COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MOTIVASI : BILAKAH, BAGAIMANA DAN DIMANA BUAT BIZ

Selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u.com. Apa yang saya kongsikan kali ini adalah mengenai teguran terhadap rakan perniagaan saya yang leka dengan sesuatu yang lain. Tidak yakin dengan apa yang dilakukan malah tidak bersungguh-sungguh. Mungkin nota di bawah ini boleh memberi mafaat kepada anda. Nota di bawah ini saya hantar secara serentak kepada rakan niaga saya. Ada juga yang terasa, tetapi kalau mereka berfikiran positif maka mereka akan mengambil ini sebagai teguran yang membina dan tidak terlepas ada yang berfikiran negatif.

Psstttt.. saya bukan menjalankan MLM tauuuuu.. saya buat perniagaan berdasarkan kemahiran masing-masing. Saya speaker tauuu.. berkaitan motivasi, pemasaran, pendaftaran perniagaan, penjenamaan dan pelbagai lagi. Perkongsian ilmu menjadi minat saya kerana ilmu adalah amalan sebagai bekalan di kemudian hari. silalah membaca ya..

TAZKIRAH:
Menanam pokok adalah perkara yang baik dilakukan. Mengekal bumi hijau selain meraih pendapatan dari hasilnya. Ada antara kita menanam untuk mendapatkan hasil dalam masa 4 tahun akan datang. Malah ada yang menunggu 10 tahun untuk mendapatkan hasilnya.

Persoalannya, bilakah masa yang sesuai untuk menanamnya? Masa yang sesuai untuk menanamnya adalah antara 4 hingga 10 tahun dahulu. Tetapi tidak terfikir kita berbuat begitu kerana mengejar perkara yang singkat, melayan seronok yang sementara, lalai dengan emosi yang pentingkan diri sendiri dan sebagainya yang mampu mengganggu gugat fokus kita. Jangan cipta sesalan 6 tahun akan datang kerana tak terfikir dan alpa membenihkannya hari ini.


Mungkin ada antara kita fikir menanam pokok itu hanya menyembam benih di bumi. Senang tak perlu belajar. Tetapi hakikatnya menanam pokok memerlukan ilmu, pengalaman, kasih sayang, yakin diri, konsistensi dan pelbagai lagi perkara positif bagi hasil yang kualiti. Melakukan sesuatu itu harus berterusan serta menggunakan pelbagai metodologi dari yang berpengalaman. Untuk mendapatkan pengalaman yang tepat dengan apa yang dilakukan perlulah berjumpa dengan orang yang memilikinya.

Persoalannya, berapa kalikah kita bertanya, mencari, menuntut, berdamping dan berbicara dengan orang yang berpengalaman. Apakah kita pernah mencoba dari pengalaman mereka atau kita hanya mendabik dada tanda protes dan menunding orang lain atas kekalahan serta kegagalan kita. Bila di ajar, pemahaman di jiwa umpama arahan. Padahal pengajaran adalah proses latihan berterusan.

Pokok yang banyak ranting pasti banyak daunnya, seterusnya menghasilkan buah yang banyak umpama setahun banyak bulannya maka banyak juga harinya. Apakah hari-hari diberi perhatian untuk menghasilkan bulan yang bermakna seterusnya tahun yang sempurna.

Setiap ciptaan untuk kita belajar darinya. Bergurulah kamu dan jangan belajar seorang diri kerana belajar seorang diri itu umpama belajar dengan ....................... (isi tempat kosong).

MOTIVASI : BOSAN DENGAN HIDUP DENGAN BOSAN

Seorang lelaki berjumpa dengan gurunya, "Guru, saya sudah bosan dengan hidup. Jenuh betul. Rumah tangga saya berantakan. Setiap usaha saya menemui kegagalan. Apapun yang saya lakukan selalu berantakan. Saya ingin mati ". Gurunya tersenyum, "Oh, kamu sakit". "

"Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya rasa bosan dengan kehidupan ini. Itulah sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak mendengar cakap muridnya, guru meneruskan, "Kamu sakit. Dan penyakitmu itu dipanggil, 'Alergi Hidup'. Ya, kamu alergi terhadap kehidupan".

Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan. Hidup ini seharusnya berjalan terus. SUNGAI KEHIDUPAN mengalir terus, tetapi kita mahukan status-quo. Kita berhenti di sesuatu tempat, kita tidak ikut mengalir. Itulah sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Pertahanan kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit.

Apabila namanya usaha, pasti ada pasang-surutnya. Contohnya, dalam hal berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang ada, lumrah. Persahabatan pun tidak selalunya berkekalan, tidak abadi. Apalah yang berkekalan, dan yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak memahami tentang sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita..

"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, jika kamu tekad untuk sembuh dan mendengar nasihatku." Demikian si guru menyarankan."Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak mahu hidup."

Lelaki itu menolak tawaran si guru."Jadi kamu tidak mahu sembuh?? "Kamu betul-betul ingin mati?" Tanya si guru. "Ya, memang saya sudah bosan dengan hidup", lelaki itu menjawab dengan yakin."Baik, petang esok kamu akan mati seperti yang kamu ingini. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol di minum malam ini, setengah botol lagi kamu minum petang esok jam enam, dan jam lapan malam kau akan mati dengan tenang." beritahu si guru sambil tersenyum.

Lelaki tersebut berasa keliru dan bingung. Setiap guru yang dia jumpa selama ini sentiasa memberikannya semangat untuk hidup. Guru yang satu ini aneh. Guru ini malah menawarkan racun. Tetapi, kerana ia memang sudah betul-betul jenuh dan tidak mahu hidup, dia menerimanya dengan senang hati.

Pulang ke rumah, lelaki itu terus menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh si guru. Dan, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya. Begitu rileks, begitu santai... Dia menikmati ketenangannya itu. Masa berjalan dan tinggal 1 hari, 1 malam dia akan mati.

Dia fikir, dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarganya di restoran makanan laut. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Dia fikir ini merupakan malam terakhir, jadi dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau dengan keluarganya. Suasananya pun menjadi sangat santai dan tenang! Sebelum tidur, dia mencium isterinya dan membisik di telinganya, "Sayang, aku mencintaimu." Sesuatu yang sudah lama dia tidak ungkapkan di bibirnya.

Bangun tidur esok harinya, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia berasa sangat teruja untuk berjalan-jalan di waktu pagi mengelilingi taman perumahannya. Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia mendapati isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkan isterinya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis kepada semua orang di sekelilingnya.

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Stafnya pun bingung, "Hari ini, Boss kita bersikap pelik ya?" Dan sikap mereka pun terus berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis juga kepada pekerjanya. Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertoleransi, bahkan dia lebih bersikap menghargai terhadap apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

Tiba-tiba dia merasakan hidupnya menjadi indah. Dia mula menikmatinya. Pulang ke rumah jam 5 petang, ia mendapati isteri tercinta menunggunya di beranda depan. Semasa ini, si isteri yang memberikan ciuman kepadanya dan berkata, "Sayang, sekali lagi saya minta maaf, jika selama ini saya selalu menyusahkan sayang." Anak-anak pun tidak mahu ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana kelakuan kami. "Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi dia tersentak, bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?

Dia bergegas berjumpa dengan si guru. Melihat wajah lelaki itu, si guru terus mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata, "Buang sahaja botol itu. Isinya cuma air kosong sahaja. Kau sudah sembuh bukan?? Apabila kau hidup dalam arus kehidupan, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan ini. Buangkan egomu, leburkan keangkuhanmu, nyahkan kesombonganmu. Jadi lembut, selembut air, dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan pernah rasa tepu, tidak akan pernah bosan. Kau akan merasai hidup bersama-sama yang lain. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan "..


