COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MATAHARI TERBIT DARI BARAT DAN AHLI FIZIK PELUK ISLAM

Pusat Islam Kyiv

Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.

Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.

Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry

Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu.

Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut. Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat. Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.

Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah.

Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).

Sumber : HM

MUHAMMAD ALI MENILAI BELIAN, MUTIARA, EMAS DAN ANAK PEREMPUANNYA

Cara Muhammad Ali Menasihati Anak-anak Perempuannya Agar Berhijab :

silakan Share lepas baca..

Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.


Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu.

"Hana, segala-galanya yang dicpta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. "

sumber:

KISAH GADIS CINA MASUK ISLAM

Kisah ini sudah lama tetapi bagi saya artikel ini patut di ingati. Apabila seseorang itu mencari agamanya dan mendalami agamanya tidak kiralah agama islam, kristian, budha atau sebagainya. Dalami ilmu agama dan anda akan temui kebenaran di dalamnya serta sebarkan jika kamu yakin tentangnya. Lihat dan dengarlah pendapat orang yang bijak pandai mengenainya.

Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah Untuk Renungan

Tahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan Cina yang kini sudah pun memeluk agama Islam.

Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.

Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini.

Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.

Loo Jo Yee Binti Abdullah

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.

Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

BANGSAMORO DAN KEDAULATAN SABAH

OPERASI MERDEKA : SABAH HARUS DIRAMPAS

24.Misi rahsia ini diberi gelar kod sebagai “OPERASI MERDEKA”.

25.Marcos kemudian memujuk seramai 300 pemuda dari anak bangsa Melayu Moro untuk dilatih sebagai pasukan khas dan akan melaksanakan tugas-tugas sabotaj serta clandestine di Sabah termasuk dengan tujuan untuk menyemarakkan api permusuhan di antara rakyat Sabah ke atas kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.

26.Mereka semua dilatih di sebuah kem khas di Pulau Corregidor, Filiphina dan Marcos menyangka para anak bangsa Melayu Moro ini akan gelap mata dengan kisah-kisah dogeng bahawa kegemilangan kesultanan bangsa mereka akan berjaya ditegakkan di Sabah.

27.Siang malam para pemuda ini dilatih dan pemikiran mereka didoktrinkan dengan kebencian ke atas Malaysia serta kegemilangan bangsa Melayu Moro jika Sabah berjaya ditawan.

28.Sehinggalah pada satu malam…………

29.Segalanya terjadi dengan izin Allah, yang mengasihani kita semua dan mahu memelihara negara ini dari segala api kebencian kerana sudah tertulis, negara ini akan muncul untuk membantu banyak bangsa dan umat Islam yang teranianya dari Bosnia sampailah ke Rohingya, sudah tertulis bahawa tanah-tanah milik Melayu ini akan memberi perlindungan kepada mereka yang dizalimi (kisahnya saya akan tulis pada masa hadapan, Insya Allah).

30.Para pejuang ini menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila memikirkan tidak ada satu titis noda dosa pun yang ditimpakan oleh para saudara mereka di Sabah, khususnya Malaysia ke atas orang-orang Melayu Moro ini.

31.Mengapa perlu sebab mereka menentang dan membunuh saudara-saudara Islam dan sebangsa mereka di negara baru ini iaitu Malaysia.

32.Mereka kemudian nekad untuk balik ke kampung halaman masing-masing di Mindanao walaupun mendapat tentangan dari jurulatih dan komander Filiphina mereka.

33.Pasukan komando dan tentera Filiphina kemudian memburu mereka, dengan senjata terhunus, peluru-peluru tidak bermata ini menembusi tubuh-tubuh pejuang bangsa Moro tadi, gugurlah mereka syahid di tanahair sendiri.

