti dalam pesta benak. Seronok melihat orang ramai berkumpul seolah-olah bersatu hati. Saya mengambil peluang dalam pesta ini untuk menyampaikan maklumat penting kepada pengunjung. Ada pula cerita yang tak berapa seronok hari pertama. Semua orang yang datang dari luar menunggu benak. Tetapi, sayang sekali... tinggi benak tidak sampai 1 meter seperti yang di war-warkan benak lebih kurang 5 meter.

Benak pada hari pertama terjadi lebih kurang pada pukul 5.55pm dan hari kedua sebelah pagi dijangka benak yang paling tinggi lebih kurang pukul 5.00am. Ramai yang menanti hendak melihat kejadian alam ini. Di harap hari kedua memberi janji yang baik.

Esok saya akan cuba dapatkan beberapa aktiviti yang berlaku dalam pesta benak. Waktu benak muncul esok paling tinggi pada pukul 5am. Susah sikit nak ambil video dalam keadaan gelap. Mungkin petang saya akan ambil penorama tu kalau ada rezeki.

Anda boleh menonton video di bawah ini untuk melihat aktiviti pesta benak pada hari pertama. Selamat menonton.

MOTIVASI : KISAH POKOK EPAL

Dahulu kala, ada sebuah pohon epal besar.
Seorang anak kecil suka datang dan bermain-main setiap hari.
Dia suka naik ke atas pohon, makan epal, tidur sejenak di bawah bayang-bayang pohon epal …
Dia amat suka pohon epal itu dan pohon itu suka bermain dengan dia.
Waktupun terus berlalu …….

Anak kecil itu sudah dewasa dan dia sudah lama tidak lagi bermain di sekitar pohon. Suatu hari anak itu datang kembali ke pohon dan ia tampak sedih.
“Jom bermain dengan saya,” pinta pohon epal itu.
Saya bukan lagi seorang anak, saya tidak ‘bermain di sekitar pohon lagi.
“Anak itu menjawab,” Saya ingin mainan. Saya perlu duit untuk membelinya. “” Maaf, tapi saya tidak ada duit…..
tapi kamu boleh mengambil buah epal saya dan menjualnya. Maka kamu akan dapat duit.
“Anak lelaki itu sangat gembira. dia kemudian memetik semua epal di pohon dan pergi dengan gembira.
Anak itu tidak pernah kembali setelah dia mengambil buah epal.
Pohon itu sedih.

Suatu hari anak itu kembali dan pohon itu sangat gembira.
“Jom bermain-main dengan saya” kata pohon epal.
Saya tidak ada masa untuk bermain.
saya harus bekerja untuk keluarga saya.
Kami perlukan rumah untuk tempat tinggal.
Dapatkah kamu membantu saya?
“Maaf aku tidak memiliki rumah.
Tetapi Anda dapat memotong cabang-cabang saya untuk membina rumahmu.” Lalu, anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting dari pohon dan pergi dengan gembira.
Pohon itu senang melihatnya bahagia, tapi anak itu tidak pernah kembali sejak itu.


Pohon itu kesepian dan sedih.
Suatu hari di musim panas, anak itu kembali dan pohon itu begitu gembira.
“Jom bermain-main dengan saya!” kata pohon.
“Saya sangat sedih dan mulai tua.
Saya ingin pergi berlayar untuk bersantai dengan diriku sendiri.
Dapatkah kamu memberi saya perahu?
“Gunakan batang pohon saya untuk membina perahu.
Kamu dapat berlayar jauh dan menjadi bahagia.
” Lalu anak itu memotong batang pohon untuk membuat perahu.
Dia pergi berlayar dan tak pernah muncul untuk waktu yang sangat panjang.

Akhirnya, anak itu kembali setelah ia pergi selama bertahun-tahun.
“Maaf, anakku, tapi aku tidak punya apa-apa untuk kamu lagi.
Tidak ada lagi epal untuk kamu. …” kata pohon “…..
” Saya tidak ada gigi untuk menggigit “jawab anak itu.”
” Tidak ada lagi batang bagi Anda untuk memanjat” .
“Saya terlalu tua untuk itu sekarang” kata anak itu.”
“Saya benar-benar tak boleh memberikan apa-apa ….. satu-satunya yang tersisa adalah akar sekarat” kata pohon epal dengan air mata.
“Aku tidak membutuhkan banyak sekarang, hanya sebuah tempat untuk beristirahat. Saya letih setelah sekian tahun.” Anak itu menjawab.
“Bagus! Akar Pohon Tua adalah tempat terbaik untuk bersandar dan beristirahat di situ.”
“Mari, mari duduk bersama saya dan istirahat”
Anak itu duduk dan pohon itu sangat gembira
dan tersenyum dengan air mata...

