COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

NIKMAT : FAKTA TENTANG KENTUT

Siapa yang tak pernah kentut bermakna dia menghadapi masalah berkaitan dengan organ dalaman ataupun dia bukan manusia dan mungkin juga jembalang kentut. Apa yang saya nak bincangkan di sini adalah berkisar mengenai kentut. Mungkin ada antara kita malu-malu kucing berbincang mengenai kentut yang sebenarnya satu kemestian kepada setiap insan.

1. WAKTU BERKENTUT
Kebiasaannya sewaktu tengah temu janji dengan kekasih adalah waktu yang amat perit untuk berkentut. Selain itu, semasa di khalayak ramai juga memberi impak yang sama. Kebiasaannya kentut aktif sewaktu bersama rakan paling rapat (BFF), keluarga sendiri dan pasangan yang sudah kawin (tak mengaku lah tu).

2. KELAJUAN KENTUT
Kelajuan kentut adalah bergantung kepada kemampatan, ketumpatan dan ruang serta rongga aliran kentut. Berhati-hati ketika melakukan kentut pada kelajuan tinggi kerana dibimbangi boleh menyebabkan cirit secara tidak sengaja.

3. JENIS KENTUT
Terdapat pelbagai jenis kentut yang boleh kita kategorikan. Tetapi kebiasaannya kentut diketegorikan mengikut kesan perwatakan si pengentut. Jika si pengentut seorang yang bijak maka dia akan kentut sambil berdehem untuk mengelak bunyi kentutnya dikesan.

4. BATAL WUDUK
Jika seseorang sudah mengambil wuduk dan kemudian bekentut disarankan mengambil air wuduk semula kerana wuduk terbatal apabila berkentut. Kadang-kadang ada antara kita konfius sama ada sudah bekentut atau terkentut selepas mengambil wuduk.

5. EMA MAEMBONG DAN KENTUT
Walaupun Ema Maemong cantik dan comel, tidak dapat di elak bahawa beliau juga berkentut seperti kita dan busuknya bergantung kepada makanan yang beliau telan sebelum kentutnya terjadi.

6. SILAP MATA KENTUT
Silap mata ini selalu dilakukan bagi mempraktikan keberanian berkentut secara profesional. Kaedahnya ialah dengan meminta rakan memicit hujung jari atau mana-mana bahagian badan. Apabila rakan sudah memicit jari atau mana-mana bahagian badan maka kentut dilepaskan dengan bunyian pitching yang lari.

8. BERKONGSI KENTUT
Rakan karib atau BFF sahaja boleh melakukan perkara ini. Ketika kentut berlaku, tangan di letakkan dibelakang bagi memerangkap kentut dalam tangan. Kemudian tekap ke mukan rakan atau BFF bagi memastikan bau kentut dapat dikongsi bersama.

9. KESIHATAN DAN KENTUT.
Orang yang kentut adalah orang yang sihat dan orang yang sukar nak kentut kebiasaannya dikaitkan dengan masalah buasir atau sembelit. Selain itu, orang yang tidak kentut boleh menyebabkan selaku terkena sakit tidak sedap perut.

10. KENTUT MALAPETAKA
Kebiasaannya kentut yang membawa malapetaka adalah kentut yang betul-betul busuk dan boleh ke arah bau mayat reput. Apa yang lebih malang lagi adalah apabila kentut tersebut menyebabkan si pengentut tercirit.

LUHUR: 10 KARAKTER SAHABAT/KEKASIH SEJATI

10 karekter yang disenaraikan adalah seperti berikut:

1. HARGAI DETIK BERSAMA
Menghargai setiap detik anda bersama dengan sahabat itu agar dia sentiasa rasa dirinya dihargai. Jika anda ingin mereka menghargai anda, perlu bermula daripada diri sendiri.

2. IKHLAS HATI
Seikhlas hati menerima mereka tak kira sama ada sahabat itu anak orang kaya atau miskin. Selain tak ambil kesempatan ke atas kelemahan diri mereka jika dia orang yang lurus dan mudah ditipu.

3. BERIKAN SOKONGAN
Ketika dia sedang berduka lara berilah sokongan agar dia tahu anda sentiasa ada bersamanya. Sebagai seorang sahabat menjadi tugas baru anda untuk tenangkan dirinya yang sedang duka lara. Cepat-cepat beri sokongan kepadanya, itulah yang dipanggil sahabat.

4. TAK PENTINGKAN DIRI
Jika dia perlukan bantuan anda, segeralah membantu dirinya secepat mungkin ketika itu dia amat perlukan anda sebagai tulang belakangnya terutama jika dia dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan segera.

5. INGAT TARIKH-TARIKH PENTING
Sebagai seorang sahabat yang baik, mengingati tarikh lahir sahabat lain adalah salah satu cara mudah untuk eratkan lagi tali persahabatan itu. Misalnya berikan ucapan selamat hari lahir buatnya dan berikan hadiah walaupun tak mahal, ia amat bererti buat seorang sahabat.

6. PELAWA DATANG KE RUMAH
Ajak dia ke rumah dengan menyediakan makanan yang enak dan sedap. Kemudian makan bersama dengannya malah perkenalkan dia kepada ibu bapa anda dan dia pasti akan berasa anda betul-betul hargai dirinya sebagai seorang sahabat dan dia akan buat perkara yang sama nanti.

7. TAK BURUKKAN NAMA BAIK SAHABAT
Sahabat yang baik tidak akan sesekali burukkan nama baik sahabatnya walaupun telah melakukan kesalahan besar, tutup aib mereka seperti mana mereka tutup aib anda di hadapan orang lain. Malah jangan sesekali menyakitkan hati mereka.

8. PENDENGAR SETIA
Jadilah pendengar setia ketika dia sampaikan sesuatu kepada anda terutama berkaitan permasalahan yang dialami dan sedikit sebanyak membantu dirinya daripada kemurungan lalu akan buat dia rasa terharu kerana anda sudi dengar jalan ceritanya yang perti itu.

9. TAK MINTA BALASAN
Ketika dia perlukan bantuan anda, jangan minta untuk dibalas pertolongan itu malah ikhlas membantunya dan tak minta sebarang upah atau bayaran selepas tolong. Selain tidak ungkit bantuan itu jika ada sebarang perselisihan faham antara kalian berdua.

10. KONGSI HOBI
Tip terakhir untuk jadi sahabat sejati, anda sanggup berbuat apa saja yang disukai sahabat itu malah bertahan deminya walaupun aktiviti atau hobi yang dilakukan itu kurang disukai. Secara tak langsung anda belajar menyukai apa yang dia suka dan dia akan rasa dihargai.

MUNGOK: TINGGALKAN SAHAJA KEKASIHMU JIKA....................

Walaupun sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi si dia, usah jadi bodoh atau hamba kepada cinta sedangkan si dia bukanlah insan yang baik untuk dijadikan pasangan hidup. Khususnya si gadis yang sanggup bermati-matian demi lelaki yang dicintai.

Bagaimana untuk kita kenali pasangan itu sama ada baik dan sesuai untuk terus bersama? Sudah tentu si dia langsung tidak mempunyai sebarang kriteria sebagaimana dikongsikan di bawah ini.

Jika kekasih hati itu memiliki salah satu daripada sikap yang dijelaskan di bawah, fikirkanlah kembali dan jika kamu kuat dan berani, TINGGALKAN SAJA DIA!!

1. SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN.
Ada sesetengah lelaki memang suka ambil kesempatan atas kelemahan wanita. Jadi jangan biarkan diri kamu itu terus menjadi mangsanya. Percayalah lelaki seperti ini memang tidak sesuai dijadikan calon suami.

2. TIDAK MENGHORMATI DIRI KAMU SENDIRI.
Sekiranya dia berani maki hamun kamu, menghina kamu dan berkelakuan tidak senonoh di depan kamu, usah pening kepala, tinggalkan sahaja dirinya. Orang seperti ini sebenarnya tiada perasaan "menghormati orang lain", jadi mengapa kamu perlu menghabiskan masa bersamanya.

3. BARAN DAN KAKI PUKUL
Jika ibu bapa sendiri pun tidak pernah menjentik kamu, inikan pula orang lain. Sekiranya dia sering memukul kamu dan baran tak tentu hala. Lupakan saja niat kamu untuk sehidup semati dengannya. Sanggupkah kamu biarkan diri kamu terus dipukul sampai hari tua?

4. MENGHINA KELUARGA KAMU
Sayang memanglah sayang, tapi kalau sampai menghina keluarga kamu itu bukanlah sayang namanya. Kamu perlu bertahankan maruah keluarga dan jangan semudah-mudahnya membiarkan keluarga dihina oleh kekasih sendiri.

