اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MENANGANI DIA YANG SUKA MEMBANDING-BANDINGKAN

Adalah normal dan diterima masyarakat apabila kita membuat perbandingan harga di pasaran. Perbandingan dibuat adalah untuk mendapat sesuatu yang lebih baik ataupun lebih berbaloi dari segi harga. Perbandingan yang biasa kita lakukan adalah dari segi harga, kualiti, kuantiti dan perkhidmatan yang diberi. Memang sudah menjadi lumrah manusia suka membuat perbandingan dan ianya atomatik.

Seperti biasa artikel ini disediakan adalah untuk membincangkan persoalan tentang kehidupan dari rakan sosial yang mengetengah perkara ini.

Saya selalu dibandingkan dengan keluarga yang lain. Mengapa perlu membuat perbandingan seperti itu?
-ain

Juga menjadi lumrah manusia tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Terdapat beberapa impak jika seseorang suka membandingkan kita dengan orang lain. Impak tersebut bergantung kepada sikap atau cara penerimaan seseorang. 

Penerimaan secara positif atau negatif. Secara positifnya apabila kita selalu dibandingkan dengan orang lain ialah kita mengambilnya sebagai kayu ukuran untuk kita melihat percapaian kita. Dengan wujudnya orang yang suka membandingkan kita maka kita dapat menilai diri kita dan memperbaiki apa yang kurang. Itu adalah salah satu cara sang pencipta menunjukkan kasih sayangnya yang saya selalu sebut sebagai "wake up call". Kalau dari sudut negatif, kita akan mengambilnya sebagai pilih kasih memandang orang yang suka membanding kita dengan orang lain memandang rendah kepada kita. Kita langsung tidak memandang hikmat tentang kejadian tersebut.

Mengapa perlu wujud orang yang suka membanding ini? adakah ianya malapetaka yang besar? adakah berdosa membuat perbandingan? Apakah orang yang suka membanding ini tidak punya hati dan perasaan? Segala persoalan dilontarkan bagi menemui jawapan yang betul dan mungkin juga tepat. Tuhan tidak akan ciptakan sesuatu tanpa sebab. Pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada nya.

Mungkin juga sedikit sebanyak ianya menyakitkan hati kita bila selalu dibandingkan. Pertama sekali tindakkan kita ialah bersyukur kerana wujudnya orang yang suka membanding kerana dengan adanya mereka maka dapatlah kita mengenal sikap mereka dan mengenal siapa diri kita di mata mereka. Seterusnya kita harus bersyukur kerana kita di anugerahkan hati oleh tuhan dan disebabkan itu kita mampu merasa disakiti. Selanjutnya kita harus bersyukur kerana dengan adanya mereka maka kita dapat merasa kesusahan dunia, maka dari kesusahan kita berusaha untuk mendapat kesenangan dan kesenangan lebih manis selepas melalui kesusahan.


Pandangan kita terhadap orang yang suka membanding adalah bergantung kepada iman kita. Iman yang kuat akan mengarahkan kita supaya bersabar dan bersangka baik terhadap seseorang yang suka membandingkan kita. Kita bersangka baik dengan berfikir bahawa orang tersebut hendak memberi motivasi kepada kita supaya lebih berdaya saing dan lebih berusaha untuk menduduki percapaian yang lebih baik. Jikapun iman lemah maka mungkin kita akan menyalahkan orang tersebut kerana sikapnya yang suka membanding. Tiada hikmat atau iktibar yang di ambil dari kejadian tersebut.

Pertama sekali bersangka baiklah dengan sang pencipta dan percaya bahawa dia adalah sebaik-baik perancang. Ada sesuatu yang dia hendak sampaikan melalui orang yang suka membanding. Ambil iktibar dan bertindak maju ke hadapan. Jangan menyerah kalah kerana mendengar kekalahan sendiri adalah untuk bangkit dan bukan untuk terus jatuh gedebuk. Ingat.... UNTUK BANGKIT!!

sekian, khall


KEHIDUPAN DENGAN ORANG YANG TIDAK JUJUR

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Peribahasa yang menunjukkan pelbagai perangai dan ragam manusia. Tiada siapa dapat mengawalnya melainkan kita sendiri berfikir bagaimana menghadapinya. Tidak dapat berkata tidak dengan kepelbagaian sikap manusia. Setiap hari kita akan bertemu dengan orang yang kita kenal tetapi rupanya kita tidak betul-betul mengenalinya kerana setiap orang ada sikap yang tersembunyi.

