اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MASALAH ALONG SEMAKIN NAZAK

Metafora iklan-iklan di sepanjang jalan, di tiang-tiang premis dimonopoli oleh iklan berkaitan dengan pinjaman. Fenomena ini membingungkan beberapa badan dan persatuan berikutan kemudahan dan kemanisan janji yang dipaparkan dalam iklan. Persoalannya di manakah badan-badan pinjaman yang sepatutnya membantu individu kritikal. Apakah mereka tidak cukup kuat mengatasi promosi poster pinjaman along.

Iklan-iklan tersebut bagaikan cendawan tumbuh dikala selepas hujan. Bagaikan tiada kawalan oleh pihak penguatkuasa tempatan. Ini memberi ruang kepada peminjam-peminjam yang disebut sebagai along ini untuk berhubung dengan individu yang kritikal memerlukan tunai.

Aduan demi aduan yang diterima oleh pihak tertentu mengenai kes perangkap along. Dikatakan along-along ini berasal dari semenanjung Malaysia di mana mereka tidak mengikut skima pinjaman berjadual seperti yang sepatutnya. Mereka bertindak demikian apabila menyedari individu yang kritikal ini mudah untuk di tipu.

Modus operandi

Beberapa kes yang ditemui menyaksikan pengakhiran yang menyedihkan iaitu berakhir dengan kes bunuh diri. Mudus operandi mereka cukup licik apabila berjumpa dengan individu yang kritikal. Dengan memberi kemudahan pinjaman tidak mengikut jadual maka along-along ini sentiasa mengganggu peminjam dan mengakibatkan peminjam berasa tertekan.

Apa yang lebih malang lagi adalah apabila along-along ini bersetongkol dengan along dari syarikat lain untuk menawarkan pinjaman kepada individu kritikal ini bagi melunaskan hutang sebelumnya. Tetapi tawaran tersebut mengenakan caj faedah yang tinggi walaupun ianya berjadual.

Kerjasama agensi yang terlibat

Masalah ini tidak akan selesai jika kita hanya melihat sahaja tanpa membuat tindakkan apa-apa. Penyelesaian masalah ini memerlukan gabungan dan kesatuan orang-orang tempatan dalam mengekang peminjam haram ini.

Pihak polis terutamanya perlu di desak supaya membantu mangsa-mangsa yang diganggu oleh along-along haram ini. Jika jabatan polis tidak dapat membantu lalu dari siapa lagi mangsa-mangsa ini dapat berlindung dari gangguan saka peminjam haram ini. Selain itu, Penguasa tempatan juga sepatutnya lebih agresif dan peka dengan lambakkan iklan pinjaman haram ini yang berlaku di sekitar mereka. Mereka sepatutnya bertindak dengan cepat bagi memastikan masalah ini dapat dikurangkan malah dihapuskan. Apakah mereka tidak cukup kakitangan ataupun mereka ada kerja luar yang perlu diselesaikan. Apakah fungsi mereka sebagai PBT terhad kepada perkara tertentu sahaja.

Agensi-agensi pinjaman lain yang sepatutnya membantu individu yang kritikal ini harus lebih proaktif memperkenalkan bantuan pinjaman mereka. Mereka juga sepatutnya lebih konsisten bagi membantu individu yang kritikal. Jangan sesekali memberi ruang kepada peminjam haram ini bertapak di bumi kenyalang.

Cadangan mengatasi masalah

Bagi mengatasi masalah ini. Iklan-iklan promosi pinjaman haram ini harus dikekang dengan menghalang mereka daripada melekat iklan-iklan pinjaman haram ini. Di sini kita dapat mengekang peminjam haram ini berjumpa dengan individu kritikal. Bagi menggantikan pinjaman haram ini. Agensi pinjaman yang mengikut lunas undang-undang sebagai ganti harus bertindak lebih proatktif.

Wakil rakyat di segenap tempat harus menyedari perkara sekecil poster pinjaman haram ini boleh menggugat ketenteraman di tempat mereka selain boleh mengakibatkan peningkatan kadar jenayah bunuh diri serta penyumbang kepada kadar kemiskinan tegar. Wakil rakyat harus bertindak proaktif dalam mengekang masalah ini. Lesen-lesen peminjam haram ini juga harus ditarik balik dan individu yang membuat onar di bumi kenyalang ini harus dihalau keluar dari bumi kenyalang bagi memastikan modus operandi ini tidak berulang lagi.

Reactions:

1 comments:

  1. Beberapa kes yang ditemui menyaksikan pengakhiran yang menyedihkan iaitu berakhir dengan kes bunuh diri. Mudus operandi mereka cukup licik apabila berjumpa dengan individu yang kritikal. Dengan memberi kemudahan pinjaman tidak mengikut jadual maka along-along ini sentiasa mengganggu peminjam dan mengakibatkan peminjam berasa tertekan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.