COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

FAKTA ATAU AUTA MENARIK WANITA



  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
  4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
  13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
  15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  18. Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
  22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
  25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

KALAU KAMU BERASA SUSAH, BACA CERITA ANAK INI


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,


”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa

sumber

JATUH DAN BANGUN ITU INDAH JIKA KITA FAHAM



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?” Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”. Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti. Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

sumber

TEKNIK MENGHADAPI UJIAN KEHIDUPAN

Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun elektronik. Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk menghadapinya? Bersediakah kita?

Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian. Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian kehidupan, iaitu :

1

Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

2

Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

3

Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

4

Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

5

Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

6

Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

7

Menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

MENGAPA LELAKI TINGGALKAN WANITA

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti? Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan. Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.

1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN. Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

sumber

TIPS TAHAN LEBIH LAMA


BURGER
Sebenarnya burger dapat tahan sampai dua tahun. Makan separuh burger anda pada 31 Disember 2013 dan Separuh lagi makan pada 1 Januari 2014. wahhhhh... sampai 2 tahun burger tu tahankan.. lama tak? wiuwittt

BAJU
Baju cepat rosak dan cepak koyak sebab bahan kimia dalam pencuci. Kalau begitu untuk tahan lebih lama, jangan cuci baju guna serbuk pencuci, jangan pakai baju semasa mandi di laut dan kalau boleh jangan pakai baju tu sampai bila-bila malah simpan sahaja di dalam almari. Dijamin baju tu akan tahan lebih lama dan akan jadi baju lama apabila anda sudah tua nanti.. kekekekekekekek

TELEFON
Ada kena bijak pilih telefon dan jangan sampai terbeli telefon klon. Banyak kat pasaran sekarang ni. Semasa  membeli telefon, pastikan ianya ori dan jaminan atau warranty telefon tu sampai 2 tahun. Kalau boleh selama-lamanya. Lepas beli, pastikan anda membuka bateri telefon dan simpan dalam kotak kembali. Selepas itu, simpan kotak tu di tempat yang selamat. Saya pasti telefon tu tak akan membuatkan anda membazir kredit dan telefon tu akan tahan lebih lama.

LAUK PAUK
Kalau makan jangan sekali-kali guna tangan iaitu tanpa menggunakan sudu khas untuk mengambil lauk. Tangan kita banyak bakteria. Mak saya pernah pesan "jangan nyerko" dalam bahasa Sarawak la. Dalam bahasa malaysia maksudnya jangan ambil lauk guna tangan tanpa mengguna sudu khas. Kalau tidak makanan anda akan cepat basi. Kalau boleh makan habis makanan yang dimasak. Lagi tak membazir.

WANG TUNAI
Kebiasaanya duit ni keluarnya umpama sang arnab dan masuknya umpama sang kura-kura. Bagi memastikan duit tahan lebih lama dan berkembang. Anda kena belajar mengurus kewangan yang biasanya tak di ajar di sekolah. Kenalah rajin membaca. Kalau tak pandai belajar lah.

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KUCHING SARAWAK

Semakin hari semakin malas nak menaip. Tugas hakiki semakin hari semakin tidak memberi ruang untuk berkarya dikononnya. Tugas mendidik masyarakat bukanlah tugas mudah. Sasaran kepada anak muda di utamakan untuk membentuk masa depan dengan pemikiran baru yang lebih kreatif dan enovatif. Itulah tugas hakiki saya.

Apa-apa pun, saya bukanlah orang yang tepat untuk memberi komen makanan sedap ke tak sedap. Sebabnya saya bukan jenis yang memilih makanan. Tetapi kalau rasa memang giler-giler sedap, memang saya bercerita dengan kawan-kawan yang lain. Kalau rasanya biasa sahaja, saya diamkan sahaja.. Cuma kedai yang memang saya tak pegi MCD dan Starbuck. Minuman yang saya tak minum Coca Cola dan punya alkohol.

Di suatu sudut bandar Kuching, terdapat satu kedai makan yang menjadi kegemaran saya iaitu Pian Catering. Kedei tersebut terletak Satok. Belakang kedai Shop Of Shoes (SOS). Kedai yang menyajikan makanan yang enak-enak.. perghhhh.. harga memang berpatutan. Paling menjimatkan dan paling sedap. Kos makan t.hari saya hanya RM3.20 sahaja walaupun harga minyak naik. ada ku kesah.

Sekarang terdapat satu makanan wajib untuk dicuba oleh semua orang. Iaitu Kepak Ayam Panggang.. Sedap giler.. Kalau cuba sekali pasti menjilat jari kaki. Itupun kalau kuah jatuh ke jari kaki. Konon-konon cerita.

Harga kepak ayam RM2.50/satu. Harga memang berpatutan dengan kesedapannya. Kalau disuruh pilih ayam KFC dengan Kepak ayam yang dibuat di kedai ni. Saya pilih kepak ayam tu. He he.. Ramuan membuat kepak ayam panggang tu memang kompleks. Mungkin disebabkan itu, kesedapannya terjamin.

Saya tanya kepada pembuat kepak ayam panggang tu kalau-kalau dia boleh buat banyak, boleh juga dihidangkan untuk majlis-majlis tertentu. Jika berminat nak tapau banyak-banyak, bolehlah berunding dengan En Musa 013 846 0157. Harga boleh dirunding menurut beliau. Itupun kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Sebelum beli banyak-banyak, lebih baik sendiri pergi gerai makan tu dah cuba.

Apa-apa pun, saya jamin rasanya memang sedap....

ANTARA BERKATA YA ATAU TIDAK

Lama sudah saya tidak menulis di laman ini. Berjoging memberi inspirasi kepada saya untuk berkongsi mengenai sesuatu tentang kehidupan. Mungkin ianya berguna kepada semua untuk memikirkannya dan mempraktikkannya.

Setiap orang yang lahir di dunia pasti bermula dengan pilihan ataupun ada dua jalan. Semasa lahir manusia boleh pilih antara menangis dengan kuat atau menangis biasa atau tidak menangis. Sepanjang menjalani kedewasaan, manusia sentiasa diberi beberapa laluan yang memerlukan mereka melakukan pilihan. Dikurniakan akal maka manusia boleh berfikir dan hati untuk merasa.

Setiap hari ada sahaja jalan-jalan dan laluan kehidupan yang terpaksa manusia pilih. Ada yang keliru malah ada yang menangis kerananya. Mungkin juga tidak keterlaluan saya katakan ianya membawa kematian jika hilang kewarasan akibat daripada pilihan yang meruntun jiwa.

Serba salah adalah sesuatu yang biasa dihadapi oleh setiap orang yang terpaksa membuat pilihan. Berkata ya atau tidak. Hampir semua yang mempunyai jiwa pernah merasa serba salah dalam satu-satu situasi. Ianya adalah pasti umpama kematian. Bagaimanakan untuk berkata tidak? dan tidak semua perkara kita boleh berkata ya.