34.Hujan turun lebat pada malam itu, membawa aliran darah yang tersimbah untuk mencuci bumi dan menghilangkan tangisan air mata dari para pejuang yang tidak putus-putus menyebut kalimah “La Ilah Ha Il Allah” di saat-saat menahan peri penderitaan dan kesakitan akibat tubuh dan nyawa yang sedang nazak untuk ditarik Malaikat Maut.

35.Akhirnya 299 pejuang yang berani itu gugur syahid dalam peristiwa hitam yang dikenali sebagai “Pembunuhan beramai-ramai Jabidah” yang berlaku pada tahun 1968.

Pejuang Moro, adakah anda tahu bahawa sayap pertempuran dan politik mereka ditubuhkan di bumi Malaysia???

36.Musuh-musuh dan para pembunuh ini fikir mereka mungkin mampu menyembunyikan dosa hitam mereka tetapi mereka tidak menyedari, seorang dari mangsa pembunuhan berama-ramai ini berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah untuk balik ke kampungnya.

37.Habis dipanggil seluruh kampung dan masyarakat serta orang-orang tua, para ustaz dan ulamak bangsa Melayu Moro berkenaan untuk mengetahui pembunuhan dan sembelihan beramai-ramai 299 pejuang mereka yang ditipu oleh tentera Marcos.

38.Akibat dari kejadian ini, masyarakat Islam dan Melayu Moro bangkit dengan sejata dan pada zaman itu, Moro National Liberation Front (MNLF) ditubuhkan di lokasi yang dirahsiakan di Malaysia. 39.MNLF kemudian diganti dengan Moro National Liberation Front (MILF).

MALAYSIA STRIKES BACK

40.Tahun 1981, Tun Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Allahyarham Tun Hussein yang meletak jawatan.

41.Tun tahu bahawa para pejuang Moro ini sudah lama meminta bantuan Malaysia dan Tun tahu, Tun Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan para pejuang Moro ini.

42.Tidak ada tempat lain untuk para pejuang yang teranianya ini untuk mengadu nasib dan meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali kepada saudara-saudara mereka yang berada dalam Malaysia ini.

43.Bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Malaysia terus diberi tetapi harus dirahsiakan kerana ini akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan Manila malah jika ia bocor, ia akan memberikan imej yang kurang menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.

44.Rakyat tidak ramai yang mengetahui kisah ini dan saya seringkali merasa sedih kerana ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri, negara sendiri dan angkatan tentera kita.

45.Di bawah Mahathir, hubungan kerajaan Malaysia diteruskan untuk membantu para pejuang Moro dan pada malam dingin, bot-bot laju milik komando Malaysia bergerak membelah ombak dan mengharungi pekat malam dengan berpandukan bintang di langit untuk menghantar bekalan senjata dan peluru kepada saudara-saudara mereka di Mindanao dan pulau-pulau di sekitarnya.

46.Para pejuang dan para komander mereka di bawa balik ke Semenanjung Malaysia untuk dilatih di kem-kem rahsia milik tentera dengan taktik peperangan gerila yang baru sahaja membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menundukkan ancaman pengganas komunis.

47.Ya saudara-saudara, Amerika Syarikat (AS), Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur di bawah kaki komunis, tetapi Malaysia, kita menjadi satu-satunya negara yang berjaya menewaskan para petualang tanahair ini.

48.Anak isteri tidak tahu ke mana suami-suami mereka bermalam, ayah dan ibu tidak tahu ke mana anak-anak mereka ini bermain sebagai anggota tentera.

49.Para komando ini tahu, jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur di laut atau ditanam di tanah bumi asing tanpa sebarang kibaran bendera, tanpa sebarang tanda kecuali tangisan isteri dan anak-anak yang bakal kehilangan suami serta bapa-bapa mereka dengan alasan yang mampu diterima akal.

50.Amanah negara harus dipegang….saudara Islam yang teranianya harus dibantu.