Disebabkan itu, pasangan bercinta misalnya pada mula-mula zon percintaan tidak akan menunjuk sikap yang sebenar. Sikap yang ditunjukkan adalah sikap yang diketegorikan sebagai sikap mabuk cinta. Segala kemahuan di ikuti dan segala keburukkan disembunyi bagi menawan hati.

Saya suka bertanya dengan rakan-rakan dalam laman sosial. Apakah yang paling anda tidak puas hati tentang kehidupan?. Pelbagai cerita dilontarkan dan antaranya adalah seperti berikut:

Macam mana nak meneruskan hidup dengan orang yang tidak pernah jujur.
-mariam

Disekeliling kita banyak orang yang jujur dan tidak jujur. Kemungkinan hampir semua tidak jujur dengan kita. Jujur adalah suatu yang tulus.. suatu yang lurus serta tidak menyembunyikan sesuatu.. Disebabkan itu, kita tidak digalakkan untuk mengharapkan kejujuran dari manusia tetapi lebih baik mengharapkan keredhaan dari tuhan.

Kejujuran seseorang adalah bergantung kepada dirinya selain dari kesan orang di sekelilingnya. Bagaimana mengukur kejujuran seseorang? pernahkah persoalan ini dilontarkan di dalam diri anda. Pernah anda melontar soalan ke dalam diri anda sejauh manakah kejujuran anda?. Selagi bernama manusia maka pasti ada kelemahannya kecuali seorang umat yang sudah di gezetkan maksum oleh pencipta langit dan bumi.

Kadang-kadang kejujuran seseorang itu boleh berubah dengan pelbagai sebab yang boleh diterima akal dan juga kadang-kadang tidak boleh diterima akal. Kita tidak dapat mengharap kejujuran dari setiap orang yang kita jumpa tetapi kita perlulah bijak untuk mencipta sistem supaya setiap orang di sekeliling kita boleh bertindak jujur pada tahap optimum.

Jangan mengharap kejujuran daripada orang lain tetapi hendaklah anda cuba untuk bersikap jujur. Hidup dengan orang tidak jujur adalah perkara biasa dan setiap hari kita menghadapinya. Cuma, ada yang memberi impak kepada kita dan ada juga yang tidak memberi impak kepada kita. Ketidak jujuran seseorang itu kadang-kadang bersebab dan kita tidak tahu punca serta sebabnya maka bersangka baiklah. Apa yang penting adalah keteguhan hati dan iman kita untuk menghadapi ketidak jujuran orang sekeliling kita. Bertindak dengan  berhati-hati, berfikiran terbuka dan mengambil langkah berani untuk berdepan dengan ketidak jujuran orang.

Apa yang anda dapat lakukan adalah menegur mereka atau paling kurang tinggalkan dunia mereka dan pergi ke dunia yang lebih baik. Maksudnya bergaul dengan orang yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Apa yang saya coretkan mungkin sukar difahami pembaca namun setiap yang saya tulis mempunyai maksud tersirat dan terpulang kepada anda untuk menilainya dari propektif yang bagaimana.

sekian, khall

BAIK DIBALAS JAHAT DAN JAHAT DI BALAS BAIK?

Sekadar melontar pendapat apabila membaca status dan beberapa masalah yang dilontarkan di laman sosial. antara antaranya 

Bila orang baik dan berbuat baik tetapi dibalas jahat oleh orang yang tak tahu menghargai. Bila orang yang jahat berbuat jahat tetapi tidak dikemukkan kepada pengadilan yang sepatutnya.

-Dyana

Hati kita tidak akan pernah puas sampai bila-bila. Setiap hari ada sahaja kita lakukan dan mengharap kebaikkan atau faedah daripadanya. Jika kita gagal untuk mendapatkannya maka hati mula di hiasi dengan perasaan tidak puas hati.

Ada yang melakukan kebaikkan atas sebab percaya sesuatu. Contohnya bekerja sepanjang bulan kerana percaya bahawa di penghujung bulan akan menerima gaji seperti yang dijanjikan. Sepeti juga petani yang bercucuk tanam pastinya mengharapkan pokok akan membuahkan hasil kepadanya. Petani percaya bahawa dengan menanam pokok akan membuahkan hasil suatu masa kelak.

Semuanya kerana percaya. Tetapi jika kita mengambil sebahagian sahaja pelajaran maka ianya menjadikan kita tidak kental untuk melakukankan. Berbalik kepada cerita petani tadi. Sudah pasti petani tadi tahu dan percaya bahawa pokok yang ditanamnya akan membuahkan hasil. Petani itu juga bersedia dengan segala macam penyakit yang mungkin menggangu kesuburan pokok. Malah mungkin pokok itu tidak akan membuahkan hasil. Elemen negatif mengenai hasil pokok di terapkan bagi membuat persedian atas segala kemungkinan.