5. PENJENAYAH
Jangan ambil sebarang risiko bercinta dengan seorang penjenayah. Mungkin awal hubungan nampak 'cool' dan hebatnya tetapi tidak dinafikan jika suatu hari nanti silap-silap hari bulan kamu juga terjerumus dalam dunianya dan terpengaruh.

sumber: HM

JAHARU : PEMAIN SARAWAK DILABEL CAP AYAM?

Dalam beberapa minggu ini, kelihatan beberapa orang pengguna laman sosial merungut dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan lontaran kata-kata dari penyampai radio yang menyatakan pemain Sarawak adalah pemain cap ayam atau dengan kata lain pemain cikai.

Belum reda lagi peminat bola sepak Sarawak dengan sikap media massa yang pilih kasih untuk membuat siaran langsung ketika pemain Sarawak beraksi. Saya sendiri perasan dengan keadaan ini. Apabila sahaja Sarawak beraksi pasti tiada siaran langsung dibuat. Banyak peminat Bujang Senang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan itu.

Selalu sahaja Sarawak di anak tiri dari pelbagai aspek. Sarawak Bumi bertuah yang memiliki hasil bumi yang banyak dan berbilang kaum serta bangsa dan budaya seolah-olah boleh diperlakukan dengan sesuka hati. Mungkin mereka-mereka yang bertanggungjawab perlu diketuk perubahan angin dan arus. Jangan baru terhantuk baru nak tergadah.

Berikut adalah laporan akhbar:

Kerana mulut badan binasa. Sejak beberapa hari lalu, rakyat Sarawak khususnya penyokong tegar Ngap Sayot ternyata amat marah dengan kenyataan yang keluar dari mulut tiga penyampai radio swasta berhubung komen "cap ayam".

Komen itu jelas tidak disenangi orang Sarawak yang menyampaikan kekecewaan melalui laman sosial Facebook dan Twitter serta blog. Malah, ada pihak yang dikatakan memuatkan ancaman bunuh terhadap dua penyampai radio berkenaan jika mereka menjejakkan kaki di Bumi Sarawak.

Saya difahamkan, kemarahan itu berpunca daripada kenyataan berhubung kekalahan Sarawak kepada Perak pada perlawanan pertama Piala Malaysia baru-baru ini, di mana penyampai radio terbabit yang mengendalikan program pada waktu pagi didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang disertai semua pasukan adalah "cap ayam" atau tidak berkualiti.

Mereka juga dilaporkan menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Malah, kemarahan penyokong Sarawak terhadap kenyataan yang menghina itu dizahirkan melalui kain rentang dan poster yang mereka bawa ketika THe Crocs menentang Lion sXII kelmarin yang menyaksikan Juara Liga Super itu ditundukkan 2 - 1.

Bagi penyokong Sarawak, kejayaan anak buah Robert Alberts itu membuktikan bahawa pasukan mereka bukan juala liga Cap Ayam seperti yang didakwa penyampai radio terbabit.

Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan moga-moga apa yang sampaikan oleh penyampai radio tersebut kita buktikan dengan keupayaan dan kebolehan serta semangat Ngap Sayot.


SEDIH: IMAM MATI JATUH DI SURAU

Kuching : "Sejak dua bulan lalu arwah ke surau sambil ditemani anak, tetapi malam dia pergi sendirian tanpa memaklumkan kepada saya. "kata Doris Bujang, 67, isteri kepada imam dua surau Kampung Tabuan Lot, di sini, yang meninggal dunia selepas terjatuh di surau berkenaan, kelmarin.

Ahmat Keram, 75, yang juga pengerusi surau berkenaan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut Doris, kesihatan bapa kepada lapan anak itu mula merosot sejak dua bulan lalu akibat menghidap darah tinggi dan masalah jantung, tetapi tetap melaksanakan tugasnya sebagai imam.

"Sebelum ini, arwah bergerak bersendirian tetapi selepas keadaan kesihatannya terganggu, dia sering ditemani anak ke surau atau ke rumah penduduk untuk memimpin majlis keagamaan termasuk akad nikah.

"Saya terkejut apabila di maklumkan arwah tidak sedarkan diri selepas terjatuh di surau," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya dia sempat menatap wajah arwah yang sedang nazak sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung, Kota Samarahan,: Katanya ketika ditermui Harian Metro di kediamannya semalam.

Sementara itu, penghulu Kampung Tabuan Melayu, Jas Said, 67, berkata arwah menjadi makmum ketika menunaikan solat Maghrib. 

"Arwah bagaimanapun tidak sempat menghabiskan solatnya kerana dikatakan keluar dari saf untuk ke tandas kerana tiba-tiba sakit perut sebelum terjatuh di perkarangan surau."

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang tengah hari semalam.

MERENDAH DIRI PASTI DISAYANGI (TAWADUK)

Apakah itu tawaduk?

Tawaduk adalah memilih jalan tengah di antara dua sikap yang tidak baik dan membinasakan iaitu sikap membesarkan diri (takbur /sombong) dan sifat terlalu merendah diri yang memberi kesan kehinaan kepada diri seseorang. Sikap tawaduk ini juga boleh diertikan sebagai meletakkan sesuatu/ mengambil sesuatu tindakan bersesuaian dengan keadaannya. Tawaduk adalah sikap merendah diri yang bersumber rasa memiliki kekuatan, kemuliaan, penghormatan pada orang lain, dan bukannya rendah diri yang bersumber dari rasa memiliki kekurangan, kelemahan, kehinaan, dan keperluan kepada orang lain (inferiority complex). Sikap ini adalah sifat yang mulia warisan nabi-nabi, rasul-rasul, sahabat dan tabiin sejak zaman dahulu kala. Sikap ini haruslah bersandarkan pada niat yang ikhlas kerana ada kalanya manusia bersikap tawaduk namun tertipu oleh syaitan kerana di dalam hatinya masih terselit keinginan bahawa perbuatannya itu dipandang mulia oleh manusia lain.

Keadaan bagaimanakah yang menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki sifat tawaduk?

Kebiasaannya seseorang yang memiliki sifat tawaduk akan berfikir, berperasaan dan mengambil tindakan-tindakan seumpama berikut:

  1. Menerima dengan redha ketetapan dan taqdir Allah SWT kepada dirinya walaupun dilihat tidak bersesuaian dengan kehendak dirinya sendiri.
  2. Bersangka baik dengan Allah SWT dengan menganggap bahawa sesuatu ketentuan itu adalah untuk kebaikan dirinya. Seorang itu juga perlu memahami bahawa disebalik sesuatu kebaikan yang akan dikurniakan kemudian, pasti terlebih dahulu dikurniakan dugaan.
  3. Mentaati perintah dan hukum Allah SWT tanpa mempersoal atau memprotes. Contoh yang sering dibahaskan adalah mengenai kewajipan menutup aurat, poligami dan hukum hudud dan qisas.
  4. Mengerjakan amal fardhu dan sunat dengan merendah diri dan mengharap amalan itu diterima oleh Allah SWT.
  5. Mengaitkan atau mengembalikan setiap pujian yang diberikan kepada Allah SWT dengan mengucapkan syukur kepada Allah ( Alhamdulillah) dengan kefahaman yang jelas dan bukan sekadar kebiasaan /retorik.
  6. Mendahulukan suruhan Allah SWT dari hal-hal keduniaan dan kepentingan diri sendiri. Contohnya apabila terdengar laungan azan, kita patutlah menunaikan solat terlebih dahulu daripada meneruskan kerja dunia kita. 
  7. Memuliakan Rasulullah SAW dan sunnah baginda SAW (surah, sirah, sarirah) dengan mengamalkannya dan tidak beranggapan bahawa sunnah itu sesuatu yang telah lapuk dan tidak sesuai lagi diaplikasikan di zaman ini.
  8. Tidak bersikap sombong kepada golongan yang lebih lemah atau rendah dari kita seperti melayan acuh tidak acuh tetamu yang kelihatan kampungan tetapi memberi layanan istimewa kepada tetamu yang bergaya dan berbahasa inggeris ketika bertanya.
  9. Bercampur gaul dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira tahap dan kedudukan mereka. Di dalam konteks pekerjaan, seorang ketua yang tawaduk biasanya kita mendapati dirinya mudah didekati oleh golongan yang rendah darinya seperti tukang sapu, budak pejabat, kerani dan dalam masa yang sama beliau juga mudah bergaul bersama golongan atasan dan rakan sejawatnya.
  10. Tidak menganiayai orang lain. Penganiayaan yang jelas sukar kita lihat dewasa kini namun keadaan ini tetap berlaku tanpa kita sedari contohnya seorang ketua memilih calon yang berkaitan dengan dirinya atau lebih menarik wajahnya sedangkan calon-calon lain lebih bersedia dan layak daripada calon pilihannya.
  11. Tidak menunjuk-nunjuk ketinggian ilmu dan kemahiran kepada orang ramai seperti memperlekehkan hasil kerja orang lain dan membandingkan dengan hasil kerja sendiri.
  12. Tidak bertengkar atau berbahas-bahas tentang perbezaan pandangan kumpulan masing-masing seolah-olah tidak ada jalan tengah diantaranya ataupun menganggap golongan lain kafir dan murtad.
  13. Menghormati guru yang menyampaikan ilmu walaupun mempunyai pandangan yang berbeza dengan guru berkenaan dengan menunaikan hak mendengar terlebih dahulu.
  14. Merasakan perlu kepada orang yang diberi khidmat (ditolong ) dan bukannya merasakan orang lain memerlukan dirinya dan tanpa dirinya semua kerja tidak dapat dilakukan (penyakit perasaan ujub).
  15. Menerima teguran dengan hati yang terbuka walaupun yang menegur adalah orang yang lebih rendah status / superiority dari dirinya umpamanya seorang kanak-kanak atau tukang cuci.
  16. Sanggup menerima pertolongan dan bantuan dari seorang yang dianggap musuh/ tidak digemari (membuang ego diri).
  17. Menerima kenyataan bahawa seorang yang lain lebih baik dari dirinya.
  18. Mengaku kesalahan diri dan meminta maaf. Tidak menganggap bahawa memberi maaf itu petanda kalah atau kelemahan diri dan lebih mengutamakan memperbaiki hubungan dari menegakkan kebenaran.
  19. Bermuzakarah secara profesional dan tidak menyerang peribadi lawan untuk menjatuhkannya.
  20. Memuliakan orang alim dan mendahulukan mereka dalam setiap perkara.
  21. Tidak memperlihatkan harta kekayaan yang dimiliki dengan tujuan menandingi orang lain.
  22. Tidak berbangga-bangga dengan kecintaan seseorang terhadap dirinya. Umpamanya seorang isteri yang suaminya berpoligami tidak perlu menunjukkan kecintaan suaminya terhadap dirinya kepada madunya.
  23. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri sehingga menutup pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain sukar /tidak berani menegur kesalahan kita.
  24. Tidak mencari alasan untuk menghalalkan apa-apa kesalahan yang telah dilakukan dengan mengemukakan pendapat pihak-pihak lain yang menyokong.