51.Tun juga tahu dari maklumat yang disampaikan oleh para pejuang Islam Melayu Moro ini, bahawa Filiphina masih mahu menuntut Sabah dan mempunyai bukti serta dokumen-dokumen yang kukuh untuk mendapatkan Sabah hasil dokumentasi yang diperolehi apabila kesultanan Sulu berjanji dengan Syarikat Hindia Timur dulu.

OPERASI SABAH SELAMANYA

52.Tun Mahathir kemudian memanggil komander-komander komando ini untuk memberikan amanat penting demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah yang akan memberikan impak besar kepada penubuhan Malaysia.

51.Perdana Menteri itu sudah mendapat tahu dokumen mengenai Sabah dari Kesultanan Sulu wujud dan ia perlu diambil, apa sekali pun, operasi itu dikenali sebagai OPERASI SABAH SELAMANYA

Agak-agaknya macam inilah tujuh komando tu buat operasi (gambar ehsan dari para kroni saya di forum Panggilan Pertiwi)

Tujuh lelaki Melayu yang paling berani…(gambar hiasan je, gambar dari sahabat saya Falihin, Dinding Straits Photography, member punya pasal, kenalah letak kredit)

52.Operatif-operatif dan agen rahsia Malaysia sudah pun berada di Manila untuk mencari dokumen tersebut dan melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar AS, dokumen tersebut yang tersimpan rapi dalam Istana Presiden iaitu Istana Malacanang, Manila berjaya di bawa keluar oleh para pengkhianat Filiphina.

53.Sekarang Tun Mahathir mengarahkan komando-komando ini untuk berjumpa dengan kontek dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.

54.Maka pasukan komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu ke Manila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam model istana tiruan Malacanang yang dibina khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.

55.Kehadiran komando ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Moro kerana kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.

56.Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, malangnya, pasukan khas Filiphina sebenarnya sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.

57.Para komando Malaysia itu terperangkap.

58.Tujuh lelaki Melayu yang gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan komando dan para pengawal Istana Presiden.

59.Peluru berganti…tembakan bertalu-talu dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku, trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba-tiba menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.

60.Pihak perisikan ATM yang memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepada tujuh lelaki Melayu tadi.

61.Segala-galanya menjadi sengal, tiba-tiba keadaan yang pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir berpusing 360 darjah apabila para komando Malaysia yang gagah berani ini terkepung.

62.Masa hadapan negara kita benar-benar “TERGANTUNG” dalam keadaan yang sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.

63.Bekalan peluru yang sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yang lebih jauh.

64.Dengan segenap tenaga yang ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yang sangat-sangat penting untuk kestabilan Malaysia.

65.Sebelas orang yang terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando Filiphina terkorban dalam insiden yang berlaku sekitar tahun 1980an itu.

SENGKETA YANG LAMA AKHIRNYA PUDAR

66.Kejayaan ini Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar disambut secara kecil-kecilan dikalangan orang-orang kepercayaan pihak tentera dan Perdana Menteri.

67.Filiphina berterusan menuntut Sabah sehingga ke hari ini tetapi ibarat ayam berkokok, kokoknya dipandang sinis, sehingga sekarang negara itu tetap menjalankan perang sarafnya tetapi ini episod lain yang akan saya cerita kemudian hari.

68.Ferdinand Marcos kemudian diguling rakyat selepas beliau terlibat dalam pembunuhan seorang ahli politik Filiphina iaitu Benigno Aquino dan beliau serta isterinya melarikan diri ke AS.

69.Presiden yang kejam itu akhirnya mati dalam buangan pada 28 September 1989 di Hawai, AS.

70.Segalanya hampir selesai, kini masalah Sabah sudah diselesaikan dan Filiphina pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang Islam Moro Filiphina.

71.Kerajaan Melayu Islam di Kuala Lumpur pula tidak pernah melupakan penderitaan saudara-saudara mereka di Mindanao, usaha damai dirintis malahan, kerajaan Malaysia tidak lokek untuk menghantar askar-askar ke Selatan Filiphina untuk memastikan kedamaian wujud, walaupun penghantaran ini tidak mendapat tajaan dari PBB.

