اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LUMRAH PEREMPUAN SUKA DIPUJI??? HEK EH??

Tidak kiralah lelaki atau perempuan memang suka dipuji. Tetapi peratusan perempuan lebih tinggi jika dipuji. Kadang-kadang orang yang suka dipuji ini bergantung kepada pribadi individu. Peratusan lelaki yang suka dipuji lebih rendah berbanding perempuan.

Mari kita lihat servey. Sebanyak 1,056 orang perempuan di barat berusia 25 - 45 mengikuti survey mengenai hal-hal yang dapat menjadikan mereka gembira. Hasilnya, hampir separuh perempuan yang disurvey lebih suka dipuji dibandingkan menikmati coklat yang lazat ataupun seks. Bahkan, hanya sedikit perempuan yang lebih memilih seks dibanding pujian.

Sepertiga dari perempuan yang disurvey juga mengatakan bahawa berdandan dan memperbaiki penampilan membuat perempuan lebih bersemangat berbanding bercinta. Lebih dari 10% perempuan juga mengatakan bahawa memakai kasut tumit tinggi menjadikan perempuan merasa lebih seronok. Namun, dandanan rambut yang buruk atau bertengkar dengan pasangan akan sangat menurunkan perasaan seronoknya ataupun moodnya.

Sebanyak 64% peserta survei mengatakan bahawa cuaca yang cerah membuat suasana hati menjadi cerah. Sebanyak 41% mengaku bahawa pujian membuat harinya lebih menyenangkan, dan sebanyak 35% mengaku SMS yang yang menyenangkan membuat suasana hatinya menjadi lebih baik

Sebanyak 35% perempuan mengatakan bahawa memakai make-up dan berdandan setiap hari merupakan cara untuk meningkatkan keyakinan diri dan rasa gembira. Perasaan tenang yang diperolehi dari perkara seperti ini sebegitu kuat sehingga mengalahkan perasaan tenang ketika dinaikkan pangkat, berolahraga atau berhubungan seks. Apa yang unik adalah, hanya 15% perempuan yang mengaku seks dapat membuat suasana hatinya menjadi lebih baik.. sumber

Apa pula kata rakan-rakan facebook saya. Soalan yang saya tanya "Bernarkah perempuan suka dipuji? mengapa? Jom kita tengok:

Jimmy (lelaki)
"sik kira pompuan o laki.. kita suka dipuji.. pujian adalah satu rahmat dan kita perlu menghargai pujian yang diberikan dan perlu la ikhlas.."
Translate:
"Tidak kira lelaki atau perempuan. Kita memang suka dipuji. Pujian adalah satu rahmat dan kita perlu menghargai pujian yang diberikan dan pujian tersebut hendaklah ikhlas"

Nur Zaidatul (perempuan)
"hihi mmg,.pompuan suka d puji.. contoh nya kmk.. mun d puji mkin mengada2 lah nya.. hihi... apa lg d puji mun cntik... fuhhh"
Translate:
"Hi Hi memang pun.. Perempuan suka di puji... Contohnya saya.. Kalau dipuji semakin mengada-ngada lah dia.. hi hi.. Apa lagi kalau dipuji cantik.. fuhhh"

Jull (perempuan)
"nang bena...wlupn jaik o xbgs bg ktk at least puji lh ckt...k mik ati ny...blh jua terus terang bda yg xbgs p jgnlh teralu kerap.kelak ny kcewa puji skali skala ja..."
Translate:
"Memang betul.. walaupun tak cantik atau tak bagus bagi awak sekurang-kurangnya pujilah sikit.. untuk ambil hati dia.. Boleh juga terus terang pada perkara yang tak bagus tetapi janganlah terlalu kerap.. Kelaknya kecewa. puji sekali sekala sahaja.

Meera (perempuan)
"siktauk. haha. bagi kmk kalilah sebab dapat mendamaikan hati. tapi pujian sik boleh lebih2."
Translate:
"tak tahu.. ha ha.. bagi saya.. mungkin sebab dapat mendamaikan hati. tetapi pujian jangan lebih-lebih"

Mari kita lihat pula dari sudut agama:
Allah SWT membenci apabila orang Munafiq memuji,
  1. Pujian membawa kepada 4 kebinasaan:
  2. Berlebihan memuji membawa kepada Dusta atau penipuan.
  3. Memuji di bibir tetapi membenci dihati membawa kepada sifat Munafik.
  4. Memuji tanpa keyakinan atau sebelum mendapat kepastian atau masih meragui perkara tersebut memnawa kepada penipuan.
  5. Memuji orang yang melakukan kezaliman membawa kepada orang zalim lebih bersemangat melakukan kezaliman-membawa kepada Takabbur.
Apabila lelaki-lelaki yang memuji wanita maka makin galaklah wanita memperlihatkan perhiasan-perhiasannya. Lelaki yang rajin memuji pula adik-adik labelkan sebagai ‘sweet’ dan pandai mengambil hati padahal, mereka juga turut hanyut dalam menikmati dan menonton hiburan percuma bekalan wanita moden hari ini.

Sekian.... renung-renungkan dan selamat beramal... wiuuuwittttt...........

Reactions:

2 comments:

  1. Tidak kiralah lelaki atau perempuan memang suka dipuji. Tetapi peratusan perempuan lebih tinggi jika dipuji. Kadang-kadang orang yang suka dipuji ini bergantung kepada pribadi individu. Peratusan lelaki yang suka dipuji lebih rendah berbanding perempuan.

    BalasPadam
  2. Aduan Ketua Pengarah MPOB & Orang Kanan Nya Suka Di- Puji Setiap Hari .Tidak Terima Cuti Sakit Atau Permohonan Cuti Kakitangan Nya . Kalau Tidak Di-Suruh Berhenti Kerja Atau Potong Gaji Dia Suka Di- Mampu Bodek Dia . Baru Boleh Naik Gaji Atau Pangkat .

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.