اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

VIDEO BICARA KAMPUS DAN MD YUSRI MERAH MATA

Di bawah ini merupakan video bicara kampus yang menjadi paling hangat yang dipedengarkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Persoalan yang banyak ditimbulkan di dalam video ini adalah mengenai bajet yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Menurut sumber video ini. Bujet Sabah dan Sarawak diberi lebih oleh kerajaan bagi memastikan Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Apa yang saya percaya adalah, bujet sebelum ini dibahagikan berdasarkan papulasi penduduk dalam Malaysia dan hasilnya kita boleh lihat sendiri perbezaan pembangunan yang ada di Borneo dan Semenanjung Malaysia.

Pemberian bajet besar yang diberi kerajaan pusat kepada Sabah dan Sarawak memberi tindak balas negatif oleh MD Yusri dalam bicara kampus dan cuba mencari isi penting bagi menggariskan bahawa bajet yang besar tidak sepatutnya diberi kepada Sabah dan Sarawak. Siapakah lagi seperti MD Yusri? MD Yusri memberi tindak balas seperti artikel yang saya tulis sebelum ini. KLIK SINI. Akibat daripada MD Yusri berasal dari Semenanjung Malaysia maka ramai memandang bahawa MD Yusri adalah gambaran kepada warga Semenanjung Malaysia. Saya berharap kerajaan akan membetulkan keadaan ini.

Kerajaan begitu prihatin dengan isu semasa di mana rakyat Sabah dan Sarawak begitu dahagakan pembangunan dan keprihatinan tersebut di zahirkan dengan memberi lebih bajet kepada Borneo. Memang lumrah manusia tidak akan senang duduk seperti MD Yusri apabila melihat keadaan ini. Kerajaan memandang isu semasa perlu diberi perhatian dimana ketidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak mengenai hasil bumi Borneo terlalu banyak tetapi pembangunan ekonomi jauh lebih kebelakang berbanding Semenanjung Malaysia.

Selain itu, persoalan yang dilontarkan oleh moderator bicara kampus adalah "adakah bajet tersebut sampai kepada rakyat Sabah Sarawak?". Persoalan ini ingin sekali saya dengar oleh pemimpin tertinggi Sabah Sarawak. Isu ini pada pandangan saya harus dipandang serius. Wakil-wakil dari parti alternatif banyak menyatakan bahawa terlalu banyak kebocoran bajet untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Adakah ini benar?.

Berdasarkan pengalaman saya yang lalu. Saya dapati memang terdapat kebocoran dan bukan semua kepimpinan parti pemerintah sekarang melakukan kebocoran tersebut sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Ada segolongan sahaja yang melakukannya contohnya aduan yang saya terima daripada wakil Parti alternatif bebas menyatakan bahawa satu tempat di kawasan Sarawak. Bajet untuk membina dewan masyarakat digunakan oleh pemimpinnya untuk perkara lain. Allahualam. Tetapi perkara ini serius untuk diketengahkan dan diselesaikan.

Artikel ini hanya memfokuskan isu "Bicara Kampus" yang menjadi perhatian warga Borneo. Pada pendapat saya, pemimpin pemerintah sekarang harus membuat satu badan siastan khas bagi mengenalpasti pemimpin atau wakil rakyat yang benar-benar prihatin dengan kawasannya dan wakil rakyat yang hanya atas nama sahaja selain suka menunjuk kuasa sahaja. Kepada pemimpin parti alternatif yang saya hormati adalah pemimpin yang bertindak apabila melihat kepada penindasan dan saya amat menyelar pemimpin parti alternatif yang memainkan sentimen perkauman selain mencetuskan huru-hara dalam masyarakat,.

Anda lihat sendiri video di bawah ini dan fahami apa yang digambarkan dalam perbincangan mereka.

Reactions:

3 comments:

  1. Menurut sumber video ini. Bujet Sabah dan Sarawak diberi lebih oleh kerajaan bagi memastikan Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Apa yang saya percaya adalah, bujet sebelum ini dibahagikan berdasarkan papulasi penduduk dalam Malaysia dan hasilnya kita boleh lihat sendiri perbezaan pembangunan yang ada di Borneo dan Semenanjung Malaysia.

    BalasPadam
  2. seharusnya pembangunan dalam sesebuah Negara itu seimbang untuk rakyat dari apa2 pun seginya... jgn dianak tirikan negeri2 yang bergabung dlm satu Negara...1 Negara 1 sudah dalam 1 kesatuan...jadi berhak untuk setiap Negeri dibangunkan sama rata..kerana semua rakyat dibawah naungan 1 Negara memberi sumbangan dalam pembanguan Negara,Sarawak dan Sabah adalah negeri yang berdaulat juga... mengapa Malaysia mengambil Sarawak dan Sabah dlm kekuasaan Malaysia...jika Sarawak dan Sabah diabaikan... bukan..kah ini seolah2 melahirkan anak tapi tidak dijaga dengan baik..( Terabai ) bagaimanakehidupan anak tersebut...disini bukan yang dipandang itu Tanah Sarawak dan Sabah..tetapi manusia yang ada di Sarawak dan Sabah perlukan pembangunan.. ketidak-adilan itu membuatkan Sarawak dan Sabah..keluar dari Malaysia. Adakah Malaysia merelakanya..?Jika ketidak adilan berlaku.? hendaklah difikirkan dahulu...Keeeemanusian...dalam pembangunan...demi keselesaan...rakyat di Sawarak dan Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaik clickers.. betul apa yang dibicarakan.. sabah dan sarawak mahukan pembangunan.. semua orang berbicara mengenai isu ini disebabkan oleh perbezaan pembangunan dan pengeluaran pendapatan negara paling tinggi.. allahualam..

      Padam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.