Jangan sekali-kali membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja kerana ia menyebabkan orang lain menanti jawapan ya atau tidak. Jika tidak maka katakanlah tidak supaya orang lain tidak ternanti-nanti. Mungkin ada yang tidak sanggup untuk berkata tidak kerana tidak mahu mengecewakan orang lain. Tetapi tahukah anda bahawa berdiam diri lebih menyiksakan orang lain. Dengan santun dan budiman beranikan diri berkata tidak dengan alasan yang munasabah serta jagalah hubungan silaturahim sampai bila-bila.

Hidup ini harus berani tetapi bersifat santun dan budiman. Pilihan ya atau tidak akan menjadi berat jika kita takut untuk memilih. Jika berkata ya, mungkin akan menyakitkan kita dan jika berkata tidak, mungkin akan menyakitkan orang lain. Berhadapanlah dengan masalah dan bukan lari darinya.

Bina impati dalam diri dan dari situlah anda dapat merasakan bagaimana sesuatu perkara itu tergantung tanpa ada jawapan yang pasti. Impati akan membantu anda lebih berani dan budiman.

Perkongsian saya mungkin boleh difahami oleh anda atau mungkin mengelirukan anda. Jika anda faham dan ingin mengutarakan pendapat. Saya sedia berkongsi dan berbincang tentang kehidupan. Asalkan anda seorang yang budiman.

NIKMAT : FAKTA TENTANG KENTUT

Siapa yang tak pernah kentut bermakna dia menghadapi masalah berkaitan dengan organ dalaman ataupun dia bukan manusia dan mungkin juga jembalang kentut. Apa yang saya nak bincangkan di sini adalah berkisar mengenai kentut. Mungkin ada antara kita malu-malu kucing berbincang mengenai kentut yang sebenarnya satu kemestian kepada setiap insan.

1. WAKTU BERKENTUT
Kebiasaannya sewaktu tengah temu janji dengan kekasih adalah waktu yang amat perit untuk berkentut. Selain itu, semasa di khalayak ramai juga memberi impak yang sama. Kebiasaannya kentut aktif sewaktu bersama rakan paling rapat (BFF), keluarga sendiri dan pasangan yang sudah kawin (tak mengaku lah tu).

2. KELAJUAN KENTUT
Kelajuan kentut adalah bergantung kepada kemampatan, ketumpatan dan ruang serta rongga aliran kentut. Berhati-hati ketika melakukan kentut pada kelajuan tinggi kerana dibimbangi boleh menyebabkan cirit secara tidak sengaja.

3. JENIS KENTUT
Terdapat pelbagai jenis kentut yang boleh kita kategorikan. Tetapi kebiasaannya kentut diketegorikan mengikut kesan perwatakan si pengentut. Jika si pengentut seorang yang bijak maka dia akan kentut sambil berdehem untuk mengelak bunyi kentutnya dikesan.

4. BATAL WUDUK
Jika seseorang sudah mengambil wuduk dan kemudian bekentut disarankan mengambil air wuduk semula kerana wuduk terbatal apabila berkentut. Kadang-kadang ada antara kita konfius sama ada sudah bekentut atau terkentut selepas mengambil wuduk.

5. EMA MAEMBONG DAN KENTUT
Walaupun Ema Maemong cantik dan comel, tidak dapat di elak bahawa beliau juga berkentut seperti kita dan busuknya bergantung kepada makanan yang beliau telan sebelum kentutnya terjadi.

6. SILAP MATA KENTUT
Silap mata ini selalu dilakukan bagi mempraktikan keberanian berkentut secara profesional. Kaedahnya ialah dengan meminta rakan memicit hujung jari atau mana-mana bahagian badan. Apabila rakan sudah memicit jari atau mana-mana bahagian badan maka kentut dilepaskan dengan bunyian pitching yang lari.

8. BERKONGSI KENTUT
Rakan karib atau BFF sahaja boleh melakukan perkara ini. Ketika kentut berlaku, tangan di letakkan dibelakang bagi memerangkap kentut dalam tangan. Kemudian tekap ke mukan rakan atau BFF bagi memastikan bau kentut dapat dikongsi bersama.

9. KESIHATAN DAN KENTUT.
Orang yang kentut adalah orang yang sihat dan orang yang sukar nak kentut kebiasaannya dikaitkan dengan masalah buasir atau sembelit. Selain itu, orang yang tidak kentut boleh menyebabkan selaku terkena sakit tidak sedap perut.

10. KENTUT MALAPETAKA
Kebiasaannya kentut yang membawa malapetaka adalah kentut yang betul-betul busuk dan boleh ke arah bau mayat reput. Apa yang lebih malang lagi adalah apabila kentut tersebut menyebabkan si pengentut tercirit.

LUHUR: 10 KARAKTER SAHABAT/KEKASIH SEJATI

10 karekter yang disenaraikan adalah seperti berikut:

1. HARGAI DETIK BERSAMA
Menghargai setiap detik anda bersama dengan sahabat itu agar dia sentiasa rasa dirinya dihargai. Jika anda ingin mereka menghargai anda, perlu bermula daripada diri sendiri.

2. IKHLAS HATI
Seikhlas hati menerima mereka tak kira sama ada sahabat itu anak orang kaya atau miskin. Selain tak ambil kesempatan ke atas kelemahan diri mereka jika dia orang yang lurus dan mudah ditipu.

3. BERIKAN SOKONGAN
Ketika dia sedang berduka lara berilah sokongan agar dia tahu anda sentiasa ada bersamanya. Sebagai seorang sahabat menjadi tugas baru anda untuk tenangkan dirinya yang sedang duka lara. Cepat-cepat beri sokongan kepadanya, itulah yang dipanggil sahabat.

4. TAK PENTINGKAN DIRI
Jika dia perlukan bantuan anda, segeralah membantu dirinya secepat mungkin ketika itu dia amat perlukan anda sebagai tulang belakangnya terutama jika dia dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan segera.

5. INGAT TARIKH-TARIKH PENTING
Sebagai seorang sahabat yang baik, mengingati tarikh lahir sahabat lain adalah salah satu cara mudah untuk eratkan lagi tali persahabatan itu. Misalnya berikan ucapan selamat hari lahir buatnya dan berikan hadiah walaupun tak mahal, ia amat bererti buat seorang sahabat.

6. PELAWA DATANG KE RUMAH
Ajak dia ke rumah dengan menyediakan makanan yang enak dan sedap. Kemudian makan bersama dengannya malah perkenalkan dia kepada ibu bapa anda dan dia pasti akan berasa anda betul-betul hargai dirinya sebagai seorang sahabat dan dia akan buat perkara yang sama nanti.

