COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JALAN TAR EPISOD 7: JALAN TAR DI ANAK TIR

Lebih kurang pukul 10 pagi telefon di Talikhidmat 082-555999 dihubungi bagi mengesahkan penerimaan email aduan yang dihantar kurang 24 jam dari malam tadi. Namun begitu, agak menghampakan apabila pusat Talikhidmat menyatakan tidak menerima sebarang email yang dihantar. Perkara ini bagaikan kebiasaan kerana kebanyakkan email kerajaan tidak dapat menerima email dari domain yahoo, gmail dan hotmail. Pengalaman telah membuktikan terdapat kelemahan penerimaan email kerajaan dari email awam yang lain.

Email yang tidak diterima itu kemudian dihantar semula dan pengesahan melalui panggilan telefon akan dibuat sebelah petang. Tetapi pengesahan tidak dapat dibuat berikutan talian menghadapi masalah.

Lebih kurang pukul 2 petang. Email dari Biro Pengaduan Awan (BPA) diterima menyatakan aduan yang dibuat di laman web BPA telah dipanjangkan kepada Pengurus Pusat Talikhidmat Sains Centre, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching.

Email yang diterima adalah seperti berikut:
Muka 1 - 3
Muka 2 - 3
Muka 3 - 3

 Ini bermakna perkara ini akan di uruskan oleh pihak Pusat Talikhidmat Sains Centre. Tidak dikenal pasti apa kaitan sains dengan aduan yang dilakukan. Tetapi esok akan dipastikan telefon pusat Talikhidmat berdering untuk menjawab segala persoalan.

Sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan dan tiada alasan yang logik diberikan maka langkah berikut akan dilakukan.

Sasaran laman sesawang:
http://www.sprm.gov.my/laporkan-rasuah.html

Kaedah menyalurkan maklumat :

  1. Datang ke pejabat SPRM berdekatan (Senarai pejabat SPRM)
  2. Melalui Sistem Pengurusan Maklumat atau “Complaint Management System”. Login dan hantar maklumat melalui borang yang ringkas. Klik untuk ke Sistem
  3. Menulis E-mel kepada maklumat kepada : info@sprm.gov.my.
  4. Menulis surat ke alamat pejabat Ibu Pejabat SPRM atau mana-mana Pejabat SPRM Lihat senarai alamat pejabat SPRM
  5. Anda juga boleh menghantar faks ke talian 03-8889 4329.
  6. Melalui talian bebas tol 1-800-88-6000 Atau talian tetap 03-88867000 / 7545 / 7546
  7. Hantarkan SMS ke talian 019-6000696.

Kes ini akan dipantau dari masa ke semasa dan nantikan episod selanjutnya dalam masa terdekat.

Reactions:

1 comments:

  1. Sasaran laman sesawang: http://www.sprm.gov.my/laporkan-rasuah.html Kaedah menyalurkan maklumat : Datang ke pejabat SPRM berdekatan (Senarai pejabat SPRM) Melalui Sistem Pengurusan Maklumat atau “Complaint Management System”. Login dan hantar maklumat melalui borang yang ringkas. Klik untuk ke Sistem

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.