COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MALAYSIA DI AMBANG PERANG DAN KEGANASAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada pahlawan negara yang gugur syahid di Sabah dan saya menyeru kepada pembaca beloya2u untuk sama-sama mendoakan keselamatan mereka di sana. Isu ini cukup panas pada ketika ini. Setiap orang di ceruk Malaysia bercakap mengenai perkara ini. Setiap orang mencari punca masalah dengan apa yang terjadi.


Beberapa orang berpendapat bahawa PATI ini telahpun berada di Sabah kerana ladang kelapa sawit di sana di jaga oleh mereka. Persoalannya bagaimanakah mereka mendapatkan bekalan tentera?

Pelbagai soalan yang dilemparkan kepada kerajaan akibat dari kejadian ini. Berikut adalah artikel rasanya logik untuk dibaca:
KES LAHAD DATU

Sebelum bercakap sesuatu, fikirkan dahulu.. 

MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?

Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasanyang diceroboh.



Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.



DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?



Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?

Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang. 

Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.

Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik LahadDatu dengan demonstrasi jalanan Bersih , kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.

Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.
------------------------------------------
Al-Fatihah kepada pejuang negara. Semoga Balu dan Anak-anak terus tabah menghadapi ujian Allah ini. 

p/s: Sebelum bercakap sesuatu, fikirkan dahulu.. Kerana dosa yang paling senang kita tuai ialah melalui lisan. Allahu' Alam.. 

Kredit FB : Roslan Md.Sani
-4L5
Sekarang ini kejadian itu sudah meragut nyawa dan menjadikan isteri seorang balu serta anak seorang yatim. Parti politik sibuk menunding jari sesama sendiri atas kejadian ini. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Siaran arus perdana semakin galak menyiarkan kejadian ini ada kaitan dengan Anwar Ibrahim dan tropper parti alternatif semakin galak menyalahkan kejadian oleh didalangi oleh parti pemerintah.

Jikapun Anuar Ibrahim benar-benar terlibat mengapa tidak ditangkap sahaja beliau. Tidak perlulah mengwar-warkan perkara yang belum tentu betul. Apakah Anuar Ibrahim begitu kebal untuk ditangkap. Siaran arus perdana misalnya tidak perlu mengwar-warkan perkara ini sekiranya perkara ini masih dalam siasatan. Jelas dan nyata bahawa perkara ini boleh menjatuhkan maruah orang lain. Saya mual berita yang disiarkan di arus perdana.

Tropper parti alternatif pula sibuk menyalahkan beberapa orang ahli Umno di Sabah dan ahli PEKIDA. Ini juga perkara yang memualkan saya kerana sekiranya benar mengapa tidak ditangkap. Kalaupun perkara ini belum tentu betulnya mengapa perlu diwar-warkan. Mereka-mereka ini juga kebal untuk ditangkap ke? Ini semua POYO!!!

Tian Chua pula sibuk menyatakan bahawa kejadian di Lahad Datu adalah sekadar sandiwara. Kenyataan apakah seperti ini. INI SAYA SEBUT KENYATAAN DURI DALAM DAGING. Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyuntik kebencian dan perpecarahan masyarakat Melayu.

Nyawa orang awam, komando, polis dan pengawal keselamatan negara sekarang di ancam bahaya. Setakat ini 8 orang dikatakan sudah terbunuh di pihak kita. Berapa orang lagi gugur. Apakah mereka tersilap catur bahawa pembrontak adalah umpama semut yang mudah di tumbangkan. Saya berharap pengawal keselamatan negara kita tidak memandang rendah kebolehan pemberontak.

Persoalan yang membenih di fikiran saya dan orang-orang seperti saya tidak akan pernah ada jawapannya sampai bila-bila kerana undang-undang negara Malaysia belum memutuskan siapakah yang bersalah atas kejadian ini. Saya tidak akan memandang pada fitnah-fitnah yang di nyatakan di media arus perdana dan media arus alternatif.

PRU 13 semakin hampir. Mengundi itu adalah kewajiban dan orang yang di undi tidak jelas kewibawaannya. Serangan demi serangan peribadi dibuat. Siapakah yang bersalah dan siapa yang betul tidak jelas.

TOLONG SEBARKAN!
Update info pasal mangsa yang terkorban xde masalah ataupun update info agar setiap org berhati2 juga tiada masalah...tapi JANGAN UPDATE info mengenai pergerakan PDRM dan ATM di luar sana!!!

tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn update dekat facebook kalau ternampak ATM tgh buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..percuma Penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2 simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!!

Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana2 sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Tolong jangan merasa bangga dgn maklumat yg anda sebarkan... Anda hanya akan mengeruhkan lg keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara... Sekarang anda juga memegang amanah negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...

#JomBincangElokElok

Reactions:

1 comments:

  1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada pahlawan negara yang gugur syahid di Sabah dan saya menyeru kepada pembaca beloya2u untuk sama-sama mendoakan keselamatan mereka di sana. Isu ini cukup panas pada ketika ini. Setiap orang di ceruk Malaysia bercakap mengenai perkara ini. Setiap orang mencari punca masalah dengan apa yang terjadi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.