اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

REFLEK KEPUTUSAN SAINS DAN MATEMATIK

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Pelajar Malaysia akan terus tergelincir dalam Matematik dan Sains jika dasar pendidikan semasa tidak berubah, sebuah kumpulan lobi pendidikan memberi amaran.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia memberi respon selepas keputusan terkini pada Rabu mendedahkan Malaysia terus membimbangkan akibat penurunan dalam ranking penilaian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) selama bertahun-tahun.

“Kami sudah jangka keputusan akan jadi begitu.. Jika kita teruskan apa yang kita lakukan sekarang, kita akan terus merosot,” kata Pengerusi Datin Noor Azimah Abdul Rahim kepada The Malaysian Insider.

Menurut Azimah, sistem pendidikan Malaysia hanya mengajar kandungan pengetahuan, mengingat pengetahuan dan pembelajaran hafalan, yang malangnya hanya membentuk sebahagian kecil TIMSS, tidak seperti mempersoalkan dan penyelesaian masalah. “Kita tidak melakukan apa-apa untuk mempersiapkan anak-anak kita untuk TIMSS ... Lebih baik kita tidak ambil ujian, ini sangat memalukan,” katanya.

TIMSS menilai pelajar gred empat dan lapan (bersamaan Darjah Empat dan pelajar Tingkatan Dua di Malaysia) lebih daripada 63 negara dalam empat penanda aras antarabangsa sejak tahun 1995.

Malaysia hanya menghantar pelajar Tingkatan Dua untuk mengambil bahagian dalam kajian ini, dan 5773 orang pelajar dari 180 buah sekolah mengambil bahagian tahun lepas. Untuk kajian terbaru pada tahun 2011, Malaysia mendapat 440 mata dalam Matematik dan 426 mata dalam Sains, di bawah Skala pertengahan TIMSS sebanyak 500 mata.

Pada tahun 2007, Malaysia mendapat 474 mata dalam Matematik dan 471 mata bagi Sains. Markah yang didapati adalah 519 mata dan 492 mata masing-masing pada tahun 1999, apabila kali pertama Malaysia menyertainya.

Azimah sinis terhadap rancangan kerajaan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Baru untuk peperiksaan penanda aras Malaysia bagi TIMSS, dan mencapai kedudukan ketiga teratas menjelang 2025.

“Jika kita serius melakukan dengan baik, berubahlah,” tegas Azimah yang memperjuangkan Malaysia untuk meneruskan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Putrajaya memutuskan untuk membatalkan dasar yang dimulakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun terdapat keputusan yang menggalakkan. “Jangan hanya beri retorik, kita perlu duduk mengubah kurikulum ... supaya ia lebih cenderung ke arah penyelesaian masalah dan pemikiran mempersoalkan. Kita perlukan rombakan besar.

“Persoalannya sekarang … bagaimana kita akan kesana?” tanya Azimah.

Pengerusi mengakui kekurangan pemikiran mempersoalkan dan penyelesaian masalah adalah akibat malang pendidikan konservatif berpaksikan guru.

“Kanak-kanak harus digalakkan untuk bercakap dan bertanya soalan,” beliau mencadangkan.

“Mereka tidak melakukannya kerana guru akan menegur jika mereka bertanya soalan yang salah.

“Mereka takut untuk membuat kesilapan, mereka malu dan mereka tidak mahu diejek oleh rakan-rakan, jadi jalan terbaik adalah untuk berdiam diri.”

Penyelesaiannya, Azimah menjelaskan, adalah untuk kembali ke akar masalah dan baik pulih latihan guru untuk bergerak ke arah menjadikan pendidikan berpaksikan pelajar. “Tumpuan harus diberikan kepada kanak-kanak itu, bukan kepada guru.

“Guru perlu menjadi lebih menarik, mereka harus menggalakkan pelajar, agar mereka mempunyai pandangan,” tambah Azimah.

TIMMS dijalankan setiap empat tahun oleh Pusat Kajian Antarabangsa Sekolah Pendidikan Lynch, Kolej Boston.

Selain peperiksaan, TIMSS juga mengumpul maklumat kontekstual di persekitaran sekolah dan lokasi, bahasa ibunda, guru dan latar belakang keluarga pelajar, guru dan pengetua.

Pada tahun 2011, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Jepun mendahului kedua-dua mata pelajaran Matematik dan ranking Sains dengan margin yang besar. Negara-negara yang merosot dalam Sains selain Malaysia termasuk Hungary, Macedonia, Norway, Sweden dan Thailand.

Negara-negara yang sama juga merosot dalam mata pelajaran Matematik, dengan tambahan Jepun, Jordan, Romania dan Tunisia.

PUNCA PERUT BUNCIT

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor keturunan. “Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu. Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.

Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.

“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.

Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

Penyebab kelima, stres. Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau. Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie. Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.

Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

IMPAK BERITA KIAMAT

Desas desus mesas mesus artikel yang kononnya dari Nasa atau dari siapa sahaja yang bergelar makhluk tuhan mentafsir bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember lepas atau 23 hingga 25 Disember ini. Kebanyakkan kita mengetahui bahawa berita 21 Disember itu tersebar dengan tafsiran daripada kalendar kaum maya dan berita bumi bergelap pada 23 hingga 25 Disember tersebut diterima akibat daripada awan galaxy yang menutupi cahaya matahari untuk sampai ke bumi atau bumi dan plenet lain dalam keadaan sejajar.

