COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENGALAMAN BERJAYA DAN GAGAL DALAM PERNIAGAAN

Saya sering memberi peringatan kepada sesiapa sahaja mengenai jatuh bangun dalam perniagaan. Saya sering berkata bahawa "kita jatuh adalah untuk kita bangkit" dan bukan untuk kita jatuh selama-lamanya. Rentetan dari kehidupan yang lalu. Saya pernah melihat rakan niaga jatuh dalam dunia perniagaan beberapa kali dan dari situ saya sedar fenomena yang berlaku dalam dunia perniagaan dalam masyarakat kita.

Kejayaan dalam perniagaan di ukur dengan kuasa membeli di mana si pemilik perniagaan mampu membeli apa yang dikehendakkinya. Kejayaan tersebut juga di ertikan pada pengalaman saya yang lalu ialah mampu bercakap besar. Contohnya "Kau mahu aku buat pesanan berapa besar?!" "Aku ambil semua stok yang engkau ada!!". Kuasa beli memberi pengertian yang tinggi kepada pemilik perniagaan. Adakalanya kesetiaan dibeli dengan kuasa beli. Memang tidak dinafikan pada masa sekarang ada antara rangkaian peniaga dapat dibeli dengan wang. Malah maruah juga mampu dibeli.

Pada ketika kejayaan di tempa.. tiada langsung kesedaran ketidak stabilan perniagaan. Tiada langsung kesedaran berlaku inflasi.. Kuasa belian diberi keutamaan dan penghasilan perniagaan masih di takuk yang sama. Akibat daripada itu tiada kesedaran langsung mengenai keadaan perniagaan umpama menara condong pisa. Perbelanjaan demi perbelanjaan di lakukan tanpa menyedari inflasi memakan keutuhan perniagaan.

Suasana kejayaan memberi seribu pengertian apabila mampu menunjukkan kuasa beli kepada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling. Tidak kira rakan taulan, sanak saudara dan rakan niaga yang lain. Begitu banyak rakan-rakan mendekati. Berbondong-bondong memuji.

Pada suatu ketika, apabila kuasa beli itu ditarik tuhan. Mulalah menarik muka mencari siapakah boleh dituduh atas ketelanjuran pada masa lalu. Pastinya intipati diri sudah bersedia untuk mempertahankan kebolehan diri dengan menunding jari kepada orang lain mengenai kegagalannya. Dalam hatinya berkata "kegagalan itu bukan kerana aku tetapi kerana dia yang melakukan onar dalam perniagaan aku". Kata-kata itu menempias orang lain bersalah atas keruntuhan empayarnya. Memang begitulah sikap bagi yang buta kepada kepimpinan dalam perniagaan.

Setiap perniagaan yang dijalankan mempunyai kepimpinannya sendiri dan kepimpinan itulah yang menentukan perniagaan tersebut berjaya ataupun tersungkur. Apakah perlu menunding jari kepada orang lain dan berkata dialah punca segala kegagalan aku. Akibat dari desakan nafsu, maka fitnah mula di cipta dan kata-kata nista mula di sebarkan bagi mengelak kesalah tanggapan orang lain terhadap kebolehan dirinya.

Ada antara rakan niaga yang lain pasti bersimpati namun akan bersikap acuh tak acuh dengan kegagalan yang dihadapi. Ambillah pelajaran dari kegagalan tersebut dan janganlah bersikap menunding jari kepada orang lain. Apakah sikap itu mampu memberi impak yang baik dalam hubungan dan apakah sikap tunding-menunding bererti pihak yang di tunding berdiam diri sahaja. Bukankah setiap manusia itu di beri urat dan hormon pertahanan diri. Sudah pasti ada tindak balasnya.

Apa yang berlaku di atas adalah kisah benar yang berlaku pada suatu masa dahulu. Fitnah dan sikap tunding-menunding menjadi asam garam dalam dunia perniagaan. Sedikit keberanian saya mampu menentang hentaman fitnah yang melanda.

Saya adalah sebahagian orang yang ditunding dari epilog kecundangnya sebuah empayar perniagaan. Fitnah bukanlah perkara luar biasa bagi saya tetapi ianya sudah menjadi biasa. Saya mengambil pelajaran daripadanya dan kerana itu saya mencari jalan untuk bangkit semula. Kesan itu dapat dirasai sehingga sekarang. Biarlah fitnah itu mengikut arus air hingga ke lautan sehingga tidak tahu lagi ke mana arahnya. Apa yang pasti ketenangan dalam kejayaan harus diburu dan bukanlah kejayaan semata-mata.

Malam ini, tiba-tiba terdetik di hati saya mencoret kisah lalu bagi pedoman rakan-rakan yang lain supaya tunding jari ke arah diri sendiri terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada orang lain. Ingatlah bahawa "Terlalu percaya kepada orang lain adalah sikap yang tidak bertanggungjawab".

Pengertian "Terlalu percaya kepada orang lain adalah sikap yang tidak bertanggungjawab" adalah sikap lepas tangan di mana segala urusan dari A hingga ke Z diberi kepada rakan niaga atau orang bawahan. Di sebabkan itu perjanjian dan skop tugasan adalah penting dalam rancangan perniagaan. Jangan lalai tanggungjawab sendiri dan janganlah anda menjadi sebahagian daripada individu yang melakukan fitnah di muka bumi ini. Elakkan sikap tunding-menunding. Sedarilah bahawa kesefahaman awal perlu dipupuk sebelum ketidakfahaman akan datang.

Apa-apa pun.. saya redha dengan ketentuan yang berlaku pada masa lalu dan ianya pelajaran yang paling berharga bagi yang berakal. w.salamu...

Reactions:

1 comments:

  1. Saya sering memberi peringatan kepada sesiapa sahaja mengenai jatuh bangun dalam perniagaan. Saya sering berkata bahawa "kita jatuh adalah untuk kita bangkit" dan bukan untuk kita jatuh selama-lamanya. Rentetan dari kehidupan yang lalu. Saya pernah melihat rakan niaga jatuh dalam dunia perniagaan beberapa kali dan dari situ saya sedar fenomena yang berlaku dalam dunia perniagaan dalam masyarakat kita.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.