-------------------------------------------------------------------------------------------- 

Pesan moral:

Ini adalah cerita untuk semua orang.
Pohon adalah orang tua kita.
Ketika kita masih kecil, atau masih anak-anak, kita senang bermain dengan Ibu dan Ayah …
Ketika kita membesar perlahan menjadi dewasa, perlahan kita sering lupa menyapa ketika sudah sampai dirumah dan langsung masuk ke kamar, atau bahkan sering meninggalkan mereka di rumah…
hanya datang kepada mereka ketika kita memerlukan sesuatu seperti duit atau atau ketika kita berada dalam bermasalah.

Tidak peduli apa pun, orang tua akan selalu berada di sana dan memberikan segala sesuatu yang mereka ada untuk membuat Anda bahagia.
Anda mungkin berfikir bahawa anak laki-laki itu kejam kepada pohon..
tapi itu adalah bagaimana sebahagian dari kita semua memperlakukan orang tua kita....

semoga artikel ini memberi mafaat kepada kita semua


TIPS BANGUN DARI TIDUR

sesungguhnya aku adalah seorang makhluk yang sangat liat nak bangun pagi. sampai kadang2 aku heran kenapa la susah sangat nak bgun. dah mcm 2 teknik aku cuba walaupun orang selalu je perli aku. xpe2. perli la korang. janji aku tahu apa aku buat. hehe. *ayat sentap.

tips #1 nak bangun awal, tido pon kenalah awal.

semudah yang aku cakap. walaupun hakikat xsemudah yang disangka. tidur awal antara cara yang berkesan. bila kita tidur awal, dalam masa yang sama badan kita akan lebih bertenaga. kurang rasa mengantuk dalam kelas *atau tempat kerja. teknik ni merupakan antara teknik paling berkesan yang aku pernah cuba. pukul berapa awal tu? mungkin 10, 10.30, atau 11.oo. ingat, otak kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan baik keesokan harinya.

tips #2 melompat dari katil

melompat xbermaksud terlompat2. berbeza tu. maksud aku, bila mata terbukak, terus gerakkan kaki menyentuh lantai dan auto kan kaki dan badan untuk bangun. otak kena berkeras. lawan perasaan tu. memang agak sukar. kalau xpercaya cuba insyaAllah boleh. aku pernah try. tapi minda kena kuat tau. iman juga.

tips #3 cari sebab untuk bangun awal

cara ni berkesan. tapi lebih baik kalau mindset kuat. contoh, aku kena bangun pukul 6.30 sebab nak solat subuh kemudian basih baju. jadi automatik otak kita terset untuk bangun awal sebab nak basuh baju. atau pun set minda kita. aku nak bangun awal sebab aku janji dengan bos. kalau x...

tips #4 bangun dan senyum

senyum ternyata berkesan. contoh lain yang sesuai ialah kalau korang mengantuk dalam kelas. nak hilangkan mengantuk korang try senyum. kalau nak lagi best bangun2 je terus ketawa kuat2. konfirm dah xngantuk dah. hihi

tips #5 ada camera?

kalau korang ada camera. bila terjaga tu amik gmbar sendiri. posing lepastu tengok. sampai puas hati. lepastu mengantuk akan hilang bila korang sedar buruknya muka korang dalam gambar bila baru bangun tido. HAHA

sebenarnya ada banyak lagi. antaranya dengar lagu sebaik sahaja mata terbuka, cakap kuat2 atau panggil sesiapa yang ada, tarik nafas kuat2 dalam2. biar oksigen masuk dalam otak, minum air masak sebaik tersedar dan mengeliat dengan sepenuh hati.

MEMIMPIN GOLONGAN GEN-Y

Gen Y merupakan generasi baru dengan pengalaman serta dunia berlainan iaitu dunia tanpa sempadan. Segala maklumat berada di hujung jari. Segalanya menjadi mudah, cepat dan teratur. Generasi ini seringkali saya dengar menjadi agenda utama dalam membentuk masyarakat akan datang dan memastikan evolusi sesebuah organisasai kekal dan tidak ketinggalan zaman.