Pelbagai spekulasi yang berlaku dan menerima pelbagai reaksi dari pengguna laman maya. Lebih lucu lagi ada yang membina rumah atau tempat untuk menyelamatkan diri daripada malapetaka kiamat. Reaksi yang boleh dilihat dari berita itu ialah kemarahan, sindiran dan ketakutan daripada pelbagai lapisan masyarakat dunia.

Apa yang dikesali ialah ada antara kita yang mendabik dada yang hampir kepada riak dan sombong kiamat atau malapetaka tidak berlaku pada hari tersebut. Pada pandangan saya cukuplah sekadar besyukur sebab kita masih boleh bernafas. Sekalipun benar malapetaka tersebut tidak berlaku tetapi kita hendaklah sentiasa mengingatinya kerana dengan mengingatinya kita adalah antara orang-orang yang beruntung.

Berita lain pula ialah terdapat individu yang menghabiskan wang untuk menyediakan tempat bagi menghadapi malapetaka tersebut. Teringat saya mengenai amaran yang dibuat oleh Nabi Noh a.s mengenai berlakunya banjir besar dan terdapat sebilangan umatnya memperlekehkannya dan beliau sendiri mempersiapkan bahtera bagi menyelamatkan diri dan umatnya yang setia. Bukanlah maksud saya kita harus mempercayai berita tersebut tetapi kita perlu mengambil sikap berhati-hati. Sikap tersebut memang di ajar sekalipun ramalan tersebut tidak disebar. Sikap yang saya maksudnya ialah sikap zuhud.

Suatu masa dahulu juga pernah berlaku ramalan-ramalan seperti ini dan ianya tidak berlaku sehingga ke hari ini. Natdramus seorang peramal masa depan kononnya telah membuat beberapa ramalan mengenai pelbagai perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Mengikut penganalisis dan berita sampingan menyatakan beliau membuat ramalan tersebut dengan membuat kajian ke atas al-quran. Anda kajilah sendiri fenomena ini.

Segala yang berlaku di sekeliling kita mempunyai hikmah tersendiri dan jangan kita terperangkap dengan ujian-ujian yang diturunkan oleh yang esa. Ambil langkah bijak.. Bernafas, mendengar, berfikir, melihat dan barulah berkata-kata... insyaallah..

JANTUNG PERNIAGAAN

Dalam dunia pernigaan terdapat pelbagai perkara penting bagi memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. 

Apakah matlamat menjalankan pernigaan?.. 
Pastinya untuk mendapatkan pendapatan dan meningkatkan taraf kehidupan. 

Apakah ciri-ciri manusia yang boleh menjadi seorang ahli perniagaan?.. 
Bergantung kepada jawapan dan persepsi setiap individu. Namun bagi saya, seorang peniagaan adalah individu yang tidak lokek berkongsi ilmu dan menimba ilmu serta berfikiran terbuka.

Apabila kita sebut sahaja perniagaan pasti setiap orang membayangkan menjual barang dan memberi perkhidmatan. Kebanyakkannya dipengaruhi oleh iklim perniagaan di sekeliling. Akan ada mencari perniagaan yang ada persamaan dengan pernigaan yang sedia ada. Setiap perniagaan yang wujud di sekeliling kita sebenarnya memerlu sokongan  dan dorongan dari pembekal atau pemborang. Di situ sebenarnya wujud satu peluang perniagaan akibat daripada pertumbuhan pernigaan yang berlaku di sekeliling kita.

Saya tertarik dengan pernigaan yang menjurus kepada kreativiti dan modal insan yang tulen. Contohnya pengeluaran produk tani, produk separuh siap dan produk siap. Produk-produk yang dikeluarkan menggunakan sumber-sumber sekeliling yang sedia ada. Dengan sumber mentah di sekeliling maka perniagaan dapat dijalankan dengan adanya transaksi jual beli dengan pelanggan.

Di Malaysia terdapat banyak bahan mentah yang boleh dijadikan barang separuh siap dan barang siap. Kita hanya memerlukan idea yang bernas untuk menjadikan produk tersebut digemari ramai.

Berbalik kepada tajuk asal artikel ini, iaitu jantung perniagaan. Perniagaan adalah merujuk kepada rangkaian pelanggan. Jika terdapat banyak pelanggan maka perniagaan tersebut mampu untuk hidup dan memiliki survival yang tinggi. Jantung perniagaan adalah promosi atau dengan kata lain umpama "ayam telur sebiji riuh sekampung". Biar semua orang tahu apa yang kita buat bagi memastikan perniagaan kita dan maklumat perniagaan kita sampai kepada orang yang memerlukan.

Jika perniagaan kita tidak diketahui orang ramai maka itu adalah petanda bahawa perniagaan kita tidak dapat bertahan lama. Bagaimanakah cara memastikan maklumat perniagaan kita sampai kepada pelanggan. Caranya adalah dengan menggunakan media iklan yang wujud di pasaran seperti surat khabar, radio, televisyen, risalah, poster, banner dan sebagainya. Anda boleh pilih teknik menyampaikan maklumat tersebut berdasarkan modal yang anda miliki.

Ini adalah perkongsian ringkas saya mengenai perniagaan dan moga ianya mendapat mafaat kepada setiap pembaca.. amin.. 

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.