BURGER
Sebenarnya burger dapat tahan sampai dua tahun. Makan separuh burger anda pada 31 Disember 2013 dan Separuh lagi makan pada 1 Januari 2014. wahhhhh... sampai 2 tahun burger tu tahankan.. lama tak? wiuwittt
BAJU
Baju cepat rosak dan cepak koyak sebab bahan kimia dalam pencuci. Kalau begitu untuk tahan lebih lama, jangan cuci baju guna serbuk pencuci, jangan pakai baju semasa mandi di laut dan kalau boleh jangan pakai baju tu sampai bila-bila malah simpan sahaja di dalam almari. Dijamin baju tu akan tahan lebih lama dan akan jadi baju lama apabila anda sudah tua nanti.. kekekekekekekek
TELEFON
Ada kena bijak pilih telefon dan jangan sampai terbeli telefon klon. Banyak kat pasaran sekarang ni. Semasa membeli telefon, pastikan ianya ori dan jaminan atau warranty telefon tu sampai 2 tahun. Kalau boleh selama-lamanya. Lepas beli, pastikan anda membuka bateri telefon dan simpan dalam kotak kembali. Selepas itu, simpan kotak tu di tempat yang selamat. Saya pasti telefon tu tak akan membuatkan anda membazir kredit dan telefon tu akan tahan lebih lama.
LAUK PAUK
Kalau makan jangan sekali-kali guna tangan iaitu tanpa menggunakan sudu khas untuk mengambil lauk. Tangan kita banyak bakteria. Mak saya pernah pesan "jangan nyerko" dalam bahasa Sarawak la. Dalam bahasa malaysia maksudnya jangan ambil lauk guna tangan tanpa mengguna sudu khas. Kalau tidak makanan anda akan cepat basi. Kalau boleh makan habis makanan yang dimasak. Lagi tak membazir.
WANG TUNAI
Kebiasaanya duit ni keluarnya umpama sang arnab dan masuknya umpama sang kura-kura. Bagi memastikan duit tahan lebih lama dan berkembang. Anda kena belajar mengurus kewangan yang biasanya tak di ajar di sekolah. Kenalah rajin membaca. Kalau tak pandai belajar lah.
Kebiasaanya duit ni keluarnya umpama sang arnab dan masuknya umpama sang kura-kura
BalasPadam