Begitu juga kehidupan manusia. Kadang-kadang kita tidak berasa puas apabila kita melakukan kebaikan tetapi dibalas dengan keburukkan. Semasa kita membuat kebaikkan, kita percaya bahawa kebaikan juga yang kita perolehi tanpa memandang keburukkan yang mungkin kita perolehi. Begitu juga sebaliknya. Janganlah perkara ini menjadi alasan kepada kita untuk tidak melakukan kebaikan.

Kamu kena percaya bahawa orang baik atau orang jahat akan di uji oleh tuhan. Ujiannya dalam keadaan pelabagai bentuk dan cara. Antaranya di uji dengan kecelakaan, kesengsaraan, kesedihan, kesusahan, kekecewaan malah kekayaan, kemasyuran, keseronokkan dan pelabagai lagi bentuk ujian. Bagaimana kekayaan adalah satu ujian?. Kekayaan akan menguji seseorang itu untuk mengenal erti kawan dan kealpaannya kepada sang pencipta. Kekayaan itu boleh melalaikan malah boleh membunuh hati orang di sekelilingnya apabila sifat bongkak, ego dan riak bertahta di hati dari kekayaannya.

Sang pencipta seringkali memberi peluang ke 2 kepada hambanya dan mungkin peluang itu sehingga 10 kali banyaknya supaya hambanya berubah. Dia memberi kita peluang dan kadang-kadang kita tidak menghargai peluang yang diberikan olehnya tetapi cemburu dengan orang lain kerana diberi peluang untuk membetulkan kesilapannya.

Muhasabah diri dan bebuat baiklah senantiasa. Tiada perkara lain yang penting dan utama di dunia selain ketenangan. Ketenangan tidak dapat dibeli dengan kekayaan tetapi dapat dirasai dari kebaikkan. Hati yang bersih. Bismillahirahmanirahim yang bermaksud dengan nama allah yang maha pengasih dan penyayang. Tanamkan sifat kasih sayang di dalam hati dan lakukan kebaikan dengan mengharap hanya dari sang pencipta yang satu (tauhid) dan tidak mengharap balasan kebaikan dari manusia yang kita sudah tahu kekurangan dan kesempurnaannya.

sekian, khall


JENIS PENGKRITIK DI SEKELILING KITA

Definisi kritik menurut dewan bahasa dan pustaka ialah pernyataan tentang yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. 
gambar hiasan

Jenis-jenis pengkritik adalah seperti berikut:

Mengkritik untuk memotivasi/membina.
Kritikan jenis ini biasanya di iringi dengan sokongan dan dorongan untuk melakukan sesuatu dalam mencapai matlamat tertentu. Tidak banyak orang bersikap begini melainkan orang mempunyai impati dan kefahaman yang tinggi mengenai persekitaran. Seorang pemimpin harus memiliki elemen kritikan ini. Dengan cara ini dapat membantu dalam sistem pembelajaran.

Mengkritik untuk memuaskan hati sendiri.
Pengkritik jenis ini lebih cenderung kepada orang yang sunyi. Sunyi walaupun banyak kawan sekelilingnya. Pengkritik jenis ini biasanya adalah dikalangan orang yang mempunyai sikap yang mementingkan diri sendiri. Setiap kritikannya hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan orang lain. Dengan kritikannya yang menjatuhkan orang lain adalah kepuasan baginya. Disebabkan itulah ketegori ini lebih banyak wujud dalam seseorang yang jiwanya sunyi.

Mengkritik untuk lari dari masalah.
Jenis ini adalah orang yang suka menunding jari ke arah orang lain. Tidak mengakui kesilapan sendiri. Orang jenis ini mengkritik orang lain untuk menonjolkan kesalahan orang lain dan menyembunyikan kesalahan sendiri. Dengan cara ini, dia dapat lari dari masalah yang akan timbul jika kesilapan dan kesalahan di ketahui. Pengkritik jenis ini tidak pernah belajar dan menerima dengan baik kesilapan dirinya melainkan dirinya merasanya sempurna. Padahal sempurna itu tidak wujud dalam manusia melainkan kita mencari kesempurnaan.

