اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

NEGARA KITA DI AMBANG BAHAYA??

Mungkin ini destinasi negara kita apabila segala yang sudah dirancang diperkotak-katikkan. Pelbagai momentom perbezaan pendapat di ketengahkan malah dicanang-canang bagi meraih undi. Semakin hari bagai semakin aktif dan terdesak sehingga perkara yang tidak sepatutnya diketangahkan. Tiada jalan lain yang lebih baik yang dilihat melainkan meleraikan simpul ikatan ukhwah yang lama tersimpul.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Tinggalkan orang jahat dan bersama orang baik" 
atau 
"Lihat kebaikkan orang dan cuba betulkan kejahatannya"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Gengster pun ada jahat dan ada yang baik, Polis pun ada yang jahat dan ada yang baik"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Setiap setandan pisang tidak semuanya baik"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bendera Malaysia yang sudah lama digunakan juga diperkotak-katikkan. Ini menunjukkan bahawa negara kita dalam bahaya iaitu di ambang perang ideologi. Harta negara Jalus Gemilang di cemuh dan diejek oleh anak bangsa sendiri. Teringat kisah-kisah lama di mana anak bangsa sendiri menjadi tali barut kepada komunis dan penjajah lain. Kali ini ianya berulang lagi.

Hari kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan ideologi yang berbeza. Ini menunjukkan pecah perintah semakin terang dan jelas. Dengan memecah belahkan satu-satu bangsa atau negara maka satu-satu tamadun itu pasti mudah runtuh. Saya teringat dengan cerita raja-raja barat yang ditumbang oleh yahudi iaitu dengan mewujudkan pengkhianat dalam istananya dan hasilnya sekarang dunia dimonopoli oleh wang dunia dari keluarga rotschild.

Korupsi adalah isu yang diketengahkan pada masa kini pendapat saya reliven dan itu harus diketengah bagi memastikan individu-individu yang melakukannya di bawa ke muka pengadilan. Saya sendiri menyelami dunia politik melihat korupsi berlaku dan dilakukan oleh individu. Ianya berlaku sejak sekian lama dimana orang yang melaungkan anti korupsi juga pernah duduk di meja pimpinan dan korupsi itu di bawah pimpinannya. 

Ingin saya kongsikan di sini. Saya rakyat Sarawak berbangsa Melayu turun padang seminggu ini berjumpa dengan rakan-rakan saya berbangsa cina dan berhaluan parti alternatif. Mereka mengadu mereka di aniaya. Untuk makluman saya tidak berdaftar mana-mana parti politik di Sarawak. Saya berjumpa dengan rakan saya yang aktif dalam parti memerintah. Saya adukan masalah tersebut dan saya mahu isu ini diselesaikan.

Saya hanya memanjangkan aduan tersebut melalui bicara yang singkat dan isu ini dalam proses penyelesaian. Saya mendengar dan melihat sendiri korupsi yang dilakukan oleh jabatan-jabatan terlibat dan saya amat menyokong perkara ini harus dibanteras.

Saya melihat sendiri sekumpulan parti alternatif berjumpa dengan parti pemerintah bagi menyelesaikan isu ini. Ideologi parti ditolak ketepi tetapi ketenteraman dan kesejahteraan negara harus di utamakan. Inilah yang saya maksudkan. Anda boleh pilih sama ada menghancurkan perpaduan atau menyelamatkannya

Isu tanah dan galian di Sarawak merupakan isu yang paling panas pada masa sekarang. Pada pendapat saya perkara tersebut harus diperjelaskan supaya kita tidak tertanya-tanya mengenainya dan pelbagai spekulasi akan berlaku jika ianya tidak diselesaikan. Saya melihat sendiri papan tanda lebih kurang sebesar 6' x 4' dipacak berhampiran hutan yang diceroboh. Saya sendiri bertanya kepada penceramah politik pemerintah dan jawapannya "Itulah akibatnya jika tanah di ambil tanpa persetujuan orang kampung". Ini adalah artikel saya berkaitan dengan perkara ini. KLIK SINI.

Saya juga pernah menyiarkan artikal menyarankan orang-orang kampung bertindak lebih proaktif dalam memastikan anak-anak kampung serta belia-belia pelapisnya tidak ketinggalan dalam arus perubahan ekonomi melalui artikal saya. KLIK SINI. Jangan terlalu mengharapkan orang atasan. Jika kita mahu berubah maka mulakan dari sekecil organisasi dan bukan terlalu asyik menunding jari. Platfom memang disediakan tetapi tidak digunakan. Mungkin kerana tak tahu atau MALAS atau tak bersatu.

Sekian sahaja laporan saya. Komen dengan rasional dan berhikmah. bukan kata-kata kesat.



Reactions:

2 comments:

  1. Hari kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan ideologi yang berbeza. Ini menunjukkan pecah perintah semakin terang dan jelas. Dengan memecah belahkan satu-satu bangsa atau negara maka satu-satu tamadun itu pasti mudah runtuh. Saya teringat dengan cerita raja-raja barat yang ditumbang oleh yahudi iaitu dengan mewujudkan pengkhianat dalam istananya

    BalasPadam
  2. sik abis2 gago ngan bendera sidak. gago jak dgn Sarawak pikir gine nak menjadikan nya negara satu hari kelak.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.