Lelaki itu mengucapkan terima kasih dan menyalami si guru, dia lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Dia tidak pernah lupa hidup dalam arus kehidupan, sentiasa mengalir terus. Itulah sebabnya, ia selalu bahagia, selalu tenang, selalu hidup... Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

"Anda tidak akan pernah menang, jika anda tidak pernah mengambil langkah untuk memulakan."

sumber

PRASANGKA MEMBAWA FITNAH BESAR

Selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u. Apa yang saya ceritakan selepas ini adalah kisah benar yang berlaku di sekeliling kita. Segala yang saya ceritakan adalah hasil dari gabungan cerita yang saya dengar dari orang lain. Mata melihat kebenaran dan otak berfikir yang mana betul yang mana salah. Mulut berbicara memberi banyak persoalan. Tangan cergas menaip di laman ini bagi pedoman kepada kita semua.

Kisah ini melibatkan seorang ibu tunggal. Entah apakah sebab dan asbab dia menjadi begitu, saya tidak dapat nak katakan melainkan dari mata yang melihat dan mendengar mulut orang lain terkumat-kumit mencerca dan memfitnah. Mengapa saya katakan mereka memfitnah?, Sebab segala yang dicerita nampak pendustaannya. Kita semua tahu bahawa mengamal sihir pasti sukar untuk menemui ajal pada akhirnya. Tetapi wanita ini menemui ajal tanpa menyusahkan orang lain, malah amat mudah sekali.

Prasangka buruk kepada orang lain membawa masalah yang sama kepada kita. Mungkin secara langsung atau tidak langsung. Tindak tanduk kita yang selalu berprasangka buruk juga negatif malah sentiasa rasa tidak tenang. Itulah sikap yang jelas sekali yang saya dapat tengok dari wanita tersebut. Orang sekeliling juga banyak berprasangka buruk dengannya sehingga ada yang mengatakan dia mengamal ilmu hitam. Saya percaya ilmu hitam itu wujud dan setiap amalan yang melanggar syarak ada natijahnya.


Bukan sehari atau dua hari, tetapi bertahun-tahun orang sekeliling menceritakan perkara yang sama. Saya bukanlah jenis yang suka menyampaikan cerita atau keaiban orang lain kerana saya percaya kalau kita menutup keaiban orang lain maka tuhan akan menutup keaiban kita juga. Saya mendengar kerana duduk sama dan ianya menjadi persoalan kepada saya sehingga wanita tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pesoalan itu terjawab apabila melihat mudahnya dia meninggal dunia dan cemburunya saya kerana dengan mudah dia meninggal dunia tanpa menyusahkan sesiapa. Cuba kita bayangkan, apakah hati dia tidak terusik dengan tomahan dan fitnah yang dilemparkan. Kita cuba bayangkan kita berada di tempat dia. Apakah kita mampu untuk hidup dengan wujudnya manusia yang mencetus kebencian kepada dirinya akibat mulut orang lain. Tiada bukti dan tiada fakta untuk mengaitkan dia dengan sihir.

Akibatnya hidupnya tidak menentu, malah mungkin membawa dia kepada dosa yang lain. Ini hasil dari sikap masyarakat sendiri dan dia sebahagian dari masyarakat dan akhirnya itulah kita dan kita adalah masyarakat. Mungkin penerangan saya akan berbelit, tetapi percayalah bahawa prasangka buruk memberi padah yang buruk kepada kita.

Mungkin kita selalu dengar orang berkata "Tidak payah menjaga hati orang lain tetapi lebih baik jaga hati sendiri". Mungkin pemahaman kita menjaga hati sendiri ialah melakukan sesuka hati, asalkan hati kita puas. Bukan itu sebenarnya. Yang sebenarnya ialah "Jaga hati orang lain dengan menjaga hati sendiri". Jangan biarkan hati anda diberi makanan kebencian, dendam, riak, sombong dan seumpamanya. Tetapi penuhi hati dengan kasih sayang, rendah diri dan seumpanya. Dengan izin allah, hati tidak akan wujud prasangka buruk. Kalau pun wujud, cepat-cepatlah beristifar.

