اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TAMAK BERGANDA

Salam sejahtera pembaca beloya2u.com. Lama dah tak update. Kesibukkan dengan tugas hakiki menyebabkan saya tidak sempat menjenguk laman ini. PRU 13 selesai sudah. Pelbagai persepsi dan andaian dibuat. Kerajaan baru mungkin terbentuk hasil PRU 13. Sekarang sudah terjawab semua persoalan dan masih lagi yang tidak puas hati dengan proses tersebut tidak kiralah dari kalangan BN atau PR ataupu Bebas.

Apa yang saya nak bincangkan di sini ialah mengenai tamak berganda. Apakah maksud tamak? Tamak adalah satu perkataan yang dikenali oleh masyarakat sebagai sikap yang buruk dan jahat serta sejauh manakah sikap tamak itu wujud dalam masyarakat.

Di dalam al-quran ada menyebut bahawa manusia tidak akan puas dengan apa yang ada. Sekalipun sebukit emas diberi kepada manusia maka dia tidak akan puas sebaliknya dia akan meminta segunung emas pula. Sikap ini perlu dikawal dan di dalam islam di ajar bagaimanakah cara untuk mengawalnya. Caranya adalah melalui iman sahaja.

Kalau di lihat pada masa sekarang, gaji bagi individu yang berpendapatan sederhana bagaikan tidak cukup dan cuba kita pandang pula dengan individu yang mempunyai gaji tinggi. Individu yang bergaji tinggi juga ada yang tidak merasa cukup dengan apa yang dimiliki, malah mengejar lagi harta duniawi lain bagi memenuhi hasrat nafsu.

Berganda adalah sesuatu yang bertambah dan terus bertambah. Sikap tamak ini akan terus bercambah dan berganda jika tidak dikawal. Kerana sikap tamak inilah maka wujudnya rasuah dan penindasan. Tuan Guru Nik Aziz adalah salah satu model yang patut dicontohi dari segi sikap zuhudnya yang tidak begitu memandang dunia dari segi pemilikan hartanya. Tetapi sejauh manakah masyarakat mampu mengikut dan mencontohi beliau.

Sikap tamak ini tidak akan hilang selagi sikap cintakan dunia tidak disurutkan. Mengejar dunia sampai mati dan lupa pada alam kematian atau alam akhirat. Oleh itu, elakkan anda hanyut dalam dunia yang menyuntik perasaan tamak berganda. Pastikan anda mampu untuk mengawal sikap itu dengan mendekatkan diri dengan tuhan dan menyeimbangkan setiap pekerjaan dengan bermatlamatkan dunia dan akhirat.

Jika ada sebarang idea bolehlah email dengan admin yer... sedia berbincang dengan berhikmah.

via Zainal Abidin Ahmad

Reactions:

1 comments:

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.