اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

CADANGAN APLIKASI UNTUK WAKTU SOLAT

Selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u.com. Harap pembaca sihat-sihat dan lebih sihat dari kelmarin. Macam-macam perkara terjadi sejak dua menjak tiga menjak. Alamat-alamat atau kejadian yang disebut pada 1435 tahun dulu seakan terjadi sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Pelbagai andaian dan kebarangkalian dibuat oleh individu tertentu. Ada antara tak berasaskan fakta dan ada juga yang menepati fakta sains terkini.


Saya bukan nak cerita kisah-kisah yang berlaku pada bumi kita pada masa kini tetapi nak berkongsi aplikasi yang baik dan terbaik antara aplikasi-aplikasi yang terdapat di pasaran android. Artikel ini khas untuk pengguna adroid sahaja. Maafkan saya ya.. Tetapi rasanya banyak yang menggunakan android sekarang ni.

ini adalah link untuk download aplikasi waktu solat yang terbaik dan memenuhi citarasa orang Malaysia.

Aplikasi ini memberi perkhidmatan yang terbaik buat saya pada masa sekarang. Aplikasi ini diberi nama MySolat yang bersaiz 3.56MB atau Aplikasi MySolat Classic yang bersaiz 662kb. Kedua-dua aplikasi ini dibangunkan oleh Creativate.

Aplikasi MySolat memberi pilihan kepada penggunanya untuk memilih notifikasi waktu solat sama ada di paparkan sahaja atau dengan bunyi azan pendek (allah hu akbar sahaja) atau azan lengkap. Selain itu, aplikasi ini menyediakan kompas digital untuk kemudahan penggunanya mencari arah kiblat. Terdapat juga maklumat-maklumat lain di dalam aplikasi seperti maklumat solat jamak.

Aplikasi ini sesuai digunakan oleh rakyat Malaysia kerana waktu solatnya di ambil dari sumber Jabatan Agama Islam Malaysia atau dari e-solat.gov.my. Kalau aplikasi lain saya tak jamin waktunya sama atau tidak dengan yang sepatutnya. Saya amat berhati-hati memilih aplikasi berkaitan dengan agama kerana terdapat aplikasi yang diselewengkan dan aplikasi dari syiah.

Jumlah pengguna MySolat antara 1juta hingga 5juta orang yang sudah memuat turun aplikasi ini dan versi terkini untuk aplikasi MySolat ialah 3.8.3. Aplikasi ini sesuai untuk adroid 2.1 ke atas. Manakala jumlah pengguna MySolat Classic pula adalah antara 50,000 orang ke 100,000 orang yang sudah memuat turun aplikasi ini. Versi terkini adalah 1.0.2 dan sesuai untuk android 1.6 ke atas.

Moga maklumat ini berguna untuk pembaca beloya2u.com. Tolong mak, ayah, adik, kakak, kawan-kawan, rakan taulan, girlfriend, boyfriend, ex girlfriend, ex boyfriend, ex wife, ex husband dan pendek kata semualah untuk memuat turun aplikasi ini. Moga dengan bantuan yang sedikit mampu mendidik kita untuk mendirikan solat. amin. 

Reactions:

1 comments:

  1. Aplikasi MySolat memberi pilihan kepada penggunanya untuk memilih notifikasi waktu solat sama ada di paparkan sahaja atau dengan bunyi azan pendek (allah hu akbar sahaja) atau azan lengkap. Selain itu, aplikasi ini menyediakan kompas digital untuk kemudahan penggunanya mencari arah kiblat. Terdapat juga maklumat-maklumat lain di dalam aplikasi seperti maklumat solat jamak.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.