Ingatlah bahawa prasangka buruk dengan orang lain akan membawa orang lain untuk prasangka buruk dengan kita, malah melahirkan fitnah besar. Ingalah bahawa prasangka buruk dengan orang akan menyebabkan hati tidak tenang.

Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi kebaikan kepada kita semua..

JOM KURSUS PENDEK TAMBAH ILMU DI KOLEJ KOMUNITI KUCHING

Berikut ialah jadual kursus jangka pendek di kolej komuniti Kuching Sarawak. Bagi graduan atau lepasan SPM yang belum dapat kerja, elokkan mengikuti kursus ini bagi menambah ilmu. Selain daripada itu, dengan kursus ini, dapatlah meningkatkan pelbagai kemahiran yang mampu membawa anda kepada dunia usahawan.
moga maklumat ini memberi mafaat kepada pembaca beloya2u.

KLIK UNTUK MEMBESARKAN SAIZ GAMBAR
untuk pendaftaran. anda boleh login ke :
www.jpkk.edu.my
www.kkkg.edu.my



MOTIVASI : TERCIPTANYA WHATSAPP


Jan Koum, pendiri WhatsApp, lahir dan besar di Ukraina dari keluarga yang relatif miskin. Semasa usia 16 tahun, dia bertekat pindah ke Amerika, demi mengejar apa yang kita kenal sebagai “American Dream”.

Semasa usia 17 tahun, beliau hanya meneruskan kehidupan dari ehsan kerajaan. Beliau nyaris menjadi gelandangan. Tidur beratap langit, beralaskan tanah. Untuk bertahan hidup, dia bekerja sebagai tukang pencuci supermarket. “Hidup begitu pahit”, Koum membatin.

Hidupnya semakin sukar apabila ibunya disahkan kanser. Mereka bertahan hidup hanya demgam tunjangan tulang empat kerat. Koum seterusnya menyambung pelajaran di San Jose University. Tetapi kemudian ia memilih berhenti, karana lebih suka belajar programming secara spontan.

Karana kecenderungannya sebagai programmer, Jan Koum diterima bekerja sebagai engineer di Yahoo!. Dia bekerja di sana selama 10 tahun. Di tempat itu pula, ia berteman akrab dengan Brian Acton.

Seterusnya beliau membina aplikasi WhatsApp tahun 2009, setelah berhenti dari Yahoo!. Sebelum itu beliau sempat memohon kerja ke Facebook yang tengah meningkat popularitinya pada ketika itu, tetapi ditolak. Facebook mungkin kini sangat menyesal pernah menolak permohonannya.

Setelah WhatsApp secara rasmi dibeli Facebook dengan harga 19 milian dollar AS, Jan Koum melakukan ritual yang mengharukan. Beliau datang ke tempat dimana beliau dulu, ketika berumur 17 tahun, setiap pagi untuk mendapatkan sedikit makanan dari kerajaan. Dia menyandarkan kepalanya ke dinding tempat ia dulu. Mengenang saat-saat sukar, dimana pada ketika itu untuk makan saja beilau tidak punya duit. sedikit demi sedikit, air matanya menitis. Dia tidak pernah menyangka ciptaannya dibeli dengan nilai setinggi itu.

Beliau lalu mengenang ibunya yg sudah meninggal karena kanser. Ibunya yang rela menjahit baju untuk dia demi berjimat. “kita orang susah, Nak…”. Jan Koum termenung. Beliau menyesal tidak dapat memberitahu berita kejayaannya kepada ibunya.

Rezeki datang dari arah dan bentuk yang tidak terduga. Remaja miskin suatu ketika dulu dapat sedikit makan itu kini jadi Triliuner

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.