7. TAK BURUKKAN NAMA BAIK SAHABAT
Sahabat yang baik tidak akan sesekali burukkan nama baik sahabatnya walaupun telah melakukan kesalahan besar, tutup aib mereka seperti mana mereka tutup aib anda di hadapan orang lain. Malah jangan sesekali menyakitkan hati mereka.

8. PENDENGAR SETIA
Jadilah pendengar setia ketika dia sampaikan sesuatu kepada anda terutama berkaitan permasalahan yang dialami dan sedikit sebanyak membantu dirinya daripada kemurungan lalu akan buat dia rasa terharu kerana anda sudi dengar jalan ceritanya yang perti itu.

9. TAK MINTA BALASAN
Ketika dia perlukan bantuan anda, jangan minta untuk dibalas pertolongan itu malah ikhlas membantunya dan tak minta sebarang upah atau bayaran selepas tolong. Selain tidak ungkit bantuan itu jika ada sebarang perselisihan faham antara kalian berdua.

10. KONGSI HOBI
Tip terakhir untuk jadi sahabat sejati, anda sanggup berbuat apa saja yang disukai sahabat itu malah bertahan deminya walaupun aktiviti atau hobi yang dilakukan itu kurang disukai. Secara tak langsung anda belajar menyukai apa yang dia suka dan dia akan rasa dihargai.

MUNGOK: TINGGALKAN SAHAJA KEKASIHMU JIKA....................

Walaupun sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi si dia, usah jadi bodoh atau hamba kepada cinta sedangkan si dia bukanlah insan yang baik untuk dijadikan pasangan hidup. Khususnya si gadis yang sanggup bermati-matian demi lelaki yang dicintai.

Bagaimana untuk kita kenali pasangan itu sama ada baik dan sesuai untuk terus bersama? Sudah tentu si dia langsung tidak mempunyai sebarang kriteria sebagaimana dikongsikan di bawah ini.

Jika kekasih hati itu memiliki salah satu daripada sikap yang dijelaskan di bawah, fikirkanlah kembali dan jika kamu kuat dan berani, TINGGALKAN SAJA DIA!!

1. SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN.
Ada sesetengah lelaki memang suka ambil kesempatan atas kelemahan wanita. Jadi jangan biarkan diri kamu itu terus menjadi mangsanya. Percayalah lelaki seperti ini memang tidak sesuai dijadikan calon suami.

2. TIDAK MENGHORMATI DIRI KAMU SENDIRI.
Sekiranya dia berani maki hamun kamu, menghina kamu dan berkelakuan tidak senonoh di depan kamu, usah pening kepala, tinggalkan sahaja dirinya. Orang seperti ini sebenarnya tiada perasaan "menghormati orang lain", jadi mengapa kamu perlu menghabiskan masa bersamanya.

3. BARAN DAN KAKI PUKUL
Jika ibu bapa sendiri pun tidak pernah menjentik kamu, inikan pula orang lain. Sekiranya dia sering memukul kamu dan baran tak tentu hala. Lupakan saja niat kamu untuk sehidup semati dengannya. Sanggupkah kamu biarkan diri kamu terus dipukul sampai hari tua?

4. MENGHINA KELUARGA KAMU
Sayang memanglah sayang, tapi kalau sampai menghina keluarga kamu itu bukanlah sayang namanya. Kamu perlu bertahankan maruah keluarga dan jangan semudah-mudahnya membiarkan keluarga dihina oleh kekasih sendiri.

5. PENJENAYAH
Jangan ambil sebarang risiko bercinta dengan seorang penjenayah. Mungkin awal hubungan nampak 'cool' dan hebatnya tetapi tidak dinafikan jika suatu hari nanti silap-silap hari bulan kamu juga terjerumus dalam dunianya dan terpengaruh.

sumber: HM

JAHARU : PEMAIN SARAWAK DILABEL CAP AYAM?

Dalam beberapa minggu ini, kelihatan beberapa orang pengguna laman sosial merungut dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan lontaran kata-kata dari penyampai radio yang menyatakan pemain Sarawak adalah pemain cap ayam atau dengan kata lain pemain cikai.

Belum reda lagi peminat bola sepak Sarawak dengan sikap media massa yang pilih kasih untuk membuat siaran langsung ketika pemain Sarawak beraksi. Saya sendiri perasan dengan keadaan ini. Apabila sahaja Sarawak beraksi pasti tiada siaran langsung dibuat. Banyak peminat Bujang Senang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan itu.

Selalu sahaja Sarawak di anak tiri dari pelbagai aspek. Sarawak Bumi bertuah yang memiliki hasil bumi yang banyak dan berbilang kaum serta bangsa dan budaya seolah-olah boleh diperlakukan dengan sesuka hati. Mungkin mereka-mereka yang bertanggungjawab perlu diketuk perubahan angin dan arus. Jangan baru terhantuk baru nak tergadah.

Berikut adalah laporan akhbar:

Kerana mulut badan binasa. Sejak beberapa hari lalu, rakyat Sarawak khususnya penyokong tegar Ngap Sayot ternyata amat marah dengan kenyataan yang keluar dari mulut tiga penyampai radio swasta berhubung komen "cap ayam".

Komen itu jelas tidak disenangi orang Sarawak yang menyampaikan kekecewaan melalui laman sosial Facebook dan Twitter serta blog. Malah, ada pihak yang dikatakan memuatkan ancaman bunuh terhadap dua penyampai radio berkenaan jika mereka menjejakkan kaki di Bumi Sarawak.

Saya difahamkan, kemarahan itu berpunca daripada kenyataan berhubung kekalahan Sarawak kepada Perak pada perlawanan pertama Piala Malaysia baru-baru ini, di mana penyampai radio terbabit yang mengendalikan program pada waktu pagi didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang disertai semua pasukan adalah "cap ayam" atau tidak berkualiti.

Mereka juga dilaporkan menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Malah, kemarahan penyokong Sarawak terhadap kenyataan yang menghina itu dizahirkan melalui kain rentang dan poster yang mereka bawa ketika THe Crocs menentang Lion sXII kelmarin yang menyaksikan Juara Liga Super itu ditundukkan 2 - 1.

Bagi penyokong Sarawak, kejayaan anak buah Robert Alberts itu membuktikan bahawa pasukan mereka bukan juala liga Cap Ayam seperti yang didakwa penyampai radio terbabit.

Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan moga-moga apa yang sampaikan oleh penyampai radio tersebut kita buktikan dengan keupayaan dan kebolehan serta semangat Ngap Sayot.


SEDIH: IMAM MATI JATUH DI SURAU

Kuching : "Sejak dua bulan lalu arwah ke surau sambil ditemani anak, tetapi malam dia pergi sendirian tanpa memaklumkan kepada saya. "kata Doris Bujang, 67, isteri kepada imam dua surau Kampung Tabuan Lot, di sini, yang meninggal dunia selepas terjatuh di surau berkenaan, kelmarin.