Apakah kepentingan tawaduk?

Seorang yang memilik sifat tawaduk akan:

  1. Mendapat keredaan dan rahmat dari Allah SWT di dunia dan diakhirat.
  2. Ilmu yang dipelajari dari mana-mana guru mudah masuk meresap ke dalam hati.
  3. Menggalakkan pengamalan dari ilmu yang diperolehi dan bukannya sekadar bahan untuk perbahasan bagi menunjukkan kelancaran lidah dan ketinggian ilmu.
  4. Membuka jalan untuk melihat kesilapan diri sekaligus memperbaiki dan memajukan diri.
  5. Disenangi ramai orang.
  6. Dihormati teman dan musuh.
  7. Dijauhi dari sifat bongkak dan sombong.
  8. Rezeki dari sumber yang suci dan tiada unsur penganiayaan.
  9. Contoh dan ikutan kepada orang lain untuk meperbaiki diri.
  10. Mendapat darjat ibadah yang tinggi.


Bagaimanakah mendapatkan sifat tawaduk?


  1. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri sehingga menutup pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain sukar menegur kesalahan kita.
  2. Memandang kebaikan orang lain walaupun kelemahan orang itu terlampau banyak berbanding kebaikannya.
  3. Melihat kelemahan diri sendiri walaupun mempunyai pelbagai kelebihan yang diiktiraf ramai orang.
  4. Menjadikan kritikan musuh sebagai cermin untuk melihat kelemahan diri sendiri.
  5. Memahami bahawa sesuatu kejayaan tidak akan kita perolehi tanpa izin dari Allah SWT.
  6. Membiasakan diri mengaitkan sesuatu kebaikan yang kita perolehi dengan kekuasaan dan keizinan dari Allah SWT dan bukannya asbab usaha diri kita sendiri.
  7. Berkawan dengan orang yang lemah/kekurangan berbanding diri kita untuk menimbulkan rasa syukur (bukan untuk membangga diri) dan memuliakan mereka bukannya untuk membenamkan lagi perasaan rendah diri yang mereka sedia ada.
  8. Mengamalkan sunnah dengan hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan keindahan dan harta dunia.
  9. Mengurangkan perhiasan dan kemasan di dalam rumah kerana dikuatiri dengan pujian dari tetamu akan menimbulkan rasa bangga diri dan lalai dengan percakapan dunia.
  10. Merujuk sesuatu permasalahan kepada orang yang lebih berpengalaman atau lebih tua sebelum mengambil keputusan.
  11. Mengambilkira pandangan staf atau rakan sepejabat sebelum sesuatu keputusan diambil ditempat kerja dan tidak menggunakan kuasa untuk memaksa mereka melakukan sesuatu yang membebankan atau diluar kemampuan mereka.
  12. Menghormati hak jiran tetangga dan elakkan kelakuan yang menyakiti hati mereka.
  13. Elakkan membiasakan diri dengan helah bela diri (defend mechanism). Contoh helah bela diri adalah seseorang itu mengemukakan satu pendapat, apabila dilihatnya orang lain tidak menyokongnya, maka dia memberi apa-apa dalih untuk menyokong dirinya tetapi tidak pula mengaku kelemahan pendapat atau tindakannya.
  14. Sentiasa beranggapan bahawa seseorang yang kelihatan jahil dan lalai itu berpotensi untuk menjadi lebih baik dari diri anda dan mungkin dipilih Allah untuk berada di kalangan orang yang dikasihiNya.
  15. Tidak menghina orang lain atas kejahilan dan kelemahan mereka dan sentiasa menganggap bahawa mereka mempunyai alasan atau latar belakang yang tidak menyokong mereka untuk mengambil tindakan yang betul.
  16. Memenuhi undangan walaupun sipengundang menjemput anda atas perantaraan orang lain dan redha dengan apa sahaja makanan yang dihidangkan.
  17. Membiasakan diri melakukan setiap pekerjaan sendiri atau membantu pembantu rumah sekiranya mereka letih.
  18. Menghormati suami walaupun si isteri lebih berpelajaran dan bergaji besar berbanding si suami.

Sebenarnya banyak lagi isi yang boleh didapati oleh seseorang yang lebih teliti daripada saya. Namun bagi diri saya yang tidak berkelapangan dan kekurangan ilmu ini, hanya ini sahaja dapat saya titipkan untuk tatapan kita bersama di samping mengambil teladan dari kebaikan sekiranya ada.

7 TIPS MENGKRITIK

Dalam satu organisasi pasti ada kelemahan atau kesalahan rakan sekerja. sama ada sengaja atau tidak sengaja yang akan buat rakan lain rasa tak tenteram untuk kerja bersama. Berikut tujuh cara berkesan unuk mengkritik rakan sekerja.

1. KENAL PASTI PERILAKU YANG INGIN DIKRITIK
Sebelum kritik pastikan anda mengkritik perilaku yang dilakukan bukan dirinya. Bimbang andai anda tersalah kritik, timbul masalah lain seperti bermasam muka dan tak sehaluan pendapat. Jika sudah nampak perilaku negatif itu cuba kritik dengan guna bahasa lembut agar dia dapat terima dengan baik.

2. KRITIK DENGAN LEBIH SPESIFIK
Berterus terang dengan kesalahan rakan itu lakukan agar dia lebih memahami dan terus berubah untuk menjadi pekerja yang baik kemudian hari. Kemudian nyatakan dengan lebih jelas kesalahan yang dia buat agar dapat dia tingkatkan mutu kerjanya.

3. TUNJUKKAN BAHAWA ANDA SEDIA UNTUK MEMBANTU
Ketika kritik rakan, tunjukkan bahawa anda sedia untuk bantu dirinya bagi mengatasi kesilapan yang dilakukan agar dia rasa anda ambil berat ke atas dirinya dan akan menerima setiap kritikan yang anda katakan. Walaupun pedih, dia dapat rasai bahawa anda prihatin dengan setiap tingkah lakunya.

4. JANGAN BERKIAS ATAU MENYINDIR
Ini haruslah dijauhi kerana mereka akan berkecil hati dengan anda dan agak sukar untuk kalian bekerjasama kemudian hari. Ungkapkan kritikan anda itu dengan perkataan yang lebih jelas agar dia mudah faham.