72.Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak pula, beberapa kali mengarahkan Zahid Hamidi untuk bertemu dengan para pejuang dan juga kerajaan Filiphina untuk mengukir damai.

73.Sudah terlalu lama, umat Islam Moro ini menderita api peperangan dan penderitaan, beratus tahun mereka berjuang menentang penjajahan Sepanyol, kemudian AS dan pada sejarah moden, terpaksa menentang kerajaan sendiri yang menzalimi mereka dengan penganiayaan dan pembunuhan beramai-ramai.

Najib dan Presiden Filiphina tersenyum selepas melihat perjanjian damai Manila antara MILF dan kerajaan Filiphina

74.Akhirnya, melalui usaha kerajaan dan para pemimpin Melayu Malaysia, kedua-dua pihak yang sudah bertelagah lebih dari 30 tahun itu akhirnya duduk semeja menandatangani rangka perjanjian yang akan membawa pemerintahan berautonomi di Selatan Filiphina.

75.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Filiphina Benigno Aquino III melihat perjanjian bersejarah itu termeterai pada 15 Okt 2012 di Manila.

76.Benigno Aquino III pula adalah anak kepada ahli politik yang telah dibunuh oleh Marcos yang saya ceritakan pada para ke 66 tadi.

77.Najib tersenyum kesyukuran kerana bantuan yang mulakan oleh ayahnya dengan membenarkan para pejuang Moro membentuk MNLF di bumi Malaysia akhirnya terhasil.

78.Wilayah autonomi itu akan dikenali sebagai tanah BANGSAMORO.

PANDUAN DAN STRATEGI HARGA PROMOSI

Kepada usahawan-usahawan yang ingin membuat harga promosi. Di sini, saya sertakan beberapa teknik dan tips atau jenis harga promosi yang boleh dibuat. Dengan caya ini, usahawan boleh menarik pelanggan untuk membeli produk.

HARGA LOSS LEADERS
Strategi ini biasa digunakan oleh kedai dan pasar raya. Dalam strategi ini, peniaga akan memberikan diskaun bagi beberapa jenis produk sahaja. Ini bagi menarik pengguna datang ke kedai mereka. Apabila pengguna datang membeli produk diskaun itu, mereka juga biasanya tertarik membeli produk yang tiada diskaun.

PERISTIWA KHAS
Strategi ini mengambil kesempatan atas hari-hari istimewa dan mengadakan jualan murah yang berkaitan dengan hari istimewa itu. Contohnya pasar raya menjual ketuhar gelombang mikro dengan harga diskaun beserta sebuah buku resipi sempena hari ibu ataupun menjual permainan pada harga diskaun sempena hari kanak-kanak.

KADAR FAEDAH RENDAH
Kadar faedah rendah banyak digunakan dalam industri kereta, bank ataupun kad kredit, Contohnya, kadar faedah semasa adalah lima peratus, tetapi penjual memberikan promosi dengan kadar faedah dua peratus dan sebagainya.

WARANTI YANG LEBIH LAMA
Waranti yang lebih lama daripada biasa diberikan bagi menarik minat pembeli.

SERVIS PERCUMA
Bagi produk-produk yang memerlukan servis selepas jualan seperti kereta ataupun barangan elektrik, pengeluar mampu menarik perhatian pembeli dengan memberikan servis selepas jualan percuma.

REBAT TUNAI
Rebat adalah memulangkan semula bahagian wang yang dibayar kepada pelanggan. Ianya berbeza dengan diskaun. Apabila kita membeli seluar beharga RM100.00 dengan mendapat rebat 50%, maka kita perlu membayar seluar itu sebanyak RM100.00, tetapi kemudian kita akan diberi resit atau dokumen bernilai RM50.00 yang dapat digunakan sebagai nilai pembelian bagi produk lain.

