COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JALAN TAR EPISOD 5: JALAN TAR DI ANAK TIRI

Episod yang lalu saya siarkan secara am sahaja kerana kes ini dikatakan akan selesai oleh individu yang terlibat. Tetapi kali ini sudah masuk tahun 2013 dan kali ke 4 rayuan dibuat ke atas sesuatu yang sepatutnya tidak perlu di rayu atau dipohon. Artikel ini akan dimasukkan ke dalam Label khas bagi tujuan rujukkan pada masa-masa akan datang untuk orang-orang yang senasib dengan kami. Label yang saya tetapkan adalah "MEMOHON JALAN TAR".

Saya telah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam mengenai masalah ini. dan linknya adalah seperti di bawah:


Aduan pada 4 Mac 2013 12.15am  adalah seperti berikut:

TAJUK:JALAN TAR TIDAK DI LULUSKAN DI LALUAN YANG SEPATUTNYA

BUTIRAN:Saya amat tekilan dengan apa yang berlaku di Kampung Trusan Jaya Sematan, Lundu. Rumah saya adalah lot yang diluluskan oleh Jabatan Ukur dan jalannya wujud di dalam peta kampung. Tetapi Jalan Tar tidak dibuat ke atas jalan yang melalui rumah saya yang panjangnya hanya lebih kurang  80 meter. Sebaliknya jalan yang tidak wujud dalam peta kampung dapat kelulusan jalan ber tar.  Apakah kami tidak mampu membayar wang saguhati tidak akan diluluskan jalan ber tar? Jalan yang ada sekarang mudah di naiki air ketika air pasang. 

TERHADAP AGENSI:Jabatan Kerja Raya

TINDAKKAN YANG DI AMBIL OLEH PENGADU:Memohon mendapat jalan ber tar di Majlis Daerah Lundu dan memanjangkan surat permohonan kepada wakil rakyat sejak 2005, 2008, 2012 dan 2013 (4 kali). Kami menerima respon tetapi janji tidak pernah ditepati.

TINDAKKAN YANG DIKEHENDAKI DARI BPA:Memanjangkan isu ini kepada wakil rakyat dan Jabatan Kerja raya. Mendapat jawapan yang logik atas kesulitan ini. Melibatkan SPRM sekiranya isu ini melibatkan rasuah.
_________________________

Saya menunggu respon dari BPA dan apakah BPA ini benar-benar berfungsi membantu rakyat. Tunggu episod seterusnya.

Berikut adalah gambar-gambar yang berkaitan:
 (KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMBESARKANNYA)
PANDANGAN DARI SISI RUMAH YANG HAMPIR DINAIKI AIR

PANDANGAN DARI BELAKANG RUMAH

PANDANGAN JALAN YANG TIDAK DAPAT DILALUI KERETA

JALAN YANG DITENGGELAMI AIR

JALAN YANG DITENGGELAMI AIR


JALAN YANG DITENGGELAMI AIR

JALAN YANG DITENGGELAMI AIR

JALAN YANG DITENGGELAMI AIR

Reactions:

1 comments:

  1. Episod yang lalu saya siarkan secara am sahaja kerana kes ini dikatakan akan selesai oleh individu yang terlibat. Tetapi kali ini sudah masuk tahun 2013 dan kali ke 4 rayuan dibuat ke atas sesuatu yang sepatutnya tidak perlu di rayu atau dipohon.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.