5. JANGAN NAIKKAN INTONASI SUARA
Ketika kritik jangan sesekali naikkan intonasi suara itu agar dia tidak berkecil hati. Bila anda guna nada suara tinggi akan kelihatan kasar dan marah dengan kesalahannya itu lalu membuatkan dia berasa hati dan sukar menerima kritikan anda malah tidak lagi menegur sapa dengan anda.

6. TAWARKAN BANTUAN
Jangan sekadar memberi  kritikan tapi cuba hulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalahnya. Bantulah apa yang perlu dan pantau setiap kerja yang dilakukan agar kesilapan yang dilakukan tidak berulang kembali.

7. TUNJUKKAN BAHAWA ANDA MEMAHAMI PERASAAN RAKAN ITU
Meletakkan diri anda di tempatnya dan mendalami perasaannya ketika itu kemudian cuba berkongsi pengalaman pahit itu bersamanya agar dia rasa diri tidak terlalu dibebani dengan hal-hal urusan kerja pejabat.

sumber: HM

MATI P: PRODUK KUAT DIRAMPAS IKLAN DI FB

Macam-macam produk penguat di ranjang sekarang. Dikhuatiri mendatangkan kesan kesihatan ke atas kita. Kebanyakkan produk mudah diperolehi dan tidak diketahui asal usulnya. Jika ia memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan produk tidak diketahui asal usulnya maka tindakkan lanjut tidak dapat dilakukan dan mungkin menemui jalan buntu.

Berikut ialah laporan dari utusan online mengenai rampasan produk yang boleh kita lihat agak rancak dijual di Facebook. Hati-hati..... he he..

Petikan dari utusan online:

KUALA LUMPUR 31 Julai - Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840.

Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

"Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau.

"Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut," katanya selepas menyertai operasi itu.

Menurut Kamarul Azhar, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu hasil risikan pihaknya serta maklumat orang ramai.

"Produk ini dikesan telah banyak diiklan di Facebook dan menarik minat ramai pengguna dalam kalangan lelaki berusia pertengahan tahun," katanya.

Mati terus masih bernasib baik rasanya. Tetapi kalau mati pucuk, hancur luluh dan tak keruan dibuatnya.

DAJAL : RAJA ARAB SAUDI SOKONG MILITAN AS-SISI MENGHAPUSKAN IKHWANUL MUSLIMIN

Dalam keadaan umat Islam dinegara lain memprotes menentang kezaliman kerajaan tentera Mesir tiba-tiba Raja Arab Saudi menongkah arus dengan mengatakan penyokong-penyokong Morshi (Ikhwanul Muslimin ) adalah pengganas Kenyataan yang pelik tetapi benar daripada ketua Kerajaan Islam yang sangat dihormati didunia Arab.

Jika kita lihat sejarah silam kerajaan As Saud ini. maka tak pelik dan hairan jika ucapannya sebegitu walaupun kita telah dikaburi dengan gelaran keluarga ini sebagai khadam dua kota suci umat Islam


Bermula dengan pengasasnya hingga kepada warisan takhta terkini…keluarga As Saud sememangnya telah menjadi boneka pemimpin-pemimpin barat yang kehausan untuk menghapuskan Islam dimuka bumi ini.

Petikan Ucapan Raja Andullah : RIYADH 17 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu.

Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan.

Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini.

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. – REUTERS
Saya tertanya-tanya bilakah agaknya seorang khalifah Islam akan muncul untuk menyatukan umat islam didunia ini…menegakkan nur Islam dimuka bumi dan membasmikan kerosakkan yang batil…Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya.

Apakah yang terjadi di dunia arab sebenarnya. Adakah ini ujian atau petunjuk tentang sesuatu di luar pemikiran insan seperti kita. Kekeliruan ini benar-benar mengganggu hati kita. Arab Saudi dimana terletaknya tanah Suci Mekah dan dipimpin oleh pemimpin yang mendokong kekejaman yang dilakukan oleh tentera As Sisi.

sumber

USAHAWAN ISLAM : KEARIFAN NABI MUHAMMAD SAW

Bahan bacaan ini bukan untuk orang islam sahaja tetapi untuk dinilai oleh bukan islam.

Klik gambar untuk membesarkannya

Jika kita teliti dengan lebih  dalam hadis tersebut, sungguh luar biasa nasihat yang diberikan oleh Rasullullah SAW begitu adilnya Allah SWT memperlakukan manusia yang mencari akhirat dan menista manusia yang hanya mencari harta keduniaan. Kita perhatikan sahaja seorang peniaga yang soleh sepertinya dikelilingi oleh banyak sahabat atau dalam istilah sekarang terdapat Ring I yang begitu berkhidmat kepadanya. Lalu, hatinya begitu kaya sehingga dia tidak pernah khuatir kehilangan harta benda dan Allah benar-benar membuat dunia takluk kepadanya. Adakah kita seperti itu?

Hadis ini adalah azam (tekad) yang kuat. Perkataan dan perbuatan Nabi SAW ini sungguh bervisi yang membuat kita begitu optimis untuk berniaga hanya untuk tujuan akhirat. Allah akan memenangkan orang-orang yang berada di jalannya.

Hal-hal yang telah disunatkan dan disampaikan Nabi Muhammad SAW semestinyalah memantapkan hati kita untuk mengikuti kearifan baginda. Hendaklah kita tidak mencari-cari kearifan lain, apatah lagi kearifan dari keyakinan lain yang sebenarnya juga sudah terangkum dalam kearifan Muhammad SAW. Namun, mungkin kita sebagai seorang Muslim memang belum begitu mengetahui apa yang telah diperaktikkan dan dipesan oleh Nabi Muhammad SAW dalam soal berniaga.

sumber:
40 strategi perniagaan cara rasulullah saw


TAULADAN: SI BUTA, PELITA DAN SI CELIK

Pada suatu malam, seorang buta memohon pulang dari rumah sahabatnya. Sang sahabat membekalkan dengan sebuah pelita. Orang buta itu terbahak berkata: “Buat apa saya bawa pelita? Kan sama saja buat saya! Saya bisa pulang sendiri tanpa pelita ini” Dengan lembut sahabatnya menjawab, “Ini agar orang lain dapat melihat kamu, biar mereka tidak melanggar mu.” Akhirnya orang buta itu setuju untuk membawa pelita tersebut.

Tak berapa lama, dalam perjalanan, seorang pejalan telah melanggar si buta tersebut. Dalam keadaan terkejut , ia membebal, “Hei, awakkan punya mata! Beri lah jalan buat orang yang huta ni!” Tanpa berbalas sapa, mereka pun saling berlalu tanpa berkata apa-apa.

Kemudian seorang pejalan kaki lainnya melanggar si buta berkenaan. Kali ini si buta itu bertambah marah, “Apa kah kamu buta? Tidak bisa lihat ya? Aku bawa pelita ini supaya kamu bisa lihat!” Pejalan itu menjawab, “Kamu yang buta! Apa kamu tidak lihat, pelitamu sudah padam!” Si buta terpegun. Menyadari situasi itu, orang yang melanggar tadi meminta maaf, “Oh, maaf, sayalah yang ‘buta’, saya tidak melihat bahwa Anda adalah orang buta.” Si buta tersipu menjawab, “Tidak apa-apa, maafkan saya juga atas kata-kata kasar saya.” Dengan tulus, si pelanggar tadi membantu menyalakan kembali pelita yang dibawa si buta. Mereka pun meneruskan perjalanan masing-masing.

Dalam perjalanan selanjutnya, ada lagi pejalan yang melanggar orang buta itu. Kali ini, si buta lebih berhati-hati, dia bertanya dengan santun, “Maaf, apakah pelita saya padam?” Pelanggar nya tadi menjawab, “Owh saya juga mau menanyakan hal yang sama.” Senyap sejenak. secara beriringan mereka bertanya, “Apakah Anda orang buta?” Secara serempak pun mereka menjawab, “Iya.,” kedua meledak dalam tawa. Mereka pun berupaya saling membantu menemukan kembali pelita mereka yang berjatuhan sehabis bertaburan.

Pada waktu itu juga, seseorang lewat. Dalam keremangan malam, nyaris saja ia melanggar kedua orang yang sedang mencari-cari pelita tersebut. Ia pun berlalu, tanpa mengetahui bahwa mereka adalah orang buta. Timbul pikiran dalam hati orang ini, “Rasanya saya perlu membawa pelita juga, jadi saya bisa melihat jalan dengan lebih baik, orang lain juga bisa ikut melihat jalan mereka.” 