TANPA KOMBINASI PEMASARAN 4P

Kombinasi ini saling memerlukan antara satu sama lain supaya kita dikategorikan sebagai menjalankan aktiviti pasaran. Dengan itu, tidak berlaku lagi salah faham berkenaan konsep yang mengatakan pemasaran adalah aktiviti menjual barang-barang ataupun pemasaran adalah hanya mengedarkan produk ke pasar raya semata-mata.

PRODUK
Membina produk yang memenuhi kehendak pengguna.

PENENTUAN HARGA
Menentukan harga produk yang dapat membuatkan pengguna merasakan harga itu sesuai dan akhirnya membeli produk itu.

PENGEDARAN
Memastikan produk itu sampai ke tangan pengguna.

PROMOSI
Memastikan maklumat kewujudan produk itu sampai kepada pengguna.

Sekiranya kekurangan salah satu P, perkara berikut mungkin terjadi:

Produk dibuat dengan baik, harga ditentukan dengan menarik, barang diedarkan sehingga sampai kepada pengguna tetapi tiada promosi.
Hasilnya : Pengguna tidak tahu kewujudan produk.

Produk dibuat dengan baik, harga ditentukan dengan menarik, promosi dibuat secara besar-besaran tetapi barangan tidak sampai ke lokasi pengguna. 
Hasilnya : Pengguna tidak dapat membeli produk itu.

Produk dibuat dengan baik, promosi dibuat secara besar-besaran, barang sampai ke destinasi pengguna tetapi harga tidak memuaskan hati pengguna. 
Hasilnya : Pengguna tidak mahu membeli produk itu kerana tidak berpuas hati dengan harga.

Promosi dibuat secara besar-besaran, barangan sampai ke lokasi pengguna, harga berpatutan dan menarik perngguna tetapi produk tidak dibuat dengan baik dan tidak memuaskan hati pengguna. 
Hasilnya : Pengguna tidak mahu membeli produk itu kerana tidak berpuas hati dengan kualiti produk.

YAHUDI IKUT AMALAN RASUL KITA DAN KITA!!

BIJAKnya....

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. 

HATI-HATI kawan! SHARE jika anda suka dengan artikel ini.

KISAH KETUA PADERI MASUK ISLAM


Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.


BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya Saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah. Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi di Saya Bertugasdi Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul.

Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, “Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini”. Dia terkejut dan bertanya, “Apa yang kamu ragukan?” Saya berkata, “Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya.” Beliau berkata, Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,” Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, “Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.

Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa.”

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, “Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong”. Saya menyoalnya, “Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?” Beliau menjawab, “Dia Tuhan. “Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah).” Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, “Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?” Beliau menjawab, “Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama.” Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, “Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian.”Saya katakan padanya, “Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?” Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
  1. Ekaristi Pembaptisan – seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci. 
  2. Ekaristi Pengakuan – mengaku dosa di hadapan paderi iii. Ekaristi Maha Kudus – memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
  3. Ekaristi Minyak Suci – air suci 
  4. Ekaristi Krisma – penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma 
  5. Ekaristi Imaman – menjadi paderi 
  6. Ekaristi Perkahwinan – hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. 

Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.

Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Sebenarnya agama Kristian ini tidak salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun ’78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenar dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari.” Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebutkan sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu Semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.

Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah.

Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.’ Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku? Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, “Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku”. Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi.

Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?”Beliau berkata kepada saya, “Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w.” Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, “Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian). “Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.

Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.

Beliau terkejut dan berkata kepada saya, “Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah.” Saya katakan padanya,” Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam.” Seterusnya imam tersebut berkata lagi, “Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam.” Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, “Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?” Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam. Kekuatan Diri Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan kepada mereka, “Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus.” Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, “Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam.” Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, “Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam.” Bapa saya berkata kepada saya, “Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!” Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu.

Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad di anggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepda seorang doktor, “Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?” Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu.

Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. 

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;”Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara.” Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. 

Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu.” Saya katakan kepadanya, “Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran.” Saya katakan lagi padanya, “Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran.” Maksud sebenar ayat tersebut ialah “Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, “Apakah angan-angan kosong itu?” Saya katakan,” Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. 

Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?” Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?” Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapakah Sasaran Kristian?

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu”. Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. 

Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. 

Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat ‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.’ 

sumber: HM 
Wallahu’alam….

USAHAWAN TIPS: MEMILIH PEMBEKAL

Seorang usahawan tidak dapat lari dari memerlukan antara satu dengan yang lain. Antaranya ialah pembekal di sini saya sertakan tip-tip memilih pembekal:

KETEPATAN MASA PENGHARGAAN
Kelewatan menghantar bekalan bahan mentah dapat mengganggu pengeluaran. Ini menyebabkan pelanggan beralih kepada peniaga lain kerana barang yang diperlukan selalu kehabisan stok. Tukar kepada pembekal lain jika masalah kelewatan kerap berlaku dan serius.

KEMUDAHAN KREDIT
Peniaga yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi perlu memastikan pembekal menawarkan pembelian secara kredit. Pembelian kredit membantu apabila syarikat tiba-tiba mengalami kekurangan tunai.

PRODUK YANG DIBEKALKAN DALAM KEADAAN BAIK.
Pembekal diklafikasikan sebagai pembekal tidak baik sekiranya barang yang dibekalkan kerap rosak ataupun tidak memenuhi tahap kualiti yang kita inginkan. Jika keadaan ini berlaku, segera tukar kepada pembekal lain.

KEPELBAGAIAN PRODUK YANG DIBEKALKAN.
Adalah baik jika pembekal itu dapat membekalkan pelbagai jenis barang yang kita perlukan. Dengan itu, kita tidak perlu berurusan dengan ramai pembekal.

MEMBERIKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN
Sebaik-baiknya pembekal itu dapat memberikan pelbagai jenis perkhidmatan. Contohnya pembekal dapat menyediakan jurujual, membaiki kerosakkan ataupun perkhidmatan selepas penghantaran.

DEBAT SPONTAN PRU13

Selamat sejahtera semua pembaca beloya2u.com. PRU13 semakin hampir. Perang saraf bagaikan gelombang di setiap penjuru dan sudut. Tiada pentingnya lagi halal, haram, kebenaran dan fitnah. Bila rakan bertanya kepada aku, "engkau sokong pihak yang mana?" Jawapan spontan aku adalah "Aku tidak sokong mana-mana pihak, aku adalah pengadil". Namun satu perkara yang aku kejar iaitu KEAMANAN.

"KEAMANAN?!! keamanan jenis apakah ini rasuah, penipuan, korupsi dan pembaziran berlaku secara berleluasa?" Bentak rakan ku. Aku sebenarnya tidak berapa selesa berdebat mengenai politik jika ianya dipengaruhi dengan emosi yang boleh mengundang kepada pergaduhan. Dengan tenang aku berkata "Siapa yang melakukan rasuah? Siapa yang korupsi? siapa yang melakukan pembaziran? apakah difinisi semua itu? bermula di manakah semua itu berlaku?"

Rakanku diam sejenak berfikir mengenai jawapan pada persoalan aku. "Kerajaan yang melakukan rasuah, penipuan, korupsi dan pembaziran. Aku berdiri sebagai rakyat adalah untuk menentang semua itu!!". Sungguh apuh jawapan itu. Lantas aku memberi lagi soalan kepadanya. "Siapakah kerajaan yang melakukan rasuah? adakah engkau pasti itu adalah kerja kerajaan 100%?." Nada suara yang tenang adalah penting dalam menjaga pendebatan setiakawan bagi memastikan tiada siapa yang terguris di hati. Ini lebih kepada perbincangan.