Ahmat Keram, 75, yang juga pengerusi surau berkenaan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut Doris, kesihatan bapa kepada lapan anak itu mula merosot sejak dua bulan lalu akibat menghidap darah tinggi dan masalah jantung, tetapi tetap melaksanakan tugasnya sebagai imam.

"Sebelum ini, arwah bergerak bersendirian tetapi selepas keadaan kesihatannya terganggu, dia sering ditemani anak ke surau atau ke rumah penduduk untuk memimpin majlis keagamaan termasuk akad nikah.

"Saya terkejut apabila di maklumkan arwah tidak sedarkan diri selepas terjatuh di surau," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya dia sempat menatap wajah arwah yang sedang nazak sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung, Kota Samarahan,: Katanya ketika ditermui Harian Metro di kediamannya semalam.

Sementara itu, penghulu Kampung Tabuan Melayu, Jas Said, 67, berkata arwah menjadi makmum ketika menunaikan solat Maghrib. 

"Arwah bagaimanapun tidak sempat menghabiskan solatnya kerana dikatakan keluar dari saf untuk ke tandas kerana tiba-tiba sakit perut sebelum terjatuh di perkarangan surau."

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang tengah hari semalam.

MERENDAH DIRI PASTI DISAYANGI (TAWADUK)

Apakah itu tawaduk?

Tawaduk adalah memilih jalan tengah di antara dua sikap yang tidak baik dan membinasakan iaitu sikap membesarkan diri (takbur /sombong) dan sifat terlalu merendah diri yang memberi kesan kehinaan kepada diri seseorang. Sikap tawaduk ini juga boleh diertikan sebagai meletakkan sesuatu/ mengambil sesuatu tindakan bersesuaian dengan keadaannya. Tawaduk adalah sikap merendah diri yang bersumber rasa memiliki kekuatan, kemuliaan, penghormatan pada orang lain, dan bukannya rendah diri yang bersumber dari rasa memiliki kekurangan, kelemahan, kehinaan, dan keperluan kepada orang lain (inferiority complex). Sikap ini adalah sifat yang mulia warisan nabi-nabi, rasul-rasul, sahabat dan tabiin sejak zaman dahulu kala. Sikap ini haruslah bersandarkan pada niat yang ikhlas kerana ada kalanya manusia bersikap tawaduk namun tertipu oleh syaitan kerana di dalam hatinya masih terselit keinginan bahawa perbuatannya itu dipandang mulia oleh manusia lain.

Keadaan bagaimanakah yang menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki sifat tawaduk?

Kebiasaannya seseorang yang memiliki sifat tawaduk akan berfikir, berperasaan dan mengambil tindakan-tindakan seumpama berikut:

  1. Menerima dengan redha ketetapan dan taqdir Allah SWT kepada dirinya walaupun dilihat tidak bersesuaian dengan kehendak dirinya sendiri.
  2. Bersangka baik dengan Allah SWT dengan menganggap bahawa sesuatu ketentuan itu adalah untuk kebaikan dirinya. Seorang itu juga perlu memahami bahawa disebalik sesuatu kebaikan yang akan dikurniakan kemudian, pasti terlebih dahulu dikurniakan dugaan.
  3. Mentaati perintah dan hukum Allah SWT tanpa mempersoal atau memprotes. Contoh yang sering dibahaskan adalah mengenai kewajipan menutup aurat, poligami dan hukum hudud dan qisas.
  4. Mengerjakan amal fardhu dan sunat dengan merendah diri dan mengharap amalan itu diterima oleh Allah SWT.
  5. Mengaitkan atau mengembalikan setiap pujian yang diberikan kepada Allah SWT dengan mengucapkan syukur kepada Allah ( Alhamdulillah) dengan kefahaman yang jelas dan bukan sekadar kebiasaan /retorik.
  6. Mendahulukan suruhan Allah SWT dari hal-hal keduniaan dan kepentingan diri sendiri. Contohnya apabila terdengar laungan azan, kita patutlah menunaikan solat terlebih dahulu daripada meneruskan kerja dunia kita. 
  7. Memuliakan Rasulullah SAW dan sunnah baginda SAW (surah, sirah, sarirah) dengan mengamalkannya dan tidak beranggapan bahawa sunnah itu sesuatu yang telah lapuk dan tidak sesuai lagi diaplikasikan di zaman ini.
  8. Tidak bersikap sombong kepada golongan yang lebih lemah atau rendah dari kita seperti melayan acuh tidak acuh tetamu yang kelihatan kampungan tetapi memberi layanan istimewa kepada tetamu yang bergaya dan berbahasa inggeris ketika bertanya.
  9. Bercampur gaul dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira tahap dan kedudukan mereka. Di dalam konteks pekerjaan, seorang ketua yang tawaduk biasanya kita mendapati dirinya mudah didekati oleh golongan yang rendah darinya seperti tukang sapu, budak pejabat, kerani dan dalam masa yang sama beliau juga mudah bergaul bersama golongan atasan dan rakan sejawatnya.
  10. Tidak menganiayai orang lain. Penganiayaan yang jelas sukar kita lihat dewasa kini namun keadaan ini tetap berlaku tanpa kita sedari contohnya seorang ketua memilih calon yang berkaitan dengan dirinya atau lebih menarik wajahnya sedangkan calon-calon lain lebih bersedia dan layak daripada calon pilihannya.
  11. Tidak menunjuk-nunjuk ketinggian ilmu dan kemahiran kepada orang ramai seperti memperlekehkan hasil kerja orang lain dan membandingkan dengan hasil kerja sendiri.
  12. Tidak bertengkar atau berbahas-bahas tentang perbezaan pandangan kumpulan masing-masing seolah-olah tidak ada jalan tengah diantaranya ataupun menganggap golongan lain kafir dan murtad.
  13. Menghormati guru yang menyampaikan ilmu walaupun mempunyai pandangan yang berbeza dengan guru berkenaan dengan menunaikan hak mendengar terlebih dahulu.
  14. Merasakan perlu kepada orang yang diberi khidmat (ditolong ) dan bukannya merasakan orang lain memerlukan dirinya dan tanpa dirinya semua kerja tidak dapat dilakukan (penyakit perasaan ujub).
  15. Menerima teguran dengan hati yang terbuka walaupun yang menegur adalah orang yang lebih rendah status / superiority dari dirinya umpamanya seorang kanak-kanak atau tukang cuci.
  16. Sanggup menerima pertolongan dan bantuan dari seorang yang dianggap musuh/ tidak digemari (membuang ego diri).
  17. Menerima kenyataan bahawa seorang yang lain lebih baik dari dirinya.
  18. Mengaku kesalahan diri dan meminta maaf. Tidak menganggap bahawa memberi maaf itu petanda kalah atau kelemahan diri dan lebih mengutamakan memperbaiki hubungan dari menegakkan kebenaran.
  19. Bermuzakarah secara profesional dan tidak menyerang peribadi lawan untuk menjatuhkannya.
  20. Memuliakan orang alim dan mendahulukan mereka dalam setiap perkara.
  21. Tidak memperlihatkan harta kekayaan yang dimiliki dengan tujuan menandingi orang lain.
  22. Tidak berbangga-bangga dengan kecintaan seseorang terhadap dirinya. Umpamanya seorang isteri yang suaminya berpoligami tidak perlu menunjukkan kecintaan suaminya terhadap dirinya kepada madunya.
  23. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri sehingga menutup pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain sukar /tidak berani menegur kesalahan kita.
  24. Tidak mencari alasan untuk menghalalkan apa-apa kesalahan yang telah dilakukan dengan mengemukakan pendapat pihak-pihak lain yang menyokong.


