اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENDEKATAN PENTING SEMASA TEMU JANJI PELANGGAN

Berikut adalah beberapa pendekatan penting yang boleh anda ikuti semasa anda melakukan temu janji dengan pelanggan anda:

Anda harus kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar. Anda hanya perlu bercakap 20% dan biarkan 80% lagi percakapan dilakukan oleh pelanggan anda. Berikan juga tumpuan anda kepada 80% lagi untuk mendengar.

Apabila bercakap, anda harus melakukannya dalam bentuk pertanyaan dan soalan. Ia mestilah mengulang kembali pernyataan yang diberikan oleh pelanggan anda. Ini bagi menunjukkan kepada pelanggan bahawa anda memahami keadaan mereka dan pada masa yang sama pelanggan mengesahkan apa yang mereka katakan kepada anda.

Habiskan banyak masa anda dalam temu janji ini dengan mencari sama ada pelanggan mempunyai keperluan, kehendak atau masalah untuk dipenuhi atau diselesaikan.

Jelaskan kepada pelanggan bahawa anda ingin membantu mereka menikmati pulangan nilai daripada pembelian mereka.

Tanyakan soalan berbentu open-ended dan soalan-soalan secara tidak langsung bagi mendapatkan atau mengetahui keperluan atau kehendak pelanggan.

Jangan bertanya kepada pelanggan anda apakah yang mereka ingin beli, tetapi dapatkan keperluan mereka dan cadangkan apakah pembelian terbaik untuk mereka.


Kredit:
Mengajar jurujual menari
Zamri Aminuddin

Reactions:

1 comments:

  1. Anda harus kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar. Anda hanya perlu bercakap 20% dan biarkan 80% lagi percakapan dilakukan oleh pelanggan anda. Berikan juga tumpuan anda kepada 80% lagi untuk mendengar

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.