Rakanku diam sejenak dan aku menyambung. "Senarai korupsi, pembaziran, penipuan dan rasuah yang digembar-gemburkan adalah senarai bermula pada awal tahun 80an. Orang yang menyenaraikan perkara itu adalah orang yang terlibat dengannya suatu ketika dahulu dan kini membongkarnya kerana hasrat hatinya tidak dipenuhi. Itu pada pendapat aku adalah balas dendam dan atas kepentingan peribadi. Orang yang berdiri di barisan hadapan yang melaungkan perkara itu adalah orang-orang yang inginkan keadilan tetapi menolak keamanan kerana menyuntik kebencian yang mengundang pepecahan."

Rakan ku kemudian menyambung. "Itu semua adalah kebenaran dan kita harus tentang dan tentang!!.". Bagus semangat rakan ku yang cintakan kebenaran puji ku. Lalu soalan lagi dilemparkan "Apakah tiada jalan lain lagi untuk menentang dan tentang pada rasuah, korupsi, penipuan dan pembaziran? dan apakah kerajaan yang sedia ada sekarang tidak menentang semua itu?. Apakah anda yakin parti alternatif sekarang tidak mengamalkan pembaziran, korupsi, rasuah dan penipuan?. Dalam satu-satu organisasi ataupun parti umpanya setandan pisang, tidak semuanya bagus dan pastinya ada yang buruk. Yang buruk itu lebih dipandang orang dari yang bagus. Aku kejar keamanan dan benci pada idiologi komunis serta misi senyap merampas hak kedaulatan bumiputra".

Rakanku kemudian menyambung. "Perkara ini akan berlanjutan sampai bila-bila sekiranya pucuk pimpinan utama sudah memberi tauladan yang tidak baik. Segala yang berlaku bermula dari dia. Segala yang terjadi adalah benar kiranya tuduhan tersebut tidak di ambil serius. Apakah mereka yang dituduh tidak bertindak memfailkan saman? Jika perkara itu fitnah maka failkan saman!! kita tengok siapa menang!!"

Dalam hati ku berkata "Mengapa tidak difailkan saman? benarkah semua itu?."

Cerita ini tiada mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia ataupun baru nak lahir,,,

HAH!! KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH!!??

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada kaum atau penganut agama lain di Malaysia yang terasa akibat artikel ini. Artikel ini di cedok dari sumber yang telah saya letak linknya di akhir artikel ini. Artikel ini adalah berkisar mengenai kesan penggunaan kalimah Allah kepada umat Islam. Sesaat pun ajaran Islam tidak akan mencampur adukkan agama lain dalam agamanya kecuali golongan yang sesat. 

Nama Allah hanya tertulis dalam Al-Quran dan secara khususnya digunakan oleh penganut Islam. Pengunaan kalimah Allah dari agama lain akan memberi kesan besar dengan akidah umat Islam dan itulah yang hendak dihindarkan. Al-Quran adalah kitab yang jaga kesahihannya dan tidak pernah di ubah-ubah untuk memuaskan hati manusia. Ianya berbeza dengan kitab-kitab lain yang pernah di turunkan sebelum Al-Quran.

Baca dan faham kisah di bawah ini
___________________________________


Pengalaman Pelajar Kita Di Indonesia

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

SILA SEBARKAN/SHARE...Nauzubillahiminzalik, Astaghfirullahaladzim

sumber

MENENTANG SIHIR BUKAN DENGAN SIHIR

Hari ini cuaca kelihatan baik. Cerah di awal pagi walaupun sebahagian jalan masih basah. Saya sekali lagi mengarang artikel ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan cerita yang boleh dijadikan tauladan serta menafaat kepada pembaca beloya2u.com. Saya harap yang saya kongsi ini dapat dikongsikan kepada yang lain.

