اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MEMANG LAH WALL FB KO??!! HAK ENGKO!! HAK TUI!!

Hak aku lah FB aku!! ko tak suka aku post status remove aku la!!! #$%^ punya orang..

%^$&&*^% betul la... ko jangan lupa ko to anak &^%&%..

&*^(*^!!! tak pasal-pasal aku menyumpah!! bawa kereta tu baik-baik la bro...

di atas merupakan status yang dicedok dari facebook. Tanpa segan silu facebook digunakan tempat mengeluarkan kata-kata kesat. Apakah gambaran anda mengenai status yang menyelitkan perkataan kesat? adakah anda seronok melihat bangsa kita menggunakan perkataan kesat?

Saya mengecam kata-kata kesat yang di letak pada status facebook. Bahasa melambangkan bangsa. Tetapi tidak semua bangsa begitu akibat daripada satu-satu individu. Kita ubah kepada Bahasa melambangkan pribadi individu.

Mungkin dengan menayangkan kata-kata kesat dari sudut pandangan individu yang membuat posting tersebut ialah:

  1. Aku berani
  2. Aku rock/brutal
  3. Aku cute
  4. Jangan permainkan aku
  5. Jangan cari pasal dengan aku
  6. Biar orang tahu aku gengster
  7. Aku nak bagitau semua orang betapa aku marah

Pandangan orang lain yang memandang status tersebut (cedok dari FB):

Mastura
Sarawakien iman kurang ! hihihihi terlalu ikut hawa nafsu.. penting dikpun ! ya jak blh mek padah ~
Translate : Iman kurang!! hihi hi terlalu mengikut hawa nafsu.. mementing diri sendiri!! itu sahaja..

Ros
xda budi pekerti...

Sandra
Sarawakienkamek xsuka gilak la mun ada org post perkataan yg disangajakan cam ia lain la mun nya dah melatah .tapi xpatut juak menaip pun melatah juak. kamek selalu nangga kat post kamek miak pempuan pun pandai mdh cam ia heran mek kenak ko?
Translate : Saya benar-benar tak suka kalau orang post perkataan tersebut dengan sengaja kecualilah dia melatah. Tapi tak patut kalau orang menaip pun melatah. Saya selalu tengok budak2 dalam facebook menggunakan kata kesan dan saya naik hairan. Mengapa?


Roland
kalau dia bukan kata saya, saya tidak perduli dia lol... if kata kena saya akan kata balik dia... but kata sumpah seranah tidak bagus leh, kata orang mungkin kata sendiri lol... lebih bagus tak mahu duli dia... see nothing on it lah... hahaha...

Velayudam
haha..org gila yang tak tahu reti..hahaha..tak profesional tapi dia org cuba release tension dengan sharing with others..

Zal
Sarawakienemm..x rjin kmk ngan org cmya.. kmk senang jak..mun da x tahan ngga remove jak waima nya kwn mpun..lainlah bila kita tego nya x polh gik
Translate: emm.. tak suka la orang macam tu.. saya mudah jerr.. kalau tak tahan remove jer dari friendlist walaupun kawan sendiri.. lainlah kalau kita tegur dia dan dia tak mengulangi lagi.

Begitulah pendapat yang saya cedok daripada facebook. Bukankah dengan menggunakan kata-kata kesat dalam facebook akan mencalar pribadi seseorang? pandangan orang mengenai perkara tersebut padahal perkara tersebut dapat di elak. Lainlah kalau tak dapat di elak. Kalau ada yang cakap tak dapat di elak memang sah ada masalah kurang kasih sayang.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.”
(Al-Humazah: 1)

Wall anda memang hak anda tetapi kita hidup bermasyarakat dan itu adalah realiti. Hak anda begitu kuat anda mendabik dada. Hak tuhan bagaimana?

Moga artikel ini mampu menyedar golongan-golongan tersebut dan menjadi peringatan kepada kita semua.









...

Reactions:

1 comments:

  1. Hak aku lah FB aku!! ko tak suka aku post status remove aku la!!! #$%^ punya orang.. %^$&&*^% betul la... ko jangan lupa ko to anak &^%&%.. &*^(*^!!! tak pasal-pasal aku menyumpah!! bawa kereta tu baik-baik la bro...

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.