Dalam dunia yang saya duduk sekarang, saya dapati memang nampak banyak perbezaan generasi dahulu dengan sekarang. Pelbagai aktiviti dan program bagi mengelak wujud sempadan antara generasi. Tidak keterlaluan saya cakap bahawa sikap juga berbeza dan cara kerja juga berbeza dari generasi dahulu dengan generasi sekarang.


Sekarang Gen-Y mempunyai sikap keterbukaan terhadap dunia. Sikap ini mempunyai bahagian positif dan negatifnya. Disebabkan itu, Gen-Y perlu mempunyai sikap memahami asal usul sosio budaya sendiri.

Gen-Y kebanyakkannya mencari pemimpin yang berkaliber dan mempunyai impati yang tinggi. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya, saya dapati untuk mengawal Gen-Y, pemimpin perlulah mempunyai sikap :
  1. Memahami dengan situasi sekarang yang cukup berbeza dengan situasi dahulu
  2. Terbuka dengan karenah tidak menentu akibat lambakkan maklumat dan pengaruh
  3. Bercakap dengan fakta apabila berbicara agar dihormati atau auta untuk dibenci
  4. Kasih sayang kerana kasih sayang memberi keselesaan kepada mereka
  5. Suka berkongsi pengalaman dengan tidak meninggi diri
  6. Sabar yang tinggi akan memberi rasa hormat yang ikhlas
  7. Menunjukkan cara dan teknik apabila ingin memberi arahan dan bukan dengan memberi arahan sahaja
  8. Suka berkongsi cerita kerana cerita luar biasa menyuntik sesuatu dalam diri mereka
  9. Percaya kepada mereka dengan tidak terlalu menekan mereka
  10. Rendah diri tetapi tunjukkan kepimpinan dengan lebih tahu arus teknologi terkini

Ini hanyalah pendapat peribadi saya dan kita boleh bincangkannya dengan lebih lanjut dan ilmiah. Artikel ini saya terbitkan kerana saya dapati banyak organisasi mengantur langkah untuk memancing generasi Y menjadi sebahagian daripada mereka. Kita lihat contoh NTV7 yang kebanyakkannya di sertai oleh Gen-Y cukup berbeza isinya berbanding TV1. Selain itu, terdapat juga organisasi memancing generasi Y dengan cara yang salah dan akibatnya mereka rugi. Moga artikel ini dapat membantu pembaca dalam menyurusuri arus perubahan yang semakin deras dan kompetitif.

MOTIVASI : IMPIAN DAN MIMPI-MIMPI ANAK KECIL

Berikut ini cerita tentang seorang anak petani miskin di sebuah sekolah di australia di sebuah wilayah perkampungan yang cukup terpencil.

Beberapa puluh tahun yang lalu, disuatu hari ketika anak ini sekolah, seorang guru seni menyuruh anak didiknya untuk membayangkan rumah impiannya, sangat tidak disangka anak petani miskin ini membayangkan rumah yang sangat besar dan mewah.

Dengan keyakinan yang tinggi si anak merasa bahawa gambarnya bagus dan layak mendapatkan nilai A, namun apa yang terjadi ?

guru memberikan nilai F untuk gambar tersebut.

Anak tersebut membantah guru tersebut,
"Kenapa engkau memberikan aku nilai F padahal rumah yang ku lukis sangat bagus ?"

guru tersebut menjawab,
"Engkau terlalu berhayal! bagaimana mungkin engkau seorang anak petani miskin di perkampungan kecil ini dapat memiliki rumah besar dan mewah seperti itu? sangat tidak masuk akal!!"

Rupanya anak kecil tersebut benar-benar kecewa dengan penilaian gurunya tersebut, namun dia tidak putus asa, kejadian ini membuat dia benar-benar berjuang keras untuk mewujudkan mimpinya.

Di akhir cerita, terbuktilah bahawa anak petani di perkampungan terpencil tersebut berjaya mewujudkan mimpinya, dia sekarang sudah menjadi pengusaha yang berjaya dan berhasil membangun sebuah rumah besar dan mewah seperti yang dahulu diimpikannya.

