COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PETUA MEMBINA PASUKAN HEBAT

Kaedah "Siapa kau + Siapa aku = Itulah kita"

Setiap hari anda bekerja secara berpasukan. Sama ada anda murid sekolah, guru, pegawai kerajaan, eksekutif korporat, pengarah urusan syarikat, pelabur, pemain bola, suri rumah, mahasiswa IPT ataupun sesiapa sahaja, anda tidak dapat lari daripada kerja secara berpasukan.

Kaedah KAK adalah satu kaedah yang menekankan aspek mengenali antara satu sama lain secara mendalam. Konsepnya mudah sahaja, anad mengenali diri anda, rakan anda mengenali diri anda dan anda mengenali diri rakan anda. Maka terhasillah satu kombinasi dan keselarasan iaitu sebuah pasukan. Semakin mengenali antara satu sama lain, semakin berkesan kerja perpasukan anda.

Memahami antara sesama ahli ditekankan faktor utama bagi membentuk sebuah pasukan yang berkesan. Apabila semua saling memahami, setiap ahli kumpulan akan bekerja dan dilihat sebagai kita, bukan lagi individu-individu yang berbeza. Sebab itu saya menamakan kaedah ini sebagai aku + Kau = Kita.

Kaedah ini menekankan aspek kemanusiaan, yang mana faktor memahami psikologi sesama ahli memainkan peranan yang penting. Antara kaedahnya adalah dengan menggalakkan perbincangan secara terbuka dan tidak formal berkenaan perhubungan dan perasaan. Kerana daripada perbincangan seperti ini, rakan-rakan anda dapat membina kepercayaan dan dengan sendiri anda dapat membina gerak kerja berkumpulan yang berkesan.

Mengikut Carl Roger, seorang pakar psikologi yang juga dikenali sebagai "bapa kaunseling" pernah menyebutkan, ada dua asas keperluan psikologi yang diperlukan oleh manusia. Dua asas itu adalah:
  1. Pemberian psikologi yang baik. Contohnya seperti kasih sayang, perhatian dan penghormatan.
  2. Keupayaan kendiri. Iaitu keperluan merealisasikan dan mengupaya potensi dan kemampuan diri sendiri.


Sekiranya kedua-dua asas ini dapat dipenuhi, secara psikologinya manusia itu berasa puas. Seseorang itu sentiasa ingin dikasihi dan dicintai oleh orang lain. Manusia juga sanggup berusaha supaya dia diterima dan diiktiraf oleh orang lain. Sebab itu manusia gemarkan pujian dan penghormatan. Individu juga sentiasa berusaha melakukan keinginan dan kemampuan diri supaya menjadi kenyataan.

Sekiranya seseorang itu tidak mendapat pemberian psikologi yang cukup, menurut roger, ia mengganggu proses keupayaan kendirinya. Keupayaan kendiri ini penting bagi memberi keyakinan berkaitan kemampuan sebenar seseorang itu. Ia juga menjadi daya pendorong dan motivasi kepada seorang bagi meneroka lebih jauh keupayaan diri sendiri. Sekiranya salah satu asas ini pincang, perkembangan orang itu akan terbantut dan menjejaskan perkembangan kumpulan secara keseluruhan.

Reactions:

1 comments:

  1. Setiap hari anda bekerja secara berpasukan. Sama ada anda murid sekolah, guru, pegawai kerajaan, eksekutif korporat, pengarah urusan syarikat, pelabur, pemain bola, suri rumah, mahasiswa IPT ataupun sesiapa sahaja, anda tidak dapat lari daripada kerja secara berpasukan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.