Apakah kepentingan tawaduk?

Seorang yang memilik sifat tawaduk akan:

  1. Mendapat keredaan dan rahmat dari Allah SWT di dunia dan diakhirat.
  2. Ilmu yang dipelajari dari mana-mana guru mudah masuk meresap ke dalam hati.
  3. Menggalakkan pengamalan dari ilmu yang diperolehi dan bukannya sekadar bahan untuk perbahasan bagi menunjukkan kelancaran lidah dan ketinggian ilmu.
  4. Membuka jalan untuk melihat kesilapan diri sekaligus memperbaiki dan memajukan diri.
  5. Disenangi ramai orang.
  6. Dihormati teman dan musuh.
  7. Dijauhi dari sifat bongkak dan sombong.
  8. Rezeki dari sumber yang suci dan tiada unsur penganiayaan.
  9. Contoh dan ikutan kepada orang lain untuk meperbaiki diri.
  10. Mendapat darjat ibadah yang tinggi.


Bagaimanakah mendapatkan sifat tawaduk?


  1. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri sehingga menutup pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain sukar menegur kesalahan kita.
  2. Memandang kebaikan orang lain walaupun kelemahan orang itu terlampau banyak berbanding kebaikannya.
  3. Melihat kelemahan diri sendiri walaupun mempunyai pelbagai kelebihan yang diiktiraf ramai orang.
  4. Menjadikan kritikan musuh sebagai cermin untuk melihat kelemahan diri sendiri.
  5. Memahami bahawa sesuatu kejayaan tidak akan kita perolehi tanpa izin dari Allah SWT.
  6. Membiasakan diri mengaitkan sesuatu kebaikan yang kita perolehi dengan kekuasaan dan keizinan dari Allah SWT dan bukannya asbab usaha diri kita sendiri.
  7. Berkawan dengan orang yang lemah/kekurangan berbanding diri kita untuk menimbulkan rasa syukur (bukan untuk membangga diri) dan memuliakan mereka bukannya untuk membenamkan lagi perasaan rendah diri yang mereka sedia ada.
  8. Mengamalkan sunnah dengan hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan keindahan dan harta dunia.
  9. Mengurangkan perhiasan dan kemasan di dalam rumah kerana dikuatiri dengan pujian dari tetamu akan menimbulkan rasa bangga diri dan lalai dengan percakapan dunia.
  10. Merujuk sesuatu permasalahan kepada orang yang lebih berpengalaman atau lebih tua sebelum mengambil keputusan.
  11. Mengambilkira pandangan staf atau rakan sepejabat sebelum sesuatu keputusan diambil ditempat kerja dan tidak menggunakan kuasa untuk memaksa mereka melakukan sesuatu yang membebankan atau diluar kemampuan mereka.
  12. Menghormati hak jiran tetangga dan elakkan kelakuan yang menyakiti hati mereka.
  13. Elakkan membiasakan diri dengan helah bela diri (defend mechanism). Contoh helah bela diri adalah seseorang itu mengemukakan satu pendapat, apabila dilihatnya orang lain tidak menyokongnya, maka dia memberi apa-apa dalih untuk menyokong dirinya tetapi tidak pula mengaku kelemahan pendapat atau tindakannya.
  14. Sentiasa beranggapan bahawa seseorang yang kelihatan jahil dan lalai itu berpotensi untuk menjadi lebih baik dari diri anda dan mungkin dipilih Allah untuk berada di kalangan orang yang dikasihiNya.
  15. Tidak menghina orang lain atas kejahilan dan kelemahan mereka dan sentiasa menganggap bahawa mereka mempunyai alasan atau latar belakang yang tidak menyokong mereka untuk mengambil tindakan yang betul.
  16. Memenuhi undangan walaupun sipengundang menjemput anda atas perantaraan orang lain dan redha dengan apa sahaja makanan yang dihidangkan.
  17. Membiasakan diri melakukan setiap pekerjaan sendiri atau membantu pembantu rumah sekiranya mereka letih.
  18. Menghormati suami walaupun si isteri lebih berpelajaran dan bergaji besar berbanding si suami.

Sebenarnya banyak lagi isi yang boleh didapati oleh seseorang yang lebih teliti daripada saya. Namun bagi diri saya yang tidak berkelapangan dan kekurangan ilmu ini, hanya ini sahaja dapat saya titipkan untuk tatapan kita bersama di samping mengambil teladan dari kebaikan sekiranya ada.

7 TIPS MENGKRITIK

Dalam satu organisasi pasti ada kelemahan atau kesalahan rakan sekerja. sama ada sengaja atau tidak sengaja yang akan buat rakan lain rasa tak tenteram untuk kerja bersama. Berikut tujuh cara berkesan unuk mengkritik rakan sekerja.

1. KENAL PASTI PERILAKU YANG INGIN DIKRITIK
Sebelum kritik pastikan anda mengkritik perilaku yang dilakukan bukan dirinya. Bimbang andai anda tersalah kritik, timbul masalah lain seperti bermasam muka dan tak sehaluan pendapat. Jika sudah nampak perilaku negatif itu cuba kritik dengan guna bahasa lembut agar dia dapat terima dengan baik.

2. KRITIK DENGAN LEBIH SPESIFIK
Berterus terang dengan kesalahan rakan itu lakukan agar dia lebih memahami dan terus berubah untuk menjadi pekerja yang baik kemudian hari. Kemudian nyatakan dengan lebih jelas kesalahan yang dia buat agar dapat dia tingkatkan mutu kerjanya.

3. TUNJUKKAN BAHAWA ANDA SEDIA UNTUK MEMBANTU
Ketika kritik rakan, tunjukkan bahawa anda sedia untuk bantu dirinya bagi mengatasi kesilapan yang dilakukan agar dia rasa anda ambil berat ke atas dirinya dan akan menerima setiap kritikan yang anda katakan. Walaupun pedih, dia dapat rasai bahawa anda prihatin dengan setiap tingkah lakunya.