Hari ini saya keluar awal pagi untuk minum pagi dengan seorang rakan. Berbicara mengenai soal perniagaan pada awalnya. Isu lain yang dibincangkan yang tak kurang hangat pada minggu ini ialah BR1M 2.0. Tetapi bukan itu yang saya nak ceritakan.

Rakan saya menghadapi masalah dengan adik beradiknya persis dengan masalah yang pernah saya hadapi dahulu. Saya tidak mahu kisah yang terjadi dengan saya berulang lagi dengan orang lain. Selagi mulut ini mampu berbicara untuk memberi nasihat dan berkongsi ilmu maka dengan izin saya tidak akan pernah rasa bosan untuk saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain.

Santau ataupun sihir adalah suatu perkara yang biasa kita dengar dan hampir semua tempat serta daerah mengalaminya. Apakah itu santau atau sihir? Pada asasnya santau atau sihir adalah kerja jin ataupun syaitan. Jin dan syaitan ini berkomplot dengan manusia-manusia. Hubungan ini di ikat dengan perjanjian yang akhirnya memakan diri sendiri. Kebanyakkan jin-jin yang terlibat adalah jin di kalangan ketua jin. Perjanjian ini akhirnya akan membuatkan jin itu angkuh kerana berjaya menundukkan manusia dengan perjanjian-perjanjian aneh.

Suatu masa dahulu arwah adik saya suspek terkena sihir yang tidak diketahui asal usulnya. Pelbagai andaian saya untuk menemui jawapan mengenainya. Kadang-kadang manusia jika jiwanya kosong maka jin akan mudah untuk menguasainya. Kadang-kadang ianya bukanlah sihir tetapi ianya datang dengan sendiri akibat daripada jiwa yang kosong tiada arah kiblat dan bertuhankan nafsu sendiri. Pendamping-pendamping dari kaum jin dengan sendirinya merasuki manusia tanpa melalui sihir umpama darah yang mengalir di seluruh tubuh manusia.

Akibat daripada itu, maka perubahan sikap dan personaliti berlaku. Hilang sifat kemanusiaan dan selalu bertindak di luar kewarasan. Sekiranya anda menemui manusia yang tidak memiliki sifat kemanusiaan atau anda sendiri yang mempunyai sifat tersebut maka ketahuilah bahawa bukan manusia tersebut atau anda sendiri yang akan menanggung akibatnya nanti. Tetapi keluarga, teman, saudara, rakan dan orang yang paling rapat dengan anda juga akan menerima bahana tersebut.

Bahana tersebut bukanlah datang dari kerasukan tetapi rintihan dan kesedihan isi hati mereka melihat anda bertindak di luar kewajaran. Emosi mereka akan terganggu lebih-lebih lagi seorang yang bernama ibu. Rakan-rakan anda akan disaluti dengan dosa akibat membenci anda. Satu perkara kecil boleh menjadi perkara yang besar umpasa seekor nyamok kecil membawa kuman denggi mampu membunuh ribuan manusia dengan menyebarkan kuman tersebut menjadi batilion nyamuk kecil.

Bagaimana mengatasi santau dan sihir ini adalah dengan kembali kepada sang pencipta yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Kita dibekalkan dengan ilmu rohani yang boleh membentuk dinding pada jiwa kita agar tidak mudah untuk ditumbangkan oleh jin-jin dan syaitan. Apabila hati sentiasa ingat padanya maka tidak mudah untuk hati itu di tundukkan malah hati itu bisa menundukkan hati yang lainnya jika ikhlas serta mengikut garis yang betul.

Amalan 3 Qul adalah salah satu anugerah pendinding rohani. Selain itu amalan al-kursi juga mampu memberi impak kepada pengamalnya dan individu sekitarnya. KLIK SINI untuk hikmah al-kursi.

Moga apa yang saya kongsikan ini memberi menafaat kepada pembaca beloya2u.com dan diharap disampaikan kepada yang lainnya agar anda mendapat mafaat yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.