TAULADAN DARI CERITA INI IALAH:
Pelita melambangkan terang kebijaksanaan. Membawa pelita berarti menjalankan kebijaksanaan dalam hidup. Pelita, sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan pihak lain dari berbagai aral rintangan . Si buta pertama mewakili mereka yang terselubungi kegelapan batin, keangkuhan, kebebalan, ego, dan kemarahan. Selalu menunjuk ke arah orang lain, tidak sadar bahwa lebih banyak jarinya yang menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dalam perjalanan “pulang”, ia belajar menjadi bijak melalui peristiwa demi peristiwa yang dialaminya. Ia menjadi lebih rendah hati karena menyadari kebutaannya dan dengan adanya belas kasih dari pihak lain. Ia juga belajar menjadi pemaaf. Pelanggar yang pertama mewakili orang-orang pada umumnya, yang kurang kesadaran, yang kurang peduli. Kadang, mereka memilih untuk “membuta” walaupun mereka bisa melihat.

Pelanggar kedua mewakili mereka yang seolah bertentangan dengan kita, yang sebetulnya menunjukkan kekeliruan kita, sengaja atau tidak sengaja. Mereka bisa menjadi guru-guru terbaik kita. Tak seorang pun yang mau jadi buta, sudah selayaknya kita saling memaklumi dan saling membantu.

Orang buta kedua mewakili mereka yang sama-sama gelap batin dengan kita. Betapa sulitnya menyalakan pelita kalau kita bahkan tidak bisa melihat pelitanya. Orang buta sulit menuntun orang buta lainnya. Itulah pentingnya untuk terus belajar agar kita menjadi makin celik, semakin bijaksana.

Orang terakhir yang lalu di jalanan mewakili mereka yang cukup sadar akan pentingnya memiliki pelita kebijaksanaan. Sudahkah kita suluh pelita dalam diri kita masing-masing? Jika sudah, apakah nyalanya masih terang, atau bahkan nyaris padam? JADILAH PELITA, bagi diri kita sendiri dan sekitar kita.

Sebuah pepatah berusia 25 abad mengatakan: Sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyala pelita pertama tidak akan meredup. Pelita kebijaksanaan pun, tak kan pernah habis terbagi.

Bila mata tanpa penghalang, hasilnya adalah penglihatan. Jika telinga tanpa penghalang, hasilnya adalah pendengaran. Hidung yang tanpa penghalang membuahkan penciuman. Fikiran yang tanpa penghalang hasilnya adalah kebijaksanaan~:)

MUHASARAWAK : CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK KEKAL DISEKSA?

JOM MUHASABAH/MUHASARAWAK DIRI


Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu hendak menipu Allah, maka Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. An-Nisa`: 142)

Dari Abdullah bin Amr radhiallahu anhuma bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

“Empat hal bila ada pada seseorang maka dia adalah seorang munafiq tulen, dan barangsiapa yang terdapat pada dirinya satu sifat dari empat hal tersebut maka pada dirinya terdapat sifat nifaq hingga dia meninggalkannya. Yaitu, jika diberi amanat dia khianat, jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mengingkari, dan jika berseteru dia berbuat kefajiran”. (HR. Al-Bukhari no. 89 dan Muslim no. 58)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Penjelasan ringkas:
Ciri-ciri orang munafik sangat banyak tersebut di dalam Al-Qur`an, dan Ar-Rasul shallallahu alaihi wasallam juga menyebutkan sebagian di antaranya guna memperingatkan umatnya dari ciri-ciri tersebut, jangan sampai mereka terjatuh ke dalamnya sehingga mereka akhirnya menjadi mirip seperti mereka. Padahal sungguh Nabi shallallahu alaihi wasallam telah menyatakan bahwa barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum tersebut.

Di antara tanda-tanda kemunafikan adalah empat sifat yang tersebut dalam hadits Abdullah bin Amr di atas:

Khianat, curang, dusta, dan fajir. Keempat sifat ini tidaklah terdapat pada seseorang kecuali dia adalah munafik tulen. Nabi shallallahu alaihi wasallam juga mengambarkan sebuah tanda lain dari tanda-tanda orang munafik, yaitu: Sangat berat dalam melaksanakan shalat isya dan subuh. Subhanallah, betapa miripnya kemarin dengan hari ini. Di zaman ini banyak di antara kaum muslimin yang masih bersifat dengan sifat ini, mereka merasa berat mengerjakan kedua shalat ini dengan alasan lelah atau ngantuk sepulang kerja atau alasan lainnya, wallahul Musta’an.

Karenanya wajib atas setiap muslim untuk mengetahui kelima ciri munafik di atas dan ciri-ciri lainnya agar dia bisa menjaga dirinya darinya, karena barangsiapa yang tidak mengetahui suatu kejelekan maka kemungkinan besar dia akan terjatuh ke dalamnya.

sumber

HINA ISLAM: PENJARA GUANTANAMO PALING HINA DAN KEJAM

Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia | PAKAR antarabangsa melaporkan, AS memilih Teluk Guantanamo sebagai kawasan pusat tahanan (penjara) kerana ia selamat daripada gangguan al-Qaeda mahupun Taliban.

“Teluk Guantanamo ini bebas dari diganggu oleh aktivis hak asasi kemanusiaan antarabangsa selain AS boleh melakukan apa sahaja kepada banduan,” kata pakar yang enggan mendedahkan identitinya.

Penjara Guantanamo1 Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia

Tahanan di Kem Delta dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.

Sebuah lagi pusat tahanan, Kem Iguana, berkedudukan 1km dari Kem Delta menempatkan hanya tiga tahanan di bawah umur 16 tahun. Ia pernah ditutup pada pertengahan 2005 dan dibuka semula dengan menempatkan 38 tahanan.

Bekas tahanan Libya, Omar Deghayes memberitahu akhbar Newsday, matanya pernah disembur dengan serbuk lada.

“Mereka (tentera AS) berbaris, menyanyi dan ketawa sebelum menyemburkan muka saya dengan lada. Bukan sekadar itu, mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke mata saya,” katanya.

Omar memberitahu, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS.

“Muka saya pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari,” jelas Omar yang dibebaskan dalam 2007.

Beberapa tahanan yang dibebaskan pada tersebut menjadi buta selain saksi tindakan keji tentera AS di penjara Guantanamo atau ‘Gitmo’.

Bekas tahanan yang enggan dikenali berkata, melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air.

Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas.

“Saya pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati,” katanya.

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita.

Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.

“Ia adalah rutin mereka, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara.

Penjara Guantanamo Demo 1 Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia

“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah, memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka berbuat sedemikian,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber pada Mei 2005.

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan.

Penjara Guantanamo Demo Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di DuniaMuhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan tahanan lain.

Lapor akhbar New York Times pada Julai 2004, selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang.

“Satu ketika, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya berkedudukan seperti janin dalam perut.

“Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.” lapor New York Times.

sumber

KEJAM : BUNUH ISTERI UPLOAD DI FACEBOOK

17 August 2013. LAMAN sosial Facebook kini sudah mencapai tahap “perkongsian maklumat melampau” lebih dari sekadar berkongsi status, gambar makanan atau aktiviti harian tetapi berkongsi saat kematian.

Itulah yang dilakukan suami durjana Derek Medina yang menembak isterinya kemudian memuatnaik gambar mayat isterinya di atas lantai ke laman Facebooknya.

Lelaki itu juga memuatnaik pengakuan rasminya membunuh isterinya, Jennifer Alfonso.

Dia dihadapkan di hadapan Hakim Miami Maria Elena Verde sehari selepas kejadian itu. Dilihat berpakaian pakaian berwarna hitam seperti pesakit mental atau tahanan kes bunuh, dia diperintahkan untuk ditahan tanpa bon.

Dia bakal menghadapi hukuman mati jika disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh darjah pertama.

Derek, 31 tahun, mengejutkan rakan Facebooknya apabila dia memuatnaik pengakuan bahawa dia baru sahaja menembak isterinya yang berusia 26 tahun itu.

Dia mendakwa isterinya itu, kerap menumbuk dan menderanya secara fizikal,

sumber

TIPS: 8 PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL

Ketahanan fizikal penting untuk memastikan tubuh anda bersedia untuk menempuh kehamilan. Untuk itu, anda perlu membuat persediaan rapi agar kehamilan anda kelak tidak akan membebankan malah menyeronokkan.


1. ASID FOLIK
Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6 mg iaitu tambahan sebanyak 0.4 mg sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan. Hal ini penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi. Selain buah-buahan seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil pil asid folik di farmasi atau klinik.

2. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayur-sayuran dan buah-buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembelit yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil. Oleh itu, jadikan ia sebagai rutin harian anda agar waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda akan cepat kenyang. Percayalah bahawa jika rajin makan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda mampu mengawal pertambahan berat badan.

3. MAKAN BANYAK IKAN
Antara ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah, tuna, tenggiri, tongkol dan ikan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, dipanggang ataupun digoreng. Terpulanglah kepada anda untuk memilih bahan yang akan dimasak bersama ikan asalkan tiadak mejejaskan kesihatan.

