اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JALAN TAR EPISOD 6: JALAN TAR DI ANAK TIRI

Tidak sampai 24 jam aduan menggunakan laman Biro Pengaduan Awam telah mendapat respon dan respon yang pertama yang diperolehi dalam beberapa minit iaitu auto respon dari laman web tersebut adalah surat maklum balas penerimaan seperti di bawah ini.

surat auto respon BPD
Maklum balas berikutnya adalah surat dari pihak BPA menyatakan untuk menyalurkan aduan ini kepada Pusat Talikhidmat dan Unit Permodenan Perkhidmatan Kualiti,  kepada Jabatan Ketua Menteri Sarawak melalui pusat tali khidmat di talian 082-555999 atau email ke alamat 555999@sarawak.gov.my atau melayari web di http://talikhidmat.sarawak.gov.my untuk menyemak status aduan. Suratnya adalah seperti berikut:

Surat respon dari pegawai BPA dalam masa kurang 24 jam
(tahniah BPA)

Namun isu ini harus di selesaikan dengan segera dan tidak mahu masa di ambil lebih lama dengan terus membuat aduan melalui email 555999@sarawak.gov.my. Isi email adalah seperti berikut:

Salam sejahtera,
Berikut adalah aduan saya kepada BPA dan pihak BPA mengarahkan saya untuk menghubungi pihak tuan/puan berkaitan dengan aduan saya berikutan aduan saya adalah di bawah bidang kerajaan Negeri Sarawak. Isi aduan saya adalah seperti berikut:
TAJUK:JALAN TAR TIDAK DI LULUSKAN DI LALUAN YANG SEPATUTNYA
BUTIRAN:Saya amat tekilan dengan apa yang berlaku di Kampung Trusan Jaya Sematan, Lundu. Rumah saya adalah lot yang diluluskan oleh Jabatan Ukur dan jalannya wujud di dalam peta kampung. Tetapi Jalan Tar tidak dibuat ke atas jalan yang melalui rumah saya yang panjangnya hanya lebih kurang  80 meter. Sebaliknya jalan yang tidak wujud dalam peta kampung dapat kelulusan jalan ber tar.  Apakah kami tidak mampu membayar wang saguhati tidak akan diluluskan jalan ber tar? Jalan yang ada sekarang mudah di naiki air ketika air pasang.  
TERHADAP AGENSI:Jabatan Kerja Raya 
TINDAKKAN YANG DI AMBIL OLEH PENGADU:Memohon mendapat jalan ber tar di Majlis Daerah Lundu dan memanjangkan surat permohonan kepada wakil rakyat sejak 2005, 2008, 2012 dan 2013 (4 kali). Kami menerima respon tetapi janji tidak pernah ditepati.
TINDAKKAN YANG DIKEHENDAKI DARI BPA:Memanjangkan isu ini kepada wakil rakyat dan Jabatan Kerja raya. Mendapat jawapan yang logik atas kesulitan ini. Melibatkan SPRM sekiranya isu ini melibatkan rasuah.
Bersama email ini saya sertakan gambar-gambar sekitar jalan ke rumah saya dan rumah kejiranan yang dinaiki air serta surat arahan rasmi oleh pihak BPA untuk menghubungi pihak tuan/puan. Saya berharap masalah dan isu ini diselesaikan dengan segera. Saya menunggu respon dari pihak tuan/puan.
yang benar,
XXXXXxXX
XXxxxXXXXXX
Email dihantar bersama dengan bukti-bukti masalah yang dihadapi.

Penantian berikutnya adalah menunggu respon dari Pusat Talikhidmat dan Unit Permodenan Perkhidmatan Berkualiti, Jabatan Perdana Menteri Sarawak.

Esok 5 Mac 2013 akan dipastikan telefon Tali Khidmat pihak Pusat Talikhidmat akan berdering bagi mencari dan usaha menyelesaikan masalah ini.

Reactions:

1 comments:

  1. Memohon mendapat jalan ber tar di Majlis Daerah Lundu dan memanjangkan surat permohonan kepada wakil rakyat sejak 2005, 2008, 2012 dan 2013 (4 kali).

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.