4. JANGAN BERKIAS ATAU MENYINDIR
Ini haruslah dijauhi kerana mereka akan berkecil hati dengan anda dan agak sukar untuk kalian bekerjasama kemudian hari. Ungkapkan kritikan anda itu dengan perkataan yang lebih jelas agar dia mudah faham.

5. JANGAN NAIKKAN INTONASI SUARA
Ketika kritik jangan sesekali naikkan intonasi suara itu agar dia tidak berkecil hati. Bila anda guna nada suara tinggi akan kelihatan kasar dan marah dengan kesalahannya itu lalu membuatkan dia berasa hati dan sukar menerima kritikan anda malah tidak lagi menegur sapa dengan anda.

6. TAWARKAN BANTUAN
Jangan sekadar memberi  kritikan tapi cuba hulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalahnya. Bantulah apa yang perlu dan pantau setiap kerja yang dilakukan agar kesilapan yang dilakukan tidak berulang kembali.

7. TUNJUKKAN BAHAWA ANDA MEMAHAMI PERASAAN RAKAN ITU
Meletakkan diri anda di tempatnya dan mendalami perasaannya ketika itu kemudian cuba berkongsi pengalaman pahit itu bersamanya agar dia rasa diri tidak terlalu dibebani dengan hal-hal urusan kerja pejabat.

sumber: HM

MATI P: PRODUK KUAT DIRAMPAS IKLAN DI FB

Macam-macam produk penguat di ranjang sekarang. Dikhuatiri mendatangkan kesan kesihatan ke atas kita. Kebanyakkan produk mudah diperolehi dan tidak diketahui asal usulnya. Jika ia memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan produk tidak diketahui asal usulnya maka tindakkan lanjut tidak dapat dilakukan dan mungkin menemui jalan buntu.

Berikut ialah laporan dari utusan online mengenai rampasan produk yang boleh kita lihat agak rancak dijual di Facebook. Hati-hati..... he he..

Petikan dari utusan online:

KUALA LUMPUR 31 Julai - Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840.

Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

"Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau.

"Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut," katanya selepas menyertai operasi itu.

Menurut Kamarul Azhar, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu hasil risikan pihaknya serta maklumat orang ramai.

"Produk ini dikesan telah banyak diiklan di Facebook dan menarik minat ramai pengguna dalam kalangan lelaki berusia pertengahan tahun," katanya.

Mati terus masih bernasib baik rasanya. Tetapi kalau mati pucuk, hancur luluh dan tak keruan dibuatnya.

DAJAL : RAJA ARAB SAUDI SOKONG MILITAN AS-SISI MENGHAPUSKAN IKHWANUL MUSLIMIN

Dalam keadaan umat Islam dinegara lain memprotes menentang kezaliman kerajaan tentera Mesir tiba-tiba Raja Arab Saudi menongkah arus dengan mengatakan penyokong-penyokong Morshi (Ikhwanul Muslimin ) adalah pengganas Kenyataan yang pelik tetapi benar daripada ketua Kerajaan Islam yang sangat dihormati didunia Arab.

Jika kita lihat sejarah silam kerajaan As Saud ini. maka tak pelik dan hairan jika ucapannya sebegitu walaupun kita telah dikaburi dengan gelaran keluarga ini sebagai khadam dua kota suci umat Islam


Bermula dengan pengasasnya hingga kepada warisan takhta terkini…keluarga As Saud sememangnya telah menjadi boneka pemimpin-pemimpin barat yang kehausan untuk menghapuskan Islam dimuka bumi ini.

Petikan Ucapan Raja Andullah : RIYADH 17 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan’ Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu.

Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan.

Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam,’’ katanya dalam siaran televisyen negara ini.

Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. – REUTERS
Saya tertanya-tanya bilakah agaknya seorang khalifah Islam akan muncul untuk menyatukan umat islam didunia ini…menegakkan nur Islam dimuka bumi dan membasmikan kerosakkan yang batil…Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya.

Apakah yang terjadi di dunia arab sebenarnya. Adakah ini ujian atau petunjuk tentang sesuatu di luar pemikiran insan seperti kita. Kekeliruan ini benar-benar mengganggu hati kita. Arab Saudi dimana terletaknya tanah Suci Mekah dan dipimpin oleh pemimpin yang mendokong kekejaman yang dilakukan oleh tentera As Sisi.

sumber

USAHAWAN ISLAM : KEARIFAN NABI MUHAMMAD SAW

Bahan bacaan ini bukan untuk orang islam sahaja tetapi untuk dinilai oleh bukan islam.

Klik gambar untuk membesarkannya

Jika kita teliti dengan lebih  dalam hadis tersebut, sungguh luar biasa nasihat yang diberikan oleh Rasullullah SAW begitu adilnya Allah SWT memperlakukan manusia yang mencari akhirat dan menista manusia yang hanya mencari harta keduniaan. Kita perhatikan sahaja seorang peniaga yang soleh sepertinya dikelilingi oleh banyak sahabat atau dalam istilah sekarang terdapat Ring I yang begitu berkhidmat kepadanya. Lalu, hatinya begitu kaya sehingga dia tidak pernah khuatir kehilangan harta benda dan Allah benar-benar membuat dunia takluk kepadanya. Adakah kita seperti itu?

Hadis ini adalah azam (tekad) yang kuat. Perkataan dan perbuatan Nabi SAW ini sungguh bervisi yang membuat kita begitu optimis untuk berniaga hanya untuk tujuan akhirat. Allah akan memenangkan orang-orang yang berada di jalannya.

Hal-hal yang telah disunatkan dan disampaikan Nabi Muhammad SAW semestinyalah memantapkan hati kita untuk mengikuti kearifan baginda. Hendaklah kita tidak mencari-cari kearifan lain, apatah lagi kearifan dari keyakinan lain yang sebenarnya juga sudah terangkum dalam kearifan Muhammad SAW. Namun, mungkin kita sebagai seorang Muslim memang belum begitu mengetahui apa yang telah diperaktikkan dan dipesan oleh Nabi Muhammad SAW dalam soal berniaga.

sumber:
40 strategi perniagaan cara rasulullah saw


TAULADAN: SI BUTA, PELITA DAN SI CELIK

Pada suatu malam, seorang buta memohon pulang dari rumah sahabatnya. Sang sahabat membekalkan dengan sebuah pelita. Orang buta itu terbahak berkata: “Buat apa saya bawa pelita? Kan sama saja buat saya! Saya bisa pulang sendiri tanpa pelita ini” Dengan lembut sahabatnya menjawab, “Ini agar orang lain dapat melihat kamu, biar mereka tidak melanggar mu.” Akhirnya orang buta itu setuju untuk membawa pelita tersebut.

