COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

VIDEO UUM DAN PELAJAR DAN DOT DOT DOT

Video ini di ambil daripada youtube dengan jumlah 20,436 penonton setakat 14 Jan 2012 pukul 6.04pm. Apa yang dipaparkan di dalam video ini ialah seorang wanita atau pelajar wanita india UUM menyuarakan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan. 

Pelajar tersebut membandingkan kerajaan Malaysia dengan kerjaan lain yang menawarkan rakyatnya untuk mendapat pelajaran secara percuma. Tindakkan pelajar tersebut telah mewujudkan ketegangan dalam forum yang berlaku di dewan tersebut. Menurut blog lain, pelajar tersebut menyuarakan fakta dan ingin mendapat maklum balas dari pihak juri.

Akibat daripada kenyataan pelajar tersebut. Juri yang menguruskan forum tersebut bersuara bagi menghalang pelajar tersebut dari terus bercakap. Ini kerana belajar tersebut telah menimbulkan ketegangan dalam forum. Mungkin nada pelajar tersebut terlalu keras dan mencabar pengurus forum tersebut dan akhirnya menimbulkan perasaan marah.

Juri tersebut bagaimanapun mengemukakan norma kehidupan yang tidak lepas dari masalah. Setiap yang terjadi tidak ada yang sempurna. Mungkin nampak negara yang memberi pendidikan pecuma tersebut sempurna tetapi jika di selidik pasti akan menemui masalah yang wujud dalam sistem tersebut.

Provokasi boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa bergantung kepada hati. Jika hati sudah disemat dengan kebencian dan kekusutan maka mudah untuk membuat provokasi. Di sini saya memberi contoh:

"Dua orang sekawan sedang berjalan-jalan di suatu pasaraya. Salah seorang daripadanya meludah di suatu sudut pasaraya manakala seorang lagi memerhati."

Di sini kita boleh fikir, adakah yang pemerhati itu akan menegur dengan keras rakannya atau memberi nasihat dan berusaha untuk membetulkan keadaan? Jika pemerhati itu berfikir untuk membuat provokasi maka tegurlah rakannya dengan suara yang keras dan keluarkan fakta kelemahan rakannya dan saya pasti anda dapat mengagak apa reflek rakannya. Jika pemerhati tersebut ditegur dengan sopan dan di ikuti usaha untuk membetulkan keadaan maka jalinan kerjasama untuk mengelak perkara itu berulang pasti dapat dilakukan.

Inilah yang saya maksudkan dengan provokasi boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa. Isu ini bagaimanapun dipolitikkan dan banyak yang menangguk di air yang keruh. Sudahlah keruh dan dikeruhkan lagi keadaan. Apakah jenis manusia seperti itu?..

Jika di amati apa yang diperkatakan oleh pelajar tersebut memang benar negara lain memang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya. Pada pandangan saya itu adalah sikap cemburu kepada negara lain yang mempunyai kelebihan tersebut dan tahukah dia bahawa negara lain juga cemburu dengan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia. Mungkin jika pelajar tersebut menggunakan midium yang betul untuk mengetengahkan ideanya maka usaha boleh dilakukan ke arah tersebut.

Apa yang diperkatakan oleh juri adalah untuk membuka mata pelajar lain, bahawa kita tidak akan pernah terlepas daripada masalah dan untuk menyelesaikan masalah tersebut tidak perlu merungut atau melakukan provokasi tetapi usahasama dan jalinan idea antara pemimpin dan generasi baru.

Akhir kata, Tingkatkan prestasi elakkan kotrovesi....





Reactions:

1 comments:

  1. Jika di amati apa yang diperkatakan oleh pelajar tersebut memang benar negara lain memang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya. Pada pandangan saya itu adalah sikap cemburu kepada negara lain yang mempunyai kelebihan tersebut dan tahukah dia bahawa negara lain juga cemburu dengan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia. Mungkin jika pelajar tersebut menggunakan midium yang betul untuk mengetengahkan ideanya maka usaha boleh dilakukan ke arah tersebut.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.