4. KARBOHIDRAT LAWAN LEMAK
Beras, jagung, roti, mi, mihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih-lebih lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingan dengan roti sandwic.

5. ZAT BESI ELAK ANEMIA
Antara makanan tersebut ialah daging merah (akan tetapi elakkan daripada makan hati)., sayur-sayuran hijau, kekacang dan buah-buahan yang sudah dikeringkan. Harus diingat bahawa penyerapan zat besi tidak akan berlaku dengan baik jika ibu hamil banyak minum minuman yang tinggi kandungan kafeinnya. Ibu hamil yang mengalami anemia akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pendarahan yang banyak sewaktu proses kelahiran bayi akan memburukkan keadaan.

6. LAPAN GELAS AIR
Keadaan akan bertambah buruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga. Ketika waktu tersebut, uterus yang semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagian bawah uterus bersama-sama pundi kencing. Akibatnya, najis menjadi keras dan proses membuang air besar mejadi sukar. Jadi, untuk mengeluarkan najis tersebut, ibu hamil ini terpaksa meneran. Meneran terlalu kerap dan dengan tekanan yang tinggi boleh menyebabkan bawasir. Untuk mengelak terjadinya masalah seperti yang telah disebutkan itu, minumlah banyak air. Umumnya, anda digalakkan minum sebanyak 8 gelas air masak setiap hari. Akan tetapi, adalah lebih baik jika anda mampu minum lebih daripada itu.

7. SARAPAN PAGI
Bersarapan akan menghilangkan rasa pedih perut setelah semalaman tanpa makanan. Rasa pedih yang dialami oleh ibu hamil biasanya akan membuatkan mereka mual. Dan ketika inilah, morning sickness menyerang. Oleh itu, bersarapanlah. Akan tetapi, jangan makan terlalu banyak. Contoh sarapan terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah segelas susu, semangkuk bijirin dan sekeping roti.

8. BERIADAH
Aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah. Malah, ini adalah senaman yang tidak memerlukan kos.

sumber: Sedia melangkah ke alam baru.

MISTERI : SEGITIGA BERMUDA BORNEO HAUSKAN NYAWA MANUSIA

Pernah dengar pasal Bermuda Triangle kan? Ala, kawasan yang banyak menghilangkan pesawat dan kapal yang lalu disekitar kawasan berbentuk segitiga di Bermuda. Kehilangan pesawat dan kapal-kapal ini menjadi tanda tanya kerana tiada satu bukti dan mayat yang dijumpai. Perkara ini jugak berlaku di Borneo. Segi Tiga Borneo ini terletak di kedudukan antara Bario, Pa’Lungan dan Gunung Murud di Sarawak.

Gunung Murud Kawasan ini antara yang paling ditakuti dalam kalangan juruterbang yang sering berulang-alik antara Bario ke Ba’kelalan. Seorang juruterbang Hornbill Skyways yang enggan dikenali berkata, kawasan berkenaan mempunyai persamaan dengan Segi Tiga Bermuda dan menyimpan pelbagai misteri. Mereka menyifatkan tugas menerbangkan pesawat di situ sebagai amat mencabar kerana ia menjanjikan 1,001 kemungkinan kepada juruterbang yang bakal melaluinya. Tidak ada apa yang boleh dijangkakan dengan tepat jika melalui laluan itu, baik dari segi cuaca mahu pun tiupan angin kerana kedua-dua fenomena alam itu boleh berubah dengan pantas. Kedudukannya yang tinggi dari aras laut iaitu melebihi 600 meter, ditambah bentuk muka bumi bergunung-ganang menambahkan lagi kesukaran kerana ia menyempitkan ruang penerbangan yang ada.

Malah seorang jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga memberitahu bahawa kawasan berkenaan memang terkenal sebagai kawasan berbahaya sejak zaman pemerintahan British lagi. Sekiranya pesawat terhempas di kawasan tersebut, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis jika lambat diselamatkan. Mangsa mungkin boleh bertahan beberapa hari dengan memakan serangga dan pucuk-pucuk kayu tetapi faktor cuaca yang memburukkan keadaan.

Umum mengetahui yang Segi Tiga Borneo ini sudah banyak kali ‘memakan’ manusia. Pelbagai nahas udara melibatkan kapal terbang dan helikopter berlaku di sini. Pelbagai pesawat dan helikoper mencari dan menyelamat akan datang ke Bario untuk bersama-sama membantu operasi mencari dan menyelamat menjadikan Lapangan Terbang Bario seperti karnival pertunjukkan udara yang terbesar di Sarawak.

Pesawat dan peralatan canggih seperti pesawat PC-3 Orion dari Amerika Syarikat, sistem maklumat geografikal (GIS), kamera digital pengesan haba infra merah dari Australia digunakan. Rupa-rupanya peralatan canggih yang dikatakan boleh mengesan benda sekecil syiling 10 sen itu mempunyai kemampuan yang terhad apabila berdepan dengan konflik di Bario.

Penggunaan peralatan canggih yang tidak membuahkan sebarang hasil itu kadang-kadang akan menyebabkan keluarga mangsa ini menggunakan khidmat bomoh bagi membantu mengesan kedudukan mangsa secara ghaib. Upacara ini dilakukan secara rahsia. Daripada fakta yang dijelaskan, kawasan segitiga Borneo ini lebih kepada kecelakaan di udara berbanding segitiga bermuda. Kalau sesiapa yang pernah naik flight ke Sarawak, mesti korang akan merasai gegaran yang sedikit kuat berbanding flight di kawasan semenanjung. Hal ini adalah mungkin kerana magnetic latitude yang kuat di Sarawak.

ADOHAI : SENARAI KES TEMBAK DI MALAYSIA

26 April 8.15 pagi di Putrajaya
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak dalam perjalan ke pejabatnya oleh dua lelaki bermotosikal
(Masih dalam siasatan)

26 April 11.30 pagi di Bulatan Cheras
Karikaalan, 29, maut ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terkena dua daripada 10 das tembakan dilepaskan dua lelaki bermotosikal manakala ibunya, 60 tahun cedera di lengan kanan.
(Masih dalam siasatan)

7 Mei di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tan Hock Chin, 47, seorang yang aktif dalam rondaan keselamatan sukarela kawasan taman perumahan ditembak ketika minum bersama dua rakannya oelah seorang lelaki.
(Masih dalam siasatan)

9 Mei 7.30 malam di Tangkak, Johor.
Seorang jurutera Muthu Pillai, 41, dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang Kelapa Sawit.
(Masih dalam siasatan)

11 Mei 8.45 malam di Taman Kucai Lunas.
Seorang pembantu kedai barang lusuh Thangaraja, 31, ditemui mati dalam kereta perodua Alza miliknya dengan 10 kesan tembakan di persimpanan lampu isyarat.
(Masih dalam siasatan)

11 Mei 9.50 malam di Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban.
R Chalidas, 29 dan G Surentharan, 31 maut manakala dua lagi rakan mereka cedera parah ditembak dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki berhenti di persimpangan lampu isyarat di pusat bandar.
(Masih dalam siasatan)

12 Mei 10.30 malam di Bukit Tambun, Pulau Pinang.
G Suresh, 28 dan S Kannan, 37, maut manakala dua lagi rakan mereka parah selepas di tembak empat lelaki bermotosikal ketika berhenti di lampu isyarat.

23 Mei 8.50 malam di Kampung Pachakan, Pasir Puteh.
Seorang peraih ikan, Zahari Razak, 57, ditembak ketika memandu BMW selepas keluar dari Masjid Nurul Anuar,
(Suspek sudah dikenal pasti)

4 Jun di Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping.
Pemilik bengkel kereta Govindarajo@Murthy, 36, mati sementara rakannya A Manimaran cedera selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di sebuah restoran.
(Masih dalam siasatan)

8 Julai 1.45 tengah hari di Bachok, Kelantan.
Seorang guru yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan ketika memandu Mercedes Benz keluar dari sekolahnya.
(Suspek sudah dikenal pasti)

18 Julai 12.25 tengah hari di Jalan Keladi, Kulim
Seorang guru, K Shanmugam, mati terkena enam das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal ketika di lampu isyarat simpang empat.
(Masih dalam siasatan)

27 Julai 4.30 petang di Taman Awana Indah, Bahau, Jempol.
Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan, 29, parah selepas ditembak seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
(Masih dalam siasatan)

5 Ogos 5.15 pagi di Kampung Gong, Mengkeleh, Pasir Puteh
Amirul Taju Nasir, 40, mati ditembak selepas bersahur di kedai makan.
(Selesai)

10 Ogos 4.30 pagi di Kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand
Azamruddin Azizan, 26, seorang askar dari Batilion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (21 RAMD) cedera ditembak.
(Masih dalam siasatan)

13 Ogos 4.30 pagi di Restoran Nasi Kukus Paka 3, Jalan Besar, dekat Kampung Cacar, Paka Dungun.
Seorang tauke kedai nasi kukus, Mohamad Lutpi Mansor, 50 mati ditembak selepas menjadi mangsa samun sebelum kenderaan pacuan empat roda dan dompetnya dilarikan dalam kejadian di hadapan restorannya.
(Masih dalam siasatan)

15 Ogos 2.30 pagi di Kapar
Seorang lelaki maut manakala empat rakannya selamat selepas dua lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan ketika berbual di hadapan sebuah bank.
(Masih dalam siasatan)

CELARU: BERKAHWIN DENGAN ORANG ISLAM KENA MEMELUK ISLAM

Tangan saya termenaip apabila melihat isu ini dan muncul pula komen-komen tidak puas hati di kalangan individu liar yang punya pendapat yang liar. Ketidakpastian konsep dan undang-undang agama lain menyebabkan kekalutan yang mengundang kepada provokasi. Perjanjian-perjanjian lama yang menyentuh perbezaan perlaksanaan beragama antara borneo dan tanah melayu menjadi modem dan kekalutan sesetengah individu.

