COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TAK PENGALAMAN SEBAB TAK KERJA = NAK KERJA TAPI TAK PENGALAMAN

Gambar di atas saya cedok daripada laman sosial yang popular pada masa sekarang selepas tweeter.

I can't get a job because i don't have experience because i can't get a job because... bla bla bla bla..
Translate:
Saya tidak diterima kerja kerana saya tidak ada pengalaman kerana saya tidak tidak diterima kerja kerana...

Seperti biasa saya mengambil beberapa pendapat rakan mengenai perkara ini. Soalan saya ialah:
"Nak keja tak ada pengalaman. tak ada pengalaman sebab tak ada kerja. cara penyelesaian?"

Chuchu
"pergi kursus.."
(agaknya pergi kursus nak cari kerja kot)

Tok Abom
"untuk bekerja jika tiada pengalaman maka pilihlah pekerjaan yang kita mampu lakukan, jika memilih pekerjaan yang perlukan pengalaman maka from zero to hero kita kena banyak bersabar jika diarah dalam melakukan pekerjaan,jangan sombong belajar,displinkan diri sebagai seorang pekerja, itu tak sia-sia demi pengalaman.dlm kerjaya grin"

Deng Sabrina
"carik pengalaman.. jangan mileh kerja... berani mencoba x mati ba"

Hafiz Ali
"carik kerja jak huhuhu.. cuba jak sampei dapat.... huhuhu"

Watie Johari
"hehehe...bermula dgn carik jk pa2 kja asalkan halal...dr sialh kta nekik tangga utk sampai ke tmpt tinggi yg kta inginkan hehehe..."
Translate:
"He he.. bermula dengan mencari apa sahaja kerja asalkan halal.. Dari situlah kita menaiki tangga sehingga ke tempat yang tinggi yang kita inginkan"

Tarmizi Shukri
"keja dikpun"
Translate:
"Kerja sendiri"

Warisan Sarawak
" kena cari kerja walaupun rendah dari taraf pendidikan. baru dapat pengalaman."

Malaysia adalah antara negara yang pesat membangun dalam sektor ekonomi dan disebabkan itu ledakkan pendatang asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan perkerjaan begitu banyak. Disebabkan itu, pesaingan dalam mendapatkan kerja menjadi tinggi selain faktor pendatang asing yang datang ke Malaysia rata-rata rajin bekerja selain kos buruh yang murah selain kepakaran serta kehalusan kerja mereka.

Di Malaysia pekerja asing yang tinggi adalah datangnya daripada negara jiran iaitu Indonesia dan juga negara lain seperti Bangladesh. Ini bukanlah alasan untuk tidak mendapat kerja. Ramai yang berpendapat rakyat Malaysia terlalu memilih kerja. Kerja yang sukar biasanya di ambil oleh pendatang asing. Apakah ini benar?

Disebabkan itu timbul pula isu sukar untuk mendapat pekerjaan kerana kurang pengalaman dan tidak ada pengalaman sebab tidak diterima kerja. Seperti pendapat rakan-rakan di atas, sepatutnya anda perlu berfikiran terbuka iaitu dengan tidak terlalu memilih kerja pada awalnya dan tidak semestinya mengikut tahap pendidikan anda. Sebaliknya jadi pekerja bawahan dahulu bagi menimba pengalaman. Maka tidak ada alasan untuk tidak ada pengalaman apabila memohon kerja kelak.

Jangan sombong dalam memilih kerja. Saya sendiri pada suatu ketika dahulu mula bekerja sebagai memotong kayu di kilang kayu, menjadi pelayan di restoran makanan segera dan pelbagai lagi kerja yang saya buat. Dari situ saya mendapat pengalaman selain idea kerana merasa keadaan sebenar pekerja bawahan walaupun tahap pendidikan saya bukan pada peringkat itu. Selepas itu, dengan mudah saya mendapat kerja dan memegang jawatan sebagai eksekutif akaun. 

Selepas melalui peringkat-peringkat pekerjaan di atas. Akhirnya saya memilih untuk bekerja sendiri dan ini adalah pilihan yang ada apabila kita langsung tidak dapat pekerjaan (mana mungkin). Bekerja sendiri adalah satu pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil yang tinggi. Itulah usahawan. Untuk menjadi usahawan bergaullah dengan usahawan. Sekian..

tok bok nya... 

Reactions:

3 comments:

  1. Malaysia adalah antara negara yang pesat membangun dalam sektor ekonomi dan disebabkan itu ledakkan pendatang asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan perkerjaan begitu banyak. Disebabkan itu, pesaingan dalam mendapatkan kerja menjadi tinggi selain faktor pendatang asing yang datang ke Malaysia rata-rata rajin bekerja selain kos buruh yang murah selain kepakaran serta kehalusan kerja mereka.

    BalasPadam
  2. tapi sedih bah.. kmk mintak juak jawatan walaupun berasaskan pmr...spm.. tapi still sikda juak mok kamek..huh..pasrah..mungkin rezeki belum ada gik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kitak dah try di bank? mun sik molah biznez jak kitak.. he he..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.