Tak berapa lama, dalam perjalanan, seorang pejalan telah melanggar si buta tersebut. Dalam keadaan terkejut , ia membebal, “Hei, awakkan punya mata! Beri lah jalan buat orang yang huta ni!” Tanpa berbalas sapa, mereka pun saling berlalu tanpa berkata apa-apa.

Kemudian seorang pejalan kaki lainnya melanggar si buta berkenaan. Kali ini si buta itu bertambah marah, “Apa kah kamu buta? Tidak bisa lihat ya? Aku bawa pelita ini supaya kamu bisa lihat!” Pejalan itu menjawab, “Kamu yang buta! Apa kamu tidak lihat, pelitamu sudah padam!” Si buta terpegun. Menyadari situasi itu, orang yang melanggar tadi meminta maaf, “Oh, maaf, sayalah yang ‘buta’, saya tidak melihat bahwa Anda adalah orang buta.” Si buta tersipu menjawab, “Tidak apa-apa, maafkan saya juga atas kata-kata kasar saya.” Dengan tulus, si pelanggar tadi membantu menyalakan kembali pelita yang dibawa si buta. Mereka pun meneruskan perjalanan masing-masing.

Dalam perjalanan selanjutnya, ada lagi pejalan yang melanggar orang buta itu. Kali ini, si buta lebih berhati-hati, dia bertanya dengan santun, “Maaf, apakah pelita saya padam?” Pelanggar nya tadi menjawab, “Owh saya juga mau menanyakan hal yang sama.” Senyap sejenak. secara beriringan mereka bertanya, “Apakah Anda orang buta?” Secara serempak pun mereka menjawab, “Iya.,” kedua meledak dalam tawa. Mereka pun berupaya saling membantu menemukan kembali pelita mereka yang berjatuhan sehabis bertaburan.

Pada waktu itu juga, seseorang lewat. Dalam keremangan malam, nyaris saja ia melanggar kedua orang yang sedang mencari-cari pelita tersebut. Ia pun berlalu, tanpa mengetahui bahwa mereka adalah orang buta. Timbul pikiran dalam hati orang ini, “Rasanya saya perlu membawa pelita juga, jadi saya bisa melihat jalan dengan lebih baik, orang lain juga bisa ikut melihat jalan mereka.” 

TAULADAN DARI CERITA INI IALAH:
Pelita melambangkan terang kebijaksanaan. Membawa pelita berarti menjalankan kebijaksanaan dalam hidup. Pelita, sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan pihak lain dari berbagai aral rintangan . Si buta pertama mewakili mereka yang terselubungi kegelapan batin, keangkuhan, kebebalan, ego, dan kemarahan. Selalu menunjuk ke arah orang lain, tidak sadar bahwa lebih banyak jarinya yang menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dalam perjalanan “pulang”, ia belajar menjadi bijak melalui peristiwa demi peristiwa yang dialaminya. Ia menjadi lebih rendah hati karena menyadari kebutaannya dan dengan adanya belas kasih dari pihak lain. Ia juga belajar menjadi pemaaf. Pelanggar yang pertama mewakili orang-orang pada umumnya, yang kurang kesadaran, yang kurang peduli. Kadang, mereka memilih untuk “membuta” walaupun mereka bisa melihat.

Pelanggar kedua mewakili mereka yang seolah bertentangan dengan kita, yang sebetulnya menunjukkan kekeliruan kita, sengaja atau tidak sengaja. Mereka bisa menjadi guru-guru terbaik kita. Tak seorang pun yang mau jadi buta, sudah selayaknya kita saling memaklumi dan saling membantu.

Orang buta kedua mewakili mereka yang sama-sama gelap batin dengan kita. Betapa sulitnya menyalakan pelita kalau kita bahkan tidak bisa melihat pelitanya. Orang buta sulit menuntun orang buta lainnya. Itulah pentingnya untuk terus belajar agar kita menjadi makin celik, semakin bijaksana.

Orang terakhir yang lalu di jalanan mewakili mereka yang cukup sadar akan pentingnya memiliki pelita kebijaksanaan. Sudahkah kita suluh pelita dalam diri kita masing-masing? Jika sudah, apakah nyalanya masih terang, atau bahkan nyaris padam? JADILAH PELITA, bagi diri kita sendiri dan sekitar kita.

Sebuah pepatah berusia 25 abad mengatakan: Sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyala pelita pertama tidak akan meredup. Pelita kebijaksanaan pun, tak kan pernah habis terbagi.

Bila mata tanpa penghalang, hasilnya adalah penglihatan. Jika telinga tanpa penghalang, hasilnya adalah pendengaran. Hidung yang tanpa penghalang membuahkan penciuman. Fikiran yang tanpa penghalang hasilnya adalah kebijaksanaan~:)

MUHASARAWAK : CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK KEKAL DISEKSA?

JOM MUHASABAH/MUHASARAWAK DIRI


Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu hendak menipu Allah, maka Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. An-Nisa`: 142)

Dari Abdullah bin Amr radhiallahu anhuma bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

“Empat hal bila ada pada seseorang maka dia adalah seorang munafiq tulen, dan barangsiapa yang terdapat pada dirinya satu sifat dari empat hal tersebut maka pada dirinya terdapat sifat nifaq hingga dia meninggalkannya. Yaitu, jika diberi amanat dia khianat, jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mengingkari, dan jika berseteru dia berbuat kefajiran”. (HR. Al-Bukhari no. 89 dan Muslim no. 58)

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Penjelasan ringkas:
Ciri-ciri orang munafik sangat banyak tersebut di dalam Al-Qur`an, dan Ar-Rasul shallallahu alaihi wasallam juga menyebutkan sebagian di antaranya guna memperingatkan umatnya dari ciri-ciri tersebut, jangan sampai mereka terjatuh ke dalamnya sehingga mereka akhirnya menjadi mirip seperti mereka. Padahal sungguh Nabi shallallahu alaihi wasallam telah menyatakan bahwa barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum tersebut.

Di antara tanda-tanda kemunafikan adalah empat sifat yang tersebut dalam hadits Abdullah bin Amr di atas:

Khianat, curang, dusta, dan fajir. Keempat sifat ini tidaklah terdapat pada seseorang kecuali dia adalah munafik tulen. Nabi shallallahu alaihi wasallam juga mengambarkan sebuah tanda lain dari tanda-tanda orang munafik, yaitu: Sangat berat dalam melaksanakan shalat isya dan subuh. Subhanallah, betapa miripnya kemarin dengan hari ini. Di zaman ini banyak di antara kaum muslimin yang masih bersifat dengan sifat ini, mereka merasa berat mengerjakan kedua shalat ini dengan alasan lelah atau ngantuk sepulang kerja atau alasan lainnya, wallahul Musta’an.

