اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

IMPAK BERITA KIAMAT

Desas desus mesas mesus artikel yang kononnya dari Nasa atau dari siapa sahaja yang bergelar makhluk tuhan mentafsir bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember lepas atau 23 hingga 25 Disember ini. Kebanyakkan kita mengetahui bahawa berita 21 Disember itu tersebar dengan tafsiran daripada kalendar kaum maya dan berita bumi bergelap pada 23 hingga 25 Disember tersebut diterima akibat daripada awan galaxy yang menutupi cahaya matahari untuk sampai ke bumi atau bumi dan plenet lain dalam keadaan sejajar.

Pelbagai spekulasi yang berlaku dan menerima pelbagai reaksi dari pengguna laman maya. Lebih lucu lagi ada yang membina rumah atau tempat untuk menyelamatkan diri daripada malapetaka kiamat. Reaksi yang boleh dilihat dari berita itu ialah kemarahan, sindiran dan ketakutan daripada pelbagai lapisan masyarakat dunia.

Apa yang dikesali ialah ada antara kita yang mendabik dada yang hampir kepada riak dan sombong kiamat atau malapetaka tidak berlaku pada hari tersebut. Pada pandangan saya cukuplah sekadar besyukur sebab kita masih boleh bernafas. Sekalipun benar malapetaka tersebut tidak berlaku tetapi kita hendaklah sentiasa mengingatinya kerana dengan mengingatinya kita adalah antara orang-orang yang beruntung.

Berita lain pula ialah terdapat individu yang menghabiskan wang untuk menyediakan tempat bagi menghadapi malapetaka tersebut. Teringat saya mengenai amaran yang dibuat oleh Nabi Noh a.s mengenai berlakunya banjir besar dan terdapat sebilangan umatnya memperlekehkannya dan beliau sendiri mempersiapkan bahtera bagi menyelamatkan diri dan umatnya yang setia. Bukanlah maksud saya kita harus mempercayai berita tersebut tetapi kita perlu mengambil sikap berhati-hati. Sikap tersebut memang di ajar sekalipun ramalan tersebut tidak disebar. Sikap yang saya maksudnya ialah sikap zuhud.

Suatu masa dahulu juga pernah berlaku ramalan-ramalan seperti ini dan ianya tidak berlaku sehingga ke hari ini. Natdramus seorang peramal masa depan kononnya telah membuat beberapa ramalan mengenai pelbagai perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Mengikut penganalisis dan berita sampingan menyatakan beliau membuat ramalan tersebut dengan membuat kajian ke atas al-quran. Anda kajilah sendiri fenomena ini.

Segala yang berlaku di sekeliling kita mempunyai hikmah tersendiri dan jangan kita terperangkap dengan ujian-ujian yang diturunkan oleh yang esa. Ambil langkah bijak.. Bernafas, mendengar, berfikir, melihat dan barulah berkata-kata... insyaallah..

Reactions:

1 comments:

  1. Apa yang dikesali ialah ada antara kita yang mendabik dada yang hampir kepada riak dan sombong kiamat atau malapetaka tidak berlaku pada hari tersebut. Pada pandangan saya cukuplah sekadar besyukur sebab kita masih boleh bernafas. Sekalipun benar malapetaka tersebut tidak berlaku tetapi kita hendaklah sentiasa mengingatinya kerana dengan mengingatinya kita adalah antara orang-orang yang beruntung.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.