اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MEMBINA KEPERCAYAAN ORANG LAIN

Saya hanya berkongsi pengalaman saya dengan pembaca yang budiman dan ini bukan ilmu yang datangnya dari faktor-faktor serta fakta-fakta yang sudah tertulis dalam buku-buku pemasaran, phsikologi atau buku- buku yang seangkatan dengannya. Membina kepercayaan orang lain terhadap diri kita umpama mendisiplinkan diri kita untuk menjadi lebih baik melainkan tindak-tanduk yang menjurus kepada kepura-puraan bagi meraih matlamat yang berat ke arah duniawi sahaja.

Perkara pertama, saya dapati kepercayaan boleh di raih dari riak wajah kita berjumpa dengan orang sekeliling kita. Riak wajah yang bersih dan tidak lokek dengan senyuman adalah perkara yang penting bagi mewujudkan suasana yang selesa orang lain dengan kita. Tetapi riak wajah seperti itu akan lebih mudah diresapi orang lain jika ianya datang dari hati yang bersih dan bukan dari hati yang penuh kepura-puraan. Maka, bersihkan hati serta sematkan perasaan kasih sayang dan hilangkan perasaan negatif seperti dendam, amarah dan sebagainya.

Perkara kedua adalah bicara. Bicara manis indah tutur kata adalah kata-kata yang penuh dengan motivasi serta pengertian. Kata-kata yang menjurus kepada kematangan pemikiran serta berfikiran jauh. Bicara keanak-anakkan boleh menyebabkan orang lain sangsi dan tidak yakin dengan kebolehan kita. Bicara yang baik dalah datang dari akal yang bersih dan sihat. Untuk mendapatkan akal yang baik dan sihat adalah melalui makanan akal yang baik iaitu dengan membaca buku-buku ilmiah.

Perkara ketiga adalah penampilan. Penampilan yang baik dan senang mata memandang iaitu tidak terlalu kusut masai (Meher) atau terlalu kompleks (Gab). Gunalah pakaian yang sesuai dengan kita. Untuk memastikan penampilan diri bersesuaian dengan kita maka tanyalah rakan-rakan yang boleh dipercayai dan diharapkan untuk menilai kita dan bukan kita menilai diri kita sendiri.

Perkara ke empat adalah disiplin dari segi masa. Menepati masa adalah perkara yang kadang-kadang sukar bagi sesetengah orang. Apabila berjanji maka penuhi janji tersebut. Dengan cara tersebut maka ianya akan memudahkan urusan anda dengan orang lain. Malah tidak timbul rungutan dari orang lain akibat dari kelewatan kita. Apabila janji ditepati maka kepercayaan orang lain terhadap kita dapat dipancing.

Itu sahaja yang saya dapat senaraikan setakat ini. Saya harap ianya dalam menjadi panduan kepada pembaca untuk menjadi yang lebih baik pada hari esok dan selamanya. Segala yang saya tulis sebenarnya sudahpun di ajar sejak 1400 tahun dahulu. Jika saya silap tegurlah saya dengan penuh berhikmah.. sekian..

Reactions:

1 comments:

  1. Saya hanya berkongsi pengalaman saya dengan pembaca yang budiman dan ini bukan ilmu yang datangnya dari faktor-faktor serta fakta-fakta yang sudah tertulis dalam buku-buku pemasaran, phsikologi atau buku- buku yang seangkatan dengannya. Membina kepercayaan orang lain terhadap diri kita umpama mendisiplinkan diri kita untuk menjadi lebih baik melainkan tindak-tanduk yang menjurus kepada kepura-puraan bagi meraih matlamat yang berat ke arah duniawi sahaja.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.