COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PANDANGAN ISU BINTULU DAIF

Isu ini telah mendapat perhatian dari penduduk negeri Sarawak. Pelbagai maklum balas daripada pelbagai pihak mengenai laporan ucapan yang dibuat oleh pesonaliti TV3 iaitu saudari Nurul Syuhada. Namun begitu Nurul Syuhada secara spontan memohon maaf dan mengakui kesilapan beliau.

Nurul Syuhada juga telah memohon maaf secara terbuka kepada warga Sarawak berikutan ucapannya yang menyatakan bahawa Bintulu "daif". “Terima kasih atas teguran. Saya mengakui kesilapan saya yang tidak disengajakan. Things happen during live show. “So so sorry. Mohon maaf dari kekurangan diri. Saya tersasul. Terima kasih atas teguran.” katanya melalui tweeter.



Beliau juga memohon maaf melalui Facebook:
“To my fellow malaysians brethren of bintulu origin, to clarify, yesterdays statement of ‘daif’ needs to be understood in the context that it was said i.e benefiting from the transformation programme. As an anak Jati malaysia, i wud never critisize my native soil or any of her great territories. To those who were offended, I apologise, to those who are attempting to sow hatred and fitnah, Allah almighty will be the judge of u.”

Kebanyakkan orang Sarawak hairan bagaimana ucapan atau laporan secara langsung tersebut boleh keluar dari mulut dari saudari Nurul Syuhada. Apakah benar apa yang dikata ataupun hanya lemparan kata-kata secara spontan setelah melihat keadaan bintulu.

Saya sendiri orang Sarawak tidak menyalahkan 100% apa yang dikatakan oleh saudari Nurul Syuhada sebaliknya saya melihat secara fikiran terbuka mengenai pandangan beliau. Jika benar, apakah logik Bintulu merupakan salah satu daripada pengeluar minyak terbesar Malaysia dilihat sebagai daif?. Jika benar, mengapa perkara ini berlaku.

Saya sendiri ingin berbual bicara dengan beliau mengenai isu ini. Bukan saya nak perbesarkan kesalahan beliau sebaliknya saya ingin tahu dari sudut apakah yang beliau pandang sehingga berpandangan seperti itu dan lokasi perbandingan manakah yang beliau buat dengan bandar Bintulu?. Jawapannya ada pada beliau.

Saya sendiri pernah pergi Bintulu dan bagi saya bintulu bukanlah bandar yang daif seperti yang dilaporkan. Tetapi pengalaman saya tidak sama dengan beliau. Disebabkan itu saya tidak setuju dengan pendapat beliau, tetapi pada masa yang sama saya ingin mengenali pandangan yang beliau lemparkan. Saya tidak akan melatah mendabik dada menyatakan beliau silap!!. Beliau sendiri sebagai selebriti TV3 yang selalu ke hulu ke hilir melihat perkampungan orang, bandar orang dan pelbagai tempat dan lokasi pasti melihat sesuatu perbezaan lalu mengeluarkan laporan tersebut secara spontan.

Di sini kita sebagai warga Sarawak pada pendapat saya harus menghalusi pendapat beliau dan bukan melenting. Apakah media gagal mengubah persepsi orang luar Sarawak mengenai Sarawak ataupun sememangnya Sarawak memang begitu? renung-renungkan dan selamat beramal.





Reactions:

1 comments:

  1. Nurul Syuhada juga telah memohon maaf secara terbuka kepada warga Sarawak berikutan ucapannya yang menyatakan bahawa Bintulu "daif". “Terima kasih atas teguran. Saya mengakui kesilapan saya yang tidak disengajakan. Things happen during live show. “So so sorry. Mohon maaf dari kekurangan diri. Saya tersasul. Terima kasih atas teguran.” katanya melalui tweeter.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.