Karenanya wajib atas setiap muslim untuk mengetahui kelima ciri munafik di atas dan ciri-ciri lainnya agar dia bisa menjaga dirinya darinya, karena barangsiapa yang tidak mengetahui suatu kejelekan maka kemungkinan besar dia akan terjatuh ke dalamnya.

sumber

HINA ISLAM: PENJARA GUANTANAMO PALING HINA DAN KEJAM

Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia | PAKAR antarabangsa melaporkan, AS memilih Teluk Guantanamo sebagai kawasan pusat tahanan (penjara) kerana ia selamat daripada gangguan al-Qaeda mahupun Taliban.

“Teluk Guantanamo ini bebas dari diganggu oleh aktivis hak asasi kemanusiaan antarabangsa selain AS boleh melakukan apa sahaja kepada banduan,” kata pakar yang enggan mendedahkan identitinya.

Penjara Guantanamo1 Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia

Tahanan di Kem Delta dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.

Sebuah lagi pusat tahanan, Kem Iguana, berkedudukan 1km dari Kem Delta menempatkan hanya tiga tahanan di bawah umur 16 tahun. Ia pernah ditutup pada pertengahan 2005 dan dibuka semula dengan menempatkan 38 tahanan.

Bekas tahanan Libya, Omar Deghayes memberitahu akhbar Newsday, matanya pernah disembur dengan serbuk lada.

“Mereka (tentera AS) berbaris, menyanyi dan ketawa sebelum menyemburkan muka saya dengan lada. Bukan sekadar itu, mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke mata saya,” katanya.

Omar memberitahu, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS.

“Muka saya pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari,” jelas Omar yang dibebaskan dalam 2007.

Beberapa tahanan yang dibebaskan pada tersebut menjadi buta selain saksi tindakan keji tentera AS di penjara Guantanamo atau ‘Gitmo’.

Bekas tahanan yang enggan dikenali berkata, melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air.

Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas.

“Saya pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati,” katanya.

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita.

Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.

“Ia adalah rutin mereka, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara.

Penjara Guantanamo Demo 1 Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia

“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah, memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka berbuat sedemikian,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber pada Mei 2005.

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan.

Penjara Guantanamo Demo Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di DuniaMuhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan tahanan lain.

Lapor akhbar New York Times pada Julai 2004, selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang.

“Satu ketika, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya berkedudukan seperti janin dalam perut.

“Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.” lapor New York Times.

sumber

KEJAM : BUNUH ISTERI UPLOAD DI FACEBOOK

17 August 2013. LAMAN sosial Facebook kini sudah mencapai tahap “perkongsian maklumat melampau” lebih dari sekadar berkongsi status, gambar makanan atau aktiviti harian tetapi berkongsi saat kematian.

Itulah yang dilakukan suami durjana Derek Medina yang menembak isterinya kemudian memuatnaik gambar mayat isterinya di atas lantai ke laman Facebooknya.

Lelaki itu juga memuatnaik pengakuan rasminya membunuh isterinya, Jennifer Alfonso.

Dia dihadapkan di hadapan Hakim Miami Maria Elena Verde sehari selepas kejadian itu. Dilihat berpakaian pakaian berwarna hitam seperti pesakit mental atau tahanan kes bunuh, dia diperintahkan untuk ditahan tanpa bon.

Dia bakal menghadapi hukuman mati jika disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh darjah pertama.

Derek, 31 tahun, mengejutkan rakan Facebooknya apabila dia memuatnaik pengakuan bahawa dia baru sahaja menembak isterinya yang berusia 26 tahun itu.

Dia mendakwa isterinya itu, kerap menumbuk dan menderanya secara fizikal,

sumber

TIPS: 8 PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL

Ketahanan fizikal penting untuk memastikan tubuh anda bersedia untuk menempuh kehamilan. Untuk itu, anda perlu membuat persediaan rapi agar kehamilan anda kelak tidak akan membebankan malah menyeronokkan.


1. ASID FOLIK
Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6 mg iaitu tambahan sebanyak 0.4 mg sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan. Hal ini penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi. Selain buah-buahan seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil pil asid folik di farmasi atau klinik.

2. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayur-sayuran dan buah-buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembelit yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil. Oleh itu, jadikan ia sebagai rutin harian anda agar waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda akan cepat kenyang. Percayalah bahawa jika rajin makan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda mampu mengawal pertambahan berat badan.

3. MAKAN BANYAK IKAN
Antara ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah, tuna, tenggiri, tongkol dan ikan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, dipanggang ataupun digoreng. Terpulanglah kepada anda untuk memilih bahan yang akan dimasak bersama ikan asalkan tiadak mejejaskan kesihatan.

4. KARBOHIDRAT LAWAN LEMAK
Beras, jagung, roti, mi, mihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih-lebih lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingan dengan roti sandwic.

5. ZAT BESI ELAK ANEMIA
Antara makanan tersebut ialah daging merah (akan tetapi elakkan daripada makan hati)., sayur-sayuran hijau, kekacang dan buah-buahan yang sudah dikeringkan. Harus diingat bahawa penyerapan zat besi tidak akan berlaku dengan baik jika ibu hamil banyak minum minuman yang tinggi kandungan kafeinnya. Ibu hamil yang mengalami anemia akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pendarahan yang banyak sewaktu proses kelahiran bayi akan memburukkan keadaan.

6. LAPAN GELAS AIR
Keadaan akan bertambah buruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga. Ketika waktu tersebut, uterus yang semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagian bawah uterus bersama-sama pundi kencing. Akibatnya, najis menjadi keras dan proses membuang air besar mejadi sukar. Jadi, untuk mengeluarkan najis tersebut, ibu hamil ini terpaksa meneran. Meneran terlalu kerap dan dengan tekanan yang tinggi boleh menyebabkan bawasir. Untuk mengelak terjadinya masalah seperti yang telah disebutkan itu, minumlah banyak air. Umumnya, anda digalakkan minum sebanyak 8 gelas air masak setiap hari. Akan tetapi, adalah lebih baik jika anda mampu minum lebih daripada itu.

7. SARAPAN PAGI
Bersarapan akan menghilangkan rasa pedih perut setelah semalaman tanpa makanan. Rasa pedih yang dialami oleh ibu hamil biasanya akan membuatkan mereka mual. Dan ketika inilah, morning sickness menyerang. Oleh itu, bersarapanlah. Akan tetapi, jangan makan terlalu banyak. Contoh sarapan terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah segelas susu, semangkuk bijirin dan sekeping roti.

8. BERIADAH
Aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah. Malah, ini adalah senaman yang tidak memerlukan kos.

sumber: Sedia melangkah ke alam baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.