اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

USAH GOPOH APABILA BELUM MASANYA

Saudara tidak boleh melewat-lewatkan tugasan, tetapi dalam masa yang sama, saudara tidak sepatutnya gopoh dalam urusan harian, Tahu bilakah masa yang terbaik untuk bertindak. Ada perkara yang mesti dibuat seawal mungkin, ada pertengahan dan ada yang di akhir. Bahkan ada sesetengah perkara itu, tidak melakukan apa-apa adalah tindakkan yang paling baik.

Ada kalanya menangguhkan kerja diperlukan apabila kena strateginya. Seorang polis yang berhadapan dengan penjenayah yang menawan tebusan biasanya melengah-lengahkan keputusan dan tindakan kerana dia tahu seorang penjenayah semakin hilang kuasa berunding apabila tempoh tuntutannya semakin habis. Ada juga jurujual yang sengaja melambatkan panggilan balas kepada bakal pelanggannya bagi menunjukkan syarikat itu sibuk dan mempunyai ramai pelanggan. Kadangkala dalam perniagaan saham, melengahkan beberapa minitpun dapat memperoleh keuntungan berlipat kali ganda. Namun, apa yang paling penting adalah ia strategi yang tebaik bagi mendapat kejayaan yang lebih baik.

Charles Brady, seorang pengasas firma pengurus kewangan yang terkenal, Invenco juga mempunyai idea yang sama. Setiap hari dia berurusan dengan tujuh hingga lapan projek yang besar. Apa yang menghairankan, bukan semua kertas projek itu diserahkan pada minggu itu, tetapi ada yang sudah disimpan selama beberapa bulan, bahkan dua tahun! kenapa? Kerana dia rasa belum masanya dia 'berurusan' dengan kertas projek itu. Menangguhkannya adalah yang terbaik patut dilakukan.

Kadangkala, berada di penghujung tarikh akhir menjadikan diri saudara lebih memberi tumpuan dan fokus. Ada kalanya amalan ini baik, tetapi ada kalanya negatif. Ada pelajar yang gemar mengulangkaji peperiksaan pada saat-saat akhir kerana bagi mereka belajar pada masa itu adalah ulang kaji yang benar-benar 'melekat' dalam ingatan mereka.

Begitu juga wartawan yang membuat artikel pada lewat petang sebelum tamat waktu akhir menghantar bahan. Mungkin saudara juga pernah melakukan perkara sebegini, tetapi ingat, jangan lakukannya kerana malas, tetapi kerana strategi.

Samual Johnson pernah berkata, "apabila seseorang itu tahu yang dia akan dihukum gantung dua minggu lagi, dia mempunyai kosentrasi minda yang cukup mengagumkan!" Tetapi, adakah saudara hendak dihukum gantung dahulu baru hendak memberi tumpuan? fikirkanlah

Credit :
Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
55 petua orang berjaya (edisi kemas kini)

Reactions:

1 comments:

  1. Saudara tidak boleh melewat-lewatkan tugasan, tetapi dalam masa yang sama, saudara tidak sepatutnya gopoh dalam urusan harian, Tahu bilakah masa yang terbaik untuk bertindak. Ada perkara yang mesti dibuat seawal mungkin, ada pertengahan dan ada yang di akhir. Bahkan ada sesetengah perkara itu, tidak melakukan apa-apa adalah tindakkan yang paling baik.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.