COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

RAMADHAN DAN SYAWAL 2013

Disebabkan terlalu sibuk dengan tugas hakiki, hampir tak ada masa untuk menulis dan melemparkan idea di dalam beloya2u.com. Memohon kemaafan kepada pembaca beloya2u.com sempena bulan syawal di mana umat islam menyambut kemenangan setelah menahan nafsu di bulan Ramadhan. Semoga ibadat di bulan Ramdhan diterim Allah swt.

Setiap tahun perayaan disambut dengan berbeza bergantung kepada umur setiap individu. Kanak-kanak adalah antara yang paling seronok semasa menjelang syawal. Namun begitu, terdapat perbezaan sambutan syawal kanak-kanak tahun sebelumnya dengan tahun ini. Saya pasti semua menyedari hal ini. Terutamanya budaya duit angpau. Sekarang macam dah kena pau setiap rumah. Asalkan tuan rumah ikhlas memberi, insyaalah diberkati.

Bagi yang dewasa pula pastinya tidak semeriah semasa kanak-kanak. Alam remaja menjanjikan pertemuan dengan kawan-kawan. Bertandang ke rumah rakan taulan dengan berkumpulan cukup seronok. Ada yang berpasang-pasangan (adohai). Ibu bapa sibuk menyediakan juadah dan membuat kira-kira untuk persediaan menjelang syawal.

Semasa menjelang Ramadhan saya dapati barangan seperti gula, telur, ayam dan sebagainya yang berkaitan dengan juadah berbuka amat tinggi permintaannya. SARAWAK bumi kenyalang mempunyai tradisi tersendiri di bulan ramadhan iaitu pesta jualan SUNTONG TUTOK. Hanya bulan ramadhan sahaja kita mudah untuk memdapat Suntong Tutok. Keunikkan ini memberi perbezaan kepada Negeri Sarawak dengan negeri-negeri yang lain.

Menjelang syawal, sudah tentu barangan berkaitan dengan kuih muih, baju raya serta eksesori raya termasuk eksesori kereta amat laris. Syawal kali ini menyajikan sedikit kesedihan hampir kesemua umat Islam Sarawak rentetan kematian akibat kemalangan ustaz dan uztazah yang dikatakan sedang menuju ke destinasi untuk melawat saudara baru. Hampir setiap surau dan masjid membaca yasin dan al-fatihan untuk disedekahkan kepada mereka.

Semoga syawal ini memberi nilai tambahan kematangan diri setiap individu tidak kira agama, bangsa dan budya. Semoga Sarawak kekal dengan keutuhan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang bangsa..

Reactions:

1 comments:

  1. SARAWAK bumi kenyalang mempunyai tradisi tersendiri di bulan ramadhan iaitu pesta jualan SUNTONG TUTOK. Hanya bulan ramadhan sahaja kita mudah untuk memdapat Suntong Tutok. Keunikkan ini memberi perbezaan kepada Negeri Sarawak dengan negeri-negeri yang lain.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.