Ketika rumah tersebut selesai dibuat, ia mengundang teman-teman dan masyarakat di sekitar rumahnya, termasuk gurunya yang dahulu memberikan nilai F untuk mimpi besarnya.

guru tersebut hanya mampu terdiam dan tercengang ketika melihat sebuah gambar yang sudah lusuh dalam sebuah bingkai yang indah, sebuah gambar rumah besar dan mewah dengan nilai F, tulisan tangan guru tersebut.

Pelajaran berharga yang boleh diambil dari kisah ini, jangan pernah berkecil hati jika orang-orang menertawakan mimpi-mimpi kita, jangan takut mengejar mimpi meskipun kita dianggap sebagai orang gila. Jangan kuatir, hampir sebagian besar pengusaha berjaya dan orang-orang hebat di dunia ini pernah dianggap gila oleh banyak orang.

BAHANA SEDEKAH

Selamat sejahtera kepad pembaca beloya2u. Mungkin tajuk sedekah ini biasa kita dengar dan kita baca. Tetapi pernahkah kita memahami apakah itu sedekah. Pernahkah kita mendalami nilai sedekah. Kita kebiasaannya akan bersedekah apabila nilai itu tiada apa bagi kita. Seperti wang RM1 atau RM2 atau RM5. Nilai tersebut amat mudah disedekah. Saya bersyukur kerana masih banyak orang yang bersedekah.


Mari kita membuat perbandingan mengenai nilai aliran wang kita. Aliran wang kita setiap hari pasti ada yang mencatatnya dan ada juga yang tidak mencatatnya. Tetapi kita semua tahu apakah nilai aliran wang kita setiap hari. Dari pengalaman saya yang lalu, apabila wang semakin banyak maka nafsu kita juga semakin tinggi. Disebabkan itu, kita tidak pernah cukup dengan apa yang ada.
Wang tidak dapat membeli lena tidur
Wang tidak dapat membeli kasih sayang
Wang tidak dapat membeli rasa kenyang
Wang tidak dapat membeli rasa tenang
Wang tidak dapat membeli rasa selesa

Ada dikalangan kita apabila banyak wang maka akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain yang tidak baik seperti, pergi rumah urut, berjudi, membeli alat-alat yang menghayalkan, berpesta dan pelbagai perkara lain yang mungkin memakan wang sehingga ratusan ringgit. Tetapi apabila sampai ke kaki masjid atau surau, terasa berat untuk mengisi tabung surau atau masjid dan kebanyakkannya hanya redha memberi sedekah dengan nilai wang RM1 ke RM10 sahaja. Apakah tidak berfikir mengenai itu? Jika mampu melabur di dunia mengapa tidak di akhirat. Jika merasa berat maka ada sesuatu yang tidak kena dengan hati anda.

Pada pendapat saya, bersedekah haruslah menjadi amalan dan nilai sedekah hendaklah melebihi dari nilai kebiasaan sedekah ataupun sama nilai dengan wang yang kita belanja harian. Memberi sedekah dengan nilai yang tinggi memberi ujian di hati kita untuk redha dengan nikmah Allah swt. Sedekahkan nilai wang yang paling besar dalam dompet atau beg duit anda. Pasti anda akan merasa berat bukan? tetapi berbelanja untuk membeli tiket wayang, bola sepak dan lain-lain amat ringan dan mudah bukan? Malah jika harga tiket mahal sekali pun sanggup meminjam, meminta malah menjual barang peribadi.

Saya banyak membaca artikel berkaitan dengan sedekah dan amalannya jika di perhati dengan teliti memerlukan hati yang kuat dan keyakinan yang tinggi. Kalau tak percaya cubalah ambil nilai wang yang terbesar dari dompet atau beg duit anda dan masukkan ke tabung masjid? pergilah cuba sekarang. Pasti anda berfikir 100 kali malah membuat kiraan tentang perbelanjaan.

Saya tahu bahawa dalam hati anda akan berbisik, Jika aku membuat sedekah dengan cara ini maka tidak cukup perbelanjaan aku pada bulan ini. Soalan saya, bilamanakah anda pernah berasa cukup.

cekedot cekebum....

semoga artikel ini memberi mafaat yang baik kepada pembaca tidak kira agama, bangsa dan negara. Setiap agama tidak mengajar penganutnya untuk membuat kejahatan tetapi manusia yang bertindak jahat akibat nafsu yang tidak dapat dikawal. sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.