Apabila dilemparkan persoalan, mengapa non-muslim kena menjadi seorang muslim apabila berkahwin dengan orang muslim?. Apakah negara ini tiada kebebasan?. Pemikirannya seolah-olah di himpit dengan atom-atom tidak puas hati. Setiap persoalan ada jawapannya. Saya sebagai individu yang punya sedikit pengetahuan cuba merungkai kerungsingan ini.

Di dalam islam, sekiranya seorang itu keluar dari islam maka hukumnya murtad dan undang-undang hududnya adalah hukum bunuh. Tetapi, hukum hudud tidak dilaksanakan di Malaysia kerana di Malaysia rakyatnya hidup berbilang bangsa. Agama Islam bukanlah agama untuk dipermainkan. Memeluk dengan sesuka hati dan keluar dengan sesuka hati. Penegasan ini adalah dengan perlaksanaan undang-undang syariah.

Apabila berbicara mengenai Islam, Segala yang terkandung dalam Al-Quran adalah lengkap meliputi cara hidup, undang-undang kehidupan, berniaga, ekonomi, kemanusiaan, rohani dan sebagainya. Perkara ini di akui oleh orang barat. Disebabkan itulah maka, agama Islam benar-benar menjaga umatnya dunia dan akhirat.

Di borneo, tiada paksaan memeluk agama Islam. Jika seorang non-muslim itu hendak bernikah dengan seorang muslim. Maka, disyaratkan memeluk islam tersebih dahulu dan barulah ijab kabul dapat dilaksanakan. Jika non-muslim tidak mahu memeluk islam maka ijab kabul tidak dapat dilaksanakan dan ianya tidak sah di sisi undang-undah syariah. Syarat sah pernikahan adalah kedua mempelai hendaklah orang islam.

Mungkin di suatu sudut dunia, kita melihat banyak terjadi nikah campuran. Tetapi tidak di Borneo kerana sistem perundangan islam dijaga dengan rapi dan dilaksanakan dengan sistem syariah. Jangan sesekali melihat seorang non-muslim itu harus atau dipaksa memeluk islam kalau hendak bernikah dengan orang muslim. Itu bukanlah paksaan tetapi syarat untuk sah ijab kabul.

Islam benar-benar menjaga umatnya supaya tidak tersasar dari landasannya walaupun statistik menunjukkan lebih kurang 3,000 umat islam murtad sehingga kini. Isu ini tidak dipandang ringan dan pelbagai usaha dilakukan dan usaha itu tidak akan mengganggu sensitiviti perkauman dan agama.

Kebanyakkan rakan (non-muslim) yang saya jumpa, mereka memeluk islam atas kerelaan hati mereka sendiri dan bukan paksaan. Mereka memeluk islam kerana jatuh cinta dengan cara hidup islam. Tiada terdetik pun di hati mereka rasa terpaksa.

Agama rasmi Malaysia adalah agama Islam dan ianya tidak terpakai di Sabah dan Sarawak. Ianya terkandung dalam perjanjian kebebasan beragama artikal 161D (Freedom of religion article 161D). Rakyat Sabah dan Sarawak tetap bebas beragama tetapi sesiapa di bawah perundangan islam adalah tertakluk di bawah undang-undah syariah. Mengucap dua kalimah syahadah adalah bermaksud menyerah diri kepada Allah bersesuaian dengan maksud islam itu sendiri iaitu menyerah diri. Bahagian ini mungkin tidak ramai yang memahaminya. Perjanjian antara individu dengan islam yang mengatasi perjanjian dalam artikal 161D.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan. Mohon pembaca menegur dengan berhikmah dan profesional. Bincang elok-elok. I LOVE SARAWAK bumi kenyalang.

PELIK : MENANGIS SAMBIL MENYAMUN

Kuching:- Kejadian ini berlaku di sebuah pasaraya di Samariang kelmarin. Dimana seorang warga emas telah disamun oleh seorang lelaki yang dikatakan menangis sambil mengacukan pisau kepada warga emas tersebut. Lelaki tersebut mengarahkan warga emas tersebut menyerahkan bag tangannya.

Warga emas tersebut seorang perempuan berumur 64 tahun dari Matang Jaya bergerak ke sebuah pasaraya di Samariang pada pukul 7 malam seorang diri. Apabila keluar sahaja dari kereta warga emas tersebut dikatakan terpaku selepas diacukan pisau yang tiba-tiba muncul di hadapannya. 

Lelaki tersebut dikatakan merayu sambil menangis kepadanya supaya menyerahkan bag tangannya. Bimbang dicederakan dan hairan dengan tingkah laku lelaki tersebut, warga emas tersebut menyerahkan bag tangannya.

Kemudian lelaki tersebut menyelongkar bag tangannya serta mengambil barangan berharganya termasuk wang tunai dan dokumen penting. Kunci kereta bagaimanapun dibuang di tengah jalan sebelum lelaki tersebut melarikan diri bersama sorang lagi suspek yang dikatakan sudah menunggunya dengan motosikal di kawasan yang berdekatan.

Saya pasti pembaca membuat pelbagai andaian dari kejadian ini. Apapun berlaku, segalanya mungkin. Apa yang penting, setiap dari kita hendaklah mengambil sikap berhati-hati walau dimana pun kita berada.

SERIUS : DENGKUR TANDA ANDA BERPENYAKIT

Kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan seseorang. Kesan paling cepat dan jelas ialah kerap berasa letih dan mengantuk pada waktu siang.

Bagaimana berdengkur boleh menyebabkan seseorang itu kurang tidur kerana pada anggapan umum, dengkuran menjadi tanda tidur yang nyenyak?

Sebenarnya, dengkuran boleh membuatkan kita kerap terjaga daripada tidur dan biasanya kita mengambil sedikit masa untuk kembali lena. Apabila tidur kerap terganggu, kita berasa letih dan mengantuk keesokan harinya.

Secara purata, kita menghabiskan satu pertiga daripada hidup dengan tidur.Tidur bukan perkara sia-sia kerana ia adalah waktu untuk badan berehat,meningkatkan keupayaan mental, ingatan dan fungsi psikologi. Malah,ketika tidur juga badan berpeluang menghasilkan sel baru dan memperbaikitisu rosak. Sesetengah orang bertuah kerana mereka mudah terlena sebaik meletakkan kepala di bantal. Tidur adalah fasa tidak sedar sementara. Bagi kebanyakan orang, waktu tidur yang cukup ialah antara tujuh hingga sembilan jam.

Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur .Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian tisu lembut pada hujung lelangit yang kelihatan tergantung dan berhampiran dengan tekak, dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat.

Jika tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia akan bergetar. Getaran ini menghalang dan menyempitkan laluan udara. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan dalam kerongkong menjadi tinggi.Semakin tinggi tekanan, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong dan keadaan ini menyebabkan bunyi dengkur. Dengkuran menjadi lebih kuat jika tekanan dalam saluran pernafasan semakin tinggi.

Untuk mengatasi perkara ini, mulut secara automatik terbuka bagi membolehkan lebih banyak udara masuk dan masalah berdengkur lebih kerap berlaku pada orang gemuk kerana kehadiran banyak tisu lemak pada saluran pernafasan.

Menurutnya, punca dengkuran kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Dengkuran kanak-kanak biasanya disebabkan masalah tonsil atau adenoid (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung).

Rawatan untuk kanak-kanak berdengkur juga lebih mudah iaitu dengan membuang tonsil yang bengkak atau besar.