Mengkritik untuk menunjukkan kuasa.
Kritikan orang jenis ini biasanya adakalanya membina dan adakalanya menjengkelkan. Kritikannya adalah berbentuk arahan dan bukan pemahaman. Pengkritik jenis ini biasanya tidak mempunyai impati ke atas orang bawahannya melainkan hanya suka menunjuk-nunjuk kuasa yang ada pada dirinya. Setiap kritikkannya adalah arahan.

Mengkritik untuk kepentingan organisasi.
Pengkritik jenis ini hampir sama dengan mengkritik untuk tujuan motivasi. Bezanya kritikan jenis ini dilemparkan secara umum. Tujuannya adalah untuk menyedarkan ahli dalam organisasi mengenai dasar organisasi, objektif dan matlamat organisasi. Kritikkan jenis ini adalah sihat sekiranya di ambil dan difahami.

Mengkritik untuk perhatian
Pengkritik jenis ini adalah jenis orang tak biasa bersosial. Kritikkan jenis yang syok sendiri. Kritikkannya tidak membina malah sia-sia sahaja. Kritikan yang langsung tidak memberi impak kepada orang lain selain dia berbicara mengenai perkara yang sia-sia. Kritikkannya bukan dilontarkan kepada orang yang sepatutnya tetapi hanya berbicara di belakang tabir.


Ini hanyalah sebahagian idea lemah saya mengenai pengkritik. Pengkritik amat diperlukan di dalam kehidupan kita tetapi kita kena bijak memilih pengkritik yang betul untuk diri kita. Adakalanya kita bertemu dengan pengkritik yang membantu dan adakalanya kita bertemu dengan pengkritik yang sia-sia. 

Saya sendiri menanam sikap kepimpinan di dalam diri saya dan menerima kritikan orang bahawan. Ada antaranya kita perlu abaikan sekiranya kritikannya nampak kurang bijak.

Jangan buang masa anda dengan pengkritik yang sia-sia. Fokus dengan perkara yang lebih baik dan lebih membantu. Bukan kerana kita tidak berani berhadapan dengan pengkritik tetapi kita menghargai masa kita dengan kritikan yang lebih bermutu tinggi.

Sekian, khall

BAGAIMANA MEMBUAT LELAKI DAN WANITA GEMBIRA

Baca sampai habis baru fikir:
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LELAKI dan SUAMI GEMBIRA :

1. Jaga makan minumnya
2. Tidur dengannya
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefonnya
5. Jangan mengganggu pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :

1. rakan
2. teman
3. kekasih
4. saudara
5. bapa
6. induk
7. tukang masak
8. juruelektrik
9. tukang paip
10. mekanik
11. seorang tukang kayu
12. penghias
13. stylist
14. sexologist
15. pakar sakit puan
16. ahli psikologi
17. pembasmi perosak
18. psikiatri
19. penyembuh
20. pendengar yang baik
21. penganjur
22. bapa yang baik
23. sangat bersih
24. bersimpati
25. olahraga
26. pemanas
27. pemberi perhatian
28. gagah
29. pintar
30. lucu
31. kreatif
32. penggoda
33. kuat
34. pemahaman tinggi
35. toleransi tinggi
36. berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. mampu
39. berani
40. pembuat keputusan
41. berkata benar
42. boleh dipercayai
43. bersemangat


TANPA lupa untuk:

44. kerap memberi pujian
45. pergi membeli-belah dengannya
46. jujur
47. menjadi sangat kaya
48. tidak terlalu menekan
49. tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:


50. memberikan banyak perhatian kpdnya
51. memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. memberi beliau banyak ruang
53. tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.

Namun yang paling penting.

INI SANGAT PENTING

54. tidak pernah lupa hari lahirnya
55. tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. mesti alim dan
57. tlg buang sampah dan
58. cuci keretanya
59. bayar cukai jalan dan
60. bawa melancong dan
61. jangan LEBIH tidur dan
62. makan habis2 masakan dia dan
63. bila nak tidur cakap i luv u dan
64. berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..

Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau... Jaga suami senang kan....jaga isteri yg syusyah...siapa setuju? Bahagianya jadi Isteri ye...

sumber: facebook

MENGENAI SIHIR

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH
  • Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.


Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.


2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat. 
Tanda-tanda:
  • Asamara cinta yang keterlaluan.
  • Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  • Cenderung melakukan hubungan seksual.
  • Sukar mengawal cinta.
  • Rindu bayang yang berlebihan.
  • Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  • Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.


Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai). 
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.


Kesan-kesannya:

  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.


SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:

  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.


4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:
  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.


5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:
  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.

6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.


Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT


Tanda-tandanya:

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.


Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

  • Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  • Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  • Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.


8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): “Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah”. Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:

  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

Sumber: Sinar Zamdurrani

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.