Pada kanak-kanak, dengkuran dianggap perkara normal, tetapi jika berlanjutan sehingga dewasa ia menjadi gangguan bukan saja pada individu berkenaan, tetapi kepada pasangan atau orang lain yang tidur berhampiran.

Beberapa faktor lain boleh menyebabkan seseorang berdengkur seperti:

# Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara.

# Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk.

# Terlalu letih

# Minum banyak minuman keras sebelum tidur

# Masalah saluran pernafasan

# Mengalami masalah apnea tidur. Seseorang itu dikatakan mengalami apnea tidur apabila pernafasannya terhenti seketika sewaktu dia tidur. Dengkuran kuat juga terhenti seketika (biasanya lebih kurang 10 saat). Oleh kerana pernafasan terhenti, berlaku kekurangan oksigen dan berlebihan karbondioksida yang menyebabkan individu berkenaan terjaga dengan diikuti dengkuran kuat. Keadaan ini juga dipanggil apnea tidur obstruktif (OSA) dan biasanya dengkuran akibat OSA mempunyai rentak tertentu.

Adakah berdengkur tanda penyakit?

Berdengkur bukan penyakit tetapi ia dikategorikan sebagai masalah perubatan, terutama bagi individu yang alami apnea tidur, kerana boleh mengundang kedatangan pelbagai penyakit seperti strok dan tekanan darah tinggi, kata Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Ng Wai Keong.

Kurang pengetahuan mengenai kesan negatif berdengkur menyebabkan ramai tidak menganggapnya sebagai masalah. Gejala paling biasa dialami akibat tidur berdengkur ialah keletihan, mengantuk, daya tumpuan terjejas, cepat marah dan tertekan.

Apa masalahnya jika mengalami OSA? Banyak. Apabila pernafasan terhenti, kita mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan. Kekurangan oksigen memberi tekanan kepada jantung untuk berfungsi dengan cekap.

Lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah menjadi lebih tinggi yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok. OSA juga boleh mengakibatkan degupan jantung menjadi tidak normal.

Ada kajian mendapati, berbanding orang lain, individu berdengkur kuat mempunyai risiko 34 peratus untuk mengalami serangan jantung dan strok (67 peratus).

Ramai orang yang ada masalah OSA tertidur ketika memandu yang bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi nyawa orang lain. Malah, ia menyebabkan tidur pasangan atau orang yang hamper dengannya terganggu dan turut mengalami gejala seperti orang berdengkur tadi, katanya.

Antara gejala apnea tidur ialah:

# Rasa sangat mengantuk pada waktu siang

# Dengkuran terganggu

# Insiden tercekik di tengah malam (ketika tidur kerana tidak cukup oksigen dalam badan)

# Tidur tidak lena

# Nokturia (kerap kencing di tengah malam)

# Tidak boleh menumpukan fikiran

# Mengalami masalah daya ingatan

# Kemurungan

# Mudah terganggu

# Apnea juga boleh mengganggu kualiti tidur dan hidup pasangan kerana mereka kerap terjaga akibat dengkuran kuat.

Rawatan.

Menurut Dr Lau, beberapa kaedah bukan pembedahan boleh digunakan mengatasi masalah dengkur seperti:

# Mengubah gaya hidup dan mengurangkan berat badan khususnya bagi individu yang terlalu gemuk.

# Elak minum minuman beralkohol, mengandungi kafein (seperti kopi) dan merokok sebelum tidur.

# Mengubah posisi ketika tidur dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah dengkur. Masalah ini lebih jelas jika tidur terlentang berbanding tidur mengiring.

# Jangan bersenam sebelum tidur kerana ia membuatkan seseorang berasa lebih segar dan sukar melelapkan mata.

# Elak keadaan yang boleh membuatkan anda terhutang tidur seperti menonton televisyen atau melayari Internet hingga jauh malam. Jika terhutang tidur, elok digantikan segera; sebaik-baiknya pada keesokan Harinya.

# Titik beratkan kebersihan persekitaran tempat tidur dan pastikan bilik tidur anda dalam keadaan menenangkan.

# Gunakan pelekap khas pada hidung yang membantu membuka saluran pernafasan menjadi lebih besar.

# Gunakan semburan hidung

Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Sunway, Dr Gan Tong Nee berkata, kaedah pembedahan boleh dilakukan bagi kes OSA yang teruk. Bagaimanapun, ia bergantung kepada anatomi saluran pernafasan seseorang dan tahap keterukan masalah. Jenis pembedahan tertakluk kepada keadaan seseorang, tetapi secara umumnya ia dibahagi kepada dua iaitu:

# Pembedahan konvensional yang dipanggil uvulopalatopharyngoplasty (UPPP) untuk membuang sedikit tisu uvula bagi meluaskan saluran pernafasan. Kaedah ini biasanya dilakukan untuk individu yang ada tonsil besar dan ia kurang popular kerana sangat menyakitkan. Selepas pembedahan, pesakit perlu mengambil makanan lembut

# Pembedahan laser (LAUP) bagi membuang tisu uvula untuk mengurangkan getaran tisu dalam kerongkong ketika tidur. Kini ada kaedah lain boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah berdengkur iaitu implan Pillar yang ditanam pada lelangit lembut. Penanaman implan ini bertujuan mengeraskan sedikit lelangit lembut supaya tidak mudah jatuh· dan menghalang aliran udara ketika tidur.

Melalui kaedah ini, doktor menyuntik tiga implan bersaiz 18 milimeter dengan garis pusat dua milimeter ke lelangit lembut selepas diberi bius setempat. Kaedah ini hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit dan pesakit sedar ketika implan disuntik. Ini satu-satunya kaedah pembedahan minimali invasif (yang mudah dan cepat tanpa membabitkan luka pembedahan).

Selepas pembedahan, pesakit boleh kembali bekerja atau menyambung aktiviti hariannya. Mereka boleh makan seperti biasa kerana ia tidak membabitkan pembuangan tisu dalam mulut. Kesan atau keberkesanan teknik ini berbeza antara individu dan bergantung kepada tahap dengkuran setiap orang.

Biasanya dengkuran berkurangan secara perlahan-lahan dan kesan terbaik boleh dilihat selepas tiga bulan iaitu apabila implan bersatu· dan membuatkan lelangit lembut menjadi keras.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua orang sesuai mendapatkan rawatan ini. Ia hanya dilakukan ke atas individu berumur 18 tahun ke atas, tidak obes (Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 32), ukuran lelangit lembut melebihi 25 milimeter, tiada masalah saluran hidung tersumbat dan tiada sejarah pembedahan farinks.

ANAK KAPAL MAKAN SESAMA SENDIRI

Cerita tentang kanibalisme untuk meneruskan kelangsungan hidup di kalangan pelaut sebenarnya bukan hal yang baru. Bahkan pada awal-awal abad ke-19 dunia maritim hebah dengan cerita-cerita mengerikan. Salah satu contohnya adalah Kapal Essex, kapal pemburu paus, pada tahun 1820.

Kisah itu dimulai dengan kemalangan kapal tersebut pada tahun 1820, di mana paus menghempas kapal Essex yang menyebabkan kapal tersebut tenggelam di 3,700 km sebelah barat pantai barat Amerika Selatan. Sebanyak 21 anak kapal berjaya menyelamatkan diri di Pulau Henderson, wilayah kepulauan Pitcairn. Di Pulau Henderson mereka bertahan dengan makan ikan, burung juga tumbuhan yang ada, juga sedikit sumber mata air kecil untuk di minum.

Sayangnya, sumber alam pulau itu hanya cukup untuk seminggu, seterusnya tidak ada lagi yang boleh dimakan. Mereka masih cuba untuk bertahan dengan minum air kencing sendiri, tapi tidak lama. Jadi, apa sahaja terlintas di fikiran mereka akan mereka lakukan untuk bertahan. Di sinilah berlaku hukum rimba, siapa yang kuat dia yang menang. Mereka saling berbunuhan, saling memakan bagi yang tumbang. Tidak ada kawan, sahabat, bahkan saudara, semua saling berbunuhan. Lebih tragis apabila kapten kapal, Pollard ikut memakan sepupunya, Owen Coffin, yang sebelumnya dibunuh oleh anak buahnya sendiri.

Pertolongan hanya sampai kepada mereka hampir setahun kemudian oleh kapal penangkap ikan Dauphin Nantucket 95. Pada ketika itu dua orang yang selamat, kapten Pollard dan Ramsdell, orang yang membunuh Coffin sepupu Pollard. Di tempat terpisah anak kapal lain berjaya diselamatkan kapal dagang India. Sebanyak lapan orang berhasil diselamatkan. Pengakuan mereka, mereka berjaya bertahan hidup dengan memakan mayat tujuh temannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.